Pot pet pot pet ..... just a story : ))
Pergi satu kioks ni konon nak window shopping pada anak2 dara.
Pegang baju ni.
"Ehh ...ni trend sekarang tau Aida Jebat ada pakai baju mcm ni", penjual mula mempromosi.
Mama ????
"Aida Jebat sapa, keturunan Hang Jebat ka?", mula buat muka mcm Che Ta.
Kami anak beranak dah lama tak tgk drama2 TV. Bukan tak tengok TV, TV yang ada habuan anak2 melanggut tengok kindergarden song, cerita anak2 Islam, ABC, ayat2 Al quran......
Perkara mula sekali kami buat pada tahun 2005 bila anak sulung nak masuk masuk tahun satu adalah off ASTRO sebab dia additted sangat dengan ASTRO. Terikut rancangan omputih pon ada. Selepas tu bermulalah dengan kehidupan tanpa ASTRO. Boleh saja. Anak2 kami lasak kehidupan weekend banyak outdoor iaitu taman2, hutan kecil pinggir bandar juga perpustakaan. Dan alhamdulillah sebenarnya boleh hidup pun anak-anak tanpa cartoon nextwork, Disney bla bla bla.
2013 ....bermula apabila LG LED skrin kena ketuk dengan al waleed kemuadian Encik Boss mengantikannya dengan Samsung LED. Bayangkan sayangnya Allah SWT pada kami sekeluarga Samsung LED pula tidak boleh pakai antenna biasa mcm LG, boleh la nak tgk TV tapi ada hujan rintis2 kadang-kadang ribut topan.....jadinya Samsung LED milik 3 power ranger. Rumah dah jadi mcm taska hari2 dok dengaq samada lagu2 kindergarden, cerita anak2 Islam ataupun upin ipin.
Kesannya kepada 1st batch amat dirasai, buku dan LEGO (abang) jadi barter kepada TV. Bak kata alang Humaira takala HPnya hilang beberapa minggu sebelum peperiksaan pertengahan tahun, "ma tau dak kalau HP alang ada tak mungkin result alang boleh ok mcm ni", dia sendiri yang buat kesimpulan. Sebab mama ni tak la mcm Hitler. No itu No ini.
Mama dan papa selalu akan bagi peluang. Misalnya kalau anak nak panjat mama tengok saja jadi bila dia jatuh dia akan rasa sakitnya. Macam tu juga bila anak-anak remaja nak cuba bercouple mama dia dan layan dan bila dia frust ....hati dah lembut baru dia buat kesimpulan dan mencari jawapan kenapa Allah SWT melarang. Dan mama dan papa juga tempat mereka meluah rasa...."eiiii geramnya denga bla bla bla", mama dan papa dengaq saja. Anak-anak remaja ini suka explore kadang-kadang mereka lagi hebat dari kita misalnya soal berdakwah sebab anak-anak ini berani bertanya dan berani membicarakan apa yang diketahui mereka....contohnya al khattab, "Ma...kan lagi elok pakai tudung yang labuh sikit....kan lagi elok pakai baju besar sikit". Kita yang tua ni sebenarnya dah tahu tp selalu buat tak tahu soal hukum hakan agama ni.
Comments
Post a Comment