31 January 2011

Motivasi Kerja Oleh Dr fadhilah Kamsah

Sebagai motivasi diri sendiri ......supaya pegang kuat amanah kerja ini. Nawaitu aku mai gheja kerana Allah Taala.

‘Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan ‘biasa’ dan ada datang dengan perasaan serba tak kena ‘.. Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan ‘biasa’ saja, hasilnya adalah ‘biasa’ saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah… .’

Jadi renungi lah :-

Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab. ’DATANG BEKERJA’ tapi hampeh, hasilnya macam kita ‘TAK DATANG’ kerja.

Ada kala kita rasa kita BUSY giler , rupanya kita hanya ‘KELAM KABUT’.

Adakala kita rasa kita PERIHATIN’ , tapi rupanya kita BUSY BODY.

Adakala kita rasa kita OPEN MINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG’AJAR’AN.

Adakala kita rasa kita berpemikiran KREATIF rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .

Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA.

Adakala kita suka bertanya ‘KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE’ , adalah lebih baik kita tanya ‘APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT’ saja nak tambah org yang mcm tak der kerja tu mmg tak der gheja sbb tulah patut dia buat kerja grand livina tp dia buat kerja tahap viva

30 January 2011

Alang (Nadhira Humairaa)


Anak mama ke tiga....Lahir pada 16.09.2002 selepas asar sebagaimana kakak. Jika kakak, abang & Iddiq di lahirkan di Selangor dan KL, Alang sedikit berbeza. Alang lahir secara accident di hospital besar Kangar dan satu2nya anak yang dilahirkan diluar KL dan Selangor. Di namakan Nadhira Humairra iaitu Perkara Yang jarang berlaku (Nadhira) Humairaa (gelaran Rasulullah kepada syaiditina Aishah yg bererti kemerah merahan) sebab itulah kulit Alang Humaira tidak secerah kakak kerana merah sebagaimana namanya. Mata alang pulak sepet siam macam mama.

Lahir dengan berat 3.78kg dan mengalami alahan susu lembu menyebabkan menjadi paling keding dalam family.

Alang antara yang paling cepat bercakap dan berjalan. Dan dia seorang yang petah bercakap & amat tinggi keyakinan diri. Walaupun tidak secerdik kakak namun Alang Humairaa dikurniakan Allah SWT dengan PA yang amat bagus he he he papa dia ckp seni membodek. Daripada kecil alang sudah pandai memuji dan aku tahu ianya datang dari hati yang tulus seoarng anak kecil. "Kakak canthek la mama", puji alang pada kakak.

Mempunyai sentiviti yang tinggi dan mudah merajuk tapi mudah nak pujuk.

Tahun ini alang dah darjah 3 ...Alang makin rajin sebagaimana kakak dan prestasi alang makin meningkat. Lapang hati mama melihat anak2 mama membesar macam ni semoga Allah SWT melapangkan anak2 mama dalam urusan dunia & akhirat dan dijauhi daripada maksiat ...Amin

29 January 2011

Mengajar sendiri anak mengenal ALQuran


Mengapa kita perlu mengenal dan mengajar sendiri Alquran kepada anak-anak dan membudayakan pembacaan mukjizat terakhir ini. Aku dan suami bukanlah ustaz atau ustazah namun kami cuba mengajar sendiri ayat2 suci ini supaya dengan tidak langsung kami akan dapat membacanya semula disamping itu kita dapat mengajar dengan cara yang kita inginkan.


Dulu aku & hubby ada menghantar anak-anak mengaji alquran namun apabila ditegur oleh mak saudara kami kemudiannya mengambil keputusan mengajar sendiri anak2. Masa? Jika kita asyik set mind tak ada masa maka tidak ada masalah namun kami cuba sedaya upaya mengajar sendiri dan cuba sedaya upaya mempraktikan membaca Alquran dan bacaan lain semasa di rumah. Aku yakin kita adalah acuan kepada anak2.


Kakak dan abang memang sudah pandai membaca namun aku berulang kali mengingatkan mereka selalu baca mukjizat suci ini......sekali sekala aku akan terjemahkan apa yg mereka baca biar mereka hayati alquran dihati mereka yelah kita dulu hanya disuruh baca tanpa mengerti apa yang terkandung dalam alquran itu yang membuatkan kita pandai mengaji tetapi alpa dengan perintah Allah SWT.


Teringat aku pada mak jang yang tinggal di PJ orangnya biasa namun luar biasa bagiku...dialah ustazah kepada semua anak2nya ...aku kagum dengan insan ini. Biarpun anaknya tidak disekolahkan di sekolah yang berstatus *agama* namun zuriatnya adalah mereka yang amat patuh dengan perintahNya.



28 January 2011

Cyberjaya Street Mall FleaMarket


Promo ...promo...promo....Welcome to Cyberjaya Street Mall FleaMarket every week Tuesday & Friday...macam2 ada dijual, drp tudung, baju baby, baju mak baby, barang antik, produt tupperware, buku2....macam2 la ada


Tetiba pula buat iklan ....yelah most kekawan aku selalu tanya ehh ada apa di Cyberjaya...

Opppsss Putrajaya jalan tutup


Next week coti panjang hari ini dah la rushing nak ke putrajaya alahiiiii...sangkut. Ni la tak dengar sangat nasihat orang rasa tadi opismate dah inform jalan putrajaya tutup ...padan muka ...agak2 petang ni buka tak jalan2 tu.


Kenapa la tutup jalan dekat2 nak CNY ni.....

27 January 2011

Bila anak bertanya???


Abang dan alang sibuk membuat kerja rumah di living. Kakak pula telah lama dibuai mimpi keletihan......

"Mama...kanggaro bersalin ikut perut dia kan.." tanya abang. "Kanggaro hanya simpan anak dalam pocket perut dia", papa mencelah. "Cikgu suruh tanya mama", beritahu abang. "Dia bersalin ikut bontot", celah alang. "Ye ke papa", tanya abang. Kesian pada anak2 jika tidak diterangkan mereka tidak tahu. "Kanggaro bersalin ikut......sama juga macam manusia", terangku. "Boleh ka mama", tanya Alang.....

macam-macam persoalan diminda anak-anak sementara mereka dewasa dan memahami kehidupan sebenarnya

26 January 2011

Nora Danish & Jejai


Sukanya hati tgok pic Nora & Jejai ni....nampak mesra. Kalau they all bersatu kembali pon ok jugak...

25 January 2011

Bila ada anak remaja....hati resah jiwa gelisah


2. 3 hari lepas kakak ada bercerita mengenai rakan sekolahnya yang telah pregnant.....mula dia bercerita yang temannya yangberlainan kelas ada menyimpan pil gugurkan kandungan. Aku tanya kakak sahih ke cerita itu.....logiknya takkan semudah itu budak berumur 13 thn boleh mendapatkan pil itu. Dan hari ini kakak mengesahkan cerita itu. Pelajar lelaki yang menyebabkan si perempuan itu mengandung juga tingkatan 1....sekali fikir budak lelaki 13 tahun cepatnya baligh teleh dimasukkan ke Sek Hendry Gurney. Kakak mengetahui cerita ini daripada gurunya.....& cerita kakak lagi ibu kepada pelajar tersebut akan menjaga anak yg bakal dilahirkannya. Entahlah aku tak pasti salah siapa dan kita tidak boleh menunding jari kepada sesiapa....bak kata pepatah sakit mata memandang sakit lagi bahu ibu bapa pelajar.

Aku menarik nafas. Sakit dada.

Pesan aku pada kakak masa depan kakak jauh di depan dan amat cerah jangan terlibat dengan perkara maksiat sebegini. Beri hanya pada yang halal dan lakukannya selepas berkahwin. Orang yang kita akan jumpa di masa depan lagi hebat dari yang ada di depan mata. Buat masa ni aku yakin kakak mampu menepis semua gejala ini.

Rasa takut, gentar menyelinap dalam diri. Dunia akhir zaman.

Ya Allah Peliharailah keturunanku daripada maksiat, murtad dan menyirikkan mu.....Letakkanlah mereka dijalanMu Ya Rab

Jejai & Fasha Putus.....Nora bukan dalang


Dalam kalut2 bersiap ke opis .....terdengaq MHI Fasha & Jejai putus terkejut sedikit yelah manakan tidak disebabkan Fasha Jejai tinggalkan Nora Danish yang sarat mengandung dah la anak sulung...

KINI HANYA KENANGAN...Fasha dan Jejai ketika menjalin hubungan.

KUALA LUMPUR: Selepas sekian lama mengambil sikap tunggu dan lihat, Rizal Ashram Ramli, 34, atau Jejai semalam mengesahkan hubungannya dengan pelakon Fasha Sandha sudah berakhir dan pada masa sama menegaskan bekas isterinya, Nora Danish sama sekali tiada kaitan dengan perpisahan itu.

“Dia (Nora Danish) tidak pernah masuk campur urusan peribadi saya. Apa yang berlaku antara saya dan Fasha sehingga menyebabkan kami berpisah tiada kena mengena dengan orang lain,” katanya menerusi e-mel yang dihantar kepada wartawan Harian Metro, semalam.

Kenyataan Jejai itu sekali gus menamatkan teka-teki yang sebelum ini dicetuskan Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 27, apabila berkata hanya dia dan Jejai yang tahu mengenai status terkini perhubungan cinta mereka.

Kiriman e-mel Jejai itu juga secara tidak langsung membersihkan nama Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 29, yang sebelum ini didakwa menggunakan keluarga bekas mentuanya untuk memutuskan hubungan Jejai dan Fasha.


Jejai berkata, dia terpaksa membuat kenyataan dan penjelasan mengenai status perhubungannya dengan Fasha berikutan terlalu banyak fakta tidak betul mengenai mereka diperkatakan media dan di Internet, biarpun dalam bentuk gosip.

http://www.hmetro.com.my/articles/Norabukandalang/Article

24 January 2011

Balik Kampung Oooooo Balik Kampung hati Girang


Balik kampung lagi....orang lain mungkin pergi bercuti ke tempat2 menarik mungkin mereka rasa *heaven* tapi aku kalau boleh balik kampung itulah kenikmatan yang tidak terhingga. Bestnya....tak sabaq (dah keluar loghat Kedah).

Esok, Lusa...alamak 4 hari lagi. Semuanya dah berada dalam kepala.

Selalu kami menggunakan Highway Utara Selatan untuk pulang ke Kedah jarang sekali kami menggunakan laluan lain. He he he gara2 nak cepat sampai katakan. Dan kami hanya akan berhenti sekali sahaja di R & R untuk mengisi minyak, makan, solat dan aktiviti tidak rasmi lain. R&R pilihan selalunya Tapah dan Sungai Perak.

Saat paling teruja bila sampai di tol Sungai Dua...."Kedah...kedah pantang kalah biar sakit jantung dan rebah......

Sebagaimana pesan mom-in-law masa baru kahwin jangan langkah Sungai Petani makanya kereta dipacu menghala ke Tol Sungai Petani Selatan. Daripada Tol SP selatan terus menghala Taman Sejati dan tidak sampai 5 minit sampailah ke laman mertua tercinta. Patutkan mertua tak bagi melangkah SP he he he.....apalah sangat 5 minit nak berhenti daripada lagi 1 jam mahu ke Sanglang.

Selepas 2 atau 3 hari di SP kami akan ke Pida Sanglang....rindu dengan suasana pida yang lapang dikelilingi sawah padi atau bendang pangilan orang utara. Sekarang mak bagi tau pagi tengah menguning iaitu musim menuai. Pasti aku dapar menghidu bau jerami yg baru di tuai oleh mesin padi. Rindu segalanya.....rindu abah, mak, kakak2 di sana, anak2 menakan dan sekelian saudara mara.

Sekali lagi kami akan mengambil PLus untuk ke Sanglang masuk melalui tol Alor Setar Selatan dan menghala ke arah Kangar melalui Jalan Syed Putra. Aku akan merasa lega jika melepasi Kerpan bermakna kami akan sampai ke laman abah tidak berapa lama lagi...melepasi Kampung Sanglang aku dapat merasai ketenangan dan keindahan Jalan Sanglang yang dilatari 16 pida di mana penduduknya majoriti adalah pesawah.

Ahh nyata jiwaku kini telah merayap di pida sanglang............


Aku bukan Red Mummy


Siapa Red Mummy ???


Wow .....blogger paling top di nuffnang Malaysia la....RM 1 million tuh....http://redmummy.com/ apapun tahniah la sis aku pon tak termampu mengapai apa yg digapaimu.


Kagum aku dengan orang sebegini. Berani dan bertuah.


Kenapa aku bukan RedMummy....jawapannya:


  1. aku makan gaji full time (kalau aku dok pulun wat blog collection company mcm mana hu hu hu sapa mau jawap)

  2. aku x boleh menulis bila tak ada mood, bila marah nanti org yg baca pon tumpang marah

  3. idea banyak tp masa nk menulis kt rumah ada org menjeling aduyaiii eloooo....mama tak main la nk chat2 ngan jantan kat tenet...huuuhhhh

Papun bila tgok paper semalam ....org yg suka menjeling tu ckp erm baguih jugak klu rajin berblog macam ni.....ada yg nak kena geget huuuhhh







22 January 2011

Ketentuan Ilahi


21.1.2011, keputusan tawaran MRSM tingkatan 1 2011..kakak gagal sebagaimana tawaran SBP. Tengah hari kakak telefon tidak sabar untuk mengetahui samada dia berjaya atau tidak. Bila mengetahui yang dia gagal terus kakak menjerit ....gembira. Mungkin belum masanya kakak tinggal di asrama. Adik-adiknya terutama alang masih memerlukannya.

Kenapa aku beriya ingin kakak ke SBP atau MRSM? dulu mungkin fikiran agak singkat aku hanya ingat kecemerlangan hanya boleh dibentuk di sekolah2 sebegitu namun bila dihimbau kembali sewaktu aku di asrama dulu selama 5 tahun adalah sesuatu yang perit biarpun banyak yang aku pelajari semasa di asrama dan mungkin ianya tidak akan aku perolehi jika berada di rumah namun aku merasai sedikit kerengangan dengan saudara lain terutama sepupu-sepupuku yang bersekolah di kampung. Aku sebenarnya merindui keakrapan kami semasa disekolah rendah.

Pida kampungku agak terceruk dan apabila menerima tawaran belajar di Essemjay selepas menerima keputusan Penilaian Darjah 5 mungkin ianya wajar. Masa itu sedih sebab tidak dapat menempatkan diri di sekolah2 hebat seperti Sek Seri Purti, TKC, Tun Fatimah. 5 tahun hidup sebagai pelajar asrama banyak mematangkan diri terutama perkara yang mendekatkan diri dengan Allah SWT.

Apa yang aku inginkan kakak & anak2 lain peolehi apa yang akupeolehi dahulu ialah dekat denganNya. Namun kun fa yakun adalah milikNya. Ku akur. Di mana saja kita berada sebagai ibu bapa kita pemegang amana jadikan anak2 sentiasa mendekatiNya..sentiasa mengingatinya ...sentiasa merasai kehadiranNya. Bak kata teman kita akan rasa bangga jika anak kita cemerlang diribaan kita dan kita rasa biasa jika mereka cemerlang di tempat yang bgredkan cemerlang.

Islam is Addin. Suatu agama yang syumul. Kenapa aku berada di essemjay suatu ketika dahulu adalah jawapan kenapa kakak tidak tinggal di asrama kini...ku akur ketentuanMu Ya..Rab moga aku dapat mendidik dan membentuk anak2ku ke jalanMu Ya Allah.

21 January 2011

Sakti Sheila On 7 (SO7) kini



DIKENALI sebagai pemain gitar kedua grup terkenal Indonesia, Sheila On 7 (SO7), Sakti yang duduk di hadapan kami, berkata, hari ini cukup berbeza dengan apa yang pernah dilihat sepanjang pembabitannya dalam industri lebih enam tahun lalu. Dalam pertemuan eksklusif yang diatur teman di kediaman Eross di Yogyakarta, Indonesia itu, kelihatan mukanya dijalari janggut, menyarung baju dan seluar khakis polos. Bicaranya teratur. Sakti membuka lembaran sejarah hidupnya - dari zaman jahiliah kepada seorang yang cukup patuh terhadap Islam. “Saya takut mati dan api neraka itu maha dahsyat,” luah Sakti serius. Perasaan takut mati itu terdetik selepas dia terpandang sebuah buku dengan judul Menjemput Sakaratul Maut Bersama Rasulullah di dalam sebuah kedai buku di Lapangan Terbang Yogyakarta sewaktu mahu ke Malaysia menghadiri majlis Anugerah Industri Muzik (AIM) dua tahun lalu. “Saya masuk ke sebuah kedai buku, ternampak buku ini dan fikiran saya berputar tentang senario kapal terbang yang kerap terhempas. “Saya bayangkan kalau kapal terbang saya terhempas dan saya mati, apa bekalan yang saya ada? Saya tiada apa-apa.Tapi saya percaya mati tetap akan datang kepada saya pada bila-bila masa,” ceritanya yang kemudian membeli dan habis membaca buku tersebut sepanjang kembara ke Malaysia. Kembali ke Indonesia, dia terus dibelenggu perasaan takut mati selepas menjaga ibunya yang sakit di hospital selain membaca sebuah tabloid yang menyiar isu kematian. Insiden yang berturut ini, kata Sakti, sebagai satu petunjuk agar dirinya berubah. Dilepaskannya status pemain gitar SO7 saat grup ini sedang berada di kemuncak. “Saya tekad membuat keputusan dan tidak berasa rugi melepaskan status artis pada zaman kegemilangan kami kerana saya sendiri sudah tidak boleh memberi fokus pada hiburan. “Adakah saya menyesal melepaskan kemewahan dunia? Tidak sama sekali kerana saya lebih rela menyesal dan melepaskan semua di dunia sebelum saya dijemput ‘pulang’.“Saya tidak mahu menyesal di akhirat kelak dan tidak terbayang panas api di sana,” kata Sakti yang turut mengaku kerap menangis mengenang dosa silam. Usai rasmi keluar dari SO7, anak kedua daripada tiga beradik ini berangkat ke Pakistan (menuntut di sebuah masjid di Rewin) dalam usahanya mendasari semula asas seorang Islam sejati selama dua bulan sebelum kembali ke Indonesia dan menimba ilmu daripada para ulama di negara sendiri. “Di Pakistan saya diajar menyayangi agama Islam sebagai sebuah agama yang indah.” Lantas sewaktu disuakan hal tentang zaman jahiliahnya dahulu, Sakti tersenyum dan berkata: “Dulu saya pemabuk,” katanya tanpa selindung dan menambah: “Saya mula minum alkohol sejak zaman sekolah, bukan semasa jadi artis. Saya hanya berhenti minum pada usia 26 tahun sewaktu mahu beralih menjadi umat Islam yang sebenar.” Tambah Sakti, solat lima waktu juga selalu rompong, jauh sekali solat Jumaat yang akuinya paling jarang dilakukan. Sebaik mendapat hidayah dan memahami disiplin kehidupan yang telah ditentukan Tuhan, dia cukup takut untuk meninggalkan solat. Apa lagi saat mengenangkan kalau tiba-tiba dirinya dijemput ‘pergi’ tanpa sempat ‘bermanja’ dengan Tuhan.Tanpa kemewahan, kata suami kepada Miftahul Jannah, 23, dia menjalani kehidupan kini serba sederhana sambil mengusahakan sebuah kedai dobi dan kedai mini sejak tiga bulan lalu di kampung halamannya. Ditanya tidakkah rindu untuk memeluk keenakan hiburan, pantas dia menggeleng. Namun dia masih menyentuh gitar. “Tapi bukan untuk dipertontonkan seperti dulu. Saya juga masih mendengar muzik, tapi lebih senang kepada nasyid atau memuji Islam seperti karya-karya Yusuf Islam. Muzik rock sudah jarang,” ujarnya yang tidak pernah menganggap hiburan sebagai perosak jiwa, tetapi ia menjadi rosak dengan penerimaan yang salah. Sedang menghitung waktu untuk menggarap album berbentuk Islamik bersama seorang teman, Sakti saat diminta menyimpulkan kehidupannya kini memberitahu: “Nikmat punya agama seindah Islam memberi efek luar biasa dalam hati saya. “Apa yang saya bimbangkan kini jika Tuhan menterbalikkan hati saya seperti dahulu. Nauzubillah, kerana saya mahu terus berada dalam hidayahnya sehingga saya mati.”Siapa: Sakti Ari Seno@ Sakti, 28.Transisi: Bekas pemain gitar Sheila On 7 (SO7) ini mula mengubah ‘kiblat’nya sejak dua tahun lalu.Kini: Pendakwah bebas serta pemilik kedai dobi dan kedai mini bernama Smart.

20 January 2011

Kesilapan / Ketidak kesempurnaan dalam Ibadat & Amalan - Ustaz Ismail Kamus


Ini dipeolehi drp email yang dihantar oleh hubby pagi tadi..amat berguna untuk kita teliti dalam kehidupan seharian

Sejak sekolah rendah hinggalah sekarang, penceramah yg paling diminati dan dikagumi ialah Dato' Ismail Kamus..tak pernah jemu mendengar ceramah beliau

Berikut adalah bahagian ke-3 himpunan kesilapan / ketidak kesempurnaan dalam ibadat yg dipetik daripada ceramah2 beliau:

Selalunya ketika kita sedang berpuasa sunat, apabila ada orang ajak makan kenduri, kita akan menolak..dengan alasan kita sedang berpuasa..sayang sgt nak bukak puasa kononnya nak dapat pahala puasa penuh..Sebenarnya, kalau dlm keadaan macam ni, adalah lebih baik utamakan utk kita bukak puasa dan pergi kenduri ersebut..kerana memperkenankan jemputan itu lebih utama daripada kita meneruskan puasa sunat tersebut...hmmm, bukak puasa pun boleh dapat pahala lebih..takkan tak nak?

2. Ramai yang menganggap Islam ini hanya pada ibadat sahaja..hukum solat, puasa, haji dijaga sepenuhnya.. tetapi hukum2 yg lain langsung tak mau ikut cara Islam contohnya bab riba, rasuah, dan sebagainya. Islam itu syumul (menyeluruh).

3. Sesetengah masjid suka bertarhim (baca ayat al-Quran sebelum azan Subuh)
dan dilaungkan kuat2 speaker tu sampai satu kampung dengar... kadang2 sejam atau setengah jam sebelum azan dah bunyi dah..HARAM hukumnya kerana mengganggu orang tidur. Kena ambil kira orang di sekeliling tu mungkin ada orang tua, kanak2 baru lahir, orang sakit, orang yg tidur semula selepas bangun tahajjud, dsb...buat apa nak kacau mereka tidur? Yang
disyariatkan dalam agama adalah azan Subuh sahaja..kalau nak baca al-Quran pun baca sorang2 cukup..tak payah bagi sekampung dengar...rasa2 macam dapat pahala, rupa2nya dapat bala...Sebenarnya kalau kita sedang baca al-Quran sorang2, tiba2 kawan sebelah kita tertidur, kita kena berhenti membaca al-Quran sebab menghormati orang yg sedang tidur itu..inikan pulak sekampung?? Kalau nak bertarhim kuat2 pun agak2 dalam 10 minit atau 5 minit
sebelum azan tu cukuplah..tak payah lama2...sempat la orang nk bangun bersiap2 utk ke masjid..Kalau ada AJK masjid yg baca ! ni, please advise..

4. Apabila kita hendak sembahyang, tiba2 hidangan makanan dah disediakan, makanlah dulu..ini kerana bimbang kita tak khusyuk dalam sembahyang nanti..begitu juga jika kita terlalu mengantuk, tidurlah dulu baru sembahyang.. tapi dengan syarat masih di awal waktu lah..

5. Sesetengah orang menghadapi masalah ketika hendak bertakbiratul ihram..kadang2 angkat takbir berulang-ulang kali tapi masih tak masuk niat jugak..itu cumalah gangguan syaitan sahaja..memang ada syaitan yg tugasnya khas hanya utk mengacau orang yg sedang bertakbiratul iham sahaja.. pedulikan bisikan syaitan itu, yakin dengan diri
sendiri...Berkenaan dengan niat pula; niat itu bukannya dibaca dlm hati, tapi hanya lintasan
dalam hati sahaja..jika dibaca, itu yg menyebabkan susah nak masuk sebab panjang sgt nak dibaca..Apa yg dikhuatiri adalah berikut: Jika anda sudah bertakbiratul ihram kali pertama dan andainya ia sudah sah disisi Allah, tapi kemudian anda ragu2 lantas anda turun semula dan takbir utk kali kedua..Takbir kali kedua itu akan menyebabkan solat anda menerusi takbir
pertama tadi terbatal..dan jika anda meneruskan solat dengan takbir keduaitu, bermakna anda meneruskan solat dalam keadaan solat yang terbatal..Melainkan anda melakukan takbir kali ketiga..! Jadi kesimpulannya, make yourself firm & confident ketika takbir seelok-eloknya
dapat pada takbir pertama & jgn peduli dengan bisikan syaitan..

6. Terdapat segelintir imam yg berdoa selepas solat akan memulakan doa dengan "Hamdan hamidin", "Hamdan zakirin", atau "Hamdan syakirin".. Bunyinya memang sedap, tapi dari segi nahu bahasa arabnya salah...ini kerana terdapatnya huruf Alif Lam pada perkataan kedua di setiap bacaan tersebut.. Jadi yg sebetulnya harus disebut begini: "Hamdal-hamidin",
"Hamdaz-zakirin" dan "Hamdasy-syakirin". (p/s: huruf z adalah huruf zal).

7. Menurut mazhab Shafie, mesti terdapat 7 anggota yg menyentuh tanah ketika kita sedang sujud iaitu dahi, kedua2 tapak tangan, kedua2 lutut dan kedua2 PERUT ibu jari kaki (hidung sunat sahaja)..yang nak ditekankan di sini adalah berkenaan perut ibu jari kaki, bermakna ibu jari kaki mestilah dilentikkan ketika sujud barulah perutnya boleh mencecah tanah..terdapat
ramai orang yg kakinya menegak sahaja tanpa dilentikkan. Ketika sujud..tak sah solat kalau macam tu. .lagi satu yg selalu mesti diperhatikan ialah ketika sujud sebelum tahiyat akhir, ada yg dah standby siap2 dah kakinya disilangkan seperti tak sabar2 hendak duduk tahiyat
akhir..itu pun tak sah juga solatnya..berjaga2. .jangan disebabkan hal yg kita anggap remeh camni menyebabkan solat kita tak diterima oleh Allah..

8. Di bulan puasa, orang kita rajin menghantar kuih2 atau juadah2 ke rumah jiran..memang bagus sekali..tapi silapnya di mana? Orang kita selalu mengharapkan dibalas juadah tadi..itulah silapnya..niat dah lari..Kalau menghantar kuih-muih ke rumah sebelah, niatlah kerana Allah..jangan mengharapkan dibalas..kalau dibalas itu rezeki lah..

9. Apabila kita bersolat di tempat yg limited space tapi ramai orang, contohnya di surau R&R, dalam kapal terbang, dan sebagainya, sesudah kita solat, terus aje bangun utk bagi ruang kpd orang lain utk solat..tak payah nak berwirid la, doa panjang2 la, sembahyang sunat ba'diah la, ape la..sebab lebih utama utk kita bagi orang lain peluang utk solat, menunaikan perkara wajib berbanding kita nak buat perkara2 sunat..lebih2 lagi kalau waktu maghrib sebab waktunya pendek..kat R&R ramai orang

10. Menunaikan haji sememangnya adalah rukun bagi kita..tetapi kita kena pandai menyusun keutamaan..contohnya jika kita dah cukup duit nak pergi gaji tahun ni, tiba2 ada saudara kita yg jatuh sakit memerlukan kos perubatan yg tinggi, kita kena tangguhkan dulu pergi haji tu..guna duit tu utk membantu saudara kita..itu yg dituntut dalam Islam..

11. Jika kita hendak sembahyang sunat, tiba2 ada tetamu datang rumah, kita kena tangguhkan sembahyang itu dan pergi layan tetamu dulu..itu yg lebih utama..contohnya apabila selesai solat zohor, kita hendak solat ba'diah, tiba2 ada tetamu datang..tangguhkan solat ba'diah tu dan pergi layan tetamu dulu..selepas dah selesai baru buat solat ba'diah.. dan jika dah tak sempat, solat ba'diah zohor boleh diqada selepas solat asar.. walaupun selepas asar dah tak boleh solat sunat lagi, tetapi jika utk qada solat ba'diah zohor boleh..kerana ini pernah dibuat sendiri oleh nabi..tapi
itu pun jika ada hal yg tak dapat dielakkan..kalau saja2 nak qada tak boleh..

Sebagai kesimpulan kepada point2 di atas, kita hendaklah pandai menyusun keutamaan dalam beribadat..utamakan yg lebih utama..jika kita gagal mengutamakan yg lebih utama boleh menyebabkan ibadat kita sia2 sahaja, malah sesetengahnya boleh mengakibatkan dosa pula..

Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan , tak dihebohkan utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa..... Renung-renungkanlah...

17 January 2011

Minggu Muka MaSAM sedonia


Hari muka masam sedunia & mungkin minggu masam sedonia.......cerita bermula begini tengah aku mengupdate SOA tetiba mr boss bersuara berkenaan sistem IFCA yang bukan ada kaitan dengan job description aku ttp telah di chop mohor untuk aku menyiapkannya by 15/1. Aku tak faham bermula sekadar menolong ttp telah mencari kerjaku pula....hello sebelum aku datang sini sapa yang buat menalah IFCA tu....memang siotttttttt. Dah la tak perabih gheja sendiri ada hati nak gazetkan kerja kat org.....


Tetiba received call drp MNC share services..... terus aku available so kalau ok bye bye offernye pon not bad & daripada teleinterview tadi they all nak aku cepat join they all ok la tuh.....pigi blahlah dengan IFCA tuh...mcm siotttt. Aku mmg tak boleh tahan dengan manusia yg tak reti diuntung dah org nak tolong buat mcm ni pulak. So ckp speciallist IFCA ...buatla sendiri ek.

Esok continue MUKA MASAM SEDONIA

Sifat-sifat Orang beriman.....


Bukan berbaur politik .... aku bukan hipokrit apa yg aku tak suka aku akan ckp dan aku tak suka pada orang2 yang terlalu fanatik sehinggakan tidak nampak apa yang sepatutnya mereka nampak.

Sabtu 15.1.2011...aku bersama teman2 ke seminar yang dianjurkan masjid dikhariah kami. Tujuan kami adalah untuk memenuhi ilmu didada sementelah seharian letih di pejabat. Majlis sepatutnya di mulakan pada pukul 9.00 namun bertunda. Orang yang sepatutnya menyampaikan majlis ilmu terlewat kerana tidak familiar dengan jalan2 di Selangor itu memang boleh dimaafkan namun pihak penganjur tidak sepatutnya menyampaikan ceramah yang meleret2 sehinggakan upacara seolah menjadi seperti kempen politik. Erm majlis kecil pun meleret-leret ada hati ingin komplen orang lain.........aku memang tidak suka orang yang suka menghentam orang lain sedangkan diri mereka pun belum tentu mampu memberikan sesuatu yang baik jika diberi peluang memerintah. Bukan maksud aku mahu menyokong sesiapa kita yang pakar menghentam umpama tin kosong hanya tahu menghentam manakala orang yang dihentam adalah orang yang rapat dengan ilmu, banyak membaca dan banyak membuat analisis. Dan aku sudah bosan dan pasti ramai diluar sana pun meluat dengan taktik ....undilah parti ini anda pasti akan ke syurga. Taktik MLM....*no short cut way to success* prinsip yang aku pegang. Usah dipertikaikan keislaman orang lain sebab yang menetukan syurga & neraka adalah Allah SWT.

Berbalik kepada 15.1.2011...akhirnya penceramah yang sepatutnya datang. YB Rantau Panjang. Sebenarnya di awal aku tidak mengetahui yang penceramah ini adalah YB. Orang memanggilnya Kak Lah. Hari itu kak lah menyampaikan ceramah berkenaan, Wanita & airmata dan dalam ceramah tersebut di huraikan sifat-sifat orang beriman.

Sifat2 Orang yang beriman:-

  1. Sentiasa menjaga solat - kyusuk dan solat diawal waktu (takut aku yelah kekadang bila solat teringat kerja yang tidak disiapkan takut boss marah sedangkan kita tengah mengadap BOSS paling besar dan Dia pula Maha mengetahui)
  2. Menjauhi perbuatan yang tidak bermanafaat (cth yang YB bagi Tgok TV, borak2 kosong gossip & aku nak tambah sendiri berfacebook pun kategori tidak menafaat insyaallah aku akan buang tabiat ini) perbuatan tidak menafaat inilah yang menjadi punca kepada gejala sosial hari ini.
  3. Suka bersedekah - sedekah2 kita akan menjadi penolong kita ketika di akhirat nanti. Kita selalku perhatikan dan membuuat perbandingan dgn mereka yang lebih mewah dari kita sehingga kita lupakan orang yang lebih dhaif dari kita. Sedangkan masih ramai di luar sana hidup dalam kedaifan dan kefakiran.
  4. Menjaga maruah keluarga - menjaga ahli keluarga dari api neraka. Menjaga aurat sebagai seoarng isteri
  5. Menjaga amanah
  6. menjaga janji - menjaga perjanjian kalimah syahadah antara kita dengan Allah SWT
  7. Menjaga solatnya diawal waktu.
Kak Lah memang seorang yang sederhana dan boleh dikategorikan seorang yang zuhud jika dilihat kedudukannya seorang YB. Aku tertarik kerana dia langsung tidak menyentuh soal politik dalam ceramahnya dan kukira ceramah yang ikhlas dari tulus hatinya itu telah menangkap kalbuku. Namun bukan ramai pemimpin seperti Kak Lah diluar sana, yang ada hanya menjual janji pelangi kepada rakyat serta menyalahkan serta menyumpah seranah pihak lain atas masalah sosial kini. Memgula-gulakan rakyat dengan statement yang tidak masuk akal misalnya...BN (barang naik)..... erm kalau pihak lain barang tidak naiklah. Faktor cuaca, economi dan sosial merupakan faktor penentu harga pasaran terutama harga barang runcit. Jika pihak lain makan mereka boleh mengawal cuaca, ekonomi serantau dan sosial.......primitif.

Aku sempat berinteraksi dengan Kak Lah dimana tujuanku untuk mendapatkan contact numbernya dan Account No Adun Rantau Panjang yang kini dilanda gelombang banjir namun agak terkilan dengan sikap ahli jawatankuasa Masjid Assalam Puchong Perdana yang sibuk ingin bergambar dengan Kak Lah sehingga membuatkannya dalam dilema. Agaknya bergambar dengan YB untuk dipublishkan dalam FB lebih utama daripada perkara lain.......sama sahaja manusia dimana saja.....aku tersenyum dalam hati.

Balik di rumah aku browse mencari siapa dia Kak Lah......Adun Rantau Panjang, anak 12 orang meninggal 2, penghujung tahun lepas anaknya dimasukkan ke Hospital Selayang kerana masalah buah pinggang langsung masalah ini tidak disentuhnya semasa berceramah dan dia merupakan seorang adun yang bagi aku amat rajin bekerja dan amat dekat dihati rakyat bertuah orang Rantau Panjang mempunyai adun yang sederhana seperti Kak Lah. Sesiapapun peminpin drp parti manapun jika dia jujur, ikhlas dan dekat dihati rakyat serta mahu merubah rakyat dan negaranya pasti akan dikenang sampai bila-bila.

16 January 2011

Adil.....Syukur & Damai


Hari ini merupakan Hari Keputraan Ke-83, Kebawah Duli Yang Mulia Sultan Abdul Halim...semoga Allah SWT merahmati duli tuanku..amin.



Hari ini juga merupakan hari ke dua Aa iaitu anak saudaraku melahirkan anak ke dua di Hospital Sungai Buloh. Sepatutnya kami melawatnya semalam. Caeser lagi ....apa nak buat sudah ketentuanNya namun Alhamdulillah mak & anak sihat. Cuma Aa masih pucat & baby pula asyik meragam.

Balik dari Hospital Sungai Buloh kami menyusur Jalan Lama dan memasuk exit Kota Damansara kemudian memasuki TTDI seterusnya ke Taman Hutan Bukit Kiara. Tenang sekali berada dalam kehijauan dan disulami bunyi-bunyian unggas hutan.



AsSiddiq dgn xtxt airnya


Suasana damai menarik semua keletihan yang bertapak dalam diri.

Terjebak dalam Contest

sebenarnya tidak berminat sangat dalam contest ni tapi anak cute mama & anak angkat mama http://cikelyanalyana.blogspot.com dah tagkan maka terjebaklah mama ke dalam contest http://sitifatimahhh91.blogspot.com/2011/01/rebut-rm100-dalam-contest-pic-hitam.html ...


Erm ini the real black & white pic mama dolo dolo.....nak nangis tiyem ambik pic nih ader look like anak mama http://katoumichiyo.blogspot.com/ .....

Contest hadiah plak RM 100..nak wat per kalu x beli novel sejarah Abdul Latip Talib or belanja anak2 mama & anak angkat mama yg hensem & cute.

Kena Tag kekawan plak ..orang pertama yang nak tag is yang anaknya kongsi besday ngan mama ...sebenarnya drp awal masuk opis mama suka cara dia yg sempoi & orangnya mmg jujur.. http://teppeijourney.blogspot.com mengingatkan mama pada anak menakan mama "angah tombam". Yang kedua tentulah my cute sis http://www.facebook.com/album.php?id=1220423481&aid=88353#!/luv.jija Orang ketiga also cute & luv her http://www.facebook.com/album.php?id=1220423481&aid=88353#!/intanelianie. Keempat ....my sis yg busy mulutnya klu berjumpa http://www.facebook.com/album.php?id=1220423481&aid=88353#!/adilahzulaty ....no 5 is cikgu yg cute..http://www.facebook.com/album.php?id=1220423481&aid=88353#!/profile.php?id=100000328246081

Aduyaii..ada anak2 remaja ni terjebakkkkk mak Chuuuu.....

14 January 2011

Keep a green tree in your heart and perhaps a singing bird will come

A Chinese proverb goes like this,
"Keep a green tree in your heart and perhaps a singing bird will come"....so apa yang terjadi di minggu ini biarlah berlalu begitu saja namun apa yang terjadi kujadikan pengajaran. Apa yang terjadi bila kita terkenang-kenang ia akan menjadikan kita negative.

2011 masih dikira awal & aku tak mahu kejadian minggu ini merapuhkan "a green tree in my heart"....

09 January 2011

Facebook will close on 15 March 2011

Wow ada 939,000,000 results mengenai berita facebook will close....Betul ke? Sahih ke berita ini kita juzz tnggu dan lihat. Facebook telah menjadi fenomena kini walaupun pada masa aku mula2 berfacebook masa penghujung 2007 tak ada sapa pun yang tahu pasal facebook tetiba..OMG mak cik Munah yang jual nasi lemak pun tanya, "ko ader facebook". Grand sangat ke klu ada facebook bagi aku biasa sajalah macam ada sosial networking lain...bagi aku Twitter lagi bezz...& blog walah....Bagi aku ada tak ada sama saja .....tak luak pun kehidupan tanpa facebook ....tp kesian kat friendster & MySpace menjak Facebook bergelora lupa aku password nak login 2 sosial networking tuh.

About 939,000,000 results (0.05 seconds)

Search Results

  1. Will Facebook be forced to close? | News | TechRadar UK

    20 Jul 2007 ... Will Facebook be forced to close? Three-year lawsuit comes to a head next week : TechRadar UK.
    www.techradar.com/.../will-facebook-be-forced-to-close--131604 - United Kingdom - Cached - Similar
  2. Facebook close to putting ConnectU behind it | News Blog - CNET News

    1 Jul 2008 ... The two sides will be in U.S. District Court in San Jose, Calif., ... to close the courtroom for a June 23 hearing between Facebook and ...
    news.cnet.com/8301-10784_3-9982011-7.html - Cached - Similar
  3. Will Close | Facebook

    Friends: Josh Schauer, Alex Famerée, Crystal Crow, Adam Tyson, Melissa Meinking
    Will Close is on Facebook. Join Facebook to connect with Will Close and others you may know. Facebook gives people the power to share and makes the world ...
    www.facebook.com/close.will - Cached
  4. Don't Fu** with Iceland, we will close your airports !! | Facebook

    Facebook is a social utility that connects people with friends and others ...
    www.facebook.com/group.php?gid=109329862437830 - Cached
  5. Facebook will close on 15 March 2011.

    PALO ALTO, CA – Mark Zuckerberg announced that Facebook will be shut down in March. Managing the site has become too stressful. “Facebook has gotten out of ...
    thezulworld.blogspot.com/.../facebook-will-close-on-15-march-2011.html
  6. An important update on the future of drop.io | Drop.io Blog

    29 Oct 2010 ... What this means is that Facebook has bought most of drop.io's technology ... The service will close on Dec. 15, so everyone will get a full ...
    blog.drop.io/2010/.../an-important-update-on-the-future-of-drop-io/ - Cached
  7. facebook will close soon? T.T

    7 posts - 7 authors - Last post: 43 minutes ago
    all fellow mousehunters! check this out: http://weeklyworldnews.com/headlines/27321/facebook-will-end-on-march-15th/ if this is true, will we still able to ...
    forum.hitgrab.com/showthread.php?11415-facebook-will-close-soon-T...
  8. Facebook Will Close On March 15 | Entertainment News Blog

    The hot rumor – Google shows the progress on Twitter and pulling to get it – said that on 15 March 2011 deadline will be done on Facebook. ...
    lexpress-newspaper.com/search/facebook-will-close-on-march-15/
  9. FaceBook Will Close 15th March

    3 posts - 3 authors - Last post: 16 minutes ago
    FaceBook Will Close 15th March, it True @ Not (News). Share on | Track this topic | Email this topic | Print this topic ...
    forum.lowyat.net/topic/1710060
  10. FACEBOOK WILL END ON MARCH 15th! | Weekly World News

    why did u guys decide to close it soooooo soon1 its not fair, pliiiiiiiise don't close facebook, what will my life become without facebook? plise think ...
    weeklyworldnews.com/headlines/.../facebook-will-end-on-march-15th/ - Cached

Cara tidur yang baik untuk kesihatan


Macam mana korang tidur meniarap, menelentang, mengiring atau tidur ala belasah asal Zzzz tak sedaq diri. Honestly aku selalu tiduq ala belasah yelah dalam keletihan teruih Zzzz atas sofa orang kejut dalam ngigau bangun park ala belasah.....bila pagi sedar ehh bila masa aku Zzz di sini. Jarang sangat dapat park elok2 cara sunnah yang amat banyak kebaikan dari segi kesihatan. Artikel bawah banyak bagi menafaat erm lepas ni dah nak elak Zzzz park ala belasah.

ORANG dewasa memerlukan masa tidur selama enam hingga lapan jam sehari. Bagi kanak-kanak pula memerlukan masa tidur yang lebih panjang. Lain pula bagi golongan veteran yang mencapai usia emas, pola tidur mereka adalah antara empat hingga lima jam sehari.

Amalan tidur membantu untuk memberi keselesaan. Sebelum tidur pastikan diri dalam keadaan bersih dan disarankan mengambil wuduk supaya diri berasa semangat mahu tidur dan keadaan yang bersih disukai Allah.

Tidurlah di atas rusuk kanan dan menghadap kiblat. Berusahalah menjaga adab tidur, elakkan kaki bersilang atau tertiarap dan mengangkat punggung. Tutuplah aurat dan tidurlah di tempat yang terselamat daripada bahaya serta kekotoran.

“Nabi melihat seorang lelaki tidur sambil meniarap, lantas beliau berkata: Inilah cara berbaring yang dibenci Allah.” (Hadis riwayat Tarmizi)

Sabda Baginda SAW bermaksud: “Apabila kamu mahu tidur ambil wuduk dulu seperti kamu mahu sembahyang, kemudian baringlah di sebelah kanan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Jauhkan diri daripada amalan tidur dua kali pada siang hari kerana amalan itu perbuatan syaitan. Ia menyebabkan wajah jadi kusam, keruh, lembap dan mengurangkan rezeki.

Ibn Qaiyim merumuskan bahawa Nabi SAW tidak tidur dalam kekenyangan. Beliau berbaring berlapikkan bantal, mengiring ke sebelah kanan dalam keadaan berzikir kepada Allah, sehingga tidur.

Nabi Muhammad SAW suka tidur mengiring ke sebelah kanan. Baginda SAW tidur berlapikkan bantal yang sesuai dan membenci tidur secara meniarap. Ucapan memuji Allah sering diucap pada bibir.

Saintis juga mengakui kedudukan tidur Nabi Muhammad SAW itu adalah model terbaik. Ia mampu memberi kesan kepada kesihatan badan. Tidur cara Nabi Muhammad SAW mampu merehatkan badan dan menjaga kesihatan tulang leher.

Pakar perubatan mencadangkan dua kedudukan semasa tidur, iaitu mengiring dengan meluruskan tulang belakang atau menelentang di belakang dengan muka dan badan mengadap ke atas dengan menjaga bengkokkan tulang leher.

Anak Rasulullah SAW, Fatimah pernah menemui ayahandanya untuk meminta tawanan perang sebagai pembantu rumah kerana penat melakukan tugasan rumah tangga, tetapi tidak dipenuhi Baginda.

Sebaliknya, Baginda SAW mengajarkan mereka cara lebih baik daripada itu, iaitu mengamalkan zikir pada waktu hendak tidur dengan membaca pujian bagi Allah (subhanallah sebanyak 33 kali) diikuti Alhamdulillah dan Allahuakbar.

Itu adalah cara tidur sebaiknya diamalkan sambil berzikir memohon kebaikan serta kesejahteraan daripada Allah. Cara lain ialah membaca surah digalakkan seperti al-Fatihah, ayat Kursi, tiga ‘Kul’ dan doa sebelum tidur bagi mengelak gangguan.

Tidur Selepas Asar


Mat pergi Sungai Buloh hantar Abg Azimm yang akan berkursus di sana. Semalam tidur lewat membuatkan aku rasa malas sangat nak ikut..hati memang nak ikut yelah aku ni suka sikit part-part explore jalan2 baru ni tapi badan letih sangat.

Mula lepas Mat keluar ingat nak sambung Zzzz tapi mengadap muka buku.....terbaca komen sorang kawan junior Tynie ....Rose My ‎~ my dad kata tido sampai lepas Asar ble jadi cracko woiii,!! Bangun!!.....takot la nanti jadi cracko teruih terbeliak mata & teruih ngadap blog. Sahih ka hadis pasai tidoq selepas asaq ni...aku pun tidak pasti yelah ilmu pun tak seberapa. Namun jika di lihat sudut realiti memang tidur selepas asar tidak bagus....dulu semasa sekolah rendah aku masih teringat Abang Dol yang baru bangun tetiba macam marah padaku , "adik dah sayup ni awat tak mandi lagi sat lagi nak pi sekolah".....sedangkan masa tu sudah senja...ternyata tidur petang boleh mengelirukan minda kita dan satu lagi ia telah menghampiri malam jika kita sudah tidur semasa petang malam hari sudah pasti susah untuk tidur ..kan tidak bagus untuk badan. Tapi kalau dah mengantuk sampai mengigil takkan nak beliak mata jugak kan...Zzzz jelah

Terdapat satu kata-kata yang selama ini ramai diantara kita yang menganggapnya sebagai hadis, tetapi sebenarnya ia bukan. Ianya ialah hadis palsu. Ini seperti apa yang disebutkan oleh Imam Ibnu al-Jauzi, Al-Sayuthi dan juga Al-Zahabi.

((من نام بعد العصر ، فاختُلس عقله، فلا يلومنَّ إلا نفسه)).

Barangsiapa yang tidur selepas Asar maka akan terganggulah akalnya. Maka
janganlah dia mencela melainkan kepada dirinya sendiri.

(Ibnu al-Jauzi di al-Maudhu'aat, al-Sayuthi di al-la'ali al-Masnu'ah & al-Zahabi di Tartib al-Maudhu'aat)(1)

Mungkin tidur selepas asar ada keburukan sekiranya boleh dibuktikan, akan tetapi tiada hadis sahih menyebutkan tentang hal ini. Jadi, hati-hati lah kita pada masa akan datang dalam menyandarkan sesuatu kepada nabi SAW.

Rujukan:
(1): 100 HADIS DHA'IF DAN PALSU YANG MASYHUR DI KALANGAN MASYARAKAT dihimpunkan oleh Syeikh Ihsan bin Muhamad bin 'Ayis al-Utaibi.






Warna-warna kehidupan....


"Ko tak ader kaler lain nak dibeli ke", tanya kakak penjual tudung yang selalu aku kunjungi. "Entahla kak ....rasa rhasa ok dengan brown ngan kelabu saja atau hitam", jawabku....

Daripada dulu sampai sekarang itulah warna aku....merah mak aiii merah sangat mak ngah memang x sesuai. Hijau erm boleh diterima tp janganlah hijau yg menyala ishhh x sanggup. Biru mendamaikan ....boleh la tapi rhasa mcm x pernah ada baju biru.

UNGU
Wanita yang suka warna ungu adalah:
Seorang murah hati,
Merdeka hatinya dan tidak mahu diperintah.
Penuh inisiatif,
Pandai tetapi tidak emosi,
Dingin dan kehendaknya meluap-luap,
Jarang berjaya.

HITAM
Wanita yang suka warna hitam adalah:
Seorang yang suka bermurung,
Prihatin,
Kuat menghadapi petaka apa sahaja,
Tidak mudah terpengaruh,
Setia pada suami,
Hatinya baik dan cepat tersinggung.

BIRU MUDA
Wanita yang suka warna biru muda adalah:
Seorang yang suka merendahkan diri,
Suka mengalah,
Suka berkorban peranan,
Cerdas,
Pandai dan berotak berlian.

KELABU
Wanita yang suka warna kelabu adalah:
Seorang yang suka sekali mengelamun,
Romantis,
Sabar,
Tenang tetapi hatinya suka mengembara,
Suka mengada-ngada dan gossip.

MERAH
Wanita yang suka warna merah adalah:
Seorang yang berwatak berani,
Emosional dan tegas,
Tamak serta serakah,
Tahan melarat dan suka hidup bersenang-senang.

BIRU
Wanita yang suka warna biru adalah:
Seorang yang setia paa suami,
Senang pegang wang,
Kuat kemahuan,
Berterus terang dan jujur,
Cepat memberi maaf dan tegas.

KUNING
Wanita yang suka warna kuning adalah:
Seorang yang amat menyukai ilmu,
Gemar membaca,
Tekun dan cerdas,
Tabah menghadapi cabaran.

PUTIH (putih)
Wanita yang suka warna putih adalah:
Seorang yang mempunyai perangai yang suci
bersih,
Fikirannya tidak banyak prasangka,
Berkata benar, jujur dan rendah hati,
Ramah dan bersopan-santun,
Kuat menerima ilmu,
Damai dan berubah alam fikirannya,
Suka menolong dan hidup dalam bertawakal.

COKLAT
Wanita yang suka warna coklat adalah:
Seorang yang mempunyai sifat keibuan,
Suka merendah diri,
Sopan dan halus budi,
Hatinya sentiasa was-was kerana takut salah.

HIJAU
Wanita yang suka warna hijau adalah:
Seorang yang subur dan damai,
Cintakan kebahagian,
Tidak suka perang,
Patuh pada agama,
Teguh pendirian hingga kelihatan agak kolot.

My Heart....SDMC Subang Jaya 8.1.2010


Semalam merupakan appointment pertama dengan pakar kardio iaitu Dr Nik Ishak. Kedinginan pagi sedikit melemahkan anggota badan.

Kami sampai di sana 9.50 pagi.

Bertemu Dr Nik Ishak aku diminta ke Diagnostic untuk membuat x-ray, ECG, Ultrasound & lung test.

X-ray menunjukan jantung membesar dr 14cm ke 15 cm. Ultrasound pula pumping normal namun reading ECG wave abnormal. Lung test a bit normal namun aku kurang tenaga untuk meniup ketahap yang dikehendaki. 22.01.11 another appointment ..mungkin kali ini aku perlu melakukan stress test.

Sedikit lega ....cuma sign yang ditunjukan oleh badan menandakan ada sesuatu yang tidak kena...& abnormal wave merupakan suatu hint supaya diri & jiwa harus bersedia dengan kemungkinan yang mendatang.

07 January 2011

Produk Terlaris Syarikat Gejala Sosial Berhad



Mama sengaja memasukkan artikel ini dlm blog mama supaya dapat menjadi panduan buat anak2 mama (Kakak, Abang, Alang & Iddiq) yang makin membesar.....La taqrobbuzina "Jauhi zina"...untuk menjauhi zina jauhi budaya couple tidak ada apa yang indahnya di dalam budaya yang bakal merosakkan maruah agama dan bangsa.....Dalam soal ni mama memang konservative dan pada mama Islam itu adalah cara hidup dan bukan boleh diambil separuh sana separuh disini.


Setelah lama bertangguh untuk menulis berkenaan satu produk yang popular daripada Syarikat Gejala Sosial Berhad (SGSB). Dek kerana berasa rendah diri dan bimbang dugaan yang lebih mencabar akan menduga iman senipis kulit bawang ini apabila mengulas tentang produk terlaku ini, saya akhirnya membuat keputusan untuk menarikan jari di atas papan kekunci laptop kesayangan, Syed Qutb. Saya memberanikan diri membuat artikel ini berikutan sahabat saya yang mengadu berasa kurang selesa dengan promoter dan jurujual daripada syarikat ini yang galak mempromosikan produk penuh berduri mereka. Produk yang saya maksudkan ialah budaya couple yang menjadi makin serius pada hari ini.


Penyakit ini bukan hanya mengenai remaja yang berpeleseran sana-sini dan tidak terdedah kepada tarbiyyah, malah berjangkit kepada mereka yang berada dalam gerakan dakwah dan merupakan aktivis dalam persatuan-persatuan Islam. Entah mengapa, virus ini cukup bersungguh menyerang para pendakwah terutamanya yang masih bergelar remaja. Promoter dan jurujual daripada SGSB ini amat menitik beratkan penampilan dalam menemui pelbagai jenis sasaran pengguna. Apabila berhadapan dengan golongan yang mengikuti tarbiyyah dan menyampaikan tarbiyyah, produk mereka dihiasi dengan riben-riben Islam. Ada beberapa panduan tambahan yang dikenakan seperti menyulami sms yang lebih islamik. Begitu juga sewaktu menggunakan alat-alat canggih yang wujud pada zaman hadhari ini. Bagi mereka yang tertipu, mereka menerima dengan mudah. Namun bagi mereka yang lebih berhati-hati, mereka akan meneliti dan kekadang datang juga perasaan ingin mencuba, akan tetapi cepat-cepat dibuang perasaan tersebut.

Sebenarnya, sudah terlalu banyak mereka yang cakna tentang hal ini, mengulas dan memberi nasihat supaya menjauhi budaya songsang ini. Seperti Ustaz Maszlee Malik dengan artikel popularnya, “Cinta ana enti”, begitu juga daripada pelbagai lapisan. Ada yang menampilkan pendapat dan bahasa yang keras dan tidak kurang juga yang menulis dengan lembut dan bersahaja namun masih bertegas dalam menangani masalah ini. Bahaya gejala ini akan lebih kelihatan jika disertai oleh para du’at dan aktivis jemaah di pelbagai peringkat sama ada sekolah, kampus mahupun badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang berorientasikan Islam. Masakan tidak, keharamannya langsung tidak diperasan jika tidak diteliti dengan sebaiknya kerana mereka tidak berpegang tangan,berdating malah tidak bercakap melalui telefon. Hanya dengan menggunakan hujung jari untuk menekan butang-butang di telefon bimbit, laptop dan alat-alat canggih yang lain. Nilai islamik yang dimasukkan juga sudah cukup untuk menipu seseorang itu.

Kekadang, kita tidak dapat mengesan keharamannya melalui mata kasar kita kerana terlindung di sebalik kemuliaan Islam. Namun, pada hakikatnya jiwa manusia yang beriman tetap tidak akan tenang dan menjadi gelisah apabila melakukan kesalahan kepada Allah. Oleh sebab itu, nabi saw ada berpesan supaya bertanya kepada hati sendiri sebelum melakukan sesuatu. Apakah yang dimaksudkan supaya bertanya kepada hati sendiri? Maksudnya ialah kita berfikir sejenak, sekurang-kurangnya bertanya, “apakah betul apa yang aku lakukan ini?” Nescaya kita akan mendapati hati kita akan memberi keputusannya. Jika apa yang dilakukan itu bercanggah dengan keputusan Allah SWT, maka hati kita akan menjadi gelisah dan serba salah.

Akan tetapi, kebanyakan manusia menipu dirinya sendiri apabila dia cuba memujuk hatinya bahawa apa yang dilakukan itu menurut syariat dan tak dilarang Sang Pencipta. Akibatnya, hati terseksa dan ‘pasrah dalam terpaksa’. Begitulah yang dialami oleh mereka yang bergelumang dalam maksiat yang payah untuk disedari ini. Lebih-lebih lagi mereka yang sudah terdedah dengan tarbiyyah dan sebati dengan kenyataan bahawa budaya couple merupakan satu fitnah yang amat mencabar. Hati mereka langsung tidak merestui tindak-tanduk yang berlawanan dengan syariat itu.

Pada suatu petang, kira-kira pukul 3 petang, tiga orang rakan saya menziarahi bilik saya di asrama dan mengajak berbincang persoalan couple. Soalan-soalan yang ditimbulkan agak advance dan seakan-akan merestui bahawa tidak menjadi untuk kita bercinta, asalkan mengikut syariat. Tetapi, Alhamdulillah saya mampu menjawab setiap persoalan dengan baik. Segala puji bagi Allah. Peristiwa itu menyebabkan timbul persoalan baru di benak fikiran saya, “adakah aku seperti yang aku bagi tazkirah sebentar tadi?” Bimbang, kelekaan diri selama ini menyebabkan saya mengambil ringan akan budaya songsang tersebut. Tiba-tiba sahaja sepotong ayat al Quran datang menziarahi jiwa ini, membelai dengan satu arahan dari langit, “Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?” (al Baqarah: 44)

“Ya Allah, selamatkanlah diriku dari fitnah yang mencabar ini…”


Sumber: www.iLuvislam.com
MarBu
editor : kasihsayang

http://zonremajaislam.blogspot.com

Didiklah anak supaya dekat dengan Allah SWT


Bagi kebanyakan manusia, termasuk orang Melayu, anak-anak yang masih kecil dianggap sebagai cahaya mata, belahan hati, penawar jiwa, intan payung dan macam-macam lagi. Sangat disayang dan dimanjakan. Apabila besar sedikit, disediakan anak-anak itu untuk menghadapi tuntutan hidup. Diberi pelajaran dan kemahiran setinggi-tingginya supaya apabila besar nanti dapat kerja, dapat jawatan dan dapat gaji yang lumayan. Mereka rasakan itulah tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Mereka mahukan anak-anak mereka berjaya atau senang dalam hidup.

Kadang-kadang terselit juga di hati ibu ayah, kalau anak-anak sudah besar dan berjaya, maka akan senanglah hidup ibu ayah. Anak-anak akan membantu dan membela mereka. Anak-anaklah menjadi tempat mereka bergantung apabila tua kelak. Anak-anaklah yang akan menjamin masa depan mereka. Mereka bersandar kepada anak-anak untuk hari tua.

Memang anak-anak patut membela dan berkhidmat kepada ibu ayah setelah mereka tua. Ini tuntutan fitrah. Ini juga tuntutan agama. Tuhan pun memang hendak begitu. Tetapi patutkah ibu ayah mendidik anak-anak untuk tujuan ini semata-mata. Patutkah ibu ayah mendidik anak-anak untuk kepentingan diri mereka sendiri? Patutkah mendidik anak-anak itu dianggap sebagai satu pelaburan untuk kebaikan dan kesenangan masa depan ibu ayah? Kalau begitu, anak-anak tidak ubah seperti haiwan ternakan. Dibela dan diternak supaya akan dapat merasakan untung dan hasilnya suatu hari nanti. Kalau begitu, mendidik anak tidak ubah seperti satu usaha komersial atau satu penanaman modal atau satu kegiatan ekonomi

Konsep ini perlu dikikis dan dibuang jauh jauh. Ia tersimpang dari kehendak agama dan kehendak Tuhan. Anak-anak itu adalah amanah Tuhan. Mereka perlu dididik untuk Tuhan. Mereka perlu dididik untuk mengenal, mencintai dan takutkan Tuhan. Mereka perlu dididik supaya menjadi hamba Tuhan dan selepas itu menjadi khalifah Tuhan di muka bumi. Mereka perlu dididik untuk mengabdi diri kepada Tuhan dan menjadikan Tuhan itu cinta agung mereka. Mereka perlu dididik supaya menjadi orang yang beriman dan bertaqwa yang hidup mati mereka hanyalah untuk Tuhan. Anak-anak itu anugerah Tuhan. Oleh itu, kita kena didik mereka untuk Tuhan.

Kalau ini dilakukan, barulah anak-anak itu akan menjadi orang-orang soleh yang berakhlak dan berjasa. Orang yang beriman dan bertaqwa sudah tentu akan berkhidmat kepada Tuhannya dan kepada sesama manusia, lebih-lebih lagilah kepada kedua-dua ibu dan ayah mereka. Soal anak-anak menjaga dan membela ibu ayah mereka akan terjadi dengan sendiri setelah anak-anak itu menjadi hamba-hamba Tuhan yang beriman dan bertaqwa.

Apabila anak-anak dididik hanya untuk mengejar dunia dan tidak untuk mengenal, mencintai dan takut dengan Tuhan, maka dunialah yang akan menjadi matlamat hidup mereka. Keinsanan mereka tidak akan terbina, nafsu mereka akan menjadi rakus dan segala sifat-sifat mazmumah yang keji seperti tamak, haloba, hasad, dengki, bakhil, pemarah dan lain-lain akan bersarang di hati mereka.

Mereka tidak akan mempedulikan halal atau haram, hak atau batil, benar atau salah, adil atau zalim, manusia ataupun Tuhan. Kalau Tuhan pun mereka sudah tidak pedulikan, apakah harapan mereka akan mempedulikan ibu ayah mereka, jauh sekali untuk membela dan berkhidmat kepada mereka. Ibu ayah akan hanya menjadi penghalang untuk mereka mengejar dunia mereka. Mereka akhirnya akan derhaka kepada ibu dan ayah.

Di Akhirat nanti anak-anak ini akan menjadi orang yang muflis. Mereka akan menentang dan menjadi seteru kepada ibu ayah mereka.

Mereka akan menuntut hak yang tidak diberikan kepada mereka. Mereka akan menyalahkan ibu ayah mereka kerana tidak mendidik mereka untuk Tuhan. Ibu dan ayah yang tidak mendidik anak-anak mereka untuk Tuhan pasti akan rugi di dunia dan lebih-lebih lagi di Akhirat. Di Akhirat nanti anak yang mereka sayang itu akan bertukar menjadi musuh.

Kalau anak-anak dididik untuk Tuhan hingga mereka menjadi orang-orang yang beriman dan bertaqwa, mereka akan menjadi aset kepada kedua ibu ayah mereka. Mereka akan menjadi aset di dunia. Mereka juga akan menjadi aset di Akhirat. Di dunia, mereka akan berkhidmat dan membela kedua ibu ayah mereka. Apabila mati kedua ibu dan ayah, anak seperti ini akan mendoakan mereka. Doa mereka tidak terhijab. Ibu ayah juga akan terus mendapat pahala yang mengalir ke dalam kubur hasil dari segala amalan soleh yang dibuat oleh anak mereka di dunia berkat didikan dan ilmu yang telah mereka curahkan kepada anak mereka itu.

Hadis ada menyebut:

"Bila mati anak Adam, akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah yang dibuatnya, ilmu bermanfaat yang diajarnya dan anaknya yang soleh."

Kita harus ingat bahawa anak kita itu adalah hamba Tuhan. Tuhan lebih berhak ke atasnya daripada kita. Hanya Tuhan amanahkan dia kepada kita. Oleh itu, kita perlu didik dia untuk Tuhan, bukan untuk kita.

Anak kita itu hanya anak kita sementara di dunia. Di Akhirat, dia bukan anak kita lagi. Di Akhirat, anak tidak peduli ayah, anak tidak peduli ibu. Ibu ayah juga tidak pedulikan anak. Masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing. Setakat mana kita mampu mendidik anak-anak kita untuk Tuhan, setakat itulah manfaatnya untuk diri kita.

06 January 2011

Lelaki Melayu yg TipiKal


Mendengarkan kisah seorang teman membuatkan aku berasa insaf dan syukur dengan apa yang aku nikmati sekarang. Lelaki Melayu yang tipikal masih ada lagi di Malaya ini!!!, aku ingat sudah pupus sebagaimana pupusnya dinosour. Berbaur perasaan melanda bila mendengar rintihan teman tadi.....geram ada... marah pun ada. Tak ada hati perut ke engkau pada isteri....Allah SWT sudah letakkan dirimu sebaik-baik tempat sebagai khalifah di muka bumi ini.

Islam telah menyediakan garis panduan sebaik-baiknya untuk kita jadikan landasan namun aku pelik dan tidak mengerti mengapa golongan tipikal yg di dalam ICnya di kenal sebagai Islam masih ortodok sebagaimana zaman jahiliah.

Imam An-Nawawi menyebutkan bahawa perempuan itu dua macam iaitu perempuan yang kebiasaannya mempunyai pembantu (khadam) dan perempuan yang tidak mempunyai pembantu. Oleh yang demikian menurut mazhab Syafi‘è tidak wajib menyediakan pembantu bagi isteri jika suami tidak mampu. Walau bagaimanapun suami dituntut menyediakan pembantu jika isteri dari keluarga yang kebiasaannya mempunyai pembantu. (Raudhah At-Talibin: 6/453-455) Dalam hal ini, suami juga dituntut (wajib) membayar nafkah bagi pembantu tersebut seperti bayaran gaji, makan minum dan pakaian (sekali setiap enam bulan). (Raudhah At-Talibin: 6/453-455)

Dalam pada itu Imam As-Syirazi pula menyebutkan bahawa suami hanya patut menyediakan seorang pembantu sahaja bagi isterinya dan pembantu itu adalah seorang perempuan atau seorang lelaki yang mempunyai hubungan mahram dengan si isteri. (Al-Majmuk: 19/367)

Pekerjaan yang wajib dilakukan oleh seorang pembantu isteri itu hanyalah mengenai hal-hal yang khusus dan diperlukan oleh isteri sahaja seperti menyediakan makan minum isteri, membasuh pakaian isteri, memasak makanan isteri dan mengangkat air untuk mandian dan untuk minuman.

Ada ulamak menyebutkan bahawa kerja-kerja harian di dalam rumah seperti memasak makanan suami dan mencuci pakaian suami, bukanlah menjadi kewajipan isteri dan pembantu tersebut; isteri hanya boleh melakukannya secara sukarela, bahkan ia adalah tugas suami sendiri atau ditangani oleh orang lain dengan cara upah dan sebagainya. (Al-Majmuk: 19/369 & I‘anah At-Thalibin: 4/114-115). Hukum ini adalah hasil ijtihad ulamak dan ia bertentangan dengan urf atau kebiasaan dalam masyarakat. Sedangkan urf dan kebiasaan itu boleh dipakai dalam menentukan dan menetapkan sesuatu hukum. Atas dasar ini, isteri boleh memasak, menyidai pakaian, mengasuh anak dan sebagainya, tetapi bukan sebagai kewajipannya yang mutlak.

Beberapa alasan berikut juga boleh dijadikan hujah:

1. Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman kepada para isteri yang tafsirnya, “Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya.” (Surah Al-Baqarah, ayat 228)

Sebahagian ulamak tafsir menta’wilkan ayat di atas, supaya para isteri berkhidmat dengan baik ke atas para suami sepertimana para isteri berbuat taat kepada suami mereka sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala. (At-Thabari:2/613-614)

Pengarang kitab Fatawa Mu‘asyirah ada menyebutkan mengenai maksud perkataan al-makruf dalam ayat di atas, beliau berkata yang maksudnya, “Khidmat seorang isteri kepada suaminya adalah makruf (kebaikan). Adapun membuat perempuan (isteri) itu bersenang-senang sementara lelaki melaksanakan urusan rumah seperti menyapu, mengisar gandum, menguli tepung, membuat roti, membasuh … (lain-lain lagi), bukanlah perkara yang makruf, (kerana) lelaki itu bekerja dan membanting tulang di luar rumah, maka demi keadilan sewajarnya wanita berperanan melaksanakan tugas-tugas rumah tersebut. (Fatawa muàsyirah: 1/506)

2. Suami adalah qawwam (pemimpin) dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap isteri sebagaimana disebutkan dalam firman Allah Ta‘àla yang tafsirnya, “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum wanita.” (Surah An-Nisaa’, ayat 34)

Oleh yang demikian, isteri hendaklah menjaga kepentingan suami. Maka jalan yang serasi dan bermuafakat dengan adat dan budaya orang Melayu ialah isteri bertanggungjawab dengan kerja-kerja rumah manakala suami pula hanya membantu. Tidaklah menjadi kesalahan, jika ada suami yang berminat dan bersedia melakukan kerja-kerja di rumah seperti kerja-kerja memasak, mengasuh anak dan menjahit pakaian sendiri, kerana Rasulullah SAW juga melakukan perkara-perkara tersebut, sementara isteri pula bekerja di luar seperti berniaga dan sebagainya di atas kerelaan suami isteri.

3. Terdapat beberapa riwayat yang menyatakan kehidupan harian Rasulullah SAW dan para sahabat sebagai suami dan isteri, yang masing-masing itu memberi khidmat dan bantu membantu antara satu sama lain; Rasulullah SAW dalam membantu dan menolong ahli keluarga Baginda telah dijadikan contoh tauladan oleh umat manusia. Baginda sebagai seorang Rasul sekaligus sebagai pemimpin negara tidak camah mata kepada ahli keluarga Baginda.

Ini terbukti dalam satu riwayat daripada Al-Aswat bin Yazid katanya yang maksudnya, “Aku bertanya kepada Aisyah: “Apa yang Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam kerjakan di rumah? Aisyah menjawab: “Baginda sentiasa melayani isterinya yakni membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Maka apabila masuk waktu sembahyang Bagindapun keluar untuk sembahyang (ke masjid).” (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Hadis diatas disokong lagi oleh hadis-hadis lain yang menceritakan Baginda SAW sendiri membuat kerja-kerja rumah seperti menjahit baju, mencuci pakaian, menampal kasut, memerah susu dan lain-lain, sebagaimana riwayat daripada Hisyam bin ‘Urwah daripada seorang lelaki katanya yang maksudnya, “Aku bertanya kepada Aisyah: “Apa yang Nabi SAW kerjakan di rumahnya? Aisyah menjawab: “Baginda sendiri telah menjahit baju dan menmpal kasut atau seumpama ini.” (Hadis riwayat Ahmad)

Dalam riwayat yang lain yang maksudnya, “Apa yang Nabi SAW kerjakan di rumahnya? Aisyah menjawab: “Baginda sendiri menjahit bajunya dan menampal kasutnya, dan Baginda juga membuat pekerjaan yang dibuat oleh kebanyakkan orang lelaki (suami) di rumah-rumah mereka.” (Hadis riwayat Ahmad)

Dalam riwayat yang lain lagi yang maksudnya, “Apa yang Nabi SAW kerjakan di rumahnya? Aisyah menjawab: “Baginda adalah manusia seperti manusia biasa di mana Baginda sendiri membersihkan (mencuci) pakaiannya, memerah susu kambing dan membuat kerja-kerja (yang lain) untuk dirinya sendiri.” (Hadis riwayat Ahmad)

Berdasarkan hadis-hadis di atas jelaslah bahawa mengurus rumah dengan membantu para isteri itu adalah sunnah Rasulullah SAW, dan amalan tersebut bukanlah sebagaimana anggapan sebahagian orang awam sebagai “queen control”. Maka perbuatan tersebut hendaknya dikekalkan demi kerukunan dan kebahagiaan rumahtangga.

Begitu juga kehidupan harian para sahabat sebagai suami isteri, masing-masing mereka memberi khidmat dan bantu membantu antara satu sama lain. Sebagai contoh, Asma’ binti Abu Bakar, isteri sahabat Zubair bin Al-Awwam, sentiasa membantu suaminya dengan memberi makan kuda, mengangkat air dari tempat yang berbatu-batu jauhnya. Hal ini diceritakan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Abi Mulaikah yang maksudnya, “Sesungguhnya Asma’ telah berkata: “Aku pernah memberikan khidmat (melayani) Az-Zubair dalam urusan rumahtangga. Dia (Az-Zubair) mempunyai seekor kuda dan akulah yang mengurusnya. Tidak ada suatu khidmat (kerja) yang lebih berat bagiku daripada mengurus kuda kerana akulah yang mencarikan rumput, menjaganya dan mengurus segala keperluannya.” (Hadis riwayat Muslim)

Dalam riwayat yang lain yang maksudnya, “Daripada Asma’ binti Abu Bakar katanya: “Az-Zubair mengahwini aku, dia tidak mempunyai harta, hamba dan apa pun di muka bumi ini selain seekor kuda”. Kata Asma’ lagi: “Akulah yang memberi makan kudanya, mencukupkan keperluan makannya, mengurusnya, menumbuk biji kurma sebagai minumannya, memberinya makan, meminumkan air, melubangi timbanya dan mengadun roti. Tetapi aku tidak boleh membuat roti dengan baik, dan kaum wanita Ansharlah yang biasa membuatkan roti untukku. Mereka adalah para wanita yang ikhlas”. Beliau berkata lagi: “Aku biasa mengangkat biji kurma di atas kepalaku dari kebun Az-Zubair iaitu tanah yang diberikan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Tanah itu kira-kira jauhnya satu pertiga farsakh dari kota.” (Hadis riwayat Muslim)

Dalam riwayat yang lain Fatimah telah mengadu kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam meminta seorang pembantu yang maksudnya, “Daripada Ali bin Abi Talib, sesungguhnya Fatimah pernah mengadu kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, meminta kepada Baginda seorang pembantu. Lalu Baginda bersabda: “Bagaimana jika aku tunjukkan sesuatu yang lebih baik untuk mu daripada seorang pembantu; iaitu kamu bertasbih kepada Allah sebanyak tiga puluh tiga kali ketika hendak tidur, bertahmid (memuji Allah) sebanyak tiga puluh tiga kali dan membaca takbir kepada Allah sebanyak tiga puluh empat kali.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Berdasarkan hadis di atas, Fatimah dan suaminya pernah mengadu kepada Rasulullah SAW agar mengizinkannya mendapatkan pembantu rumah. Tetapi Baginda mengajar Fatimah perkara yang lebih baik daripada seorang pembantu. Dengan makna yang lain Baginda melazimkan Fatimah agar terus melakukan sendiri kerja-kerja dan urusan rumahnya sekaligus tidak pula mengatakan kerja itu diserah kepada Ali kerana tanggungjawabnya sebagai suami. Jawapan Rasulullah SAW kepada puterinya itu adalah suatu perakuan (taqrir) yang dengan sendirinya menurunkan hukum yang bakal dipakai oleh umatnya, iaitu dalam menentukan tanggungjawab siapa sepatutnya melakukan kerja-kerja rumah, suami atau isteri.

Fatimah Az-Zahra adalah salah seorang puteri Nabi iaitu penghulu segala wanita. Sebagai isteri kepada Saiyidina Ali bin Abi Talib, beliau turut serta memberi khidmat kepada suaminya dan melakukan sendiri kerja-kerja memasak, membuat tepung, mengadun, membuat roti dan mengisar tepung sehingga pecah-pecah kedua tangannya.

Berdasarkan hadis di atas juga Ibnu Hubaib mengatakan bahawa Rasulullah SAW memutuskan supaya Fatimah berperanan melakukan tugas-tugas dalaman, sementara Ali berperanan melakukan tugas-tugas luar. Maksud tugas-tugas dalaman ialah membuat tepung, memasak, menyapu dan semua kerja rumah. (Fath Al-Bari: 10/635)

Berdasarkan hujjah-hujjah di atas, adalah elok jika isteri dapat membuat pekerjaan atau perkara-perkara yang lazimnya dibuat oleh para isteri seperti memasak, mencuci pakaian, menyediakan makanan dan sebagainya untuk suaminya kerana agama Islam sangat menggalakkan umatnya bantu-membantu dan tolong-menolong antara satu dengan lain lebih-lebih lagi suami isteri. Dalam perkara tolong menolong dan bantu membantu ini Allah Ta‘àla telah menjelaskan dalam firmanNya yang tafsirnya, “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa.” (Surah Al-Maidah, ayat 2)

FirmanNya yang lain yang tafsirnya, “Dan mereka pula bersegera pada membuat dan mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya) adalah dari orang-orang yang salih.” (Surah Ali Imran, ayat 114)

Perkara sedemikian juga bersesuaian dengan budaya masyarakat Melayu iaitu kerja-kerja berat biasanya menjadi kewajipan suami manakala kerja-kerja ringan biasanya menjadi kewajipan isteri.

Berdasarkan penjelasan yang telah dihuraikan di atas, dalam apa jua keadaan suami mempunyai satu darjat kelebihan ke atas seorang perempuan (isteri), kerana suamilah yang berkuasa mengawalnya dan memberi mereka nafkah, sebagaimana firman Allah Ta‘ala yang tafsirnya, “Dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isteri-isteri).” (Surah Al-Baqarah, ayat 228)

Kesimpulannya, seorang isteri adalah menanggung kewajipan terhadap suaminya yang wajib dilaksanakannya dengan cara yang baik, maka begitulah juga suami menanggung kewajipan terhadap isterinya yang wajib dilaksanakannya dengan cara yang baik juga, sebagaimana dijelaskan oleh Allah Ta‘ala dalam firmanNya yang tafsirnya, “Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (tidak dilarang oleh syarak).” (Surah Al-Baqarah, ayat 228)

05 January 2011

Damping Malam


Damping Malam sekarang ditayangkan disemua panggung utama Malaya. Teringin nak pergi tengok yelah lama tak tengok Emy Mastura di layar...tapi ......satu aku tak nak lepas ni jadi penakut bangun malam & nanti terjerit2 dlm panggung....


Sinopsis: Mengisahkan WADI (36) dengan isterinya KU KHALIRA (32) yang sudah 14 tahun mendirikan rumahtangga. Mereka dikurniakan seorang saja anak perempuan kini berusia 13 tahun bernama NURAIZA. Hidup mereka serba moden. Cara hidup mereka agak terbuka dan bebas. NURAIZA pula anak yang ceria, bijak, walaupun anak tunggal tetapi dia nampak matang dalam dunianya. Disebabkan ibu dan ayahnya hidup lebih mengutamakan duniawi, maka landas agama mereka agak kurang. NURAIZA diasuh oleh ibu saudara KU KHALIRA yang tinggal bersama mereka yang dipanggil UMI SIAH(45) oleh NURAIZA. UMI SIAH seorang yang serius tetapi nampak tenang. Seakan ada rahsia disimpan sendiri-sendiri. UMI SIAH sangat menjaga NURAIZA kerana dia tahu keistimewaan yang NURAIDA ada. KU KHALIRA sentiasa menjadi bualan kegemaran para wanita yang mengenalinya kerana begitu pandai menjaga rumahtangga. KU KHALIRA dan WADI selalu melakukan yang rasional dalam apa jua hal, tidak mempercayai hal mistik, tidak membimbing keluarga ke arah agama. Kisah bermula semasa minggu orientasi NURAIZA yang berjaya masuk ke asrama penuh. Ia menjadi kebanggaan buat WADI tetapi ada sedikit kebimbangan buat KU KHALIRA yang katanya ia tidak pernah berpisah dengan anak tunggalnya itu. Ada gangguan di asrama dan sasarannya ialah NURAIZA. Selama ini NURAIZA tidak pernah melalui pengalaman menyeramkan itu, maka datang trauma dalam dirinya. Dia tidak pernah diajar dengan doa atau ayat melindungi dirinya maka NURAIZA jadi tidak menentu dan gangguan tetap berterusan bukan saja kepada dia tetapi juga kawan-kawan yang ada dekat dengannya. Di sana juga dia mengenali rakan sebilik dan sekelasnya, HASNI dan SYARIFAH. Dia juga mengenali seterunya yang sentiasa kurang senang dengannya iaitu ERNA dan NADIA yang tua dua tahun daripadanya tetapi bilik mereka berhampiran. NURAIZA belajar mendekatkan diri dengan pendidikan Islam bersama HASNI dan SYARIFAH. Gangguan tetap ada. Datang pula kenakalan ERNA dan NADIA yang mahu mengenakan NURIZA, lalu mereka main seru roh guna papan ouiji, maka NURAIZA mula nampak seorang budak perempuan yang sebaya dengannya berlegar sekitar asrama. Yang menakutkannya, budak itu sentiasa tunduk, tidak pernah nampak wajahnya dengan jelas tetapi setiap kali dia berjalan, dia akan seret kaki dan ada darah sedikit-sedikit menitik ke lantai dari tangan kanan dan kirinya. NURAIZA saja yang nampak dan ia semakin menakutkan NURAIZA sehingga membuatkan NURAIZA histeria. Bagi ERNA pula itu semua lakonan dan tipu helah NURAIZA untuk tarik perhatian. Sehinggalah ERNA dan NADIA sendiri diganggu tetapi dengan makhluk halus yang lebih menakutkan. WADI dan KU KHALIRA dimaklumkan, mereka datang dan bawa NURAIZA pulang untuk merawatnya. UMI SIAH terlalu menjaga keselamatan NURAIZA maka tegas tidak benarkan NURAIZA ke asrama semula tetapi WADI tidak setuju. KU KHALIRA sedih dan bimbang melihatkan anaknya sudah tidak ceria seperti dahulu. NURAIZA beritahu apa yang dia nampak tetapi WADI tidak percaya. Apabila NURAIZA sudah sembuh, dia pulang semula ke asrama dan gangguan tetap datang setiap malam dan di asrama tidak aman lagi sejak NURAIZA ada di sana. Apabila NURAIZA tidak ada semula di rumah, rumah WADI tidak sama seperti dulu, kesuraman terasa, ada gangguan yang NURAIZA lalu, juga menganggu penghuni rumah WADI.

KU KHALIRA mengesyaki UMI SIAH ada muslihat lain dan gangguan yang datang pada anaknya disebabkan niat jahat UMI SIAH, kerana apabila dia beritahu suaminya, keturunan ibu saudara dan arwah ibunya iaitu RAJA SARAH pernah menggunakan pendamping menjaga keluarga tetapi dia tidak pernah suka dan tidak percaya semua itu. WADI mula mengesyaki juga UMI SIAH sehingga ada insiden yang berlaku buatkan WADI percaya UMI SIAH mahu menganiaya keluarganya lalu dia menghalau UMI SIAH dari rumah. UMI SIAH cuba terangkan keadaan sebenar tetapi WADI tidak mahu dengar dan tidak mahu tahu. Kemudian datang tetamu baru di rumah mereka. USTAZ BAKRI(36) ialah sahabat lama WADI sejak dibangku sekolah. Dia baru balik dari kerjanya di Mesir. USTAZ BAKRI terasa unsur negatif itu di rumah WADI dan meminta WADI banyakkan solat di dalam rumah dan amalan agama semula yang sudah jauh ditinggalkannya. Apabila WADI yang sering diganggu itu, mula cuba berjinak mengenal diri kembali dalam agama Islam, amukan berlaku dan dia mula nampak apa yang selama ini dia tidak pernah nampak. Nantikan kesudahannya dalam DAMPING MALAM…