Tidur Selepas Asar
Mat pergi Sungai Buloh hantar Abg Azimm yang akan berkursus di sana. Semalam tidur lewat membuatkan aku rasa malas sangat nak ikut..hati memang nak ikut yelah aku ni suka sikit part-part explore jalan2 baru ni tapi badan letih sangat.
Mula lepas Mat keluar ingat nak sambung Zzzz tapi mengadap muka buku.....terbaca komen sorang kawan junior Tynie ....Rose My ~ my dad kata tido sampai lepas Asar ble jadi cracko woiii,!! Bangun!!.....takot la nanti jadi cracko teruih terbeliak mata & teruih ngadap blog. Sahih ka hadis pasai tidoq selepas asaq ni...aku pun tidak pasti yelah ilmu pun tak seberapa. Namun jika di lihat sudut realiti memang tidur selepas asar tidak bagus....dulu semasa sekolah rendah aku masih teringat Abang Dol yang baru bangun tetiba macam marah padaku , "adik dah sayup ni awat tak mandi lagi sat lagi nak pi sekolah".....sedangkan masa tu sudah senja...ternyata tidur petang boleh mengelirukan minda kita dan satu lagi ia telah menghampiri malam jika kita sudah tidur semasa petang malam hari sudah pasti susah untuk tidur ..kan tidak bagus untuk badan. Tapi kalau dah mengantuk sampai mengigil takkan nak beliak mata jugak kan...Zzzz jelah
Terdapat satu kata-kata yang selama ini ramai diantara kita yang menganggapnya sebagai hadis, tetapi sebenarnya ia bukan. Ianya ialah hadis palsu. Ini seperti apa yang disebutkan oleh Imam Ibnu al-Jauzi, Al-Sayuthi dan juga Al-Zahabi.
((من نام بعد العصر ، فاختُلس عقله، فلا يلومنَّ إلا نفسه)).
Barangsiapa yang tidur selepas Asar maka akan terganggulah akalnya. Maka
janganlah dia mencela melainkan kepada dirinya sendiri.
(Ibnu al-Jauzi di al-Maudhu'aat, al-Sayuthi di al-la'ali al-Masnu'ah & al-Zahabi di Tartib al-Maudhu'aat)(1)
Mungkin tidur selepas asar ada keburukan sekiranya boleh dibuktikan, akan tetapi tiada hadis sahih menyebutkan tentang hal ini. Jadi, hati-hati lah kita pada masa akan datang dalam menyandarkan sesuatu kepada nabi SAW.
Rujukan:
(1): 100 HADIS DHA'IF DAN PALSU YANG MASYHUR DI KALANGAN MASYARAKAT dihimpunkan oleh Syeikh Ihsan bin Muhamad bin 'Ayis al-Utaibi.
Comments
Post a Comment