27 June 2013

what he did?

Tecit makin noti.

See. Semua dia nak panjat.

Bunga melor

Antara bunga kesukaanku. Mengingatkan aku kepada laman di pida.

Mak tanam pokok bunga melur ni berhampiran telaga.

Harum semerba baunya bila malam dan pagi.

Harumnya simelur membuka jiwa dan minda.

Sarapan dan rutin

Every working days my routine menyerok kata org kubang pasu di cafe yg sama dan tempat yg sama dan juga menu pun kadang2 sama.

inilah rutin.

Jika kita melakukan perkara yg sama berterusan ianya dikatakan istiqomah.

Istiqomah kearah melakukan kebaikan akan menjamin hidup yg bail diakhirat kelak. Itu adalah pasti.

26 June 2013

Lelaki penyayang

Yang kami sayangi....Incik Mahhadir

8 cara mengenalpasti lelaki penyayang

1) Suka Haiwan

- Lelaki yang penyayang adalah lelaki yang sukakan binatang, kita boleh tengok reaksi dia bila ada haiwan ni sebagai contoh dikedai makan, ada kucing datang mengiauwww kat kaki lelaki tu, ada yang sepak terajang dan halau kucing tu, ada pulak yang bercakap dengan kucing tu ” kenapa?..lapar ye..nah amik ni..” sambil beri tulang atau isi makanan. Haa, boleh tau ke mana yang penyayang?. Lagi satu contoh mudah, lelaki yang ada bela haiwan peliharaan lagi lah menyerlah sifat kasih sayang dia. 
wiz his dote....kaki gaduh dua beranak ni




Sapa suka haiwan abah & cik B. Esp Cik B semua binatang dilayannya. Asal nampak kucing dia nak bagi makan. Ayam pun dia kalut nak bagi makan. Sebenarnya hati mereka ni mudah kesian kepada makhluk Allaj yang lain

2) Suka Kanak-Kanak

- Lelaki yang suka akan kanak-kanak berpotensi menjadi bapa yang baik. Ini kata Dr.Fadilah Kamsah. Sifat kasih sayang dan layanan baik terhadap kanak-kanak sudah cukup mencerminkan dirinya kategori lelaki yang bagaimana.

Abah suka melayan kanak2. Bayangkan dalam poketnya mesti ada cloud9. Jumpa budak2 diberinya cloud9. Dulu masa sekolah abah selalu suruh mak masak sebab nak panggil budak2 mai makan. Dan cik B pun sama amat mudah mesra dengan kanak2.
 
pendorong kuat si abang yg penakut & low confident

3) Berat Akan Orang Tua

- Lelaki yang penyayang adalah lelaki yang berat akan orang tuanya. Seperti dia lihat ibunya terkontang-kanting mengangkat kain dijemuran, perasaan tak sampai hati yang wujud mendorongya membantu. Mereka juga akan sedaya upaya meringankan beban orang tuanya tanpa mengharap balasan.
Bab menghormati org tua ada dalam diri abah. Antara sebab utama abah kembali ke Kedah adalah kerana orang tuanya. Cik B yang ensem tu pun sama juga sayang sangat dia pada ayah dan mak manis begitu juga dengan abah dan mak. 
 

4) Berat Akan Adik-Adik

- kita cuba tengok hubungan dia dgn adik. Tengok samada adakah hubungannya dengan adik rapat dan adik-adiknya menyukainya?. Perhatikan samada mereka bergurau senda atau tidak atau hanya membuat bodoh saje bila si adik ingin beramain dengannya.. Jika ya, maka dia merupakan lelaki penyayang. Ini berbeza dengan lelaki yang tak suka bermain-main atau melayan karenah adik kecilnya menunjukkan sifat penyayang dalam dirinya kurang
Bab ni yang buatkan mama ni tertarik sebab masa kat sekolah bila tanya pasal adik ...cik B teringat2 pasal adik2nya. So sweet kan abang yg selalu teringat adik2
 

5) Prihatin Terhadap Kawan-Kawan

-Lelaki yang penyayang juga selalu bersikap prihatin atas kesusahan rakan-rakannya. jika ada yang meminta tolong dia tak ragu-ragu membantu sedaya boleh. Baginya kawan juga perlu ada dalam hidup dan perlulah ada sikap bantu-membantu dan tidak pentingkan diri. Tetapi biarlah berpada, bukannya setiap kali dia sahaja menolong atau tak pernah langsung menolong. Perlu ada sifat timbangrasa.

6) Pandai Menjaga Hati Pasangan

-Lelaki yang penyayang memang pandai mengambil hati pasangannya. Tengokklah bila pasangannya sedang berduka, pandai sahaja dia membuat humor untuk menghiburkan hati pasangannya. Kadang-kadang dia suka membuat kejutan bertujuan menggembirakan pasangannya. Jika pasangannya sedih dia juga tidak senang hati

7) Susah Marah

-Lelaki yang penyayang sudah tentunya lelaki yang tidak panas baran dan cepat melenting. Kerana hal kecil pun nak melenting seperti terlewat berjumpa, atau tercalarkan keretanya. Lelaki yang cepat melenting macamni korang berhati-hati la..

8 ) Sentiasa Murah Dengan Senyuman

-Kita tengok lelaki tu sejuk je..sentiasa senyum je selalu. Memang tak lokek langsung!.. Ini menandakan dia seorang lelaki yang penyayang. Senyuman yang diukir bertujuan mewujudkan elemen kemesraan kepada sesiapa yang memandangnya. Sebolehnya dia nak menegur semua orang dan berhubungan baik dengan semua orang. Tidak mahu mewujudkan unsur kebencian.

Doa Mustajab

Semalam hujan mencurah-curah. Walaupun telah diberitahu oleh Jabatan berkenaan pembenihan hujan tidak dapat dilaksanakan kerana faktor cuaca.
Hujan yang menderu2 petang semalam telah membuatkan bumi klang valley kembali segar

Doa insan manakan yg mustajab itu. Kagum aku dengan insan itu. Keluh rasanya mendapat belas Allah SWT. Mujur kita di bumi ini ada insan sebegini keluh kesahnya didengari terus oleh Allah SWT dan terus dihantar bantuan dengan pantas sekali tanpa bertangguh.

Siapakah insan mulia itu?

Sesungguhnya Allah SWT itu maha mendengar akan rintihan hambaNYA. Berdoalah dengan rasa kehambaan kerana kita ini hamba.

Doa adalah senjata orang mukmin, ia penghilang kegundahan, pelenyap kesusahan dan solusi jitu untuk menyelesaikan berbagai masalah kehidupan, kerana pada saat berdoa kita sedang memohon kepada Dzat yang Menguasai dan Memiliki seluruh jagat raya ini dan di tangan-Nya lah segala perbendaharaan langit dan bumi. Pertanyaannya, bilakah waktu ketika doa dijamin akan dikabulkan pada hari Jum’at sebagaimana yang diriwayatkan oleh  Al-Bukhari dan Muslim dalam shahihnya?


Kata-kata ibu itu umpama doa. Jom kita menadah tangan berdoa. Dan setiap gerak hati kita berdoa ...ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Ampunilah hambaMu yang sentiasa melakukan khilaf ini. 

Doa memungkinkan sesuatu yang baru. Hati2 kita ini milikNya dan beredarnya cakerawala, angin dan pasang surut lautan adalah dengan peraturanNYA. Hanya Dialah yang mampu mengubah apa yg ditetapkanNYA.

21 June 2013

June 2013....pantas berlari

2013 rasanya amat kencang larinya.

Banyak perkara perlu dilakukan. Banyak kelemahan yang perlu dibaiki.

perjuangan kami

mereka ini amanah juga anugerah perlu digalas dan diukir jiwa dan emosi sebaiknya
mengeluarkan si kecil ini dari guru yg tidak memahami etika pendidikan awal kanak adalah matlamat utama bulan ini
diberinya kami satu icon sebagai pencerap jiwa adik2 ....dirinya memberi pengaruh besar buat adik2
bersama icon didatangkan kepada kami dua puteri comel yg menemankan icon semasa di sekolah moga anak berdua ini sentiasa dalam lindungan Allah SWT..