Doa Mustajab

Semalam hujan mencurah-curah. Walaupun telah diberitahu oleh Jabatan berkenaan pembenihan hujan tidak dapat dilaksanakan kerana faktor cuaca.
Hujan yang menderu2 petang semalam telah membuatkan bumi klang valley kembali segar

Doa insan manakan yg mustajab itu. Kagum aku dengan insan itu. Keluh rasanya mendapat belas Allah SWT. Mujur kita di bumi ini ada insan sebegini keluh kesahnya didengari terus oleh Allah SWT dan terus dihantar bantuan dengan pantas sekali tanpa bertangguh.

Siapakah insan mulia itu?

Sesungguhnya Allah SWT itu maha mendengar akan rintihan hambaNYA. Berdoalah dengan rasa kehambaan kerana kita ini hamba.

Doa adalah senjata orang mukmin, ia penghilang kegundahan, pelenyap kesusahan dan solusi jitu untuk menyelesaikan berbagai masalah kehidupan, kerana pada saat berdoa kita sedang memohon kepada Dzat yang Menguasai dan Memiliki seluruh jagat raya ini dan di tangan-Nya lah segala perbendaharaan langit dan bumi. Pertanyaannya, bilakah waktu ketika doa dijamin akan dikabulkan pada hari Jum’at sebagaimana yang diriwayatkan oleh  Al-Bukhari dan Muslim dalam shahihnya?


Kata-kata ibu itu umpama doa. Jom kita menadah tangan berdoa. Dan setiap gerak hati kita berdoa ...ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Ampunilah hambaMu yang sentiasa melakukan khilaf ini. 

Doa memungkinkan sesuatu yang baru. Hati2 kita ini milikNya dan beredarnya cakerawala, angin dan pasang surut lautan adalah dengan peraturanNYA. Hanya Dialah yang mampu mengubah apa yg ditetapkanNYA.

Comments

Popular Posts