26 February 2015

Tiada siapapun terlepas daripada percakapan manusia


26 Feb 2015 (10.30 PM)

Sakit sebelah kiri badan, rasa dada yang menyempit dan rasa tidak cukup tidur seminggu dua ini merupakan hint ada sesuatu yang tidak kena terhadap jasad ini. Tak bermaya sangat hari ini untuk memandu ke Cyber. Bateri jasad ditahap peratus yang amat rendah sekali. Dr Siti Aishah memberikan tarikh untuk melakukan pembedahan secepat mungkin kerana dikhuatiri akan berlaku sesuatu yang lebih membawa kemudaratan pada diri. 

Dan semoga apa setiap kejadian memberikan diri untuk bermuhasabah betapa diri ini banyak lagi kekurangan dan banyak lagi amal yang perlu digapai dalam menuju keredhaan Allah SWT. Banyak perkara yang mak pesan telah kutinggalkan...tak apa bersendirian kata mak asalkan kita tidak menambah timbangan kiri setiap hari bila kita beramaian.

Dan tabahlah bila diri kita direndahkan oleh manusia kerana Allah SWT tahu akan segalanya.


Janganlah sering menghampiri diri pada sekumpulan manusia yang sedang enak membicarakan tentang gossip semasa,

Janganlah sengaja menadah telinga mendengar umpatan yang lazat menjamu mulut mereka,
Kerana bahan gurauan dan cerita yang sedang mereka persembahkan belum tentu asalnya betul dan boleh di terima.

Lalu umpatan yang makin berselera itu menjadi fitnah yang boleh mengubah pandangan kita terhadap mangsa.

Lalu tatkala kita bertemunya di jalanan tentu hati mula berbicara.

Mengingat kembali cerita-cerita yang telah menjadi simpanan kekal di otak kita.
Senyumannya kita sambut dengan terpaksa rela.  
Di hati terbuku syakwasangka.
Keikhlasan berukhwah semakin hambar dan si mangsa terdera dan tertanya-tanya apakah punca asal peristiwa.

Sedang hakikat sebenar hanya Allah yang tahu kejadiannya.

Siapa kita untuk menghukum manusia yang sama sahaja kejadiannya seperti kita? Apatah lagi memburukkannya dan menyebarkan fitnah berleluasa? Tidak takut di bicarakan di mahkamah agung suatu hari nanti untuk membetulkan kembali fitnah yang kita mulai?


Fitnahlah sesuka hatimu, dan tunggu keadilan Allah tatkala insan yang tidak berdosa itu mula menadah tangan memohon pertolonganNya.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)


Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). 


24 February 2015

Kepunyaan Allah SWT segala isi alam ini

24.02.2015

Kakak itu dalam usrahnya menyatakan usah bersedih atau berduka andai sesuatu hilang darimu, andai sesuatu ditarik darimu dan andai sesuatu dirampas olehmu kerana segalanya di sini iaitu dibumi dan alam semesta ini adalah kepunyaan Allah. Berdamailah dengan takdir walaupun kadangkala berat untuk kita menerima takdir juga amalkan doa nabi Yunus,


لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنتَ ، سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

 Laa ilaaha illa anta. Subhaanaka, innii kuntu minaz zhaalimiin 

“Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri”.(QS Al-Anbiya’ : 87).


Siapalah kita mahu menidakkannya.

Siapalah kita mahu menyombong diri pada yang lainnya kerna suatu hari nanti kita kelihatannya sama seperti yang lain dibungkus dengan kain putih diliang lahatkan seperti mereka yang lain juga
Juga siapalah kita mahu menjatuhkan sesama kita kerana dunia ini bukan tempat berpropaganda bukan tempat berkinja-kinja 
malah ianya lebih kepada tempat kita mencari bekal amal untuk akhirat sana





Surah 23 al mu’minuun ( orang-orang yang beriman ) ayat 84 :
Katakanlah: “ kepunyaan siapakah bumi ini, dan semua yang ada padanya, jika kamu mengetahui?”

Surah 23 al mu’minuun ( orang-orang yang beriman ) ayat 85 :
Mereka akan menjawab: “ kepunyaan allah,” katakanlah: “maka apakah kamu tidak ingat?”

Surah 23 al mu’minuun ( orang-orang yang beriman ) ayat 86 :
Katakanlah: “siapakah yang empunya langit yang tujuh dan yang empunya ‘arsy yang besar?”

Surah 23 al mu’minuun ( orang-orang yang beriman ) ayat 87 :
Mereka akan menjawab: “ kepunyaan allah,” katakanlah: “ maka apakah kamu tidak bertakwa?”

Surah 23 al mu’minuun ( orang-orang yang beriman ) ayat 88 :
Katakanlah: “ siapakah yang ditangannya berada kekuasaan atas segala sesuatu sedang dia melindungi, tetapi tidak ada yang dapat melindungi dari ( azabnya ), jika kamu mengetahui?”

Surah 23 al mu’minuun ( orang-orang yang beriman ) ayat 89 :
Mereka akan menjawab: “kepunyaan allah,” katakanlah: “( kalau demikian ), maka dari jalan manakah kamu ditipu?”

Surah 24 an nuur ( cahaya ) ayat 64 :
Ketahuilah sesungguhnya kepunyaan allahlah apa yang ada dilangit dan di bumi. Sesungguhnya dia mengetahui keadaan yang kamu berada didalamnya ( sekarang ). Dan ( mengetahui pula ) hari ( manusia ) dikembalikan kepadanya, lalu diterangkannya kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan. Dan allah maha mengetahui segala sesuatu.

Surah 25 al furqaan ( pembeda ) ayat 2 :
Yang kepunyaannyalah kerajaan langit dan bumi, dan dia tidak mempunyai anak, dan tidak ada sekutu baginya dalam kekuasaannya, dan dia telah menciptakan segala sesuatu, dan dia menetapkan segala ukuran-ukurannya dengan serapi-rapinya.

Surah 25 al furqaan ( pembeda ) ayat 26 :
Kerajaan yang hak pada hari itu adalah kepunyaan tuhan yang maha pemurah. Dan adalah ( hari itu ), satu hari yang penuh kesukaran bagi orang-orang kafir.

Surah 27 an naml ( semut ) ayat 91 :
Aku hanya diperintahkan untuk menyembah tuhan negeri ini ( mekah ) yang telah menjadikannya suci dan kepunyaannyalah segala sesuatu, dan aku diperintahkan supaya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.

Surah 28 al qashash ( cerita-cerita ) ayat 75 :
Dan kami datangkan dari tiap-tiap umat seorang saksi, lalu kami berkata “tunjukkanlah bukti kebenaranmu,” maka tahulah mereka bahawasanya yang hak itu, kepunyaan allah dan leyaplah dari mereka apa yang dahulunya mereka ada-adakan.

Surah 30 ar ruum ( bangsa rumawi ) ayat 26 :
Dan kepunyaannyalah siapa saja yang ada di langit dan di bumi.semuanya hanya kepadanya tunduk.

Surah 31 luqman ayat 26 :
Kepunyaan allahlah apa yang dilangit dan yang dibumi. Sesungguhnya allah dialah yang maha kaya lagi maha terpuji.

Surah 35 faathir ( pencipta ) ayat 13 :
Dia memasukkan malam kedalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam dan menundukkan matahari dan bulan, masing-masing berjalan menurut waktu yang ditentukan. Yang ( berbuat ) demikian itulah allah tuhanmu, kepunyaannyalah kerajaan. Dan orang-orang yang kamu seru ( sembah ) selain allah tiada mempunyai apa-apa walaupun setipis kulit ari.

Surah 39 az zumar ( rombongan-rombongan ) ayat 3 :
Inganlah, hanya kepunyaan allahlah agama yang bersih dari ( syirik ). Dan orang-orang yang mengambil pelindung selain allah ( berkata ): “ kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada allah dengan sedekat-dekatnya.” Sessungguhnya allah akan memutuskan diantara mereka tentang apa yang mereka berselisih padanya, sesungguhnya allah tidak menunjuki orang-orang yang pendusta dan sangat ingkar.

Surah 39 az zumar ( rombongan-rombongan ) ayat 44 :
Katakanlah: “ hanya kepunyaan allah syafaat itu semuannya, kepunyaannya kerajaan langit dan bumi. kemudian kepadanyalah kamu dikembalikan”

Surah 39 az zumar ( rombongan-rombongan ) ayat 63 :
Kepunyaannyalah kunci-kunci ( perbendaharaan ) langit dan bumi, dan orang-orang yang kafir terhadap ayat-ayat allah, mereka itulah orang-orang yang merugi.

Surah 40 az zumar ( rombongan-rombongan ) ayat 16 :
( yaitu ) hari ( ketika ) mereka keluar ( dari kubur ); tiada suatupun dari keadaan mereka yang tersembunyi bagi allah. ( lalu allah berfirman ): “kepunyaan siapakah kerajaan pada hari ini?” kepunyaan allah yang maha esa lagi maha mengalahkan.

Surah 42 asy syuura ( musyawarat ) ayat 4 :
Kepunyaannyalah apa yang ada dilangit dan apa yang ada dibumi. Dan dialah yang maha tinggi lagi maha besar.

Surah 42 asy syuura ( musyawarat ) ayat 12 :
Kepunyaannyalah perbendeharaan langit dan bumi; dia melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendakinya dan menyempitkannya. Sesungguhnya dia maha mengetahui segala sesuatu.

Surah 42 asy syuura ( musyawarat ) ayat 49 :
Kepunyaan allahlah kerajaan langit dan bumi, dia menciptakan apa yang dikehendakinya, dia memberikan anak-anak lelaki kepada siapa yang dia kehendaki.

Surah 42 asy syuura ( musyawarat ) ayat 53 :
( yaitu ) jalan allah yang kepunyaannya segala apa yang ada dilangit dan apa yang ada dibumi. Ingatlah, bahwa kepada allahlah kembali semua urusan.

Surah 45 al jaatsiyah ( yang berlutut ) ayat 27 :
Dan hanya kepunyaan allah kerajaan langit dan bumi. dan pada hari terjadinya kebangkitan, akan rugilah pada hari itu orang-orang yang mengerjakan kebathilan.

Surah 48 al fat-h ( kemenangan ) ayat 4 :
Dialah yang telah menurunkan ketenangan kedalam hati orang-orang mu’min supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka( yang telah ada ). Dan kepunyaan allahlah tentera langit dan bumi dan adalah allah yang maha mengetahui lagi maha bijaksana.

Surah 48 al fat-h ( kemenangan ) ayat 7 :
Dan kepunyaan allahlah tentera langit dan bumi. dan adalah allah maha perkasa lagi maha bijaksana.

Surah 48 al fat-h ( kemenangan ) ayat 14 :
Dan hanya kepunyaan allahlah kerajaan langit dan bumi. dia memberi ampun kepada siapa yang dikehendakinya dan mengazab siapa yang dikehendakinya. Dan allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Surah 53 an najm ( bintang ) ayat 31 :
Dan hanya kepunyan allahlah apa yang ada dilangit dan apa yang ada dibumi supaya dia memberi balasan kepada orang-orang yang membuat jahat terhadap apa yang telah mereka kerjakan dan memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik dengan pahala yang lebih baik ( surga ).

Surah 55 ar rahman ( yang maha pemurah ) ayat 24 :
Dan kepunyaannyalah bahtera-bahtera yang tinggi layarnya di lautan laksana gunung-gunung.

Surah 57 al hadiid ( besi ) ayat 2 :
Kepunyaannyalah kerajaan langit dan bumi. dia menghidupkan dan mematikan, dan dia maha kuasa atas segala sesuatu.

Surah 57 al hadiid ( besi ) ayat 5 :
Kepunyaannyalah kerajaan langit dan bumi. dan kepada allahlah dikembalikan segala urusan.

Surah 63 al munaafiquun ( orang-orang munafik ) ayat 7 :
Mereka orang-orang yang mengatakan ( kepada orang-orang anshar ): “ janganlah kamu memberikan perbelanjaan kepada orang-orang ( muhajirin ) yang ada disisi rasulluhlah supaya mereka burbar ( meninggalkan rasulluhlah )”. Padahal kepunyaan allahlah perbendaharaan langit dan bumi, tetapi orang-orang munafik itu tidak memahami.

Surah 92 al lail ( malam ) ayat 13 :
Dan sesungguhnya kepunyaan kamilah akhirat dan dunia.

22 February 2015

Fa bi ayyi ālā'i Rabbikumā tukażżibān (Maka nikmat tuhan kamu manakah yang kamu dustakan)

Sabtu 12.11 (21.02.2014)
Chilling Waterfall memang membuatkan kita jatuh cinta dengannya. 
Alam kurniaan Allah SWT ini amat indah sekali pada yang tahu merencah nikmatnya.
Sebenarnya undangan sahabat aka jiran secara tidak sengaja semasa aku bertanyakan padanya berkenaan Sungai Congkak. Rancangnya mahu membawa anak2 kesana sementelah Al Khattab pun diberi cuti 3 hari oleh pihak Maahad.
Bila teman yang kukenal sedari yahoo group keluarga dan relaxjap ini mengajak terus aku teruja dan kukhabarkan kepada hubby dan anak2.
Awal pagi tadi kami bertolak ....anak2 mula membayangkan keseronokkan hutan dan sungainya dan bila sampai disana.....wowwww...Fa bi ayyi ālā'i Rabbikumā tukażżibān (Maka nikmat tuhan kamu manakah yang kamu dustakan), salah satu ayat dalam surah kegemaran ku, Ar Rahman dan ayatnya bagai bertalu2 mengingatan diri supaya ada brek dalam menyelusuri kehidupan ini.

Chilling 21.02.15

Ar-Rahman [55]:11-26
11 Di bumi itu ada buah-buahan dan pohon kurma yang mempunyai kelopak mayang. 12 Dan biji-bijian yang berkulit dan bunga-bunga yang harum baunya.
13 Maka nikmat Tuhan kamu manakah yang kamu dustakan?
14 Dia menciptakan manusia dari tanah kering seperti tembikar, 15dan Dia menciptakan jin dari nyala api.
16 Maka nikmat Tuhan kamu manakah yang kamu dustakan?
17 Tuhan yang memelihara kedua tempat terbit matahari dan Tuhan yang memelihara kedua tempat terbenamnya.
18Maka nikmat Tuhan kamu manakah yang kamu dustakan?
19 Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, 20 antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui masing-masing
21 Maka nikmat Tuhan kamu manakah yang kamu dustakan?
22 Dari keduanya keluar mutiara dan marjan.
23 Maka nikmat Tuhan kamu manakah yang kamu dustakan?
24 Dan kepunyaan-Nya lah bahtera-bahtera yang tinggi layarnya di lautan laksana gunung-gunung.
25 Maka nikmat Tuhan kamu manakah yang kamu dustakan?
26 Semua yang ada di bumi itu akan binasa.