Fa bi ayyi ālā'i Rabbikumā tukażżibān (Maka nikmat tuhan kamu manakah yang kamu dustakan)

Sabtu 12.11 (21.02.2014)
Chilling Waterfall memang membuatkan kita jatuh cinta dengannya. 
Alam kurniaan Allah SWT ini amat indah sekali pada yang tahu merencah nikmatnya.
Sebenarnya undangan sahabat aka jiran secara tidak sengaja semasa aku bertanyakan padanya berkenaan Sungai Congkak. Rancangnya mahu membawa anak2 kesana sementelah Al Khattab pun diberi cuti 3 hari oleh pihak Maahad.
Bila teman yang kukenal sedari yahoo group keluarga dan relaxjap ini mengajak terus aku teruja dan kukhabarkan kepada hubby dan anak2.
Awal pagi tadi kami bertolak ....anak2 mula membayangkan keseronokkan hutan dan sungainya dan bila sampai disana.....wowwww...Fa bi ayyi ālā'i Rabbikumā tukażżibān (Maka nikmat tuhan kamu manakah yang kamu dustakan), salah satu ayat dalam surah kegemaran ku, Ar Rahman dan ayatnya bagai bertalu2 mengingatan diri supaya ada brek dalam menyelusuri kehidupan ini.

Chilling 21.02.15

Ar-Rahman [55]:11-26
11 Di bumi itu ada buah-buahan dan pohon kurma yang mempunyai kelopak mayang. 12 Dan biji-bijian yang berkulit dan bunga-bunga yang harum baunya.
13 Maka nikmat Tuhan kamu manakah yang kamu dustakan?
14 Dia menciptakan manusia dari tanah kering seperti tembikar, 15dan Dia menciptakan jin dari nyala api.
16 Maka nikmat Tuhan kamu manakah yang kamu dustakan?
17 Tuhan yang memelihara kedua tempat terbit matahari dan Tuhan yang memelihara kedua tempat terbenamnya.
18Maka nikmat Tuhan kamu manakah yang kamu dustakan?
19 Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, 20 antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui masing-masing
21 Maka nikmat Tuhan kamu manakah yang kamu dustakan?
22 Dari keduanya keluar mutiara dan marjan.
23 Maka nikmat Tuhan kamu manakah yang kamu dustakan?
24 Dan kepunyaan-Nya lah bahtera-bahtera yang tinggi layarnya di lautan laksana gunung-gunung.
25 Maka nikmat Tuhan kamu manakah yang kamu dustakan?
26 Semua yang ada di bumi itu akan binasa.



Comments

Popular Posts