30 January 2012

Tanyalah Ustaz 28 January 2011 dan sifat Qanaah


28 Januari ke rumah jiran untuk menghadiri meeting...disebabkan agak lewat As Siddiq mulai merengek. Aku pohon izin untuk pulang dan agenda seterusnya diwakilkan kepada cik B. Sesampainya di rumah As Siddiq terus melelapkan mata selepas habis sebotol susu. Erm...ku teliti surat akhbar...nafsu membaca tidak bergolak. Mataku meliar mencari remote TV...di sofa rupanya dan tangan mulai menekan dari satu channel ke channel yang lain.

TV9 ulangan tanyalah ustaz...menarik. Terlupa nama ustaz yang menjadi hos namun aku dapat menangkap setiap butir yang ingin disampaika. Setiap dari kita perlu ada sifat qonaah iaitu sifat yg cukup dengan apa yang ada. Qona'ah artinya menerima segala pemberian atau apa yang sudah ditetapkan Allah diterima apa adanya, dan bersyukur serta bersabar. Namun bukan berarti orang yang memiliki sifat qona'ah lantas pasrah dan bermalas-malasan, kemudian tidak mau mencari atau memperbaiki kehidupannya untuk menjadi lebih baik. Sifat qona'ah disini ditekankan untuk selalu bersyukur atas apa yang telah diberikan oleh Allah dan menerimanya dengan ikhlas dan sabar, karena ketentuan Allah itu bukan berarti tidak bisa diubah, karena Allah tidak akan merubah nasib seseorang, kecuali ada kemauan dari diri seseorang itu untuk merubahnya. Untuk menjadi orang yang memiliki sifat qona'ah, kita harus menekan hawa nafsu kita agar tidak bersikap berlebih-lebihan, rela dengan pemberian yang sudah dianugerahkan oleh Allah swt, karena merasa bahwa memang itulah yang sudah menjadi pembagiaannya, tetapi sama sekali tidak menghentikan segala usaha untuk menambahkan yang kurang dan berniat untuk menyempurnakan sesuatu yang dirasakan belum memuaskan.

Orang yang memiliki sifat qona'ah itu tidak akan memiliki sifat rakus atau tamak dan berlebih-lebihan dan mengejar harta dunia, sehingga lalai akan kewajiban kepada Allah swt. Kita juga sudah pasti mengetahui, bahwa jika ada orang yang memiliki sifat rakus, pasti akan terseret pada kelakuan yang buruk, budi pekerti yang rendah dan hina, serta condong kepada perbuatan mungkar dan maksiat.

Seandainya para pemimpin dan pejabat dinegeri ini semuanya memiliki sifat qona'ah, maka negeri ini akan menjadi makmur dan rakyatnya akan sejahtera, karena dalam menggunakan harta negara tidak berlebih-lebihan serta tidak di korupsi, namun sayangnya masih ada yang rakus padahal jika kita lihat kehidupannya sudah lebih baik, tetapi karena adanya sifat rakus, tidak merasa puas dengan yang sudah ada.

Sifat qona'ah adalah salah satu sifat yang terpuji dan sifat qona'ah juga merupakan dasar bagi orang mukmin untuk menekan hawa nafsu yang tidak merasa puas, dan sebagai pengendali untuk menahan diri dari sifat tercela, seperti rakus dan tamak, serta loba. Jika kita memiliki sifat qona'ah , hati akan tenteram dan bebas dari keresahan dan kesusahan hidup, karena senantiasa bersyukur dan hatinya selalu tertuju kepada Allah swt. Inti dari sifat qona'ah adalah selalu bersyukur atas pemberian Allah dan menerima apa adanya.
 
Untuk belajar menjadi orang yang memiliki sifat qona'ah, kita harus atau diwajibkan untuk menghilangkan sifat rakus, tamak, loba dalam diri kita dan menggantinya dengan sifat tawadhu' (rendah hati), ikhlas dan rela menerima segala ketentuan Allah, bersyukur kepada Allah dengan apa yang kita punya, dan bersabar, serta tabah dalam menjalani hidup yang serba kekurangan dan ridho kepada Allah.

Kaum isteri perlu ada sifat qonaah walaupun hukum membantu suami itu adalah sunat atau harus namun ianya adalah satu ganjaran yang amat tinggi nilainya kija dilakukan dengan ikhlas dan sifat ini mampu membenteng diri dari bersifat rakus dan tamak dengan perhiasan dunia . Namun dalam membantu suami ustaz berpesan agar kaum isteri tidak selalu memdahulukan tanggungjawap yang sepatutnya di langsaikan oleh suami seperti jika suami tidak mampu isteri mendahulukan atau menghulurkan pertolongan takut nanti akan menjadi kebiasaan kepada pihak suami yang merasakan tanggungjawap itu akan diselesaikan oleh isterinya

Sekiranya kita berpendidikan jangan dibiarkan anak2 kita terbiar dengan maid sebab maid mempunyai tahap pendidikan yang rendah takut andai anak2 terpengaruh dengan sifat rendah akhlak dan kebanyakkan mereka yang datang ke negara ini banyak terpengaruh dengan anasir negatif. Kalau kita baca Sirah Nabi, kita akan dapati bahawa antara budaya menarik orang arab adalah dengan menghantar anak-anak mereka yang baru lahir ke kawasan perkampungan bagi disusukan oleh ibu-ibu yang tinggal dikampung. Dalam masa yang sama kawasan kampung merupakan kawasan yang masih bersih dan nyaman jauh dari kesibukan dan serabut kota raya. Ini mampu menjadikan kanak-kanak lebih sihat dan tenang dan melahirkan anak2 yang mempunyai kekuatan mental dan fizikal yang kuat yang bisa menepis gejala tidak sihat yang mendatang kepada dirinya.



27 January 2012

Tegur Isteri tanda sayang

Lately ni setiap kali cik B atau adik ipaq menelepon mertua mesti ada keluhan dipihaknya. Dan aku pernah menghubunginya berkeluh kesah mak mertuaku yang baik hati ni dengan sikap yang dipamerkan oleh salah seorang menantunya. Kesian mak dan ayah patutnya dihari tua mereka tenang dan damai namun sebaliknya. Aku antara menantu paling lama dalam keluarga itu dan boleh dikatakan amat serasi dengan semua ahli keluarga sedikit sebanyak perkara yang terjadi membuatku resah dan sedih.


“Hidup berumah ini ini perlu ada seninya”, nasihat seorang tua pada saya pada suatu hari.

“Seni bagaimana tu Pak Cik?”, tanya saya sambil tersenyum dan seterusnya ketawa.

“Ish kamu ni, jangan fikirkan yang bukan-bukan”, balasnya.

“Tak adalah Pak Cik, saya mengusik ja”.

“Macam ni, ada banyak seni yang yang perlu dipelajari terutamanya yang baru bergelar suami seperti kamu”.

“ Seni bagaimana tu Pak Cik”.

“Ada banyak seni sebenarnya. Tapi salah satu seni yang paling penting diperingkat awal perkahwinan ini adalah seni menegur isteri”.

Menegur Isteri Suatu Cabaran

Menegur isteri merupakan suatu perkara yang amat mencabar bagi seorang lelaki. Walaupun ianya nampak mudah, namun begitu sekiranya tersalah langkah boleh membawa pecah belah di dalam rumah tangga.

Bukan semua isteri mudah menerima teguran daripada suami, apatah lagi bagi pasangan yang memulakan perkahwinan dengan percintaan. Apabila si suami memberi teguran, si isteri akan mengungkit kisah-kisah lama semasa bercinta dimana si suami membontoti sahaja kehendaknya pada ketika itu. Sehinggakan bau kentut pun dirasakan wangi seperti deodoren.

Fitrah Wanita Perlu Di Tegur

Sudah menjadi fitrah kejadian, untuk menjadikan seorang wanita itu baik mereka perlulah ditegur dan selalu diingatkan tentang kebaikkan. Menegur bukan sahaja untuk memperbaiki, tetapi lebih daripada itu adalah sebagai salah satu langkah untuk menjadikan isteri sebagai isteri yang terbaik di dunia dan akhirat.

Oleh sebab itulah Baginda S.A.W telah berpesan kepada golongan suami berkenaan perihal ini:

Sabda Nabi S.A.W:

“Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu biarkan sahaja dia akan terus bengkok selama-lamanya. Justeru, berpesan-pesanlah tentang wanita”

(Hadis riwayat Bukhori dan Muslim)

Seni Dalam Menegur

Sebagaimana pesan Nabi S.A.W, untuk meluruskan tulang yang bengkok bukannya mudah. Andai tersilap mungkin boleh patah, seandainya dibiarkan ianya akan terus bengkok selama-lamanya. Di sinilah suami perlu bijak mencari strategi untuk meluruskan tulang yang bengkok ini.

Menurut Pak Cik tersebut, ada perkara-perkara yang boleh digunakan dan tidak boleh digunakan untuk menegur isteri.

Pertamanya, teguran tersebut boleh dilakukan secara lisan ketika pasangan suami isteri berdua-dua dalam keadaan yang tenang. Jangan sekali-kali menegur ketika sedang makan dan dihadapan khayalak ramai kerana ianya boleh menjatuhkan maruah isteri.

Keduanya boleh dilakukan secara penulisan. Si suami boleh menulis surat atau email kepada isteri dengan ayat yang puitis untuk menegur si isteri. Namun begitu katanya, jangan sekali-kali menegur isteri dengan sms kerana ianya boleh menimbulkan salah faham dan menghancurkan hati isteri. Apatah lagi sekiranya sms tersebut diterima ketika bekerja atau memandu yang boleh menyebabkan fikiran isteri terganggu.

Tetapi menurutnya, ianya bergantung kepada keselesaan masing-masing. Lain padang lain belalang, lain orang lain ragamnya. Asalnya ianya berhikmah nescaya ianya membawa kepada mawaddah. Teguran mestilah ikhlas untuk membimbing isteri daripada tidak tahu kepada tahu. Bukan untuk menunjukkan “kekuasaan” sebagai suami semata-mata. Bak kata orang tua-tua, “cubit-cubit sayang”.

Bahana Suami Tidak Menegur

Sesetengah golongan lelaki memilih untuk berdiam diri. Awas, kadang-kadang tindakan berdiam diri ini boleh membawa si suami terjerumus ke dalam golongan yang dayus. Langsung tidak memberi respon walaupun si isteri melakukan kesalahan di depan mata.

Takutlah akan pesan Baginda S.A.W :

Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : ” Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaitu si dayus, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak” lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu dayus? , berkata nabi : “ Iiatu orang yang tidak memperdulikan siapa yang masuk bertemu dengan ahlinya (isteri dan anak-anaknya) – ( Riwayat At-Tabrani)

Menegur Isteri Tanda Kasih Sayang

Ada yang menganggap, menuruti kehendak isteri itu adalah salah satu tanda seorang suami itu menyayangi isterinya. Namun begitu, ada juga premis yang menganggap perkara ini boleh menjerumuskan rumah tangga tersebut kepada kebinasaan. Ini kerana, bukan kesemua kehendak isteri perlu dituruti oleh suami.

Sekiranya isteri melakukan kesalahan atau kesilapan, ianya perlulah ditegur seawal membina rumah tangga. Janganlah ditangguhkan kerana ianya boleh membawa barah di dalam kehidupan rumah tangga tersebut. Akhirnya menjadikan kesalahan sebagai perkara biasa. Akhirnya isteri naik tocang, rumah tangga menjadi pincang. Akhirnya suami mendapat pengiktirafan sebagai suami yang dayus.

Hidupkanlah budaya tergur menegur , nasihat-menasihati di dalam rumah tangga. Andai isteri tersalah, suami menegurnya. Begitu juga sebaliknya.

Artikel : Mohd Faisal Musatafa
tintahikmahku.wordpress.com


Catatan Pertama 2012

Coretan pertama di tahun 2012...sebenarnya sedikit sibuk dengan kerja dan membuatkan mood menulis sedikit kurang.

2012...Alhamdulillah banyak perkara melapangkan dada yang utama iaitu installment rumah telah habis dalam tempoh tak sampai 15 tahun ianya mengikut perancangan aku & hubby. Semalam hubby baru bank-inkan refund MRTA dari pihak insurance...syukur Alhamdulillah. Inilah kewajaran sifat sederhana suami yang mana kini telah serasi dalam diriku. Niat kami untuk membeli landed house Insyaallah akan tertunai sedikit masa lagi cuma yang pasti kami dalam proses mencari kawasan kejiranan yang bersesuaian untuk hari tua. Erm..harga rumah meningkat dengan pantas sekali susah nak dapat teres yang selesa dengan harga dibawah RM300k di Klang Valley ni. Apapun rumah yang ada sekarang dengan keluasannya mampu memberi keselesaan pada kami sekeluarga dan juga tetamu yang datang cuma memikirkan hari tua dan keperluan landed house. Apapun segala keputusan tetap merujuk kepada financial planner, incik B yang amat arif soal interest, rebate, cash back di masa depan.


2012....As Siddiq memulakan persekolahan tadika di kejiranan kami. Kebetulan anak babysitter pun berada di tadika yang sama jadi aku turut menghantarnya ke sana. Al Khattab pula akan menghadapi peperiksaan pertamanya iaitu UPSR. Alang Myra kulihat prestasi belajar kian meningkat manakala kakak mempamerkan sikap yang matang dan amat bertanggungjawap. Kekadang bagai tidak percaya dengan anugerah Allah SWT ini. Anak2 ini amat mendengar kata dan amat patuh dengan perintah Allah SWT. Solat mereka lekat dan mudah bila di suruh mengaji alquran. Begitu juga dengan kerja rumah mereka amat ringan tangan terutama kakak yang merupakan tulang belakang mama dan papa.

Opppss...Insyaallah by April kami akan menerima ahli baru yang telah siap dengan nama Al Waleed. Apapun tahun 2012 merupakan tahun memperbaiki diri menjadi lebih baik dan tahun mengejar keredhaannya. Kehilangan teman2 sebaya yg telah kembali kerahmatulah banyak membuka mata hati bahawa tidak selamanya kita di dunia fana ini. Umur yang kian meningkat mengajar diri lebih bersederhana dalam setiap keadaan dan kesederhanaan inilah yang dididik hubby semenjak kami kenal. Kesederhanaan membuatkan kita berada ditengah-tengah dan tidak melampau.