Catatan Pertama 2012

Coretan pertama di tahun 2012...sebenarnya sedikit sibuk dengan kerja dan membuatkan mood menulis sedikit kurang.

2012...Alhamdulillah banyak perkara melapangkan dada yang utama iaitu installment rumah telah habis dalam tempoh tak sampai 15 tahun ianya mengikut perancangan aku & hubby. Semalam hubby baru bank-inkan refund MRTA dari pihak insurance...syukur Alhamdulillah. Inilah kewajaran sifat sederhana suami yang mana kini telah serasi dalam diriku. Niat kami untuk membeli landed house Insyaallah akan tertunai sedikit masa lagi cuma yang pasti kami dalam proses mencari kawasan kejiranan yang bersesuaian untuk hari tua. Erm..harga rumah meningkat dengan pantas sekali susah nak dapat teres yang selesa dengan harga dibawah RM300k di Klang Valley ni. Apapun rumah yang ada sekarang dengan keluasannya mampu memberi keselesaan pada kami sekeluarga dan juga tetamu yang datang cuma memikirkan hari tua dan keperluan landed house. Apapun segala keputusan tetap merujuk kepada financial planner, incik B yang amat arif soal interest, rebate, cash back di masa depan.


2012....As Siddiq memulakan persekolahan tadika di kejiranan kami. Kebetulan anak babysitter pun berada di tadika yang sama jadi aku turut menghantarnya ke sana. Al Khattab pula akan menghadapi peperiksaan pertamanya iaitu UPSR. Alang Myra kulihat prestasi belajar kian meningkat manakala kakak mempamerkan sikap yang matang dan amat bertanggungjawap. Kekadang bagai tidak percaya dengan anugerah Allah SWT ini. Anak2 ini amat mendengar kata dan amat patuh dengan perintah Allah SWT. Solat mereka lekat dan mudah bila di suruh mengaji alquran. Begitu juga dengan kerja rumah mereka amat ringan tangan terutama kakak yang merupakan tulang belakang mama dan papa.

Opppss...Insyaallah by April kami akan menerima ahli baru yang telah siap dengan nama Al Waleed. Apapun tahun 2012 merupakan tahun memperbaiki diri menjadi lebih baik dan tahun mengejar keredhaannya. Kehilangan teman2 sebaya yg telah kembali kerahmatulah banyak membuka mata hati bahawa tidak selamanya kita di dunia fana ini. Umur yang kian meningkat mengajar diri lebih bersederhana dalam setiap keadaan dan kesederhanaan inilah yang dididik hubby semenjak kami kenal. Kesederhanaan membuatkan kita berada ditengah-tengah dan tidak melampau.




Comments

Popular Posts