30 September 2011

Bila anak bertanya

Anak yang suka bertanya soalan adalah satu kurniaan Ilahi yang sangat istimewa. Anak-anak sebegini jika dilayani berpotensi menjadi remaja dan seterusnya orang dewasa yang bijak berfikir dan petah berbicara. Maksudnya di sini bukan sembang kosong yang tiada makna, tetapi secara ilmiah dan padat isinya. Sekaligus mencerminkan ketajaman minda.


Sebenarnya mendidik anak yang petah berbicara bukanlah di luar jangkauan kebanyakan ibu bapa. Terutama jika anak tersebut jelas minat bercakap dan suka bertanya sejak kecil lagi.

Anak yang petah berbicara ada dua kelebihan: bijak memilih kata-kata dan pintar berfikir.

Si kecil As Siddiq sudahpun menjangkau 4 tahun. Keletahnya menyamai kakak dan alang. Berbeza dengan abang pada umur sebayanya yang sedikit pendiam. Setiap pertanyaannya membuatkan mendula oblongata terangsang....biarpun dalam keadaan mata yg berat dibuka terpaksa digagahi melayan setiap pertanyaannya.

"Mama, mengapa lipas warna hitam", aku jawap, "lipas tu dah tua". Semalam bila selesai minum susu lagi dia bertanya, "mama mengapa Allah tinggal kat atas", aku jawap sbb , " Allah tu besar dan kuat sbb tu kena tinggal di atas sana". "Mama mengapa darah warna merah", aku jawap sbb merah kan cantik Allah cuma letakkan benda yang cantik saja dalam badan kita"."Erm tapi siddiq suka warna hijau"...."mana boleh darah warna hijau nanti kulit as siddiq jadi macam frog atau buaya". "Mama mengapa malam tak siang", aku jawap "kita malam sebab matahari ada di sebelah sana" dan sambung As siddiq, " Ooo matahari balik rumah dia kan mama". Dan dia bertanya lagi, "mama as siddiq minum susu...susu masuk dalam badan & masuk kebontot mengapa susu boleh jadi taik (najis)".....aduhai as siddiq dah hampir pukul 1 pagi saraf otak mama ni dah berpinau2 nak cari jawapan yang bersesuaian dgn as siddiq.

Pagi tadi semasa aku bangun kalau tak as siddiqah antara yang awal bangun mungkin sebab tahu papa ada di rumah tidurnya nyenyak sekali. Hujung minggu ni aku mungkin akan ke Putra Perdana atau Putrajaya untuk mencari Little Caliph atau CIC untuk si kecil As Siddiq ni.

29 September 2011

Ini aku....

A tidak B pun tidak malah C pun tidak....?

Aku pohon maaf & aku tidak akan terlibat secara langsung dalam memanipulasikan budaya kurang sihat yg berleluasa kini. Siapapun mereka sebagai insan berakhlak andai tidak tahu kesahihan berita jangan kita sebarkan berita tersebut. Itu prinsib yg aku pegang.

Aku lebih tenang berkecuali..mengapa? Aku ada sebab tersendiri....Islam adalah Addin iaitu satu cara hidup dan kepalanya adalah solat. Seandainya kita pegang Addin maka kita akan menjaga akhlak kita sebagai orang Islam.

Kita gah gah tentang islam namun kita tidak menjaga lidah, kita tidak menjaga hati saudara seagama dan tidak menjaga adap2 yang sepatutnya seorang mukmin jaga.

Jangan kita menjadi seperti ada orang agama ttp tidak beragama....praktikalnya jauh drp pendidikan agama yg dipelajarinya. Namun ada org tidak ada latar belakang agama ttp mempunyai kehendak beragama tinggi. Orang ini akan upgrade program dalam diri menjadi seorg mukmin sebenarnya.

Islam is what you see tulah what you get....pandanglah Islam secara keseluruhan bukan secara picisan.


28 September 2011

Bahagia....

7 Sept anniversary aku & cik B ke 14..alhamdulillah dengan kurniaan Allah SWT. Ujian lalu nyata mendewasakan dan mematangkan diri. Lambat posting yelah mood tengah merudum....


Kerab teman akan tanyakan padaku apa hadiah yang aku dapat...entahlah aku ni bukan jenis material seperti mana aku marahkan pada cik B masa kali pertama dia berikan aku hadiah di zaman sekolah dahulu kerana menggunakan wang pemberian maknya, itulah aku sekarang. Hadiah, harta kekayaan, pangkat adalah ukuran material kini kononnya lambang kebahagian, kononnya tanpa tu semua kebahagiaan menjadi pudar. Sebagaimana aku tidak pernah tertarik pada hiasan wanita seperti emas dan intan berlian ...aku selalu menafsirkan kebahagian dr sudit lain....kebahagian selalunya akan menyebabkan rasa ego kita menurun dan di situ kita menemui titik ketenangan.

Daripada kebahagiaan akan lahir zuriat yang tenang dan menghormati orang tua...akan lahir anak2 yang soleh insyaallah.

Selalu ingat pesan abah & mak...jgn selalu mengharap pemberian org tp selalu memberi kerana bila memberi maruah seseorang itu lebih tinggi.



Abah....


Bermula dari petang semalam aku teringat sangat pada abah....ingatan yg amat kuat. Mungkin aku anak bongsu dan ini membuatkan aku rapat dengan abah.

Semalam aku terbaca mengenai satu artikel tentang solat jemaah yang mana membuatkan seseorang anak hormat pada bapa. Aku rasa ini adalah sebab mengapa aku selalu pandang abah dengan pandangan yang amat tinggi. Selalu kuingat saat berjemaah bersama. Saat abah menegur takala bacaan al quranku salah. Saat abah memarahiku jika aku nakal. Terkenangkan saat abah bertanyakan padaku yg ketika itu baru 8 thn pemimpin negara dan dia sering membacakan berita2 yg dibacanya padaku ketika kecil membuatkan aku antara pelajar yang amat up dated berkenaan elwal semasa ketika zaman sekolah rendah.

Abah .... dikalangan org kampung melihatnya seorang yg amat tegas dan garang. Dia tidak segan mengeluarkan pendapatnya. Dan abah juga seorang yang amat displin dengan masa mungkin satu karektor milik pejuang. Pemurah adalah sifat abah..pernah diberikannya semua hasil kebun sayur yg aku tanam semasa menunggu keputusan SPM kepada orang kampung.

Walaupun sudah mencecah 80an abah tidak lekang dengan kitab2 agama...masih lagi menghafal ayat2 alquran....



27 September 2011

Gather2 Aspura Aspuri Essemjay Aidilfitri 2011

Bermula dengan idea2 daripada media sosial Facebook akhirnya seniorku aiaitu Kak Kursiah yg memang ada talent dr zaman skull lagi dalam mengendalikan majlis sebegini..Tahniah akak. Kak Kursiah yang juga classmate cik B berjaya mengendalikan satu gathering yang amat bermakna pada kami semua, walaupun ada ramai dari batchku tidak hadir namun pertemuan dengan senior yang banyak guide kami junior suatu ketika dulu.Yang paling sedih dalam kalut2 tak sempat posing dgn orang kuat gathering ni Kak Kursiah......alahai.
gather2 ada yg dah 22 tahun dak berjumpa ......suatu permulaan


Kak log hariyati & Pon....satu batch dengan aku la....kak long aku kenal menjak form 1..so sweet & baik sgt



Wiz Kak Irah my senior kenal & kaki ekoq dia drp form 1 lagi mmg tak putus hubungan dengan sista ni
sama mcm kak irah hubungan kami tak pernah terputus.....my BFF sazlawati



Kak ku Badrul Zaidah sama mcm kak Irah luv her ...selalu ikut dia kemana saja dulu



Dah penghujung Shawal....


Lama tak menjengah ke sini bukan apa semngat sedikit hilang semenjak mengetahui berita pilu seorang sahabat....jiwa membengkak umpama luka lama berdarah kembali. Bila di kenang semula titis air mulai bergenang....mata sepetku membengkak, itulah kelemahanku yg tidak pernah pupus dr diri semenjak dulu.

Shawal hanya tinggal sehari tidak seperti tahun lepas shawal kali ini hanya meriah takala kami di Kedah...apa tidaknya bertemu dengan sanak saudara dan kenalan lama.  Ramai teman & saudara tidak dapat ketemu lantaran masa yg amat singkat semasa di Kedah. Nak sangat ke rumah Kak Maziah & abang Adi di Sik, Pak Su Din Di Bukit Mertajam. Juga rumah Ustaz Mustaffa bapa kepada teman satu sekolah yg makin merosot kesihatannya.

Rumah terbuka yg diundang banyak kami ignore hanya pergi cuma rumah kenalan rapat saja. Bukan apa nafsu makan makin menurun. Bak kata abah...dalam hidup kita ada kuota untuk makanan..jika makanan itu dah habis kuota makan dengan sendirinya akan berlaku samada nafsu makan menurun atau kita dihidapi penyakit.

Hati sedikit resah dengan kesihatan abah & mak selepas shawal ini....semoga Allah SWT permudahkan dan diberikan kelapangan buat abah & mak dalam meniti ibadah menuju kepadaNYA.

Anugerah Allah SWT terasa amat indah sekali sesekali aku rasa sebak bila dikurniakan zuriat yang memberi komitmen lebih dr yang aku dan suami harapkan....Ya Rabb sesungguhnya Kau Maha pengasih lagi Maha penyayang.

"Bila kita kejar dunia, dunia akan lari; bila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita"