Abah....
Bermula dari petang semalam aku teringat sangat pada abah....ingatan yg amat kuat. Mungkin aku anak bongsu dan ini membuatkan aku rapat dengan abah.
Semalam aku terbaca mengenai satu artikel tentang solat jemaah yang mana membuatkan seseorang anak hormat pada bapa. Aku rasa ini adalah sebab mengapa aku selalu pandang abah dengan pandangan yang amat tinggi. Selalu kuingat saat berjemaah bersama. Saat abah menegur takala bacaan al quranku salah. Saat abah memarahiku jika aku nakal. Terkenangkan saat abah bertanyakan padaku yg ketika itu baru 8 thn pemimpin negara dan dia sering membacakan berita2 yg dibacanya padaku ketika kecil membuatkan aku antara pelajar yang amat up dated berkenaan elwal semasa ketika zaman sekolah rendah.
Abah .... dikalangan org kampung melihatnya seorang yg amat tegas dan garang. Dia tidak segan mengeluarkan pendapatnya. Dan abah juga seorang yang amat displin dengan masa mungkin satu karektor milik pejuang. Pemurah adalah sifat abah..pernah diberikannya semua hasil kebun sayur yg aku tanam semasa menunggu keputusan SPM kepada orang kampung.
Walaupun sudah mencecah 80an abah tidak lekang dengan kitab2 agama...masih lagi menghafal ayat2 alquran....
bila baca entry ni lagi sebak teringatkan ayah..
ReplyDeleteaizamia ...tulah miss sesgt pada abah kebetullah classmate baru kehilangan ayah dia morning ni...
ReplyDeleteMmm..aku pun rindu arwah ayah aku...alfatihah buat ayahanda tercinta
ReplyDelete