Bahagia....

7 Sept anniversary aku & cik B ke 14..alhamdulillah dengan kurniaan Allah SWT. Ujian lalu nyata mendewasakan dan mematangkan diri. Lambat posting yelah mood tengah merudum....


Kerab teman akan tanyakan padaku apa hadiah yang aku dapat...entahlah aku ni bukan jenis material seperti mana aku marahkan pada cik B masa kali pertama dia berikan aku hadiah di zaman sekolah dahulu kerana menggunakan wang pemberian maknya, itulah aku sekarang. Hadiah, harta kekayaan, pangkat adalah ukuran material kini kononnya lambang kebahagian, kononnya tanpa tu semua kebahagiaan menjadi pudar. Sebagaimana aku tidak pernah tertarik pada hiasan wanita seperti emas dan intan berlian ...aku selalu menafsirkan kebahagian dr sudit lain....kebahagian selalunya akan menyebabkan rasa ego kita menurun dan di situ kita menemui titik ketenangan.

Daripada kebahagiaan akan lahir zuriat yang tenang dan menghormati orang tua...akan lahir anak2 yang soleh insyaallah.

Selalu ingat pesan abah & mak...jgn selalu mengharap pemberian org tp selalu memberi kerana bila memberi maruah seseorang itu lebih tinggi.



Comments

Popular Posts