Dah penghujung Shawal....


Lama tak menjengah ke sini bukan apa semngat sedikit hilang semenjak mengetahui berita pilu seorang sahabat....jiwa membengkak umpama luka lama berdarah kembali. Bila di kenang semula titis air mulai bergenang....mata sepetku membengkak, itulah kelemahanku yg tidak pernah pupus dr diri semenjak dulu.

Shawal hanya tinggal sehari tidak seperti tahun lepas shawal kali ini hanya meriah takala kami di Kedah...apa tidaknya bertemu dengan sanak saudara dan kenalan lama.  Ramai teman & saudara tidak dapat ketemu lantaran masa yg amat singkat semasa di Kedah. Nak sangat ke rumah Kak Maziah & abang Adi di Sik, Pak Su Din Di Bukit Mertajam. Juga rumah Ustaz Mustaffa bapa kepada teman satu sekolah yg makin merosot kesihatannya.

Rumah terbuka yg diundang banyak kami ignore hanya pergi cuma rumah kenalan rapat saja. Bukan apa nafsu makan makin menurun. Bak kata abah...dalam hidup kita ada kuota untuk makanan..jika makanan itu dah habis kuota makan dengan sendirinya akan berlaku samada nafsu makan menurun atau kita dihidapi penyakit.

Hati sedikit resah dengan kesihatan abah & mak selepas shawal ini....semoga Allah SWT permudahkan dan diberikan kelapangan buat abah & mak dalam meniti ibadah menuju kepadaNYA.

Anugerah Allah SWT terasa amat indah sekali sesekali aku rasa sebak bila dikurniakan zuriat yang memberi komitmen lebih dr yang aku dan suami harapkan....Ya Rabb sesungguhnya Kau Maha pengasih lagi Maha penyayang.

"Bila kita kejar dunia, dunia akan lari; bila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita"



Comments

Popular Posts