30 November 2010

Boleh bertahan lagi .....?



Hari in merupakan hari kedua bunyi wheezing dari penafasanku kuat dari biasa. Kondisi makin teruk. Kerja di opis membuatkan aku bertangguh untuk berjumpa doktor. "Ya Allah...berilah kekuatan kepada hambamu ini".....banyak yang perlu aku kerjakan namun dengan kondisi sebegini aku rasa sedikit lemah.

Bukan takut untuk barada di wad hospital namun aku risau dengan tugasan yang perlu disiapkan memandangkan esok bulan mulai bertukar.

Nafas terasa berat. Jari jemari mulai lemah. Tekak pula sentiasa kering. Oh....tuhan...sesunguhnya Engkau Maha Pengasihani.

25 November 2010

Sedih



Entahlah tetiba rasa sedih sangat. Bukannya orang tu tak tahu atas bahu ni banyak sangat benda yang nak kena buat tapi di taramnya jugak. Tak tahu mana aku nak mencelah nak keluar lagi, buat report lagi mcm2. Entahlah rasa they all macam nak mengenakan aku. Sudahlah hari itu macam sengaja dia bagi tau Mem besaq berkenaan satu tenant ni sedangkan aku awal2 lagi dah settle perkara tersebut sebelum mc. Masa org lain mc tak ada pula org pertikaikan.

Menangis sudah dan aku hanya berserah padaNya kerana dia lebih mengetahui dan lebih berkuasa.

Dan aku yakin seandainya kita menyakiti orang lain suatu hari nanti kita akan menerima kesakitan yang lebih perit lagi. Dan seandainya kita membuatkan orang susah percayalah Allah SWT akan mengandakan kesusahan kita.

24 November 2010

Hint Dari Allah SWT



Batuk aku makin teruk. Sesak nafas pun sama. Aku betul2 rasa weak akhir-akhir ini ianya sebagaimana aku ketika kecik dahulu.

Report X-ray hari ini. Paru-paru ada sedikit jangkitan kuman namun apa yang lebih mengejutkan Doktor Sumayah imbasan x-ray menunjukkan yang janutungku membengkak. Aku teringat kembali akan imbasan yang aku lakukan beberapa tahun yang lepas doktor berkali-kali bertanya samada aku mengalami apa-apa masalah kesihatan dari lahir. Dan Dr dari Asunta Hospital memberitahu seandainya ada perkara berlaku dimasa hadapan aku harus memaklumkan kepada doktor yang merawatku mengenai imbasan tersebut. Disebabkan tidak ada perkara serius aku tidak mengambil kisah mengenai hal ini.

Memang benar aku memang sedikit weak semasa kecil. Aku mudah keletihan walaupun dulu aku sedikit lasak.

Ini adalah sedikit maklumat yang kuperolehi daripada http://www.wisegeek.com/what-causes-an-enlarged-heart.htm mengenai punca pembengkakan jantung. Mungkin aku mengalami tekanan darah rendah menyebabkan aku tidak merasai simptom bengkak jantung ini. Inilah keajaiban Allah SWT supaya hambanya dapat menikmati hidup.

An enlarged heart, also known as cardiomegaly, generally occurs as a symptom of another health condition. Many people go unaware that they have this problem until it is diagnosed, commonly by an x-ray. Undergoing a chest x-ray for any number of reasons could potentially diagnose an enlargement of the heart. Once the problem is noticed, doctors typically send patients for more advanced cardiovascular diagnostic tests. There can be many different causes of an enlarged heart and some people may have a combination of causes.

Cardiomyopathy is a heart disease which causes the heart muscle to become weak. The disease may cause the muscle to become stiff and thick, which can affect the heart's functionality. As the disease progresses, the heart will have to work harder to pump blood throughout the body. An enlarged heart may be the result of the heart working overtime to compensate for the weakened muscle. In addition to the heart muscle, diseases which affect the heart valves can cause the heart to become enlarged.

An arrhythmia is a condition in which the heart beats in an irregular rhythm. Having an irregular heart rhythm usually means that the heart beats too fast or too slow. The abnormal pace of beating can hinder the heart from performing normally. This is generally because the blood is unable to circulate in the manner it should. For this reason, an enlarged heart may occur due to the added stress placed on the organ by an arrhythmia.

Hypertension, also referred to as high blood pressure, is one of the most common causes of an enlarged heart. High blood pressure can be dangerous for a number of reasons. It can lead to heart attacks and strokes and it cause cause the heart to become enlarged. This is generally due to the extra work the condition places on the heart. There can also be high blood pressure in the arteries stemming from the heart into the lungs, and this condition, known as pulmonary hypertension, can also cause the heart to enlarge.

There may be non-heart-related causes of an enlarged heart. An underactive or overactive thyroid can cause this problem. Pregnancy can be another cause not related to the heart. The heart will have to pump out much more blood than normal while a woman is pregnant, and this can create a stressful environment for the heart. Additionally, anemia, which occurs when a person is not producing an adequate amount of red blood cells, is another condition that may cause a heart enlargement.

Enlarged heart symptoms may include shortness of breath, breathing problems, swelling, fatigue, dizziness and tiring easily. Some people with this condition may not have any symptoms though. If a chest x-ray shows a larger than normal heart, the patient may be sent for diagnostic tests that may include a cardiac computerized tomography (CT) scan, an electrocardiogram, magnetic resonance imaging (MRI) or echocardiogram. Many individuals may have a combination of these tests. For a person with a heart enlargement, there are numerous medications available to eliminate symptoms and help the person live a normal and productive life.

16 November 2010

Innalillahiwainailaihirojiun...kita datang dr Allah dan akan kembali kepada Allah

Tadi terima sms daripada Lynna salah seorang junior di Essemjay. Abahnya dah kerahmatullah...Innalillah. Semoga roh Pak Cik Ghani berada dikalangan mereka yang mempeolehi berkat dari Allah SWT. Dunia ini adalah perjalanan sementara kita dalam mencari bekalan sebelum kita ke akhirat sana. Hari ini juga umat Islam di Mekah berwukuf.

Macam dapat bonus.......Syukran ya Rahman Ya Rahim


Kami plan nak balik Kedah hari ini atau esok. Memandangkan SKPI ada menganjurkan hari anugerah cemerlang jadi salah seorang daripada kami terpaksa OFF. Anak dara yang lonjun tuh berkali-kali ingatkan mamanya. Memang tak boleh. Susah. "Last week dah 2 kali mama ambik time off nanti apa kata boss mama"..terangku padanya. Bukan dia tidak faham tapi dia insist jugak mahukan kami pergi...huuuhh stress. 7.20 am....papamaxis call, "cam ner boleh pi dak" tanya Mat. Episod Dramaking bermula dan penyelesaiannya papa OFF....he he he.

Lapang dada. Semuanya datang dari Allah SWT. Pelbagai nikmat kegembiraan kami peolehi dalam bulan ini.



11.03 terima email drp HRD...wow its like getting bonus....thanks & syukran.


Petang ini kami akan menuju ke utara...tanah kelahiran kami berdua. Rindu Kedah. Rindu Pida Sanglang.

12 November 2010

Rasa macam dianiaya & teraniaya


Dua tiga hari lepas pihak pengurusan kediaman tempat tinggal mengeluarkan senarai penduduk yang mempunyai hutang tunggakan maintenance. Terkejut aku ramai rupanya yang tidak atau melalaikan bayaran maintenance. Aku menarik nafas panjang. Terasa amat sedih dan sedikit teraniaya. Tidak tahu kenapa bila aku dan beberapa teman yang lain lambat membayar yuran pengurusan bangunan kami digertak oleh third party yang dilantik oleh pihak pengurusan lepas kadang kala air dipotong sehinggakan aku menjadi bosan untuk tinggal di rumah sendiri. Sedangkan orang lain mempunyai tunggakkan lebih daripada RM1000 tidak pula diganggu.

Apa kelebihan yang ada pada mereka?. Mengapa perlu pihak lain seperti aku dan beberapa teman lain teraniaya. Allah SWT itu adil .....

Sedih...sedih...yelah bak kata seorang teman yang lepas biarkan lepas. Cuma aku tak faham mengapa kami digertak sedangkan ada lagi yang langsung tidak membayar yuran pengurusan. Sukar untuk menafsir semua ini yang pasti kami perlu mencari kediaman baru yang tidak berhadapan dengan masalah sebegini. Aku penat sangat. Sekarang aku masih mencari landed property with gated mungkin disekitar Puchong juga....dan aku perasan ada satu projek Hup Seng D'alpinia lokasi stategik iaitu bersebelahan dengan LDP dan mungkin kami mencari rumah yang ingin dijual oleh pembeli asal disetikar Pusat bandar Puchong. Mat pula tidak mahu rumah yang terceruk jauh memandangkan opisnya di Jlan Ampang.

11 November 2010

My ISO 1998....5A UPSR



Congratulation drp mama buat anak mama. Alhamdulillah atas kurniaan. Nadhira Malisha aka Kakak merupakan zuriat kami yang pertama. Dia menunjukan kecemerlangan semenjak di kindergarden lagi. Mama doa agar semua impian dan cita-cita kakak tercapai. Cita-citanya ingin menjadi seorang doktor. Anak mama memang berani. Mama dulu tidak pernah menanam impian sebagai seorang doktor kerana sifat penakut yang ada dalam diri mama hingga kini.

10 November 2010

Hidup tanpa Astro Hidup Tanpa FB



Tahun ini merupakan tahun ke 6 aku dan keluarga hidup tanpa Astro. Boleh hidup pun. Ada perkara tertentu aku sedikit konservatif dan Mat selalu jika perkara yang baik akan ikut sahaja. Begitu juga dengan TV susah sangat bagi diri ini untuk mengikut perkembangan semasa. Cukup dengan TV Panasonic kecil yang kubeli RM 949.00 tunai pada tahun 1997. Itupun sudah membuatkan anak-anak tidak sedarkan diri menonton rancangan kegemaran mereka.

Ada seorang teman mengomel berkenaan cukai yang bakal dikenakan pada pengguna-penguna Astro. Aku cuma menjawap potong saja. Jawabnya pula tidak boleh sebab tidak ada benda yang boleh dibuat diwaktu sengkang. Aitt...kedai buku punyalah banyak di Selangor ini hang pilah cari...baca sekurang-kurangnya dapat jugak ilmu. Banyak perkara yang boleh kita jadikan hobi bersukan misalnya, driff ganas pula bunyinya, berbasikal ataupun mengikuti program-progran ilmial. Itu untuk kita orang dewasa dan untuk anak-anak pula banyak permainan yang boleh mengerakkan sel-sel minda seperti catur, congkak dan pelbagai lagi bahan bacaan yang boleh mengisi masa lapang mereka.

Sudah beberapa hari aku tidak log on Facebook. Maklum sajalah ianya tidak boleh diakses di opis manakala dirumah rutin membuatkan aku tidak sempat ditambah pula dengan cemburu Mat yang membuatkan aku tidak herankan internet jika di rumah. Marah benar Mat jika aku ralit dengan Facebook atau blog sedangkan aku bukannya chat dengan sesiapapun. Dari dulu hingga kini sepanjang aku mengunakan kemudahan internet tidak terbit sezarahpun dari sudut hati ini kearah yang menyalahi tatasusila sebagai muslimah. Namun ada hikmahnya atas segala ini.

Dan aktiviti hujung minggu ini - mencari buku di MPH atau Popular. Kembali sebagaimana di Pida Sanglang. Hidup tanpa Astro Hidup Tanpa FB.

Berbalah ..bertohmah dalam bangsa kita



Honestly, aku tidak pernah berminat dengan mana-mana parti politik dan bak kata orang Kedah aku dah meluat dan cemuih dengan pepecahan Melayu juga dengan segala cemuh keji antara mereka. Islam tidak pernah menganjurkan permusuhan sesama Islam itu sudah pasti. Itu adalah prinsip yang erat kupegang.

Berasal di utara Kedah sedikit sebanyak permusuhan antara dua parti besar Melayu membuatkan jiwaku resah. Terutama melihat anak yang masih dibangku sekolah mengejek teman yang bapanya berlainan parti. Pernah aku ditanya oleh teman apa parti yang diundi oleh abah dan mak. Apa yang abah dan mak sematkan didalam diri teguh kegenggam hingga ke hari ini. Pernah abang-abang bertekak mengenai parti dan perkara ini dimarahi abah...."hangpa tak pernah dok zaman Jepun, zaman komunis", dan sekiranya mereka yang berjuang menuntut kemerdekaan negara melihat apa yang berlaku kini robeklah hati mereka.

Robohnya Kota Melaka bila Melayu berpecak silat sesama sendiri dan si Mandeliar & si Kutty asyik mengadu domba sehingga kita hilang percaya sesama bangsa.

Kenapa berkita boleh baik sangka dengan bangsa lain? Mungkin kerana mereka belum melakukan kezaliman.

Kenapa tidak boleh rahmah sesama bangsa sendiri? Kerana mereka melakukan kezaliman.


1. Ini salah satu komen yang saya ambil dari blog Ustaz Abdullah Zaik. Yang dimaksudkan dengan bangsa lain mungkin bangsa lain yang bukan beragama Islam. Soalan penuh yang diajukan oleh Ustaz Abdullah berbunyi:

“…kenapa kita boleh berbaik dengan bangsa lain atas alasan dakwah tetapi tidak boleh rahmah sesama bangsa sendiri yang sesama agama. Adakah kemungkaran yang lebih besar dari kekufuran?”

Lalu pengomen menjawab persoalan Ustaz Abdullah dengan jawapan di atas. Nampaknya pengomen mentakrifkan kezaliman dalam skop yang terlalu kecil (mungkin pada rasuah, nepotisme dan lain-lain jenayah orang politik sahaja).

2. Seorang muslim yang banyak melakukan maksiat (termasuk menginayai orang lain) dibandingkan dengan seorang non muslim yang banyak melakukan kebaikan, siapakah di antara keduanya yang lebih zalim?

3. Sebelum pergi lebih jauh, saya suka membawa pembaca kepada perbahasan ulama’ usul di dalam satu masalah yang disebut: “Adakah orang-orang kafir ditaklifkan dengan furu’ syariah seperti mana dia ditaklifkan dengan usul syariah?”

4. Ditaklifkan bermaksud diwajibkan. Dengan erti kata mudah; dia diwajibkan untuk melakukan sesuatu yang kalau ditinggalkan dia akan berdosa dan akan diazab di akhirat.

5. Usul syariah bermaksud keimanan kepada Allah dan rukun-rukun iman yang berkaitan dengan keimanan kepada Allah (isu-isu akidah). Tidak ada khilaf di kalangan ulama’ usul bahawa semua manusia (termasuk orang kafir) ditaklifkan dengan usul syariah. Dengan erti kata lain mana-mana manusia yang tidak beriman, dia dikira berdosa dan akan diazab di akhirat nanti.

6. Furu’ syariah bermaksud isu-isu selain dari permasalahan akidah seperti solat, puasa, zakat dan sebagainya. Ulama’ usul khilaf di dalam masalah adakah orang kafir ditaklifkan dengan furu’ syariah juga seperti usul syariah.

7. Ulama’ mazhab Hanafi mengatakan bahawa orang kafir tidak ditaklifkan dengan furu’ syariah. Dengan erti kata lain beliau tidak dikira berdosa dan tidak akan diazab jika tidak melaksanakan furu’ syariah. Hujah mereka:

a. Orang-orang kafir jika ditaklifkan dengan solat, solat itu tidak sah kerana mereka kafir

b. Orang-orang kafir yang memeluk Islam tidak perlu mengqadha’ kembali solat yang mereka tinggalkan selama mereka kafir

8. Manakala jumhur ulama’ berpendapat bahawa orang kafir ditaklifkan dengan furu’ syariah. Mereka menjawab hujah ulama’ mazhab Hanafi:

a. Semua yang diwajibkan untuk mendirikan solat diwajibkan terlebih dahulu memenuhi syarat sah solat seperti seorang yang berjunub. Dia tetap diwajibkan solat walau pun solatnya tidak sah dalam keadaan junub (hadas besar). Dengan itu beliau diwajibkan untuk mandi bagi mengangkat hadas besar terlebih dahulu sebelum mendirikan solat. Begitulah bagi orang kafir, dia diwajibkan memeluk Islam dahulu sebelum melakukan solat. Keengganannya memeluk Islam tidak menggugurkan kewajipan solat seperti keengganan seorang yang berjunub untuk mandi wajib tidak menggugurkan kewajipan solat ke atasnya

b. Orang kafir apabila memeluk Islam tidak perlu mengqadha’ solat-solat sebelumnya kerana apabila beliau memeluk Islam, dosa-dosanya yang lepas diampunkan Allah

9. Hujah jumhur ulama’ lagi di antaranya firman Allah yang bermaksud:

“Tentang (tempat tinggal) orang-orang yang bersalah, (setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): “Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?” Orang-orang yang bersalah itu menjawab: “Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang. Dan kami tidak pernah memberi makan orang-orang miskin.” (Al-Mudatthir: 41-44)

10. Jika kita memahami perbahasan ulama’ usul ini, kita akan memahami bahawa orang-orang bukan Islam mempunyai banyak dosa yang akan meletakkannya ke dalam kategori tidak adil atau zalim.

11. Seorang muslim yang menganayai orang lain, makan rasuah, pecah amanah … tapi beriman kepada Allah, Allah janjikan kepadanya bahawa dia masuk syurga juga akhirnya.

Abu Zarr meriwayatkan sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa yang menyebut ‘tiada tuhan melainkan Allah’ akan pasti masuk syurga.” Abu Zarr bertanya: “Walau pun dia berzina dan mencuri?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Walau pun dia berzina dan mencuri.” (sebanyak tiga kali). Pada kali keempat Rasulullah s.a.w. bersabda: “Walau pun Abu Zarr tidak setuju.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

12. Seorang kafir pula walau pun dia melakukan kebaikan dia tetap dicop oleh Allah sebagai zalim kerana dosa syirik adalah kezaliman terbesar. Allah berfirman yang maksudnya:

“Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya: “Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.” (Lukman: 13)

13. Adakah orang bukan Islam hari ini lebih baik dari Abu Talib, bapa saudara Rasulullah s.a.w.? Dengan segala usaha Abu Talib untuk membela anak saudaranya, beliau tetap kafir dan diazab kekal di dalam neraka.

14. Tokoh politik bukan Islam hari ini dikatakan tidak makan rasuah, tidak menzalimi orang lain, tidak makan hak orang lain … lalu bolehkah kita katakan mereka orang yang adil dan baik? Bagaimana pula dosa syirik? Dosa tidak solat? Dosa tidak bernikah mengkut syariat? Dosa minum arak? Dosa melakukan muamalah riba? Dosa bergaul bebas lelaki perempuan? Dosa berparti dan berdansa? Dosa tidak tutup aurat? Dosa menyeru ke arah perlembagaan bukan Islam? Dosa semua furu’ syariah yang mereka tinggalkan? Banyak dosa yang mereka lakukan mengikut neraca syarak, jadi janganlah puji mereka lebih-lebih … apatah lagi untuk menyamakan mereka dengan Umar Abdul Aziz.

15. Tokoh politik Islam pula ada yang makan rasuah, menzalimi orang lain, makan hak orang lain dan sebagainya. Saya tidak mahu membela perbuatan mereka. Perbuatan itu salah. Tetapi mereka tetap muslim menurut ahlussunnah wal jamaah kerana i’tiqad ahlussunnah wal jamaah bahawa dosa besar tidak membawa kepada kekufuran. Jadi dalam kita menegur perbuatan maksiat mereka, kita perlu meletakkan bahawa mereka saudara yang cukup hampir dengan kita.

16. Kesimpulannya; nak marah ahli politik Islam yang jahat biar berpada-pada … dan nak sayang pada ahli politik bukan Islam yang nampak baik di mata pun biarlah pada kadarnya ..

Wallahu a’lam.

sumber - http://www.ismaweb.net/v4/kekufuran-menjadikannya-adil/

08 November 2010

Kita manusia biasa


Bila kita berada dikalangan orang susah kita akan bersyukur kerana kita dikurniakan oleh Allah SWT dengan limpahan rahmat

Bila kita berada dikalangan orang sakit kita bersyukur kerana dikurniakan kesihatan yang membolehkan kita membuat amal jariah

Bila kita berada dikalangan mereka yang dilanda musibah kita sedar bahawa hidup didunia ini hanyalah pinjaman tidak ada apa yang kekal

Bila kita berada dirumah orang yang mengalami kematian ianya mengingatkan kita supaya sentiasa ingat suatu hari kita akan kembali pada Allah SWT.

Bila kita berada dimajlis Ilmu kita rasa amat kurang sikit sangat ilmu yg ada dalam diri kita untuk bekalan ke akhirat

Rasa rendah diri membuatkan kita sentiasa memaafkan insan lain tanpa meninggalkan rasa dendam di hati....yang lepas biarlah lepas ...buang yang keruh ambil yang jernih. Biarpun kita mengalah kerna kekalahan itu menjauhkan kita dari sifat takbur syaitan laknatullah. Eratkan silatulrahim jauhi permusuhan.

06 November 2010

Dan selepas 20 tahun....



Aku mengenalinya secara tidak sengaja di pondok pengawal di asrama sekolah menengah...kebetulan masa itu aku, shipah dan shikin hendak keluar untuk membeli makanan berbuka puasa. Kami tidak ada pen untuk menulis buku keluar masuk pelajar dan kebetulan ada dua pelajar asrama putra yang turut sama di dalam pondok pengawal ada pen..."Abang pinjam pen", pintaku pada seorang pelajar senior yang tinggi orangnya. Bermula dari hari tersebut aku terasa bagai ada orang memerhati dan setiap kali melalui kelas senior tersebut mesti namaku dipanggil.

Aku ada prinsip ketika di sekolah dulu...no couple malah aku amat anti kepada pelajar perempuan yang bermarka (marka = couple), bukan cemburu tetapi aku rasakan masa tersebut tidak sesuai untuk pelajar seperti kami terumbang ambing dengan perasaan cinta. Prinsip itu ku genggam erat.



Jamuan Aidil Fitri Aspura Aspuri. Aku menerima salam perkenalan daripada senior tersebut. Salam ku terima namun kami memang jarang berjumpa ini mungkin disebabkan prinsib yang kupegang......dan selepas itu kami terpisah dek salah faham dan mungkin rasa cemburuku.

Dan disaat aku berada dalam semester kami bersua semula ....kunfayakun adalah milikNya. Dari saat pertama aku mengenalinya di essemjay dia memang baik dan mak pun mengakui yang dia baik. Dan dialah jodohku yang ditentukan oleh Allah SWT.


Bah melanda Kubang Pasu, Padang Terap & Aloq Setaq



Hujan tidak berhenti di utara tanah air iaitu negeri kelahiranku menyebabkan Kubang Pasu di landa bah yang terburuk. Sedih melihatkan keadaan rumah-rumah yang dinaikki air. Inilah ujian yang datang daripadaNya untuk mengingatkan kita umat manusia supaya sentiasa patuh dan ingat akan pencipta kita iaitu Allah SWT.

Banjir di Kubang Pasu semakin surut namun kini air bah melanda Kota Star. Walaupun laman abah tidak dijamah air bah namun jauh disudut hati aku sayu melihat hampir 80peratus bandaraya ini di genangi air.





Sekolah Menengah kesayanganku (Essemjay) turut dinaiki air pada paras yang teruk berbanding banjit terdahulu. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk itu datangnya daripada kekhilafan kita manusia.

01 November 2010

Flower Mom & Flower girls

Aku sebenarnya bukanlah seorang pengemar bunga. Bunga bagiku sekadar canthek di pandang dan harum dicium namun kualiti chantek dan keharumannya tidak tahan lama. Dan aku jugak tidak pernah "demand" bunga drp seorang yang bernama lelaki. Bagiku cinta bukan sekadar dengan jambangan bunga dan cinta adalah amat besar ertinya buat diriku.