Kita manusia biasa


Bila kita berada dikalangan orang susah kita akan bersyukur kerana kita dikurniakan oleh Allah SWT dengan limpahan rahmat

Bila kita berada dikalangan orang sakit kita bersyukur kerana dikurniakan kesihatan yang membolehkan kita membuat amal jariah

Bila kita berada dikalangan mereka yang dilanda musibah kita sedar bahawa hidup didunia ini hanyalah pinjaman tidak ada apa yang kekal

Bila kita berada dirumah orang yang mengalami kematian ianya mengingatkan kita supaya sentiasa ingat suatu hari kita akan kembali pada Allah SWT.

Bila kita berada dimajlis Ilmu kita rasa amat kurang sikit sangat ilmu yg ada dalam diri kita untuk bekalan ke akhirat

Rasa rendah diri membuatkan kita sentiasa memaafkan insan lain tanpa meninggalkan rasa dendam di hati....yang lepas biarlah lepas ...buang yang keruh ambil yang jernih. Biarpun kita mengalah kerna kekalahan itu menjauhkan kita dari sifat takbur syaitan laknatullah. Eratkan silatulrahim jauhi permusuhan.

Comments

Post a Comment

Popular Posts