Dan selepas 20 tahun....
Aku mengenalinya secara tidak sengaja di pondok pengawal di asrama sekolah menengah...kebetulan masa itu aku, shipah dan shikin hendak keluar untuk membeli makanan berbuka puasa. Kami tidak ada pen untuk menulis buku keluar masuk pelajar dan kebetulan ada dua pelajar asrama putra yang turut sama di dalam pondok pengawal ada pen..."Abang pinjam pen", pintaku pada seorang pelajar senior yang tinggi orangnya. Bermula dari hari tersebut aku terasa bagai ada orang memerhati dan setiap kali melalui kelas senior tersebut mesti namaku dipanggil.
Aku ada prinsip ketika di sekolah dulu...no couple malah aku amat anti kepada pelajar perempuan yang bermarka (marka = couple), bukan cemburu tetapi aku rasakan masa tersebut tidak sesuai untuk pelajar seperti kami terumbang ambing dengan perasaan cinta. Prinsip itu ku genggam erat.
Jamuan Aidil Fitri Aspura Aspuri. Aku menerima salam perkenalan daripada senior tersebut. Salam ku terima namun kami memang jarang berjumpa ini mungkin disebabkan prinsib yang kupegang......dan selepas itu kami terpisah dek salah faham dan mungkin rasa cemburuku.
Dan disaat aku berada dalam semester kami bersua semula ....kunfayakun adalah milikNya. Dari saat pertama aku mengenalinya di essemjay dia memang baik dan mak pun mengakui yang dia baik. Dan dialah jodohku yang ditentukan oleh Allah SWT.
Comments
Post a Comment