Hidup tanpa Astro Hidup Tanpa FB



Tahun ini merupakan tahun ke 6 aku dan keluarga hidup tanpa Astro. Boleh hidup pun. Ada perkara tertentu aku sedikit konservatif dan Mat selalu jika perkara yang baik akan ikut sahaja. Begitu juga dengan TV susah sangat bagi diri ini untuk mengikut perkembangan semasa. Cukup dengan TV Panasonic kecil yang kubeli RM 949.00 tunai pada tahun 1997. Itupun sudah membuatkan anak-anak tidak sedarkan diri menonton rancangan kegemaran mereka.

Ada seorang teman mengomel berkenaan cukai yang bakal dikenakan pada pengguna-penguna Astro. Aku cuma menjawap potong saja. Jawabnya pula tidak boleh sebab tidak ada benda yang boleh dibuat diwaktu sengkang. Aitt...kedai buku punyalah banyak di Selangor ini hang pilah cari...baca sekurang-kurangnya dapat jugak ilmu. Banyak perkara yang boleh kita jadikan hobi bersukan misalnya, driff ganas pula bunyinya, berbasikal ataupun mengikuti program-progran ilmial. Itu untuk kita orang dewasa dan untuk anak-anak pula banyak permainan yang boleh mengerakkan sel-sel minda seperti catur, congkak dan pelbagai lagi bahan bacaan yang boleh mengisi masa lapang mereka.

Sudah beberapa hari aku tidak log on Facebook. Maklum sajalah ianya tidak boleh diakses di opis manakala dirumah rutin membuatkan aku tidak sempat ditambah pula dengan cemburu Mat yang membuatkan aku tidak herankan internet jika di rumah. Marah benar Mat jika aku ralit dengan Facebook atau blog sedangkan aku bukannya chat dengan sesiapapun. Dari dulu hingga kini sepanjang aku mengunakan kemudahan internet tidak terbit sezarahpun dari sudut hati ini kearah yang menyalahi tatasusila sebagai muslimah. Namun ada hikmahnya atas segala ini.

Dan aktiviti hujung minggu ini - mencari buku di MPH atau Popular. Kembali sebagaimana di Pida Sanglang. Hidup tanpa Astro Hidup Tanpa FB.

Comments

Popular Posts