Bah melanda Kubang Pasu, Padang Terap & Aloq Setaq
Hujan tidak berhenti di utara tanah air iaitu negeri kelahiranku menyebabkan Kubang Pasu di landa bah yang terburuk. Sedih melihatkan keadaan rumah-rumah yang dinaikki air. Inilah ujian yang datang daripadaNya untuk mengingatkan kita umat manusia supaya sentiasa patuh dan ingat akan pencipta kita iaitu Allah SWT.
Banjir di Kubang Pasu semakin surut namun kini air bah melanda Kota Star. Walaupun laman abah tidak dijamah air bah namun jauh disudut hati aku sayu melihat hampir 80peratus bandaraya ini di genangi air.
Sekolah Menengah kesayanganku (Essemjay) turut dinaiki air pada paras yang teruk berbanding banjit terdahulu. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk itu datangnya daripada kekhilafan kita manusia.
Comments
Post a Comment