31 July 2012

Petua Untuk Memilih Calon Suami Yang Penyabar dan rajin

1. Anda boleh kenal dari dia yang sanggup menunggu andaa. Cuba lihat muka dia. Kalau orang panas baran, memang dia tidak boleh tahan menunggu. Lelaki yang sabar boleh menunggu. Tetapi janganlah terlalu lama pula. he he he inilah kerja aku dulu selalu buatkan cik B tertunggu2 dari sekolah lagi  sampai terZZzz dia menunggu mmg penyabar pun

2. Jarang lelaki atau orang panas baran dapat sembunyikan amarahnya. Lelaki penyabar tidak cepat bosan dan sabar orangnya. Betul tu org yang sabar tidak mudah marah dengan perkara yang remeh

3. Anda boleh uji dia dengan membawa anak saudara anda terutamanya budak-budak lelaki. Cuba perhatikan samada dia sanggup melayan budak-budak lasak. Jarang sekali orang lelaki yang panas baran rajin atau sanggup melayan kerenah budak-budak.Sikap ini selalu orang terlepas pandang.
Ini pun benar karektor ini terdapat didalam diri semua adik beradik cik B mereka tidak kisah melayan anak2 buah yg ala2 ultraman, batman, cicakman dan powerpuff girls. Malah biras pernah menyuarakan yang rasa sebak bila tengok adik ipar yang semua lelaki boleh mengurus anak2nya berbanding adiknya sendiri yang perempuan

4. Selalunya lelaki penyabar tidak kuat cemburunya. Lelaki panas baran boleh dikatakan mempunyai sifat cemburu yang keterlaluan. Cemburunya kadangkala mengarut. Janganlah anda perasan yang kononnya dia terlalu sayang pada anda. Berhati-hatilah dengan lelaki jenis ini.
Cemburu he he he no komen 


5. Satu lagi yang selalu aku pesan kat anak2 buah masa korang keluar dating tengok selalu sapa yang servekan sapa....kalau cik B dialah yang buat semua dari order, bayar dan ambil food ke table selalu orang lelaki macam ni memang seorang yang rajin dan mampu menjadi suami dan bapa yang baik.

6.Satu lagi ni pesan mak, orang lelaki yang sayangkan ibu-bapa dan adik beradiknya selalunya seorang yang amat bertanggungjawap. Macam mana nak tau lelaki ini sayangkan ibu-bapa dan adik beradinya kita boleh tahu dari cerita2nya pasti akan diselitkan dengan cerita2 saudara-maranya dan kita seolah kenal rapat dengan orang2 dalam ceritanya walaupun tidak pernah bertemu.

Penggali kubur yang mencuri kain kapan


Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah SWT. Dia berkata, “Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.”

” Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telah pun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” tanya pemuda itu. ” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah sewaktu hidupnya. Lantaran Allah menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain,” jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, ” Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telah pun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?” Jawab ahli ibadah tersebut, ” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,”

Pemuda itu menyambung lagi, ” Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu.” ” Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda,” balas ahli ibadah itu lagi.

” Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” Jawab ahli ibadah itu, ” Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya.”

” Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya,” sambung pemuda itu. ” Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah SAW pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda,” jelas ahli ibadah tersebut.

” Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,” ” Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya,” jawab ahli ibadah tadi.

” Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?” tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, ” Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya.”

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah kita datang dan kepada-Nya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah.


27 July 2012

Nak balik Raya rumah mertua atau ibu sendiri

Sudah beberapa kali aku membaca kisah ini, sebak membacanya teringat mak & abah di laman pida nun utara sana.Cerita ini berkisar tentang ketaatan yang sebenarnya menurut Islam. Ikuti kisah ini:

Setiap kali menjelang Ramadhan tergiang-giang suara ibu yang rasanya baru saja saya dengar walaupun telah berlaku berbelas tahun. Di antara tazkirah ibu yang amat saya ingat ialah ketika bulan puasa selepas bersahur sementara menunggu waktu Solat Subuh ibu akan memanggil kami semua (3 orang anak perempuannya – ibu mempunyai 4orang anak perempuan seorang dah berumahtangga dan dua orang anak lelaki) dan akan bercerita tentang kebesaran Allah dan hukum hakam dalam Islam dengan menggunakan bahasa yang amat mudah difahami walaupun ketika tu saya masih lagi bersekolah menengah rendah dan ayah pula meninggal dunia ketika usia saya tiga bulan.

Ibu: Apa yang nak ibu cakap ni….dengar baik-baik lebih-lebih lagi pada Ateh (anak no.3) dan Acik (anak no.5). Ateh akan mendirikan rumahtangga tak lama lagi. Apabila hampir penghujung puasa dah tentu kamu suami isteri akan berbantah-bantahan untuk pulang ke kampung siapa pada hari raya pertama. Betul tak?


Ateh & Acik: Betul, mestilah rumah ibu dulu..


Ibu: Dengar dulu, contohnya jika rumah kamu di Tanjong Malim, rumah ibu di Cheras dan rumah mentua kamu di Johor, rumah siapakah yang akan kamu tuju dulu?


Ateh & Acik : Rumah ibulah sebab dekat


Ibu: Tidak, ibu tidak izinkan kamu balik ke sini. Baliklah ke rumah mentua kamu dan jika mentua dan suami kamu izinkan barulah balik ke rumah ibu. Ibu tak kisah hari raya yang keberapa sekalipun.


Ateh: Mengangguk..(tanda faham… dia ni banyak ikut perwatakan ibu: penyabar, bertolak ansur dan mahir dalam menjahit, sulam menyulam, memasak dan juga pandai mengurut….diantara kami adik-beradik dialah yang paling dalam pengetahuannya dalam Islam seperti ibu juga).


Acik: Mana boleh macam tu tak aci lah, kena gilir-gilirlah baru adil. (dia ni memang kaki bangkang pun…..outspoken skit kalau dia tak puas hati)


Ibu: Ingatlah…….jika anak-anak perempuan tu sayangkan ibu bapanya dan inginkan kebahagian ibu bapa nya di akhirat nanti…taatlah pada suami dan mentua


Acik : Macam kaum h****lak. Dah kahwin tak boleh gi rumah emakbapak.


Ibu: Bukan macam tu……Islam tu indah..setiap anak-anak perempuan yang taat pada suami di samping mentua mereka, ibubapanya akan mendapat pahala di atas ketaatannya itu….. dan seperkara lagi…..untuk menjaga suami tidak sesusah mana… hanya dua perkara kalau kamu nak menundukkan suami kamu mengikut ISLAM……JAGALAH NAFSUNYA DAN JAGALAH PERUTNYA. InsyaALlah dia tak akan ke mana…..kalau dia melilau pun dia akan kembali kepada kamu juga. Pahala kamu ada di dalam rumah kamu tak payah bersusah payah macam kaum lelaki di luar rumah mencari pahala.


Ditakdirkan ALlah Ateh bernikah dengan abang ipar yang yatim piatu……jadi setiap tahun beraya bersama ibu manakala Acik pulak masih mempunyai ibubapa mentua . Hampir setiap tahun pada hari raya puasa Acik sekeluarga akan beraya di rumah mentua di Melaka cuma pada hari keempat atau selebihnya di rumah ibu (rumah Acik di Kedah).


Dengan takdir ALlah ketika saya berada di tingkatan 6 rendah, dua hari sebelum hari raya puasa Acik sekeluarga tiba di rumah ibu. Ibu terkejut tapi saya rasa……terkejut campur gembira agaknya ibu pada masa itu. Selepas pulang dari solat terawih ibu duduk berbual dengan abang ipar…


Ibu : Bila kamu nak bawa isteri kamu pulang ke Melaka?


Abang ipar : Kami akan beraya di sini dan raya ke dua nanti baru balik ke Melaka (dia ni memang malu sakan dgn ibu).


Ibu : Adakah ini desakan dari isteri kamu?


Abang ipar : Tidak bu…….saya izinkan keluarga saya beraya di sini.


Ibu : Bagaimana ibubapa kamu adakah mereka setuju?


Abang ipar : Mereka tiada halangan.. (dalam hati saya rasa terkilan apalah ibu ni biarkan jerlah Acik nak beraya di sini)


Ibu : Izinkan ibu bercakap dalam talipon dengan emak kamu. (abang ipar bangun dan mendial no. talipon kampungnya dan menyerahkan ganggang talipon pada ibu….lama gak ibu bergayut dengan besannya).


Emak kamu tak ada masalah kamu sekeluarga beraya bersama ibu di sini.(sambil menitis airmata) Terima kasih kerana membawa anak dan cucu-cucu ibu ke sini. Apabila habis bulan Syawal seperti biasa hanya saya dan ibu saja tinggal di rumah. Sebagai anak yang bongsu dan paling rapat dengan ibu dan masih solo ketika itu, ibu mencurahkan perasaan dan berbangga kerana dapat membimbing anak-anak perempuannya kearah Islam tapi ibu amat kecewa dengan kedua-dua anak-anak lelakinya yang seperti lembu dicucuk hidung menjadi pak turut kepada isteri mereka.Bayangkanlah menantu perempuan ibu yang sulung tidak pernah bermalam di rumah ibu apatah lagi lepas makan nak tolong basuh pinggan ke atau menolong kerja-kerja rumah yang lain…(tak boleh cerita panjang dah masuk bab mengumpat.)

Semasa saya di tingkat 6 atas ibu kembali ke rahmatullah membawa seribu kekecewaan di atas sikap anak-anak lelakinya. Alhamdulillah apabila saya mendirikan rumahtangga……masalah pulang beraya tak mendatangkan masalah pada suami kerana semua jenis cuti kami sekeluarga akan habiskan di rumah mentua saya. Saya juga salah seorang menantu yang disenangi. Saya selalu bertanya pada diri saya sendiri……sempurnakah sudah aku sebagai seorang menantu? Sempurnakah aku sebagai seorang isteri yang solehah?……….berjayakah aku menjadi ibu sepertimana ibu ku dulu? Ya ALlah,.berilah aku petunjuk dan pimpinlah aku ke jalan yang engkau redhai…..Amin!

Moral:Jangan pertikaikan jika saudara perempuan kita beraya dirumah mertua dan sebagai anak lelaki kita wajib mengutamakan kedua ibu bapa kerja syurga anak lelaki itu ditelapak kaki ibunya bukan isterinya. Dan sebagai menantu perempuan kita patut faham mengapa kita perlu beri keutamaan kepada mertua.

25 July 2012

Adap dalam perhubungan persahabatan

Apabila bersahabat, diri sendiri & sahabat harus mempunyai tanggungjawab & punya harapannya sendiri. Antaranya ialah :-  

1 . Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku. 
 

2 . Jgn terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul. 
 

3 . Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat spt 
 tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.  

4 .
 Perkara sensitif spt gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah ditanya.  

5 . Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi spt rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat. 
 

6 . Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya. Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik. 
 

7 . Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.
 

8 . Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya. Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita. 
 

9 . Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat. beri peluang sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan & kita hanya menyekat perhubungan dgn insan lain. 
 

10 . Jika salah seorg marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati.Jgn dibalas, berdiam & tunggu hingga dia reda & sejuk. Pasti hubungan akan kembali spt biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap org ada lautan hati yg pasang surut. 
 

11 . Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia mengomel, dengar & angguk. Itu lebih baik dpd membuat komen. Ia boleh memburukkan keadaan. 
 

12 . Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita i.e. kekayaan, kecantikkan dan sebagainya. Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dgn apa yang dikurnia oleh Allah s.w.t Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

Hari Ke lima Ramadhan 1433

Dah hari ke 5 kita berada di ramadhan yang mulia ini. Alhamdulillah dapat menghadapinya walaupun sedikit lelah almaklumlah dalam kondisi menyusu al waleed.
Gambar hiasan bubur chacha Ateh Sakinah semasa kami berkunjung ke Puchong Utama rumah Uda

Sebagaimana ramadhan yang lepas misi tidak membazir diberi keutamaan selain mengejar bonus yang datang setahun sekali ini. Sepanjang 5 hari aku tidak ke bazar dan cik B selalu aku remind jangan pergi mama ada masa memasak. Anak-anak telah kami didik tidak demand jadi mereka berbuka dengan apa saja menu yang ada tersedia. Anak2 yang tidak demand merupakan anugerah yang mana mereka secara tidak langsung memberi keringanan pada aku dan suami dalam melaksanakan tanggungjawap sebagai ibu bapa.

Semalam sampai ke rumah jam 5.15 petang, bergegas aku ke dapur menyiapkan menu juadah....pukul 6.30 petang semua juadah telah siap di meja...ikan keli goreng bercili, kari ikan tongkol, kerabu taugeh campur tomato ala kedahan dan ikan goreng ...minuman sky juice bertapis he he he minuman healthy tak perlu air manis bagai. Itupun kakak, abang, Alang & cik B bertambah2 nasi. Sebenarnya menu biasa sahaja sebab kami tidak mahu anak2 fokus kepada makanan dibulan puasa.

Perkembangan bayi pada usia 3 bulan


Menegakkan kepala dengan stabil 

Ni pic masa 2 bulan ++ advance sikit dah boleh tegakkan kepala

Pada bulan ini, bayi anda mungkin sudah boleh mengangkatkan kepalanya semasa berbaring dan menegakkannya untuk beberapa minit. Jika diampu untuk duduk, dia mungkin boleh menegakkan kepalanya secara mantap dan lurus. Ketika dia meniarap, anda akan memerhatikan dia mengangkatkan kepala dan dada seakan-akan membuat tekan tubi ringan. Duduklah di hadapannya dan hayunkan mainan untuk menggalaknya.


Koordinasi lengan, kaki dan tangan lebih baik

ada org nak kena debikk he he he

Bayi anda sekarang boleh melambai-melambai tangan dan menendang kakinya. Sendi paha dan lututnya menjadi lebih lentur menyebabkan tendangannya menjadi lebih kuat. Dan jika anda mendirikannya dengan kaki terletak di lantai, dia akan menolak badannya turun dengan menggunakan kakinya. Dia boleh merapatkan kedua tangan dan membuka jari-jarinya, tapi dia akan menggunakan tangan yang digenggam rapi untuk memukul barang yang tergantung. (Harap maklum bahawa usaha memukul mainan atau sesuatu objek merupakan satu pencapaian yang penting!) Galakkan perkembangan kemahiran tangannya dengan menghulurkan mainan dan perhatikan sama ada dia mengambilnya.

Pola tidur lebih terkawal

betoi tuh dah tak berapa kerap bangun malam

Mulai dari sekarang, ibubapa yang dahulu-nya tidak dapat tidur dengan sempurna, mula merasa lega sedikit. Menjelang tiga atau empat bulan, pola tidur anak anda mula menjadi stabil. Kebanyakan bayi pada usia ini tidak lagi bangun malam untuk menyusu, walaupun sekali sekala mereka bangun juga dan mahukan makan. Ada juga kanak-kanak yang tidak tidur terus sepanjang malam untuk tempoh tiga atau enam bulan (bagi tahun pertama, ini bermakna mereka boleh tidur terus hanya selama enam jam setiap kali), jadi, usahlah bimbang jika anak anda masih menyebabkan anda berjaga di waktu malam.

Jelas mengenali emak dan ayah


Menjelang tiga bulan, dan kadangkala lebih awal, bayi anda sudah menjalin hubungan rapat dengan anda dan mengenali muka anda. Dia masih suka bersenyum dengan orang yang tidak dikenali, terutama sekali jika orang itu bertentang mata dengannya dan bersuara mesra atau bercakap dengannya. Namun begitu, dia sudah mula mengetahui siapakah orang-orang dalam hidupnya dan sudah boleh menentukan siapa yang lebih disukainya antara mereka.

Lobus parietal, bahagian otak yang mengawal koordinasi tangan-mata serta membolehkan seseorang itu mengenali objek, kini mula berkembang dengan pantas.

Dan lobus temporal, yang membolehkan pendengaran, bahasa dan bau-bauan, juga lebih responsif dan aktif. Oleh itu, apabila bayi mendengar suara anda, dia akan memandang terus kepada anda dan mula bersuara gembira atau cuba bercakap dengan anda.

Mulalah membaca kepada dia sekarang

Membaca kepada anak, tidak kira usia muda, akan mendatangkan hasil. Ia membantu anak anda menguasai kemahiran mendengar lagu naik turun bahasa – sebenarnya, adalah baik jika anda selalu mengubah nada suara anda, menggunakan loghat berlainan, menanyi, dan menyuarakan apa yang anda sedang lakukan ketika itu supaya hubungan suara dan bunyi antara anda dan bayi menjadi sesuatu yang menarik baginya. Jangan bimbang jika dia melihat ke arah lain atau hilang perhatian – dapatkan semula perhatiannya dengan mencuba sesuatu yang lain, atau berikan dia masa untuk berehat. Sesuaikan interaksi anda dengan respon dan minatnya.

Terdapat banyak buku-buku yang baik untuk dibacakan kepada bayi. Pilihlah buku yang mempunyai gambar-gambar yang besar dan berwarna-warni dengan perkataan-perkataan yang mudah -- atau buku tanpa teks yang mempunyai gambar untuk anda menceritakan.

Sebenarnya, buat masa ini anda tidak perlu berpegang ketat kepada panduan menyesuaikan buku dengan usia tertentu. Buku yang dikhaskan untuk kanak-kanak yang lebih tua jika mempunyai imej yang jelas dan kemas, dan warna-warna terang boleh memikat bayi. Selain itu, anda juga boleh membaca puisi yang disasarkan telinga orang dewasa. Bahan bacaan yang tidak difahami bayi masih boleh menyeronokkan dia jika nada dan aspek musiknya menarik (dan anda juga akan terhibur).

Perkembangan awal bahasa

Ini merupakan masa yang sensitif di mana rangsangan lisan adalah amat penting untuk bayi anda. Ambillah kesempatan ini untuk mendedahkan dia kepada pelbagai variasi perkataan dan bunyian. Penyelidikan terbaru mengaitkan tahap kepintaran yang tinggi kepada berapa banyak perkataan seorang kanak-kanak itu mendengar pada tahun pertama hidupnya. Inilah masanya unuk menubuhkan asas yang kukuh. Berjalan ke pasar malam pun memberi peluang untuk merangsang kanak-kanak anda – semasa berjalan, tunjukkan dia objek-objek dan berikan nama barang-barang itu. Bayi anda belum boleh mengulang perkataan-perkataan itu lagi, tetapi dia sedia menyimpan semua informasi ke dalam memorinya yang kian ini berkembang pantas.

Bayi dalam keluarga dwi-bahasa akan memperoleh latihan bahasa yang berganda jika dia sering mendengar kedua-dua bahasa dituturkan. Jika anda mahukan dia belajar kedua-dua bahasa, pastikan ibu dan bapa bercakap dengannya dalam bahasa yang berlainan.

Sentuhan menjadi lebih sensitif

Hidupkan deria sentuhan bayi dengan bahan seperti kain bulu, tisu, kain felt, dan kain tuala atau carilah buku yang boleh membantu membuatkan sentuhan sebagai sebahagian daripada pengalaman membaca bersama. Menyentuh, mendukung dan mengurut bayi, sama dengan mengangkatnya melalui dan merentasi udara sekeliling adalah cara-cara yang berkesan untuk menenangkan dia dan mungkin dapat meningkatkan kepekaannya dan memanjangkan tempoh konsentrasiya.

Mula berinteraksi dengan orang lain

Anak anda diprogram untuk "menerima", serta membuat kesimpulan tentang dunia kelilingnya. Kini, dia mungkin dapat memberi respon kepada bayangnya sendiri dalam cermin dengan senyuman (bayi gemar melihat diri sendiri), dan dia mungkin berhenti menghisap jari atau botol untuk mendengar suara anda. Dengan bersuara mesra dan membuat bunyi-bunyian, dan dengan berceritakan tentang tugas rumah remeh yang sedang diuruskan, anda bukan saja menjalin hubungan dengannya, tetapi juga mengalakkannya melahirkan perasaan sendiri.

Adakah bayi saya berkembang secara normal?

Harus diingat bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai peringkat-peringkat pencapaian sosial mengikut masa dan jadual mereka tersendiri. Semua di atas hanya merupakan garis panduan am mengenai potensi yang boleh dicapai oleh bayi anda -- jika bukan sekarang, mungkin tidak lama lagi.

Dan sekiranya bayi anda dilahirkan pramatang, anda mungkin mendapati bahawa dia memerlukan masa yang lebih lama untuk melakukan sesuatu yang telah dapat dilakukan oleh bayi sama usia dengannya. Jangan bimbang. Kebanyakan doktor menilai perkembangan bayi pramatang berpandukan tarikh dia sepatutnya dilahirkan dan menilai tahap pencapaian kemahirannya dari tarikh itu.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan perkembangan bayi anda, sila bertanya dengan doktor anda.sumber: babycenter

19 July 2012

Be Humble ....Jadilah insan yang merendah diri

Pangkal ilmu ialah mendengar sebaik-baiknya, kemudian memahamkannya dan sesudah itu mengingatkannya. Akhir sekali diamal dan disebarkan ilmu itu untuk dimanfaatkannya – Sifyan Uyaynah.

Pernah tak kita bercakap tetapi orang buat tidak dengar .......sudah pasti kita terasa. Itulah pengajaran buat kita supaya mendengar dengan teliti apa yang ingin orang lain perkatakan tidak kira siapa mereka waima anak kecil kita sekalipun.

Ada orang hanya suka orang mendengar ceritanya saja tetapi tidak suka mendengar cerita orang lain. Salah satu tanda kesombongan itu ada dalam diri kita bila kita hanya mahu orang mendengar cakap kita saja kita susah nak masukkan kaki kekasut orang lain.

Tadi aku sempat mendengar ceramah Ustaz Pahrol Joi ianya berkaitan dengan ilmu. Aliran ilmu itu bersamaan dengan aliran air. Air umum mengetahui akan mengalir seperti juga ilmu akan berterusan jika kita mencarinya. Air secara hukumnya akan mengalir dari tempat tinggi ketempat rendah dan akan berkumpul di lembah lurah yang landai. Untuk mempeolehi ilmu sebagai insan kita perlu merendah diri (be humble) mcm air, air tidak mengalir dari tempat rendah ke tempat tinggi (meminjam kata2 Ustaz Pahrol Joi). Orang yang merendah diri Allah SWT berikan banyak ilmu dan tinggikan darjatnya. Orang yang banyak ilmu Allah SWT tinggikan darjatnya.

18 July 2012

Aku Budak Hostel: SMJ (Sek Mencari Jodoh)

Ada orang kata kalau bercinta masa sekolah tu cinta monyet. Cinta monyet ini sebenarnya hanya sebuah sindiran yang digunakan untuk seseorang yang kurang mencintai pasangannya. Jatuh cinta sesaat dan kurang begitu mencintai. Betul ke?



Aku kenal cik B semasa di essemjay (SMJ sekarang dah jadi SMKJ) dan beberapa senior juga junior berjaya meneruskan cinta monyet ke cinta realiti sehingga kekal bahagia sebagai suami isteri. Ada seorang kawan pelik, aku tersenyum itulah uniknya SMJ (sekolah mencari jodoh) dan jodoh yang dianugerah Allah SWT itu bukan seperti seekor monyet yang dapat bunga. Jodoh anugerah Allah SWT itu seorang insan yang prihatin pada tanggungjawab hablulminannas jua hablulminallah.Kagum aku dengan kesetian dan kebertanggungjawap teman2 terhadap pasangan masing2. Walaupun semasa zaman sekolah antara mereka dikategorikan nakal ...opppsss hanya nakal ttp tidak gatal. 

Sebenarnya tanda jodoh dalam Islam itu adalah “3M”. Apa itu "3M"? Siapa di antara lelaki mahupun wanita yang boleh Memahami, Memaafkan dan Memotivasikan kita ke arah yang lebih baik InsyaAllah itulah jodoh kita. Huraian berkenaan "3M" adalah seperti berikut: Memahami - Setiap pasangan mestilah memahami antara satu sama lain. Ini penting kerana setiap daripada kita mempunyai latar belakang kehidupan yang berlainan. Maka setiap sifat kita mampu mempengaruhi atau dipengaruhi sifat pasangan kita. Memaafkan - Sifat memaafkan ini amat penting sekiranya tiada sifat ini, nescaya hubungan kekeluargaan tidak kekal lama (Ini yang kita cuba elakkan). Lelaki memang lebih egonya, namun jika ingin selamat, buang segala ego demi mempertahankan rumahtangga. Memotivasikan - Pasangan mestilah memotivasikan antara satu sama lain. Faktor seperti stres, tekanan kerja, masalah kewangan mungkin menyebabkan keretakan rumahtangga, namun sikap memotivasikan ini mampu menaikkan dan memulihkan kembali semangat pasangan anda. sumber myhazman 

Ramai muda-mudi sekarang bercinta namun tidak semua ke jinjang pelamin. Jangan percaya tentang ramalan cinta / ramalan jodoh di internet, televisyen ataupun cinta monyet (Cinta kanak-kanak di alam remaja). Ini kerana itu bukan jodoh yang sebenar-benarnya. Ada yang cuba mengkategorikan jodoh kepada 3 jenis iaitu:
1) JODOH DARI SYAITAN
iaitu lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. Apabila si perempuan tadi mengandung, barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut.
2) JODOH DARI JIN
iaitu lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya, lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tadi.
3) JODOH DARI ALLAH
iaitu pandangan 2 pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. Lalu,lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. Perempuan tadi menerimanya. Mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu2nya cinta yang diredhai ALLAH. Bercinta sampai ke syurga. Itulah yang digelar "Syurga Cinta" tanpa berlakunya sebarang bentuk kemaksiatan.

Apa jua jenis cinta, ianya kuasa Allah. Jadikan "3M" diatas sebagai panduan asas dalam mencari jodoh supaya benar-benar mendapatkan jodoh menurut Islam yang dapat membahagiakan hidup anda kelak. Mencari jodoh berdasarkan Islam Insya Allah akan membahagiakan hidup anda di dunia maupun akhirat. 

So pada anak-anak yang masih disekolah pesanan khas buat putera dan puteriku ....Jodoh itu anugerah Allah SWT tak payah dok kalut nak bercouple bagai ..kunfayakun adalah milikNYA.




Lone Ranger II

Lone ranger selalu nampak bersendirian namun dia tidak kesepian. Orang mungkin selalu nampak aku selalu sendirian. Dan setiap kali aku berlone ranger mesti ada kaki pancing .....antara ayat intro kaki pancing, "macam pernah nampak, kat mana yer", "are u grad from australia, uk bla bla bla"...ooopps sat aku ni ada rupa obersea grad ka..kompius paling tak boleh blah ayat, "panggil nama lain...kekonon kawan depa". Sebagai insan yang mempunyai prinsip hidup yang jelas kita mampu menepis semua dugaan terutama dari insan yang kurang berhemah seperti kaki-kaki pancing yang suka memancing dalam akuarium..he he he *pinjam wording abang long shaiful iaitu suami pada kak long Hariyati*.

buah hati mummy yg selalu berlone ranger

Apapun dalam melaksanakan rutin sebagai pekerja kita harus tanamkan dalam diri bahawasanya kita ini isteri dan ibu. Ada amanah yang wajib kita laksanakan jangan terpesona dengan helah kaki pancing diluar sana. Dewasa ini kerap kita dengar berkenaan isteri mencurangi suami. Isteri lari dari tanggungjawap keluarga. Jangan biarkan kemodenan dan sosial media menghancurkan nilai diri kita sebagai isteri dan juga wanita muslimah. "Seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata. Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil, tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi."

Setelah berkahwin ketaatan kepada ibu bapa berpindah kepada suami. Mentaati dalam perkara yang baik dan harus. Apabila suami menyuruh kepada maksiat tiada lagi ketaatan. Sabda Rasulullah s.a.w:

“Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada Allah”

Rasululllah bersabda, “Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia, tentu aku akan suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya”Riwayat al-Tirmizi hasan sahih
Rumahtangga bahagia sebenarnya terletak pada isteri yang solehah. Ia taat kepada perintah Allah dan Rasul serta setia kepada suami yang soleh.

“Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya ) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka…”(Surah An-Nisa’:34)
Setiap yang berlaku adalah ujian pada diri untuk kita lebih tabah dan lebih bermuhasabah.  

Jangan merasa bangga jika ada menunjukkan minat kerana semua itu adalah hasutan syaitan yang mahu memporakperandakan anak adam. Bahagia itu datang bila kita mensyukuri nikmatNYA dan menjadi insan yang taat dan patut dengan panduan yang diturunkanNYA.

17 July 2012

Lone Ranger

Lone ranger secara definisinya one who acts alone and without consultation or the approval of others...dah bertahun aku lone ranger di tempat kerja tanpa teman dan kumpulan. Kenapa? Mungkin kerana rutin kerja aku sedikit berbeza dengan orang lain dan dek kerana itu aku sudah imun dengan kerenah pejabat.Nawaitu aku berkerja kerana Allah SWT dan untuk menambah pendapatan keluarga....bukan tidak pernah menjadi surirumah namun aku lebih betah hidup begini.


Semalam aku terbaca artikel IluvIslam Sendiri Itu Terapi, aku kerap menasihati anak2 supaya membiasakan diri hidup bersendirian jangan terlalu mengharapkan kawan. Di dalam artikel Sendiri Itu Terapi ada menyatakan, " Bila sendiri, kita mempunyai banyak ruang untuk muhasabah diri. Biarpun sendiri, kita tetap takkan berada dalam relung kesunyian. Kerana dengan bersendiri, kita mampu merasai kehadiranNya di sisi kita. SubhanaAllah! Mampu untuk merasa redup kasihNya yang lagi menenangkan.Sendiri, mengajar kita untuk memperbaiki diri sendiri tanpa gangguan dan halangan daripada mereka-mereka. Sendiri itu terapi. Terapi untuk menguatkan iman. Terapi untuk perbaiki hubungan dengan Sang Pencipta. Terapi untuk memperbaiki habluminnanas (hubungan sesama manusia). Terapi untuk membetulkan setiap yang sumbang."

Ini adalah benar. Kadang-kala dalam hidup kita perlu bersendirian mencari ruang untuk diri sendiri dalam masa yang sama kita dapat melihat arca sebenar diri kita. Mungkin ada yang janggal melihat kita bagai kera sumbang namun ingatkan tiada hakim yang sebaik Allah SWT jadi usah gusar dengan telahan manusia.

Ctrl Delete sifat sombong Install Tawaduk dalam diri

Aku dengar ni dari Radio Ikim, Dr Muhaya terdapat 7 tanda menunjukkan kita tergolong orang yang sombong iaitu:

  1. Kita mudah marah. Silap sikit nak marah. Anak tumpahkan air pun nak marah. Sedangkan anak tu tak sengaja menumpahkan air. Perhatikan sifat kita semasa memandu adakah kita mudah marah atau sebaliknya.
  2. Sifat orang yang sombong kedua suka memotong percakapan orang lain. Susah sangat nak mendengar pandangan orang lain.
  3. Suka bertegang leher 
  4. Orang yang mudah merasa tidak senang bila ada orang lain melebihinya
  5. Suka meninggikan diri bila bercakap
  6. Orang yang sombong tidak suka ditegur
  7. Orang yang sombong ni susah merasa bersalah walaupun melakukan kesalahan

Hadis diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Al-Baihaqi, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang di dalam hatinya ada sifat takbur sebesar biji sawi, nescaya ditelengkupkan mukanya oleh Allah dalam api neraka".

Daripada sifat takbur ini akan lahir pula sifat sombong dan angkuh. Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Ibnu Mas'ud, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud :

"Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya ada sifat sombong sebesar biji sawi. Dan tidak akan masuk neraka orang yang dalam hatinya beriman sebesar biji sawi".

Sempena Ramadhan yang bakal menjelang tiba marilah kita megamalkan sifat tawaduk iaitu sifat merendah diri. Orang yang bersifat tawaduk tidak akan suka menunjuk-menunjuk atau meng'highlight' amal ibadat atau amal kebaikan dan kebajikan yang dikerjakannya. Hatinya sentiasa ikhlas melakukan sesuatu dan melakukan sesuatau itu bukan kerana riyak atau dengan niat untuk mendapatkan sebarang imbalan atau ganjaran seperti mendapatkan keuntungan wang ringgit, untuk mendapatkan pujian,mencari pangkat dan kedudukan, mencari nama, pengaruh dan seumpamanya.

Orang yang bersifat tawaduk akan merasa bahawa segala kelebihan, segala kenikmatan yang dimilikinya seperti kekayaan harta benda dan wang ringgit, ilmu pengertahuan, pangkat, kedudukan dan sebagainya itu adalah nikmat kurnia daripada Allah Subahanahu Wata'ala hasil daripada ikhtiar dan usahanya sendiri namun ia tidak akan memuji dirinya sendiri atau merasai dirinya lebih daripada orang lain, ia tidak akan memandang dirinya sahaja yang hebat, dirinya sahaja yang benar. Malah orang yang bersifat tawaduk akan sentiasa muhasabah diri, akan sentiasa mencari kekurangan dan kelemahan diri, sentiasa ingin belajar, menerima teguran orang, bertanya ataupun mengambil faedah daripada orang lain walaupun orang itu lebih rendah kedudukannya daripada dirinya sendiri.

Begitulah mulianya orang yang mempunyai sifat tawaduk. Bersederhana di dalam kehidupan termasuklah dari segi penampilan diri dan sifat peribadi. Mulia di sisi agama, mulia disisi sesama manusia. Namun ramai dari kita tidak mengetahui tentang kewajipan bersifat tawaduk ini. Malah, sama ada sedar atau tidak, kebanyakan daripada kita pada hari ini lebih bersifat menunjuk-nunjuk, membesar-besarkan diri, bersifat takbur, riyak dan ujub walaupun sifat-sifat yang sedemikian itu amat dibenci oleh Allah Subahanahu Wata'ala.

Menurut Rasulullah Sallallahun Alaihi Wasallam, Allah Subhananu Wata'ala akan mengurniakan empat perkara kepada orang yang dikasihi-Nya sebagaimana sabda Baginda di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh At-Thabarani dan Al-Hakim daripada Anas, yang bermaksud :

"Empat perkara yang tidak diberikan oleh Allah kecuali kepada orang yang dikasihi-Nya iaitu (orang yang) diam (yang menunjukkan) bahawa itu adalah permulaan ibadat, bertawakal kepada Allah, merendahkan diri dan zuhud di dunia (meninggalkan kepentingan dunia)" .

Orang yang tawaduk akan mendapat rahmat daripada Allah Subahanahu Wata'ala sebagaimana disebutkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam di dalam hadis Baginda yang diriwayatkan oleh Asfahani daripada Anas, yang bermaksud :


"Merendah diri itu tidak menambahkan bagi hamba melainkan ketinggian. Maka hendaklah kamu merendah diri supaya dicurahi rahmat oleh Allah".

13 July 2012

Dimurahkan Rezeki dengan Dhuha



Ya Allah, apabila rezeki kami di atas langit, turunkanlah, bila dalam bumi, keluarkanlah, bila sukar, mudahkanlah, bila haram, sucikanlah, bila jauh, dekatkanlah. Aminnn Ya Wahhab Ya Razaq....


Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu Kecantikannya kecantikan-Mu…Keindahannya keindahan-Mu Kekuatannya kekuatan-Mu…Kekuasaannya kekuasaan-Mu.... Perlindungannya perlindungan-Mu… Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah Jika di bumi keluarkanlah…Jika sukar permudahkanlah Jika haram sucikanlah…Jika jauh dekatkanlah Berkat waktu dhuha Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh

11 July 2012

Sahabat..dedikasi buat Kin, Mak su Suzana dan Normah

Kawan, sahabat dan rakan merupakan orang yang hampir dengan kita yang mengetahui siapa diri kita.....kawan atau sahabat kita tidak akan membuat kesimpulan negative mengenai diri kita sbb mereka benar2 ikhlas dalam persahabatan.

Ada sahabat aku terus kekal bersahabat kerana keserasian dan sifat mereka yang ikhlas dalam hubungan. Ada yang kulepaskan....bukan bermaksud memutuska silatulrahim tetapi ianya sebagai sebahagian dari kerenah yang membuatkan aku sedikit rimas dan jelak bila terus kekal rapat.

Chemistry yang membuatkan kita rapat dengan seseorang kadangkala walaupun baru kekal tetapi kita rasa seolah lama kenal dengan orang tersebut. Dan ada yang sudah lama kita kenal namun disebabkan tanggapan negativenya membuatkan kita menjauhkan diri.

Norul Ashikin Ramli....bff yang kukenal semenjak form 1...banyak persamaan antara kami terutama dalam mencapai cita2. Luv you sis semoga Allah SWT sentiasa melapangkan kehidupanmu dan anakmu. Mak Su Suzana...lama tak bertemu dengan sabahat ini, dia antara yang kerap mengunjungiku di laman pida begitu juga aku kerap kerumahnya di Felda Batu 8. Persamaan aku, kin dan mak su...kami anak bongsu. Normah, sabahat kecilku. Hingga kini aku merasakan dia sahabat teragung. Kenapa? kerana kami banyak berkongsi kisah kecil, angan2 dan impian yang membawa kami kepada apa yang kami nikmati sekarang.

Sifat yang perlu ada sebagai seorang sahabat:
* Ikhlas bersahabat kerana ALLAH
* Redha menerima kekurangan sahabat kita
* Tidak mengharapkan kebaikan atau ada niat yang tersembunyi
* Sabar dan menegur sahabat dengan berhikmah
* Sayang sahabat kita seperti sayang diri sendiri
* Sanggup berkorban demi kebaikan sahabat
* Bertolak ansur dalam sesuatu perkara
* Berfikiran terbuka dalam menerima pendapatnya

Tidak perlulah kita mempertikaikan sahabat kita kerana adanya dia merupakan satu anugerah buat kita.

Cabaran mendidik anak remaja

anak remaja sebenarnya amat kreatif..idea mereka kadang kala buatkan kita teruja
Dalam perjalanan ke sekolah pagi tadi seperti biasa bebual dengan kakak, anak sulungku. "Mama, sebenarnya geng lepaking, smoking, hisap shisha sebenarnya datang dari family bermasaalah, bukan saja2 depa buat macam tuh......", kakak berkongsi denganku. Aku pernah melalui zaman yang kakak berhadapan dan aku juga pernah ada kawan2 yang bermasaalah ....berbanding kakak aku sedikit nakal. Namun aku tidak pernah membiarkan keadaan sekeliling mempengaruhiku  dan perkara yang sama ku berpesan pada kakak biar dengan siapa kita berkawan, angin atau ribut melanda kita sesekali pun. Jangan hidup dalam emosi tetapi hiduplah dengan realiti kerana banyak perkara didalam dunia ini ingin kita kejar dan perlu kita belajar.

Minggu lepas semasa pergi ke sekolah kakak di hari bertemu pelangan sekolahnya, salah seorang classmate kakak menagis kerana ibu-bapanya tidak datang bertemu guru kelas untuk menandatangan keputusan peperiksaan pertengahan tahun. Sebak hatiku sambil memujuk anak tadi kebetulan aku memang kenal anak itu. "sampai hati parent dia buat macam tu", rungut guru kelas kakak. Sesibuk manapun kita luangkan sedikit masa untuk anak-anak mungkin pada kita ianya kecil tetapi amat besar dihati mereka dan ianya akan mempengaruhi emosi anak-anak.

Terdapat beberapa guideline untuk membantu ibu bapa membimbim remaja yang kuambil dari Yadim seperti dibawah.

Aku pun bukanlah pandai malah aku sendiri banyak melihat dan membaca sebagai panduan mendidik anak-anak. Kalau dulu abah dan mak banyak melarang aku kemana saja, aku tetap pergi walaupun terpaksa berbohong dan selalunya aku akan menceritakan perkara sebenar apabila pula. Namun aku tidak mahu anak2 melakukan sepertimana aku, aku akan beri kebenaran kepada mereka dengan bersyarat......

LUANGKAN MASA

Luangkanlah masa dengan anak-anak anda secara melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan umur dan minat mereka. Kongsilah pengalaman dalam membina satu perhubungan yang mesra yang berasaskan kasih sayang dan kepercayaan yang merupakan asas bagi komunikasi pada masa hadapan. Makan bersama sekerap mungkin. Waktu makan adalah peluang terbaik untuk berbual-bual tentang perkara-perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian mereka dan untuk merapatkan diri dengan anak-anak anda. Gunakanlah masa yang ada untuk berbual, bukannya berbalah. Membaca, menonton televisyen atau wayang, dan layarilah internet bersama-sama. Bersenam atau bersukan sebagai sebuah keluarga. Libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan bersama-sama anak-anak anda.

BANTU REMAJA MENDAPATKAN KEYAKINAN DIRI

Keyakinan diri adalah sesuatu yang diperolehi, bukannya diberi. Berikan anak-anak anda peluang untuk belajar kemahiran-kemahiran tertentu dan mendapatkan keyakinan diri. Pujilah mereka atas tugas-tugas yang mereka telah selesaikan dengan baik, galakkan perkara-perkara positif dan tekankan perkara-perkara yang dilakukan dengan baik oleh anak-anak anda. Jika mereka ketinggalan atau cuai, cadangkan cara-cara untuk memperbaiki diri; jangan mengkritik. Kasih sayang dan rasa hormat akan menggalakkan mereka berkelakuan baik, bukannya ketakutan atau keaiban.

GALAKKAN REMAJA MELIBATKAN DIRI DALAM AKTIVITI POSITIF


Bantulah anak-anak anda mengenal pasti kelebihan, bakat dan minat mereka dan untuk mencari peluang di mana perkara-perkara ini boleh dikembangkan. Galakkan mereka melibatkan diri dalam kerja-kerja sukarela dalam komuniti anda, menjadi ahli kumpulan belia, atau turut serta dalam aktiviti kesenian atau sukan. Ini akan membuatkan mereka merasa ‘berguna’ di dalam masyarakat, menghubungkan mereka dengan kawan-kawan yang positif dan pemimpin-pemimpin di kalangan orang dewasa, dan juga memenuhkan jadual harian mereka.

BANTU REMAJA MENETAPKAN MATLAMAT


Bantu anak-anak memahami bagaimana pilihan yang mereka buat sekarang boleh mempengaruhi keseluruhan kehidupan mereka. Perkenalkan mereka dengan mereka yang berjaya di komuniti anda yang boleh menerangkan apa yang perlu dilakukan untuk berjaya. Remaja yang mempunyai matlamat jangka panjang dalam pelajaran atau pekerjaan kurang berkemungkinan untuk merosakkan masa hadapan mereka dengan melibatkan diri dalam perkara-perkara yang tidak sihat.

MENGHARGAI PENDIDIKAN

Libatkanlah diri dalam pendidikan anak-anak anda dan biarkan mereka tahu bahawa ia sangat penting bagi anda. Terangkan kepada mereka bagaimana pelajaran akan membantu mereka pada masa hadapan dan mengapa penting bagi mereka untuk mengambil perhatian serius perkara ini dari sekarang. Kegagalan dalam pelajaran biasanya adalah tanda-tanda untuk muncul masalah lain. Jika anda mendapati pelajarannya merosot, berbincanglah dengan mereka dan dengan guru-gurunya dengan segera.

LIBATKAN DIRI DENGAN SEKOLAH

Ibu bapa sering berhubungan dengan sekolah anak-anak semasa mereka di sekolah rendah, tetapi mula menjauh apabila mereka semakin membesar. Cubalah terus libatkan diri sehingga sekolah menengah. Beri perhatian kepada kelas-kelas yang diambil oleh anak-anak anda dan kerja rumah yang mereka bawa balik. Jadi ahli Persatuan Ibu Bapa atau organisasi lain yang ada kena mengena dengan sekolah.

Tawarkan diri untuk menjadi tutor, mentor atau penceramah jemputan. Berjumpa dengan pengetua, guru-guru, kaunselor dan jurulatih mereka. Hadirilah majlis-majlis, pameran, drama, pancaragam, nyanyian dan sukan yang dikendalikan oleh pihak sekolah. Jika anda tidak menghadirinya, anak-anak anda adalah orang yang pertama menyedarinya.

AMBIL TAHU


Buat peraturan yang jelas bagi anak-anak anda mengenai apa yang boleh mereka lakukan dan dengan siapa mereka boleh meluangkan masa, dan terangkanlah kepada mereka mengapa peraturan-peraturan ini penting. Tetapkan masa di mana mereka mesti balik dan jangan benarkan mereka menghadiri sebarang majlis tanpa ditemani orang dewasa.

Berusahalah lebih sedikit untuk mengetahui di mana anak-anak anda berada pada hari minggu dan selepas waktu sekolah, memandangkan waktu-waktu tersebut adalah ‘zon bahaya’, di mana anak-anak muda yang tidak dikawal mungkin berpeluang untuk menyalahgunakan dadah, melakukan jenayah dan terlibat dalam perbuatan-perbuatan berisiko yang lain. Matlamatnya adalah untuk menjadi seorang ibu bapa yang berwaspada tanpa terlalu memaksa. Ingat, dengan mengetahui di mana anak-anak anda berada dan apa yang mereka lakukan tidak bermakna anda suka membebel; ini bermakna anda seorang ibu atau bapa yang prihatin.

KENALI SIAPA KAWAN-KAWAN ANAK ANDA


Rakan-rakan mempunyai pengaruh yang kuat terhadap satu sama lain, oleh itu adalah penting bagi anda untuk mengenali siapa kawan-kawan anak-anak anda dan ibu bapa mereka. Kebanyakan tekanan rakan sebaya adalah positif. Galakkan anak-anak remaja anda untuk meluangkan masa dengan kawan-kawan yang positif dan sihat. Jemput mereka datang ke rumah dan berbual-buallah dengan mereka secara terbuka.

SELALU BERBINCANG


Walaupun ia agak sukar untuk memulakan perbualan mengenai perkara ini, mulakannya apabila anak-anak anda ingin tahu dan mula mencerluskan soalan. Jelaskan kepada mereka bahawa setiap orang berasa terluka, takut, marah dan ragu-ragu, dan berbincang dengan mereka mengenai cara-cara yang betul untuk menangani emosi seperti ini. Pastikan bahawa anak-anak anda tahu bahaya rokok, dadah, alkohol, dan seks. Komunikasi yang kerap mengenai isu-isu seperti ini patut bermula sejak mereka kecil lagi dan berterusan hingga mereka remaja kerana soalan-soalan dan situasi terus berubah mengikut masa.

Tentulah, dengan remaja belasan tahun terutamanya, anda mungkin harus mengambil inisiatif untuk terus berkomunikasi. Binalah satu dialog dua hala dengan menjawab secara hormat setiap soalan atau topik dengan teliti. Bercakap dengan mereka, bukannya kepada mereka.

TERANGKAN NILAI-NILAI MURNI

Berkomunikasi dengan anak-anak mengenai isu-isu yang sukar adalah lebih berjaya apabila anda, sebagai seorang ibu atau bapa, jelas mengenai perasaan anda sendiri. Dengan bersikap terbuka dan jujur, anda boleh meluahkan nilai-nilai yang anda harapkan dengan cara yang menunjukkan keprihatinan. Kebanyakan ibu bapa bimbang dilihat sebagai seorang yang hipokrit, terutamanya jika mereka sendiri terlibat dalam perkara-perkara kurang sihat semasa mereka remaja, tetapi sekarang mereka mendesak anak-anak mereka untuk mengambil jalan lain. Kebanyakan remaja mempunyai ‘radar hipokrit’ yang baik.

Mereka biasanya cukup sofistikated untuk menyedari bahawa dalam dunia moden yang penuh dengan bahaya seperti AIDS, senjata automatik dan bahaya-bahaya lain, standard yang baru adalah perlu.

JADILAH MODEL YANG BAIK


Jadilah model atau contoh harian yang terbaik berkaitan dengan nilai-nilai dan standard yang anda harapkan. Tunjukkan kasih sayang, kejujuran, disiplin dan keterbukaan yang anda harapkan daripada anak-anak anda. Jika anda menyalahgunakan dadah atau minuman keras, sedarlah bahawa anak-anak anda sedang memerhatikan dan apa yang mereka lihat mungkin akan merosakkan niat baik anda untuk menghalang mereka dari menyalahgunakan bahan-bahan ini. Jangan merokok atau membenarkan sesiapa merokok di dalam rumah.

Tunjukkan contoh seseorang yang tidak menggunakan keganasan. Jika anda mahu anak-anak muda menolak keganasan, anda perlulah menunjukkan cara-caranya. Ibu atau bapa yang mempunyai teman lelaki atau wanita harus tahu bahawa anak-anak mereka melihat apa yang mereka lakukan, bukan setakat mendengar apa yang mereka perkatakan.

BERI PERHATIAN


Program-program sokongan bagi remaja yang bermasalah adalah baik, tetapi semua kanak-kanak dan remaja mampu memperolehi kebaikan daripada galakan, perhatian dan sokongan. Jangan memfokuskan perhatian kepada mereka hanya apabila ada masalah. Biarkan anak-anak anda tahu bahawa anda berbangga dengan mereka, walaupun kadangkala ia kelihatan seperti bukannya satu perkara yang besar.

HULURKAN BANTUAN


Perhatikan tanda-tanda penyalahgunaan dadah dan alkohol, kegagalan dalam pelajaran, kemurungan dan keganasan. Berikut adalah beberapa panduan yang boleh anda perhatikan:
1. banyak masa diluangkan bersendirian dan mengasingkan diri dari keluarga dan rakan-rakan,
2. perubahan yang mendadak dalam prestasi di sekolah,
3. perubahan kelakuan dan pertukaran emosi yang drastik,
4. tidak berminat mempunyai hobi atau beraktiviti sosial atau rekreasi,
5. dan perubahan pilihan rakan-rakan atau mengasingkan diri daripada kawan-kawan lama.

Jangan takut untuk masuk campur dan mendapatkan bantuan dari luar. Kebanyakan komuniti mempunyai sumber-sumber bagi membantu ibu bapa membantu anak-anak mereka.

WUJUDKAN RUMAH SELAMAT

Jika anda mempunyai senjata api, pastikan ia sentiasa dikunci. Jangan bawa masuk dadah ke dalam rumah, dan sentiasa kuncikan kabinet barangan yang boleh membahayakan. Jangan merokok berdekatan anak-anak anda atau membenarkan orang lain berbuat demikian. Pastikan anak-anak remaja anda memakai tali pinggang keledar, belajar memandu dari sekolah memandu yang baik, dan tahu mengenai bahaya memandu secara laju.

TAHU APA YANG DITONTON, DIBACA, DAN DIDENGAR

Adalah tanggungjawab anda sebagai ibu bapa untuk menapis bahan-bahan yang sampai kepada anak-anak anda. Remaja pun memerlukan panduan untuk menjadi seorang pengguna media yang berpengetahuan. Tontonlah televisyen atau dengar muzik bersama anak-anak anda dan bantu mereka memahami perbezaan antara kehidupan sebenar dan apa yang digambarkan dalam media. Carilah masa yang sesuai untuk mengajar; karakter dan cerita yang digambarkan dalam media sering memberikan peluang untuk berbual mengenai isu-isu yang melibatkan anda dan anak-anak anda.

LI
BATKAN DIRI DALAM MASYARAKAT

Ibu bapa boleh membuat perubahan dalam kehidupan anak-anak mereka, tetapi ibu bapa tidak boleh menyelesaikan kesemua masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah melibatkan diri dalam mengubah persekitaran di mana anak-anak mereka menghadapi cabaran dan pilihan-pilihan yang sukar. Lebih banyak sokongan yang diberikan oleh masyarakat terhadap perkembangan positif remaja, lebih mudah bagi anda menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu atau bapa. Galakkan pihak sekolah dan organisasi-organisasi lain untuk mengendalikan dan menjalankan aktiviti yang bebas rokok dan bebas dadah. Sokonglah penubuhan tempat-tempat rekreasi yang mesra remaja dan selamat daripada dadah, alkohol, dan rokok.

Ambil bahagian dalam organisasi-organisasi komuniti yang mempromosikan pihak polis untuk membantu kanak-kanak dan remaja, seperti menghalang penjualan rokok kepada kanak-kanak atau mengurangkan keganasan dalam masyarakat. Pergilah ke kedai-kedai yang mempromosikan pilihan-pilihan yang sihat bagi remaja. Bantulah remaja lain dalam masyarakat anda dengan menjadi mentor mereka atau mengambil remaja bekerja di tempat kerja anda. Libatkan diri dengan kumpulan belia di tempat anda atau di pusat komuniti setempat.

Dalam dunia serba moden sekarang ini, tanggungjawab sebagai ibu bapa semakin besar dan berat dalam mendidik anak bagi melahirkan generasi cemerlang pada masa akan datang. Justeru, ibu bapa juga seharusnya menambah ilmu dari semasa ke semasa bagi menangani karenah anak-anak remaja yang sduah semakin terkehadapan sekarang ini.

10 July 2012

Men from mars women from venus

Semalam aku terasa kat cik B ....biasalah kalau dah terasa diam saja. Pagi datang opis buka ceramah Prof Dr Muhaya...muhasabah diri terus aku buka web mail minta maaf kat cik B. Macam tu lah aku bila resah gelisah aku suka mencari pedoman supaya aku lebih tenang. Selalunya aku akan mendengar Ikim, Prof Dr Muhaya, Ustazah Norhafizah, Ustaz Pahrol Joi  dan beberapa lagi ataupun aku akan membuka laman Iluvislam dan Gentarasa bagi mengubat segala rasa mazmumah yang mulai menyerang hati.

Then terima email dari hubby. Terus aku call. Hubby tanya dah baca dan aku tanya dia samada dah terima emailku. ha ha ha inilah dikatakan Men from mars women from venus, aku terasa perkara lain dan dia ingat perkara lain.

Maaf adalah suatu keperluan dalam memenuhi tuntutan kehambaan. Kita perlukan kemaafan dan keampunan Allah SWT kerna kita adalah hamba. Dan sebagai hamba kita tidak lari dari melakukan kesilapan dan kita perlu bermaafan sesama hamba. Memohon maaf atau memberi kemaafan tidak akan menurun darjat kita sebagai insan.

Umpama peribahasa melayu, buang yang keruh ambil yang jernih itulah keindahan sebuah kemaafan. Satu kemaafan dapat menjernihkan sekolam air yang keruh. Satu kemaafan bisa memulihkan hati yang sakit. Suatu kemaafan bisa melangsaikan dendam kesumat.

Men from mars women from venus, walaupun kutahu bukan salahku ataupun cik B namun aku memilih untuk meminta maaf. Tak ada apa yang hebat jika kita terus keras kepala atau ketegaq (degil). Men from mars women from venus, banyak perkara aku pelajari terutama dalam mendidik anak2 lelakiku. Apa yang aku fikir dan rasa tidak sama dengan apa yang mereka fikir dan rasa. Kehidupan ini adalah pembelajaran dan kehidupan ini adalah pengajian sebelum kita menetap diakhirat kelak walaupun kita dan lelaki berlainan planet namun bumi menempatkan kita bersama. Bumi yang memancarkan rasa cinta, tolak ansur, maaf......sesuatu yang amat unik yang mana telah membuatkan men dan women terus bersatu hingga akhir hayat.

09 July 2012

Humble life

Emak, cik B dan ayah (father-in-law) mempunyai karektor yang sama...humble.

Dek kerana itulah aku boleh serasi dengan cik B. Dulu aku tak pernah jejak pasal malam ataupun bundle. Namun semenjak kenal cik B aku mengenali semua tu. Cik B kata mengapa harus beli benda mahal kalau kita dapat cari yang murah dan kita boleh laburkan tunai yang ada kepada perkara yang lebih berfaedah. Gaya humble cik B membuatkan kami tidak menanggung liabiliti yang banyak. Belanjakan ikut kemampuan bukan untuk penghargaan manusia kupegang kata-kata itu walaupun dalam kepala meroyan nak pakai iphone...cib B tanya, "keperluan ke tu"......hu hu hu hu hu.

Aku belajar dan banyak belajar ....dan aku tertarik kepada insan2 yang humble. Insan yang kita nampak biasa tetapi luar biasa. Insan yang mungkin orang pandang tidak ada apa-apa tapi didalam mereka kental dengan ilmu yang berguna.

Anak-anak kami biasakan dengan kehidupan humble..kehidupan orang kampung sebab kami dari kampung. Sebolehnya kami tanamkan dalam diri anak2 rasa bangga akan jati diri mereka. Berbangga mereka ada nenek di kampung walaupun ada teman-teman mereka tidak betah untuk tinggal di kampung namun kami tidak membiarkan anak-anak dipengaruhi dengan keletah teman-teman bandar.

Kita orang kampung. Kebanyakkan dari kita berasal dari kampung....budaya kampung yang buatkan kita kental dan kerja keras juga perihatin dengan orang lain.

Insan yang humble jarang berkata-kata.....erm mcm Rambolah aksi lebih cakap kurang. Dan aku teringat pada bapa birasku, Allahyarham Encik Jamaludin yang merupakan orang yg kuat di Ulu Dong, Pahang...aku terpesona dengan sifat humblenya dan bukan aku seorang saja malah abah dan mak turut menyukainya takala Allahyarham ke rumah kami di pida hingga ke hari ini abah menyebut mengenainya.

Teringat pepatah ikutlah resam semakin berisi kian tunduk bukan resam ayam bertelur sebiji riuh sekampung.

06 July 2012

Temujanji kedua - hearing test Al Waleed, syukur dengan nikmat yang kita peolehi

Semalam temujanji kedua dengan Jabatan Audio Hospital Putrajaya (HPJ), awal pagi kami telah sampai di tempat letak kereta hospital. Nombor giliran pun masih awal. Ujian audio pertama masih gagal dan Al Waleed diberikan ujian kedua dan didapati ada takungan air dibelakang gegedang telingannya yang menyebabkan ada halangan menyebabkan ujian tersebut fail.

Aku dan suami juga satu lagi family diminta ke bilik prosedur dan kali ini Al waleed terpaksa diberikan ubat tidur. Sekejap saja anak mama ni tidur dan ujian kali ini pun masih gagal pada telingan kiri. Doktor mengatakan mungkin masalah selsema pagi Al Waleed yang menjadi penyebab "fail". Dan kami diberikan tarikh lain pada bulan Oktober ini namun kali ini temujanjinya pada waktu petang pula.
Selalu jaga al waleed ...kakak mmg boleh di harap juga suatu anugerah buat mama

Apapun aku bersyukur dan aku yakin setiap apa yang berlaku pasti aku akan mempelajari sesuatu. Di legar hospital pelbagai perkara membuatkan aku bermuhasabah betapa bersyukurnya aku sebagaimana yang telah aku ada kini. Bila melihat keluarga yang tabah dan sabar dengan kekurangan anak2 mereka aku menjadikannya sebagai inspirasi inspirasi ..seharusnya aku patut lebih sabar dengan amanah kurniaan Allah SWT padaku. Bukan semua insan mempeolehi amanah ini ada yang mencuba dengan pelbagai cara untuk mempeolehinya....

Teringat aku pada kata-kata di cover timeline facebook seniorku kak Ina Maswati, ""Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa." Hidup ini adalah pembelajaran dan setiap apa yang terjadi pada kita akan membuatkan nilai kita bertambah....kita makin mengetahui apa yang tidak kita ketahui. Usah diresahkan dengan setiap kemelut yang mendatang percayalah ada cahaya dihujung jalan. Allah SWT mengetahui apa yang tidak kita ketahui. Buka mata dan minda buangkan ego dan rasa malu kerana kita didunia hanya mencari redha Allah SWT bukan redha manusia. dan bersabarlah dengan setiap ujian yang mendatang, Saiyidina Ali Abu Talib k.a.w pernah bermadah, maksudnya: Jika engkau bersabar, takdir itu berlaku juga ke atas diri mu, tetapi engkau dikurniakan ganjaran pahala. Jika engkau tidak sabar pun, takdir tetap berlaku juga ke atas dirimu dan engkau berdosa.

Al Waleed 3 bulan pada tarikh semalam, semakin cerdik dari hari ke hari dan senyuman pula tidak lekang dari wajah jika kita merenungnya..persis papa. As Siddiq pula makin membesar dengan soalan-soalan yang mencabar minda.

04 July 2012

Versi Minggu yang lemau

Esok sekali lagi hearing test buat Al Waleed moga semua berjalan lancar. Semenjak kembali bekerja aku sedikit keletihan apa tidaknya selalu tidak cukup tidur.

Hujung minggu aku masih memikirkan samada untuk bawa Al Waleed atau tinggalkan bersama-sama ibu (Odah - Pengasuh Al-Waleed)

Syukur pada Allah SWT sebab dipermudahkan aku dan cik B dalam urusan anak2. Mereka dalam kategori mendengar kata tapi kadang-kadang ada juga aksi yang sedikit menaikan darah kami. Namun masih tahap ok. Jumaat, minggu lepas hari perjumpaan ibu bapa dan guru. Agak terlambat sikit aku sampai ke sekolah. keputusan akademik anak2 Alhamdulillah tapi paling aku lega bila Cikgu kelas Al Khattab memuji akhlaknya. Mahu terjun air mata mama masa tu. Bila berhadapan dengan anak2 aku merasakan mereka degil, namun sedaya upaya mencari alternatif supaya hati mereka lembut...

Aku yakin dengan Allah SWT. Kita bukan mengharapkan penghargaan manusia yang penting adalah keredhaannya.