Temujanji kedua - hearing test Al Waleed, syukur dengan nikmat yang kita peolehi

Semalam temujanji kedua dengan Jabatan Audio Hospital Putrajaya (HPJ), awal pagi kami telah sampai di tempat letak kereta hospital. Nombor giliran pun masih awal. Ujian audio pertama masih gagal dan Al Waleed diberikan ujian kedua dan didapati ada takungan air dibelakang gegedang telingannya yang menyebabkan ada halangan menyebabkan ujian tersebut fail.

Aku dan suami juga satu lagi family diminta ke bilik prosedur dan kali ini Al waleed terpaksa diberikan ubat tidur. Sekejap saja anak mama ni tidur dan ujian kali ini pun masih gagal pada telingan kiri. Doktor mengatakan mungkin masalah selsema pagi Al Waleed yang menjadi penyebab "fail". Dan kami diberikan tarikh lain pada bulan Oktober ini namun kali ini temujanjinya pada waktu petang pula.
Selalu jaga al waleed ...kakak mmg boleh di harap juga suatu anugerah buat mama

Apapun aku bersyukur dan aku yakin setiap apa yang berlaku pasti aku akan mempelajari sesuatu. Di legar hospital pelbagai perkara membuatkan aku bermuhasabah betapa bersyukurnya aku sebagaimana yang telah aku ada kini. Bila melihat keluarga yang tabah dan sabar dengan kekurangan anak2 mereka aku menjadikannya sebagai inspirasi inspirasi ..seharusnya aku patut lebih sabar dengan amanah kurniaan Allah SWT padaku. Bukan semua insan mempeolehi amanah ini ada yang mencuba dengan pelbagai cara untuk mempeolehinya....

Teringat aku pada kata-kata di cover timeline facebook seniorku kak Ina Maswati, ""Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa." Hidup ini adalah pembelajaran dan setiap apa yang terjadi pada kita akan membuatkan nilai kita bertambah....kita makin mengetahui apa yang tidak kita ketahui. Usah diresahkan dengan setiap kemelut yang mendatang percayalah ada cahaya dihujung jalan. Allah SWT mengetahui apa yang tidak kita ketahui. Buka mata dan minda buangkan ego dan rasa malu kerana kita didunia hanya mencari redha Allah SWT bukan redha manusia. dan bersabarlah dengan setiap ujian yang mendatang, Saiyidina Ali Abu Talib k.a.w pernah bermadah, maksudnya: Jika engkau bersabar, takdir itu berlaku juga ke atas diri mu, tetapi engkau dikurniakan ganjaran pahala. Jika engkau tidak sabar pun, takdir tetap berlaku juga ke atas dirimu dan engkau berdosa.

Al Waleed 3 bulan pada tarikh semalam, semakin cerdik dari hari ke hari dan senyuman pula tidak lekang dari wajah jika kita merenungnya..persis papa. As Siddiq pula makin membesar dengan soalan-soalan yang mencabar minda.

Comments

Popular Posts