Lone Ranger

Lone ranger secara definisinya one who acts alone and without consultation or the approval of others...dah bertahun aku lone ranger di tempat kerja tanpa teman dan kumpulan. Kenapa? Mungkin kerana rutin kerja aku sedikit berbeza dengan orang lain dan dek kerana itu aku sudah imun dengan kerenah pejabat.Nawaitu aku berkerja kerana Allah SWT dan untuk menambah pendapatan keluarga....bukan tidak pernah menjadi surirumah namun aku lebih betah hidup begini.


Semalam aku terbaca artikel IluvIslam Sendiri Itu Terapi, aku kerap menasihati anak2 supaya membiasakan diri hidup bersendirian jangan terlalu mengharapkan kawan. Di dalam artikel Sendiri Itu Terapi ada menyatakan, " Bila sendiri, kita mempunyai banyak ruang untuk muhasabah diri. Biarpun sendiri, kita tetap takkan berada dalam relung kesunyian. Kerana dengan bersendiri, kita mampu merasai kehadiranNya di sisi kita. SubhanaAllah! Mampu untuk merasa redup kasihNya yang lagi menenangkan.Sendiri, mengajar kita untuk memperbaiki diri sendiri tanpa gangguan dan halangan daripada mereka-mereka. Sendiri itu terapi. Terapi untuk menguatkan iman. Terapi untuk perbaiki hubungan dengan Sang Pencipta. Terapi untuk memperbaiki habluminnanas (hubungan sesama manusia). Terapi untuk membetulkan setiap yang sumbang."

Ini adalah benar. Kadang-kala dalam hidup kita perlu bersendirian mencari ruang untuk diri sendiri dalam masa yang sama kita dapat melihat arca sebenar diri kita. Mungkin ada yang janggal melihat kita bagai kera sumbang namun ingatkan tiada hakim yang sebaik Allah SWT jadi usah gusar dengan telahan manusia.

Comments

Popular Posts