30 August 2012

What goes around comes around

"Hari raya lepas aku lepak di Hotel XXX, malas nak bersesak di rumah mertua", cerita salah seorang temanku. "Kesian mertua kau mesti dia sedih kan anak cucu tak datang tidur rumah dia". Luahku. "Yang penting aku senang hati...kita perlu ikut keselesaan kita", katanya. "What goes around comes around, hari ni kau buat kat mertua kau esok lusa anak2 kau akan buat perkara yang sama pada kau...itu yang mak aku selalu pesan".
abah & waleed

Dalam kehidupan ini kita tidak boleh terlalu mementingkan diri. Banyak perkara yang perlu diambil kira. Tidak salah untuk kita bertolak ansur dalam beberapa hal demi menjaga hati dan menjaga kerukunan hidup bekeluarga. Apa guna bertegang urat demi kepuasan hati kita lantaran ada hati tercalar.

Terngiang-ngiang ditelingaku pesanan Prof Dr Muhaya, kaum wanita jangan budget bagus selalu ingat kita berapa hari saja dengan suami, ttp mertua adalah org yang melahirkan dan membesarkan suami. Apa yang kita peolehi hari ini adalah hasil dari didikan dan asuhan mertua kita maka wajar bagi kita berterima kasih kepada orang yang melahirkan insan yang mendampingi kita. Kita selalu nak suami ikut cakap kita dan kita juga nak anak lelaki kita dengar cakap kita, itulah ketamakan kita. Kita rasakan apa yang rezeki milik suami itu milik kita sedangkan kecairan rezeki suami datangnya dari rintihan doa sang ibu yang bertalu-talu memohon agar Allah SWT sentiasa membuka pintu buat anaknya. Semasa menjadi isteri kita lupa suatu hari kita juga akan menjadi ibu dan juga mertua. What goes around comes around. Anda yang bergelar suami, jangan sekali-kali mementingkan isteri sehingga ibu merasa dirinya ibarat kain buruk yang sudah tidak berguna lagi. Anda yang bergelar isteri, mintalah izin dari suami untuk memenuhi keperluan ibu dan melayani apa sahaja yang dicitakannya. Layanilah ibu laksana dia ratu dalam hidup anda. Jangan sampai tersinggung hatinya seolah-olah dia adalah beban yang tidak diundang dalam hidup anda. Seolah-olah sakit pening dan makan minumnya tiada dalam perkiraan anda.

Selalu bersembang dengan cik B usah kita harap apa yang bakal anak kita bagi namun tanggungjawab kita adalah menjaga ibu-bapa kita juga jangan sesekali menyakiti hati mereka. Insyaallah What goes around comes around.

Orang yang mempunyai aura positive akan melahirkan zuriat yang positive. Aku amat yakin dengan ketentuaNYA. Contoh amat dekat denganku iaitu abah. Abah adalah orang yang amat baik terhadap Tok dan Tok Wan. Walaupun ada ketidakadilan terhadap dirinya abah tidak pernah merunggut dan hasilnya abah didampingi oleh anak2 yang sentiasa menabur bakti dan mendampigi abah.

Terima kasih Mak Manis & Ayah kerana melahirkan insan amat penyabar dan terima kasih mak & abah yang menjadikan aku sebagaimana aku.


29 August 2012

Anak itu amanah.....

Dimeja makan tadi, "mama selepas berkahwin syurga isteri pada suaminya kan, macam mana pula kalau yang tak berkahwin", tanya al Khattab. "Ibu bapa dia, abg lelaki dan adik lelaki dia", jawapku sambil menyuapkan nasi ke mulut As Siddiq. "Macam abang ni kena tanggung dosa kakak & alang la mama", tanyanya lagi. "haa aa sbb tu lah kalau kita sayangkan papa, abang & adik, jaga solat, aurat & halal haram..penting sangat", jawapku lagi. "Jaga maruah diri di saat remaja macam ni jangan termudah terpengaruh dengan budaya akhir zaman ni....kena inga apa yang kita buat hari ini memberi kesan di mana depan". Meminjam pesanan Prof Dr Muhaya dan kutitipkan kepada anak-anak.

Apa yang terjadi disekeliling kita adalah untuk kita bermuhasabah dan tidak Allah SWT jadikan sesuatu itu sia-sia. Mengapa dia timbulkan sesuatu yang telah lama yang mungkin sudah luput dari ingatan kita mesti ada sebab ..... Allah SWT mahu kita jadikan itu sebagai panduan untuk mendidik anak-anak di masa ini.

Dulu takala remaja aku memegang erat kata-kata mak...."adik jaga batas-batas pergaulan dgn yang bukan muhrim.....adik pelihara maruah diri...fikir dulu sebelum melakukan sesuatu". Mak bukanlah seorang ilmuan mak hanyalah lepasan sekolah pondok namun garapan kata-katanya memelihara diri ini daripada hanyut dengan amarah remaja. Alhamdulillah....sebagaimana yang sentiasa dalam doaku suatu ketika dulu aku hanya mahu orang yang aku cintai itu adalah suamiku bukan yang lain. Takut aku menyerahkan sesuatu pada yang bukan hak. Dan kata-kata mak itu kusambung sebagai pesanan buat anak-anak.

Bagi beroleh bahagia yang berpanjangan, bahagia yang cukup membahagiakan. Tapi kita perlu ingat, ketenangan hanya akan hadir apabila Allah SWT kurniakan rasa itu, rasa apabila setiap perkara yang kita lakukan ada redha dan berkat daripadaNya. Itulah erti bahagia yang sebenar. Ketenangan hidup kini adalah dari keputusan masa lepas....kita harus hati-hati dalam menelitinya. Dan jadikanlah kita orang yang merdeka iaitu orang yang hidup hanya mengharap redha Allah SWT......usahlah kita terlalu mengejar dunia luaran tetapi nekadkanlah untuk membersihkan dunia dalaman kita. Hindarkan diri dari menanamkan benih-benih negative dalam fikiran, percakapan dan emosi kita kerana apa saja ucapan negative (umpat, fitnah, mengata orang) suatu hari akan turn back kepada diri kita.......jadi kita kena selalu positive dan bersangka baik pada orang lain...via Prof Dr Muhaya Islam itu Indah Ikim.Fm


Duhai Allah SWT....dekatkanlah hatiku denganMU, peliharailah pandanganku agar aku sentiasa terkenangkanMU...Ya Rabb

28 August 2012

Humble Life....Yang aku pelajari dari dia

Kami kembali dari kampung pada hari sabtu awal dari biasa kerana mahu menghadiri walimatulurus anak Mak jang iaitu Pali.
ikutlah resmi padi makin berisi makin menunduk diri

Mak Jang. Dia insan istimewa anugerah Allah SWT ke dalam keluarga tok yah & tok awang. Dia wanita melayu biasa namun semangat dan penghayatan Islamnya amat berbeza dari orang lain. Seorang wanita melayu yang amat sederhana dan sentiasa memberi kelapangan pada orang lain.

Aku banyak mengambil nasihatnya. Apa yang keluar dari mulutnya selalu aku jadikan inpirasi. Allah SWT permudahkan kehidupan mak jang dalam pelbagai penjuru walaupun dia mempunyai anak istimewa.

Mak Jang adalah inspirasiku kearah humble life....menjadi insan yg sentiasa bersederhana dalam setiap hal.

Kita adalah acuan anak2 kita

"Seronok tengok anak2 Na makan, bukan main pandai makan makanan kampung", tegur saudara kebetulan ternampak anak2 mengambil ikan keli kegemaran mereka dan ulam-ulaman. "Dia orang memang perut melayu sejati tak boleh tak jumpa nasi terutama si kakak yang sulung..muka saja ala pan asian tapi perut melayu siam", aku mengiyakan teguran saudara tersebut.

Aku dan suami tidak biasakan anak2 dengan fast food. Bila dah jadi mak badan kena selalu ringan itulah pesan mak. Biasakan anak dengan air tangan sendiri Insyaallah sambil memasak berdoa untuk kebaikan anak2 dunia dan akhirat. Pesan mak kupegang. Alhamdulillah mereka tidak demand dan mereka tahu mengapa tidak perlu mengambil makanan yang kurang disajikan kepada mereka.

Ini halal itu haram. Suatu perkara yang perlu diajar kepada anak-anak supaya minda mereka diset dari awal apa yg boleh di makan dan apa yang tidak. 

Anak-anak adalah arca kita sebenarnya. Mahu melihat bagaimana ibu bapa perhatikan tingkah anaknya. Apa saja keputusan yang ingin kita janakan hari ini akan memberi impak kepada diri anak2 kita di masa depan. Bak kata mertua jangan selalu bawa anak2 shopping atau ke pasar malam bukan takut nanti syaitan2 membisikkan sesuatu dalam jiwa mereka. Begitu juga dengan permainan anak2, jangan dibiasakan anak-anak dengan gadget2 berteknologi takut anak2 menjadi anti sosial dan menjadi tidak terkawal jika tidak diberikan mereka dengan gadget tersebut.


27 August 2012

Kenangan lama

Balik dari pida kami sekeluarga singgah di Sungai Petani memandangkan mertua telah berada di KL jadi kami hanya berhenti seketika untuk mengambil barang yang tertinggal.
Pic lama ....

Sesampainya kami di rumah biras memberitahu mengenai gambar2 lama kepunyaan cik B yang dijumpai birasku, Kinah yang telah mengemas bilik mertua. "mama kenai sapa ni", cik B menunjakkan gambar lama. Lama aku menelek langsung tak boleh ingat. Kemudian cik B terangkan .....kami tergelak bukan apa gambar lama mengimbau pelbagai memori namun bak kata pepatah ...masa lalu adalah tempat yang tak mungkin dapat kita pergi semula. Tetiba alang anak ketiga bertanya, "papa kenapa org dulu kalau bagi gambar suka tulis2." Anak2 teruja melihat gambar lama sambil membaca apa yang tertulis dibelakang gambar tersebut. "gambar mama kenapa tak ada." tanya al Khattab kehairanan. "Mama jual mahal, nak amik gambaq dia macam nak amik gambaq artis", kata cik B sambil mencebik kearahku. "Orang pergi sekolah pegang amanah nak tollabul ilmi (menuntut ilmu) bukan bercinta", jawapku pada cik B anak2 tergelak terutama puteri sulung yang memegang prinsip yang sama denganku semasa belajar dulu. Apapun kataku pada anak2 Allah SWT dah tetapkan sapa jodoh kita....kunfayakun milikNYA. Kita sebagai hamba wajib berdoa memohon jodoh yang beriman dan baik sedari remaja pesanku pada puteri2ku. Itulah pesan aruah Ustaz Husin semasa aku di SMJ.Aku yakin dengan ketentuan Allah SWT andai orang itu mmg sudah jodohku maka bila sampai masanya ku pohon Allah SWT dekatkan aku dengan dia dan andai dia bukan jodohku ku pohon agar aku dijauhkan darinya juga lenyapkan dia dari ingatanku. Cinta dan Sayang itu milikNYa kita sebagai makhluk hanya menikmati sehablur cuma nikmat itu. Aku juga berpegang hati insan milikNYA .......


15 August 2012

Humble Life....inilah yang dinamakan Raja berhati rakyat

Sebak aku membaca artikel ini, sebenarnya ini adalah versi copy yang aku ambil dari ruangan FB....sebagaimana yg kita ketahui sifat rendah diri dan baik hari datangnya dari didikan sedari usia didalam kandungan. Dari riak seorang anak orang boleh kenal bagaimana ibunya, Kagum aku dengan orang yang mendidik orang besar ini.


Ma Sha Allah!! Perkongsian hebat dari seorang warga Kelantan, Wan Norhaziki Wan Halim:

Suatu hari ketika saya di tingkatan tiga, saya ke Masjid Muhammadi, Kota Bharu untuk mendirikan solat Jumaat.

Di dalam masjid, saya berasa hairan kerana para jemaah tidak berani menduduki beberapa helai sejadah kuning yang dihamparkan di belakang sejadah imam.


Tanpa mempedulikan orang lain, saya terus bersolat tahiyyatul masjid di atas sehelai sejadah kuning bersebelahan sehelai sejadah kuning empuk yang paling istimewa.

Ketika beri'tikaf, saya mula menyedari bahawa diri saya sedang diperhatikan oleh orang ramai termasuk tuan imam.

Tidak lama kemudian, beberapa individu berbaju Melayu kuning bersamping datang ke arah saya lalu duduk di atas sejadah-sejadah kuning berkenaan.

Baru saya menyedari bahawa Sultan Kelantan (Sultan Ismail Petra) duduk betul-betul di sebelah kiri saya di atas sejadah empuk tadi.

Ketika itu, saya mula rasa bersalah dan bertekad hendak mundur ke saf belakang kerana menyedari bahawa sejadah yang saya duduki di sebelah baginda sultan itu telah dikhaskan untuk seorang individu.

Ketika saya cuba berundur ke belakang, seorang pemuda yang saya yakini merupakan pemilik sejadah tersebut menghalang saya dari berundur dan beliau duduk bersebelahan saya.

Ketika bersalaman dengannya, beliau menghadiahkan senyuman manisnya kepada saya. Hari ini pemuda tersebut telah bergelar 'Sultan' bagi Negeri Serambi Mekah.

Jika dahulu semasa bergelar 'Raja Muda' baginda pernah membenarkan sejadahnya dipijak oleh saya, hari ini pula setelah bergelar 'Sultan' baginda telah membenarkan mahligainya diinapi oleh ribuan rakyatnya untuk berqiyamullail.

"Allahuakbar"

10 August 2012

Ikhlas dan memberi tanpa mengharap balasan



"Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak"

09 August 2012

Raya versi mana budaya atau agama

9 hari lagi kita bakal menyambut Aidil Fitri. Namun seperti beberapa tahun lalu aku tidak lagi beriya untuk mendengar lagu-lagu raya disaat penghujung ramadhan. Banyak perkara yang membuatkan aku tidak lagi semergah menyambut raya kerana aku merasakan sambutan hari raya lebih kepada pendekatan budaya melayu yang penuh dengan unsur mazmummah seperti pembaziran, ujud, menunjuk-nunjuk. Berpuluh tahun lalu kita diajar asal raya semua perlu baru kerana itu adalah hari raya namun kini aku mahu menukar pendekatan hari raya di mata anak2. Aku lebih senang anak-anak mengingati saat mereka beribadah diramadhan dan bersedih ramadhan kian kepenghujung. Perubahan sifat mereka dan dekatnya mereka lagi dengan Islam dan meruapnya keinginan mereka untuk lebih mengetahui berkenaan agama membuatkan hati ini lega. Alhamdulillah. 
gambar hiasan pic open house rumah kak long di Bangi yang aku dah crop ke suasana pida ... 

Ada pula yang menjadikan raya sebagai gelangang emosi. Budaya melayu lagi. Asal raya berebut mana nak raya. Bermasam muka antara suami isteri dan adik beradik.Huuhhh....asal raya mulalah berkira kau kena balik sana kau kena balik sini. Mulalah dengan seribu pertanyaan, "Ehhh..raya tahun ni kat mana". Ini bumi Allah SWT tak luak pun di mana saja kita nak meraikan aidil fitri asalkan tidak lari dari syariat agama. Apa salahnya kita sebagai insan yang memahami insan lagi dan tidak perlu mempersoalkan mengapa orang lain melakukan itu atau ini apa yang penting apa yang dilakukannya adalah untuk keredhaan Ilahi. Dan paling utama bagi isteri adalah redha suami, andai kita beriya mahu beraya di kampung kita suami redha ke dan bagaimana pula pihak mertua kita. Sebagai isteri perlulah meminta  keizinan dan redha daripada suami, sesungguhnya seorang suami yang Mukmin tidak akan menghalang sekiranya isterinya ingin membantu dan memberi khidmat kepada kedua ibu bapanya yang memerlukannya. Isteri pula perlu faham bahawa redha Allah bergantung kepada redha suami tetapi bagi anak lelaki redha Allah bergantung pada redha ibu bapa. Janganlah dek kerana raya setahun sekali ini melemparkan kita ke neraka.

Aidil Fitri merupakan anugerah kemenangan dari Allah s.w.t. kepada hambanya yang telah berjaya menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Sabda Rasulullah s.a.w. : Bagi orang yang berpuasa itu akan dikurniakan dua kegembiraan, kegembiraan ketika `Aidil Fitri dan kegembiraan ketika bertemu Allah s.w.t. jadi sebagai pemenang wajarlah bagi kita untuk memelihara kesucian aidil fitri sebagaimana kita memelihara diri semasa di bulan ramadhan.

AIDUL FITRI berasal dari perkataan `aid, adalah diambil dari kata al-`audu (kembali), manakala fitrah membawa maksud kemurnian dan kesucian. Pada hari tersebut kaum muslimin kembali menikmati tahun kembalinya kebahagiaan dengan kemurnian dan kesucian, lantaran banyaknya anugerah Allah kepada hambaNya di hari itu.

Pada Hari Raya `Aidil Fitri, ummat Islam disunatkan menunaikan solat sunat Aidil Fitri secara berjamaah. Menurut Imam Taqiyuddin Al-Hussaini, dalam kitabnya Kifayatul Akhyar, bahawa Rasulullah s.a.w. pertama kali melakukan solat hari raya adalah Solat Hari Raya Aidil Fitri di tahun ke 2 Hijrah dan pada tahun itu juga telah difardukan Zakat Fitrah kepada ummat Islam, demikian pandangan Imam Al-Mawardi.sumber: Junudud Dakwah


07 August 2012

Amalan untuk mendapat keluarga bahagia

Sumber: Tanyalah Ustaz 03.07.2012 Ustaz Mohd Hanafiah Abdul Malek

Tip yang paling bagus untuk para insteri ialah amalkan 7P:
  1. Perhatian – beri perhatian sepenuhnya pada keluarga
  2. Pujian – beri pujian pada suami
  3. Pelukan – peluk suami selalu. Pujian dan pelukan mengeratkan kasih-sayang
  4. Pendidikan – minta suami didik isteri, minta suami jadi imam
  5. Pujuk – pujuk suami untuk sama-sama beribadat
  6. Penghargaan – beri penghargaan selalu pada suami
  7. Periksa – periksa ke mana suami pergi, jangan terlalu percaya atau terlalu curiga.
Amalkan juga membaca surah Al-Inshirah dan surah Al-Qadr seperti yang saya ajar sebelum ini. Zikir yang bagus untuk merapatkan cinta suami ialah 'Ya Wadud'. Jika suami panas baran pula, berdoalah selalu kepada Allah, dalam bahasa melayu pun tidak mengapa. 
 
S: Bagaimana boleh dikaitkan bahawa ibu yang bekerja menyebabkan masalah kepada anak-anak yang semakin menjadi-jadi?
J: Ibu biasa dikaitkan dengan rumah, jadi jika ibu bekerja, anak akan terbiar di rumah. Betul ke tanggapan ini? Orang lelaki biasanya setuju dan perempuan sudah tentu sebaliknya. Saya terlibat dalam banyak rumah pemulihan di seluruh Malaysia. Kami bersama-sama membantu anak remaja yang ketagih dadah, seks, yang keluar Islam, ketagih untuk melakukan jenayah, ketagih hiburan dan sebagainya. Alhamdulillah sudah 1500 yang berjaya dibawa balik ke pangkal jalan dan kes berulang adalah rendah. Kajian yang saya buat menunjukkan kes-kes yang berlaku tiada kena-mengena dengan ibu yang bekerja. Daripada 1500 orang yang saya lakukan kajian, sebab utamanya adalah hilang kawalan diri. Cabaran seorang remaja hari ini amatlah besar. Isteri bekerja adalah untuk membantu suami, bukanlah untuk berjoli. Dengan niat yang betul, pendapatannya ada keberkatan dan bila anak-anak makan, InsyaAllah boleh jadi anak yang soleh. Ada juga kes anak menjadi liar walaupun ibu tidak bekerja, oleh itu tidaklah betul jika ibu bekerja disalahkan. Ramai anak-anak berubah kerana pergaulan dengan rakan-rakan yang tidak baik.
 

03 August 2012

Perihal Talak - Tanyalah Ustaz TV9 (3 August 2012)

Bagaimana lelaki seharusnya memandang talak.

1. Dia yang memang ingin menceraikan isteri, harus tetapi Allah benci.
2. Isteri yang minta cerai atau orang lain paksa suruh cerai, maka kena pertahankan rumahtangga sehingga Nabi saw menyatakan di dalam hadis.
“Sesiapa yang mati di dalam mempertahankan harta dan ahli keluarganya, maka matinya syahid”
Di dalam undang-undang di Malaysia juga ada peruntukan bagi membela seorang suami yang mempertahankan rumahtangganya
3. Seorang suami yang tidak mahu menceraikan isterinya kerana menahannya dengan zalim, maka haram hukumnya

Bagi perempuan pula, bagaimana mereka perlu melihat perceraian.

1. Jika nafkah di dalam perkahwinan tidak ditunaikan, maka boleh untuk memohon taklik
2.Jika perkahwinan itu memudharatkan, maka boleh memohon pasakh
3. Jika hanya mahu lari dari masalah, maka memohon cerai tidak wajar.Di dalam hadis Nabi SAW bersabda:
“Mana-mana perempuan yang meminta talak dari suaminya dengan keadaan tidak wajar maka haram baginya mencium bau syurga”
4. Melihat perceraian sebagai jalan keluar kerana mempunyai agenda maksiat seperti telah bermain kayu tiga,  maka haram dan berdosa. sumber...ustaz Amin

01 August 2012

Akhirnya membuka dengan Spagheti Olio Aglio

Spagheti Olio Aglio versiku he he he

Memang berniat nak buat Olio ni tapi asyik bertangguh finally menjadi juga....resepinya tanya Incik google dia memang arif sgt sbb Olio mcm2 versi aku ambik versi yang simple saja apapun komen dari anak2 depa kata sedappp la mama ..tu yang penting perut anak2 & cik B

Doa anak dengar kata & rajin solat

Hari ni genaplah 12 hari kita di bulan Ramadhan. Ramadhan kali ini paling lelah mungkin sebab menyusu namun aku merasai kelainan keletihan....bahagian dada rasa ketat dan mencengkam hingga belakang. Kadang kala penafasan sedikit lelah.

Semalam selesai berbuka, Cik B, Al Khattab & As Siddiq ke surau. Tiba2 Alang Humairaa menghampiri ku, "mama tidurlah alang jaga Al Waleed", sebak hatiku. Mungkin dapat merasai keletihan mama dek kerana itu Alang offerkan dirinya. Alhamdulillah....ini adalah anugerah.
Puter2 yang sentiasa membuatkan hati mama rasa lega

Anak2 mereka banyak menghulurkan bantuan walaupun mulut mama bukanlah selalu membuat "ORDER" namun inilah rezeki dari Allah SWT iaitu anak2 yang menenangkan hati kedua ibu bapa. Doa adalah senjata mukmin. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak.

1. Amalkan membaca baca 'Ya Latif' sebanyak 7 kali dan dihembuskan ke kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur.

2. Kita perlu banyak bersabar dalam usaha-usaha kita menangani anak-anak zaman sekarang yang begitu aktif. Kita perlu pujuk bukan marah.

3. Baca al-Fatihah, Baca surah Taha ayat 1- 5.
Kemudian baca doa NABi DAUD sebanyak 3 kali -
 "YA ALLAH LEMBUT KAN HATI ANAKKU (SEBUT NAMA)..SEBAGAIMANA ENGKAU  LEMBUTKAN NABI DAUD AKAN BESI"  dan hembuskan pada makanan atau minumannya.

4. Untuk suri rumah yang sedang memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200, surah Ali Imran bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”
 
5.Doa supaya anak2 kekal sentiasa solat Surah Ibrahim ayah 40-41, "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku"

Ini diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Semua ini InsyaAllah adalah doa pelembut hati.