Amalan untuk mendapat keluarga bahagia
Sumber: Tanyalah Ustaz 03.07.2012 Ustaz Mohd Hanafiah Abdul Malek
Tip yang paling bagus untuk para insteri ialah amalkan 7P:
Tip yang paling bagus untuk para insteri ialah amalkan 7P:
- Perhatian – beri perhatian sepenuhnya pada keluarga
- Pujian – beri pujian pada suami
- Pelukan – peluk suami selalu. Pujian dan pelukan mengeratkan kasih-sayang
- Pendidikan – minta suami didik isteri, minta suami jadi imam
- Pujuk – pujuk suami untuk sama-sama beribadat
- Penghargaan – beri penghargaan selalu pada suami
- Periksa – periksa ke mana suami pergi, jangan terlalu percaya atau terlalu curiga.
Amalkan juga membaca surah Al-Inshirah dan surah Al-Qadr seperti yang saya ajar sebelum ini. Zikir yang bagus untuk merapatkan cinta suami ialah 'Ya Wadud'. Jika suami panas baran pula, berdoalah selalu kepada Allah, dalam bahasa melayu pun tidak mengapa.
S: Bagaimana boleh dikaitkan bahawa ibu yang bekerja menyebabkan masalah kepada anak-anak yang semakin menjadi-jadi?
J: Ibu biasa dikaitkan dengan rumah, jadi jika ibu bekerja, anak akan terbiar di rumah. Betul ke tanggapan ini? Orang lelaki biasanya setuju dan perempuan sudah tentu sebaliknya. Saya terlibat dalam banyak rumah pemulihan di seluruh Malaysia. Kami bersama-sama membantu anak remaja yang ketagih dadah, seks, yang keluar Islam, ketagih untuk melakukan jenayah, ketagih hiburan dan sebagainya. Alhamdulillah sudah 1500 yang berjaya dibawa balik ke pangkal jalan dan kes berulang adalah rendah. Kajian yang saya buat menunjukkan kes-kes yang berlaku tiada kena-mengena dengan ibu yang bekerja. Daripada 1500 orang yang saya lakukan kajian, sebab utamanya adalah hilang kawalan diri. Cabaran seorang remaja hari ini amatlah besar. Isteri bekerja adalah untuk membantu suami, bukanlah untuk berjoli. Dengan niat yang betul, pendapatannya ada keberkatan dan bila anak-anak makan, InsyaAllah boleh jadi anak yang soleh. Ada juga kes anak menjadi liar walaupun ibu tidak bekerja, oleh itu tidaklah betul jika ibu bekerja disalahkan. Ramai anak-anak berubah kerana pergaulan dengan rakan-rakan yang tidak baik.
Comments
Post a Comment