Raya versi mana budaya atau agama

9 hari lagi kita bakal menyambut Aidil Fitri. Namun seperti beberapa tahun lalu aku tidak lagi beriya untuk mendengar lagu-lagu raya disaat penghujung ramadhan. Banyak perkara yang membuatkan aku tidak lagi semergah menyambut raya kerana aku merasakan sambutan hari raya lebih kepada pendekatan budaya melayu yang penuh dengan unsur mazmummah seperti pembaziran, ujud, menunjuk-nunjuk. Berpuluh tahun lalu kita diajar asal raya semua perlu baru kerana itu adalah hari raya namun kini aku mahu menukar pendekatan hari raya di mata anak2. Aku lebih senang anak-anak mengingati saat mereka beribadah diramadhan dan bersedih ramadhan kian kepenghujung. Perubahan sifat mereka dan dekatnya mereka lagi dengan Islam dan meruapnya keinginan mereka untuk lebih mengetahui berkenaan agama membuatkan hati ini lega. Alhamdulillah. 
gambar hiasan pic open house rumah kak long di Bangi yang aku dah crop ke suasana pida ... 

Ada pula yang menjadikan raya sebagai gelangang emosi. Budaya melayu lagi. Asal raya berebut mana nak raya. Bermasam muka antara suami isteri dan adik beradik.Huuhhh....asal raya mulalah berkira kau kena balik sana kau kena balik sini. Mulalah dengan seribu pertanyaan, "Ehhh..raya tahun ni kat mana". Ini bumi Allah SWT tak luak pun di mana saja kita nak meraikan aidil fitri asalkan tidak lari dari syariat agama. Apa salahnya kita sebagai insan yang memahami insan lagi dan tidak perlu mempersoalkan mengapa orang lain melakukan itu atau ini apa yang penting apa yang dilakukannya adalah untuk keredhaan Ilahi. Dan paling utama bagi isteri adalah redha suami, andai kita beriya mahu beraya di kampung kita suami redha ke dan bagaimana pula pihak mertua kita. Sebagai isteri perlulah meminta  keizinan dan redha daripada suami, sesungguhnya seorang suami yang Mukmin tidak akan menghalang sekiranya isterinya ingin membantu dan memberi khidmat kepada kedua ibu bapanya yang memerlukannya. Isteri pula perlu faham bahawa redha Allah bergantung kepada redha suami tetapi bagi anak lelaki redha Allah bergantung pada redha ibu bapa. Janganlah dek kerana raya setahun sekali ini melemparkan kita ke neraka.

Aidil Fitri merupakan anugerah kemenangan dari Allah s.w.t. kepada hambanya yang telah berjaya menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Sabda Rasulullah s.a.w. : Bagi orang yang berpuasa itu akan dikurniakan dua kegembiraan, kegembiraan ketika `Aidil Fitri dan kegembiraan ketika bertemu Allah s.w.t. jadi sebagai pemenang wajarlah bagi kita untuk memelihara kesucian aidil fitri sebagaimana kita memelihara diri semasa di bulan ramadhan.

AIDUL FITRI berasal dari perkataan `aid, adalah diambil dari kata al-`audu (kembali), manakala fitrah membawa maksud kemurnian dan kesucian. Pada hari tersebut kaum muslimin kembali menikmati tahun kembalinya kebahagiaan dengan kemurnian dan kesucian, lantaran banyaknya anugerah Allah kepada hambaNya di hari itu.

Pada Hari Raya `Aidil Fitri, ummat Islam disunatkan menunaikan solat sunat Aidil Fitri secara berjamaah. Menurut Imam Taqiyuddin Al-Hussaini, dalam kitabnya Kifayatul Akhyar, bahawa Rasulullah s.a.w. pertama kali melakukan solat hari raya adalah Solat Hari Raya Aidil Fitri di tahun ke 2 Hijrah dan pada tahun itu juga telah difardukan Zakat Fitrah kepada ummat Islam, demikian pandangan Imam Al-Mawardi.sumber: Junudud Dakwah


Comments

Popular Posts