20 March 2013

It about my truly brother

Apa yang anda ingat mengenai adik beradik anda....

Aku tersenyum.

Aku teringat Abang Dul. Abang Dul anak ke 8 selepas dia lahirlah aku, anak bongsu dalam famili.
muka humble seorang abang he he he adik cilok dari FB bang dul amponnn.....

Selalu aku cerita pada anak-anak Pak Cik Dul (abang Dul) dulu selalu bawa mama masa hari raya, paling mama ingat naik atas kok kong dia masa kena ligan dengan lembu di batas lane pida 9. Masa tu mama pakai baju warna merah. Then Pak Cik Dul dulu sebelum pi sekolah akan masak pada mama...yelah abah wan dan mak tok pi bendang. Abang Dul jugak yang ambikan surat tawaran masuk Essemjay.. mesti dia bangga kan adik bongsu dia masuk Essemjay.

Masa di hostel pulak abang Dul selalu bercerita mengenai Along anak mak ngah Yang rupa-rupanya Along stay satu dorm dengan adik dia. Small world kan.
Abang Dul jugak yang menghantar aku ke hostel sampai tertidur-tidur atas motor.

He is truly abang in my deep of heart. Abang Dul banyak mewarisi sifat mak iaitu seorang yang humble, mudah dibawa berbincang, lembut hati dan penyabar. Dia juga seorang yang amat berhati-hati dalam berbelanja. Masa abang-abang lain sibuk dengan projek mega dia kata, "abang cari untung duit siling saja ". Ayat mudah memberi berkat dalam hidupnya dan keluarga.

Aturan Allah SWT amat indah sekali dikurniakan Abang Dul dengan pasangan yang amat baik dan berhati mulia, Kak Ros. Aku banyak belajar dengan dia. Kak Ros tak banyak bercakap tapi aku suka bila dia berkata-kata ianya amat memberi impak positif dalam diri. Inilah guru aku dalam hal masak-memasak dan aku banyak melihat dalam dirinya kearah menjati diriku sendiri. Orang yang baik tidak pernah bercakap tentang keburukan orang lain dan itulah kakak iparku, Kak Ros.

Personalitinya membawa aku untuk lebih mengenali ibu kak Ros. Patutlah orang dahulu jika mahu mencari menantu akan melihat ibunya dahulu.

Hidup ini adalah pembelajaran, belajar dan memerhati, lihat pada kebaikan dan kemuliaan demi mencari sekelumit redha Allah SWT. Padam semua keburukan, kebencian, kealpaan, ketaksuban dan semua perkara yang bakal melayakkan kita menghuni neraka Jahannam.

ku mahu kutip segala kebaikan dan install dalam diri 
ku mahu remove segala kekejian diri
moga anak cucu tidak terpalit saka kotor
moga anak cucu tidak mewarisi sifat keji


18 March 2013

Seni bercakap dalam rumahtangga




Khilaf dalam rumah tangga bermula dari komunikasi atau bercakap.
Refer to Rasulullah SAW dalam berkomunikasi, Rasulullah Saw tidak pernah marah2 pada isteri malah beliau sentiasa mendengar akan isterinya. Rasulullah SAW sentiasa peruntukkan masa untuk berbual dengan isterinya. Malah baginda mengelarkan isterinya sebagai Humairaa (simerah yang kecil atau dalam bahasa melayunya kiut)
Bahasa boleh merubah manusia. Dengan bahasa boleh membuatkan sesorang itu tenang, gembira dan marah. Sebab tulah org2 arab dulu meletakkan anak2 mereka dgn arab2 kampung yang bagus bahasanya.


  1.  (bercakap bahasa yang baik dalam diri diri) Dalam rumah tangga, betulkan cara kita bercakap dengan diri sendiri, bercakap dalam diri sendiri dulu….aku redha, aku maafkan, aku bersyukur ya Allah….orang yg betul bercakap dengan diri sendiri akan bercakap benda yang sama diluar. Orang yang selalu bercakap tak betul dalam diri akan melahirkan benda yang tidak betul. Selalu ucapkan syukur, berzikir (barang siapa yg sentiasa ucapkan lahaulawalaqu….)
  2. (bercakap dalam bahasa yang sama) Cara bercakap dengan pasangan refer kisah cerita seribu satu malam. Jika isteri suka menjahit maka suami perlu peruntukkan sedikit masa untuk tahu mengenai jahitan supaya kita dapat bercakap dalam bahasa yang sama. Begitu juga dengan isteri jika suami minat sesuatu maka lakukan benda yang sama supaya kita dapat bercakap bahasa yang sama dengan suami. 
  3.  Menjadi pendengar yang baik. Perlu menjadi pendengar yang baik untuk mengetahui masalah pasangan. Kesilapan pasangan yang marah2 namun tidak pernah mengetahui khabar kesusahan pasangan. 
  4.  Sekali sekala pasangan perlu tegas membuat teguran bila ada perlakuan yang melampau. Supaya pasangan tahu apa yang dilakukannya itu salah.

Pesan Ustaz Amin, komunikasi kalau betul dan bagus In Sha Allah bahtera perkahwinan akan indah dilayari….dan jangan biarkan orang lain menjadi partner bercakap pasangan kita 

Rumah tangga mcm sakit jantung...sakit jantung adalah simpanan kolesterol bertahun lama. Pesan Ustaz Amin, para suami jangan mengasari isteri , jangan ingat pada hari ini anda boleh tengking isteri ......what you give you will get back.

Kelemahan manusia tidak sama, ada yang kelemahan pada duit, perempuan dan lidah. Dan pada pasangannya yang ada kelemahan lidah perlu mengingatkan atau diamkan sahaja.

Hubungan suami dengan isteri orang, isteri kena tegur jika mengetahui perlakuan suami dan hendaklah dibawa berbincang dgn suami isteri org tersebut. Orang yang bercinta dengan isteri org ni kata Ustaz Amin Isteri yang dingorat kena berhati dan kepada suami pula ngoratlah isteri sendiri sebelum isteri dingorat orang lain.




Catatan dari:

13 March 2013

Lelaki berhemahlah seperti Rasulullah

Tadi otw back lepas ambik kakak dia bercerita mngenai seorang pelajar lelaki di kelasnya iaitu Syamil yang bersifat kurang ajar. "tak tahu kenapa dengan dia mama suka sangat menyakitkan hati orang sedangkan kakak tak pernah pun kacau dia", cerita kakak. Bara juga hati mama dengar cerita ini sebab mama dulu pantang orang perlakukan mama or kawan2 perempuan mama macam ni. "Kesian orang mcm tu kak, kurang kasih sayang kut so cuba tarik perhatian lah tu," cuba menenangkan hati kakak. Diikutkan hati mahu saja mama bersemuka dengan si jantan tu..anak sapa agaknya. Tiba-tiba teringat Al Khattab moga anak teruna mama ini dilindungi Allah SWT dari sifat2 sombong dan tak beradap macam ni


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kemuliaan seseorang ialah agamanya, manakala kemuliaan harga diri (kehormatan) ialah akalnya dan ketinggian kedudukan ialah akhlaknya.” (Riwayat Ahmad dan al-Hakim.)
Menjadi seorang wanita merupakan perkara yang sangat istimewa. Apa tidaknya, bermula dari zaman Rasulullah s.a.w diutus menjadi utusan sekalian alam, darjat wanita diangkat di tempat selayaknya.
Rasulullah juga sangat berhemah dengan wanita.
Teguran Berhemah Rasulullah.
    Ada kisah menarik tentang cara Rasulullah melayan para wanita. Kisah ini berlaku antara  Baginda dengan 
Zainab binti Abu Mua’wiyah. Ada suatu hari, sebelum keluar rumah, Zainab menyembur wangian ke badannya dan bau harumnya menusuk hidung. Sewaktu beliau menuju ke masjid, beliau bertembung dengan Nabi s.a.w dan menyebabkan Baginda terhidu bau harum daripada Zainab.

   Lalu Baginda bertanya kepadanya: “Wahai Zainab, kamu dari mana?”

   Zainab menjawab: “Saya dari rumah dan terus ke sini.”

   Nabi s.a.w tersenyum. Kemudian Baginda menasihatinya. “Wahai Zainab, apabila kamu keluar dari rumah, janganlah kamu memakai wangian.”
  Zainab menundukkan kepalanya kerana malu kepada Rasulullah.

   Lihatlah ketinggian akhlak Rasulullah s.a.w. Meskipun Baginda meruakan seorang pemimin agung, akhlaknya 
sangat mulia terhadap wanita apabila Baginda menegur Zainab secara berhemah.

   Rasulullah tidak pernah tegur wanita dengan caci maki, herdikan atau perkataan yang menyakitkan hati. Bahkan, Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “Diberikan rasa cinta kepadaku daripada dunia, wanita dan wangi-wangian serta dijadikan penyejuk mataku dalam solat.” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi)
   Pada zaman kini, masih adakah manusia yang mencontohi akhlak Rasulullah ketika bermuamalah dengan wanita? Hati wanita sangat lembut dan halus, lebih-lebih lagi seorang gadis.
    Wanita sering kali meletakkan perasaan sebelum akalnya. Dan ada juga keadaan apabila air mata juga sering disinonimkan sebagai senjata seorang wanita. Apabila seorang wanita menangis, sebenarnya itulah kekuatan baginya. Menangis tidak semestinya lemah, tetapi ingin melepaskan bebanan perasaan di dalam hati dan akan legalah perasaannya. Imam al-Ghazali pernah berkata: “Hati yang halus ialah hakikat manusia.”
Hati Selembut Sutera.

    Para wanita eharusnya bersyukur kepada Allah s.w.t kerana sinar Islam dan ajaran Rasulullah telah memansuhkan kehiduan Jahililah yang meletakkan darjat wanita pada tahap yang paling hina. Bertapa terhina wanita waktu itu apabila anak perempuan dibunuh dan ditanam, wanita dijadikan hamba untuk memuaskan nafsu dan dipandang rendah dalam masyarakat. Namun setelah kedatangan Islam, martabat wanita diangkat ke tempat selayaknya, bukan diletak dibawah untuk dipijak, bukan juga di atas untuk dijunjung, tetapi di tengah-tengah untuk dilindungi, dihargai dan dididik.
    
Keistimewaan yang diberikan oleh Islam inilah yang menjadikan seorang wanita berada pada kedudukan yang selayaknya. Hati seorang gadis digambarkan lembut seperti sutera. Mengaa ia lembut seperti sutera??

     Sutera ialah pakaian yang paling halus buatannya dan lembut. Ia merupakan pakaian golongan bangsawan. Oleh sebab itu, tidak semua orang mampu memiliki pakaian yang diperbuat daripada sutera kerana kehalusan dan harganya yang mahal.

     Begitulah juga diumpamakan dengan hati wanita. Halus, lembut,dan mahal. Tidak semua orang mamu memiliki dan mencalarkannya. Wahai wanita, ingatlah… Kelembutan yang diibaratkan seperti sutera itu bukanlah satu kelemahan bagimu, tetapi satu penghargaan yang perlu dihargai..

    Hati yang halus itu jangan dibiarkan mudah tercemar dengan pelbagai sifat jahat, tetapi siramlah ia dengan akhlak mahmudah, zikrullah dan bacaan kalamuallah..

06 March 2013

Ibu Ayah jangan pakai Topi Hitam

Hitam. Kebolehannya menyerap cahaya membuatkan kita yang memakainya ..ooohhh panas mendidih otak kepala.

Hitam. Kebolehannya juga menutup ketembaman kita lantaran memakainya membuatkan kita sedikit slim walaupun hakikatnya kita tak slim

Hitam. Malam. Segala kegiatan berhenti seketika fokus kita kepada kerehatan minda.

Hitam. Menandakan kesedihan dan berselubung atas kematian.

Topi Hitam ( Black Hat )  adalah cara pemikiran lateral daripada Edward De Bono. Kami mempelajarinya semasa belajar dulu. Pemikiran Topi Hitam ( Black Hat) mungkin sesuai diaplikasikan kepada sesuatu yang memberi risiko misalnya dalam sesuatu pelaburan yang belum kita pastikan keuntungannya. Namun dalam mendidik anak2 pemikiran ini wajar di avoid. 

Kenapa?
 
Topi hitam melambangkan pemikiran yang kritikal dan negatif. Warna hitam melambangkan kegelapan yang bermaka tiada harapan. Topi hitam digunakan untuk mencari segala yang salah , sukar , berisiko dan berbahaya. 

Jika kita pakaikan topi hitam kepada anak2 kita secara berterusan akan meninggalkan kesan negatif bukan saja kepada anak malah diri kita juga masyarakat.

Kata-kata motivasi meninggalkan kesan ajaib kerana anak akan lebih terdorong untuk berusaha terutama dalam aktiviti yang memerlukan kemahiran seperti menolong ibu memasak, berkebun, membaiki kereta atau motosikal. Sekiranya tidak diberi galakan, kemungkinan dia akan berhenti begitu saja.

Kata-kata negatif kerana boleh mengganggu pemikiran anak-anak. Pada masa sama, perkataan negatif membantutkan tumbesaran fikiran dan emosi mereka.

Sebenarnya cara kita berfikir akan mempengaruhi pemikiran anak2 kita. Bila kita mengajar kebaikan tanpa mengharapkan balasan juga kebaikan tanpa pujian ianya merupakan titik mula melatih anak-anak menjadi insan mulia. Mendidik anak2 sentiasa husnozon bersangka baik kepada persekitaran kita sebagaimana yang dititipkan oleh Rasulullah SAW.



04 March 2013

Cameron 2013

alwaleed & pokok teh
Sebenaqnya kami ke sana masa cuti CNY yang lepas....tak banyak tempat boleh pi mcm selalu sbb jalan teramat la jem....ni sempat singgah di Bharatt Tea

drakula strawberry

01 March 2013

Hasad Dengki adalah penyakit hati

semoga dijauhkan kita dari segala penyakit hati
Pernah tak kita pergi kepada kawan A dan bercerita keburukan kawan B kepada kawan A. Dan bila dengan kawan A kita pula menghebohkan keburukan kawan B kepadan kawan A. Hati kita ria bila ramai kawan2 membenci kawan kita malah kita amat suka bila kawan kita dirundum malang. Andai beginilah sifat kita kitalah yang amat malang....kerana hati kita mulai membusuk dengan penyakit hati malah kita mulai rebakkan penyakit tersebut kepada orang lain.

Atau pernah tak kita menghadapi situasi diperburukkan oleh teman sendiri yang membuatkan kita terduduk kerana tidak menyangka sama sekali akan diperlakukan sebegitu. Maka andai ini terjadi bersabarlah duhai hati kerana telah ditunjukkan kita belang orang yang rapat dengan kita malah mungkin kita perlu menjauhinya kerana "Sahabat yang baik umpama penjual minyak wangi, biarpun kamu tidak membeli minyak wanginya, sekurang-kurangnya kamu mendapat tempias bau minyak wangi yang dijualnya. Sebaliknya, sahabat yang jahat seumpama tukang besi, kalaupun tidak terbakar baju kamu akibat api besi yang diketuk, sekurang-kurangnya kamu mendapat tempias bau hangitnya” (HR. Muslim)". Jangan bersedih itu tanda Allah SWT amat sayang pada kita.

So andai ada kawan sebegini dikalangan kita avoid dari mendekatinya....kita tak mahu tempias bau hangitnya kann....takut mula kita dengar lepas itu kita akan percaya dan mulai tumbuh benih-benih benci orang didalam hati kita juga  sedangkan orang yang kita benci tidak pernah sekalipun melakukan dosa kepada kita.

Terdapat tiga ciri sekiranya ada pada diri seseorang ia mempunyai penyakit hasad dengki.
1. Iaitu menginginkan nikmat yang diperolehi oleh orang lain hilang atau berpindah kepadanya.
 
2. Seseorang yang bersifat dengki tidak ingin melihat orang lain mendapat nikmat atau tidak ingin melihat orang lain menyerupai atau lebih daripadanya dalam sesuatu perkara yang baik. Orang yang bersifat demikian seolah-olah membangkang kepada Allah subhanahu wata‘ala kerana mengurniakan sesuatu nikmat kepada orang lain.
3. Orang yang berperangai seperti itu juga sentiasa dalam keadaan berdukacita dan iri hati kepada orang lain yang akhirnya menimbulkan fitnah dan hasutan yang membawa kepada bencana dan kerosakan.
Di dalam kitab Ihya’ Ulumuddin karangan Imam Al-Ghazali ada disimpulkan tujuh faktor yang menimbulkan perasaan hasad dengki tersebut.

Antara lain :-
1) Perasaan Permusuhan dan Kebencian
2) Merasa Diri Mulia
3) Takabbur
4) Ujub
5) Takut Terlepas Sesuatu Tujuan dan Habuan
6) Ghairah Menjadi Ketua dan Mencari Populariti
7) Busuk Hati.