Seni bercakap dalam rumahtangga




Khilaf dalam rumah tangga bermula dari komunikasi atau bercakap.
Refer to Rasulullah SAW dalam berkomunikasi, Rasulullah Saw tidak pernah marah2 pada isteri malah beliau sentiasa mendengar akan isterinya. Rasulullah SAW sentiasa peruntukkan masa untuk berbual dengan isterinya. Malah baginda mengelarkan isterinya sebagai Humairaa (simerah yang kecil atau dalam bahasa melayunya kiut)
Bahasa boleh merubah manusia. Dengan bahasa boleh membuatkan sesorang itu tenang, gembira dan marah. Sebab tulah org2 arab dulu meletakkan anak2 mereka dgn arab2 kampung yang bagus bahasanya.


  1.  (bercakap bahasa yang baik dalam diri diri) Dalam rumah tangga, betulkan cara kita bercakap dengan diri sendiri, bercakap dalam diri sendiri dulu….aku redha, aku maafkan, aku bersyukur ya Allah….orang yg betul bercakap dengan diri sendiri akan bercakap benda yang sama diluar. Orang yang selalu bercakap tak betul dalam diri akan melahirkan benda yang tidak betul. Selalu ucapkan syukur, berzikir (barang siapa yg sentiasa ucapkan lahaulawalaqu….)
  2. (bercakap dalam bahasa yang sama) Cara bercakap dengan pasangan refer kisah cerita seribu satu malam. Jika isteri suka menjahit maka suami perlu peruntukkan sedikit masa untuk tahu mengenai jahitan supaya kita dapat bercakap dalam bahasa yang sama. Begitu juga dengan isteri jika suami minat sesuatu maka lakukan benda yang sama supaya kita dapat bercakap bahasa yang sama dengan suami. 
  3.  Menjadi pendengar yang baik. Perlu menjadi pendengar yang baik untuk mengetahui masalah pasangan. Kesilapan pasangan yang marah2 namun tidak pernah mengetahui khabar kesusahan pasangan. 
  4.  Sekali sekala pasangan perlu tegas membuat teguran bila ada perlakuan yang melampau. Supaya pasangan tahu apa yang dilakukannya itu salah.

Pesan Ustaz Amin, komunikasi kalau betul dan bagus In Sha Allah bahtera perkahwinan akan indah dilayari….dan jangan biarkan orang lain menjadi partner bercakap pasangan kita 

Rumah tangga mcm sakit jantung...sakit jantung adalah simpanan kolesterol bertahun lama. Pesan Ustaz Amin, para suami jangan mengasari isteri , jangan ingat pada hari ini anda boleh tengking isteri ......what you give you will get back.

Kelemahan manusia tidak sama, ada yang kelemahan pada duit, perempuan dan lidah. Dan pada pasangannya yang ada kelemahan lidah perlu mengingatkan atau diamkan sahaja.

Hubungan suami dengan isteri orang, isteri kena tegur jika mengetahui perlakuan suami dan hendaklah dibawa berbincang dgn suami isteri org tersebut. Orang yang bercinta dengan isteri org ni kata Ustaz Amin Isteri yang dingorat kena berhati dan kepada suami pula ngoratlah isteri sendiri sebelum isteri dingorat orang lain.




Catatan dari:

Comments

Popular Posts