Lelaki berhemahlah seperti Rasulullah

Tadi otw back lepas ambik kakak dia bercerita mngenai seorang pelajar lelaki di kelasnya iaitu Syamil yang bersifat kurang ajar. "tak tahu kenapa dengan dia mama suka sangat menyakitkan hati orang sedangkan kakak tak pernah pun kacau dia", cerita kakak. Bara juga hati mama dengar cerita ini sebab mama dulu pantang orang perlakukan mama or kawan2 perempuan mama macam ni. "Kesian orang mcm tu kak, kurang kasih sayang kut so cuba tarik perhatian lah tu," cuba menenangkan hati kakak. Diikutkan hati mahu saja mama bersemuka dengan si jantan tu..anak sapa agaknya. Tiba-tiba teringat Al Khattab moga anak teruna mama ini dilindungi Allah SWT dari sifat2 sombong dan tak beradap macam ni


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kemuliaan seseorang ialah agamanya, manakala kemuliaan harga diri (kehormatan) ialah akalnya dan ketinggian kedudukan ialah akhlaknya.” (Riwayat Ahmad dan al-Hakim.)
Menjadi seorang wanita merupakan perkara yang sangat istimewa. Apa tidaknya, bermula dari zaman Rasulullah s.a.w diutus menjadi utusan sekalian alam, darjat wanita diangkat di tempat selayaknya.
Rasulullah juga sangat berhemah dengan wanita.
Teguran Berhemah Rasulullah.
    Ada kisah menarik tentang cara Rasulullah melayan para wanita. Kisah ini berlaku antara  Baginda dengan 
Zainab binti Abu Mua’wiyah. Ada suatu hari, sebelum keluar rumah, Zainab menyembur wangian ke badannya dan bau harumnya menusuk hidung. Sewaktu beliau menuju ke masjid, beliau bertembung dengan Nabi s.a.w dan menyebabkan Baginda terhidu bau harum daripada Zainab.

   Lalu Baginda bertanya kepadanya: “Wahai Zainab, kamu dari mana?”

   Zainab menjawab: “Saya dari rumah dan terus ke sini.”

   Nabi s.a.w tersenyum. Kemudian Baginda menasihatinya. “Wahai Zainab, apabila kamu keluar dari rumah, janganlah kamu memakai wangian.”
  Zainab menundukkan kepalanya kerana malu kepada Rasulullah.

   Lihatlah ketinggian akhlak Rasulullah s.a.w. Meskipun Baginda meruakan seorang pemimin agung, akhlaknya 
sangat mulia terhadap wanita apabila Baginda menegur Zainab secara berhemah.

   Rasulullah tidak pernah tegur wanita dengan caci maki, herdikan atau perkataan yang menyakitkan hati. Bahkan, Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “Diberikan rasa cinta kepadaku daripada dunia, wanita dan wangi-wangian serta dijadikan penyejuk mataku dalam solat.” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi)
   Pada zaman kini, masih adakah manusia yang mencontohi akhlak Rasulullah ketika bermuamalah dengan wanita? Hati wanita sangat lembut dan halus, lebih-lebih lagi seorang gadis.
    Wanita sering kali meletakkan perasaan sebelum akalnya. Dan ada juga keadaan apabila air mata juga sering disinonimkan sebagai senjata seorang wanita. Apabila seorang wanita menangis, sebenarnya itulah kekuatan baginya. Menangis tidak semestinya lemah, tetapi ingin melepaskan bebanan perasaan di dalam hati dan akan legalah perasaannya. Imam al-Ghazali pernah berkata: “Hati yang halus ialah hakikat manusia.”
Hati Selembut Sutera.

    Para wanita eharusnya bersyukur kepada Allah s.w.t kerana sinar Islam dan ajaran Rasulullah telah memansuhkan kehiduan Jahililah yang meletakkan darjat wanita pada tahap yang paling hina. Bertapa terhina wanita waktu itu apabila anak perempuan dibunuh dan ditanam, wanita dijadikan hamba untuk memuaskan nafsu dan dipandang rendah dalam masyarakat. Namun setelah kedatangan Islam, martabat wanita diangkat ke tempat selayaknya, bukan diletak dibawah untuk dipijak, bukan juga di atas untuk dijunjung, tetapi di tengah-tengah untuk dilindungi, dihargai dan dididik.
    
Keistimewaan yang diberikan oleh Islam inilah yang menjadikan seorang wanita berada pada kedudukan yang selayaknya. Hati seorang gadis digambarkan lembut seperti sutera. Mengaa ia lembut seperti sutera??

     Sutera ialah pakaian yang paling halus buatannya dan lembut. Ia merupakan pakaian golongan bangsawan. Oleh sebab itu, tidak semua orang mampu memiliki pakaian yang diperbuat daripada sutera kerana kehalusan dan harganya yang mahal.

     Begitulah juga diumpamakan dengan hati wanita. Halus, lembut,dan mahal. Tidak semua orang mamu memiliki dan mencalarkannya. Wahai wanita, ingatlah… Kelembutan yang diibaratkan seperti sutera itu bukanlah satu kelemahan bagimu, tetapi satu penghargaan yang perlu dihargai..

    Hati yang halus itu jangan dibiarkan mudah tercemar dengan pelbagai sifat jahat, tetapi siramlah ia dengan akhlak mahmudah, zikrullah dan bacaan kalamuallah..

Comments

Popular Posts