It about my truly brother
Apa yang anda ingat mengenai adik beradik anda....
Aku tersenyum.
Aku teringat Abang Dul. Abang Dul anak ke 8 selepas dia lahirlah aku, anak bongsu dalam famili.
Selalu aku cerita pada anak-anak Pak Cik Dul (abang Dul) dulu selalu bawa mama masa hari raya, paling mama ingat naik atas kok kong dia masa kena ligan dengan lembu di batas lane pida 9. Masa tu mama pakai baju warna merah. Then Pak Cik Dul dulu sebelum pi sekolah akan masak pada mama...yelah abah wan dan mak tok pi bendang. Abang Dul jugak yang ambikan surat tawaran masuk Essemjay.. mesti dia bangga kan adik bongsu dia masuk Essemjay.
Masa di hostel pulak abang Dul selalu bercerita mengenai Along anak mak ngah Yang rupa-rupanya Along stay satu dorm dengan adik dia. Small world kan.
Abang Dul jugak yang menghantar aku ke hostel sampai tertidur-tidur atas motor.
He is truly abang in my deep of heart. Abang Dul banyak mewarisi sifat mak iaitu seorang yang humble, mudah dibawa berbincang, lembut hati dan penyabar. Dia juga seorang yang amat berhati-hati dalam berbelanja. Masa abang-abang lain sibuk dengan projek mega dia kata, "abang cari untung duit siling saja ". Ayat mudah memberi berkat dalam hidupnya dan keluarga.

muka humble seorang abang he he he adik cilok dari FB bang dul amponnn..... |

Aturan Allah SWT amat indah sekali dikurniakan Abang Dul dengan pasangan yang amat baik dan berhati mulia, Kak Ros. Aku banyak belajar dengan dia. Kak Ros tak banyak bercakap tapi aku suka bila dia berkata-kata ianya amat memberi impak positif dalam diri. Inilah guru aku dalam hal masak-memasak dan aku banyak melihat dalam dirinya kearah menjati diriku sendiri. Orang yang baik tidak pernah bercakap tentang keburukan orang lain dan itulah kakak iparku, Kak Ros.
Personalitinya membawa aku untuk lebih mengenali ibu kak Ros. Patutlah orang dahulu jika mahu mencari menantu akan melihat ibunya dahulu.
Hidup ini adalah pembelajaran, belajar dan memerhati, lihat pada kebaikan dan kemuliaan demi mencari sekelumit redha Allah SWT. Padam semua keburukan, kebencian, kealpaan, ketaksuban dan semua perkara yang bakal melayakkan kita menghuni neraka Jahannam.
ku mahu kutip segala kebaikan dan install dalam diri
ku mahu remove segala kekejian diri
moga anak cucu tidak terpalit saka kotor
moga anak cucu tidak mewarisi sifat keji
Comments
Post a Comment