Hasad Dengki adalah penyakit hati

semoga dijauhkan kita dari segala penyakit hati
Pernah tak kita pergi kepada kawan A dan bercerita keburukan kawan B kepada kawan A. Dan bila dengan kawan A kita pula menghebohkan keburukan kawan B kepadan kawan A. Hati kita ria bila ramai kawan2 membenci kawan kita malah kita amat suka bila kawan kita dirundum malang. Andai beginilah sifat kita kitalah yang amat malang....kerana hati kita mulai membusuk dengan penyakit hati malah kita mulai rebakkan penyakit tersebut kepada orang lain.

Atau pernah tak kita menghadapi situasi diperburukkan oleh teman sendiri yang membuatkan kita terduduk kerana tidak menyangka sama sekali akan diperlakukan sebegitu. Maka andai ini terjadi bersabarlah duhai hati kerana telah ditunjukkan kita belang orang yang rapat dengan kita malah mungkin kita perlu menjauhinya kerana "Sahabat yang baik umpama penjual minyak wangi, biarpun kamu tidak membeli minyak wanginya, sekurang-kurangnya kamu mendapat tempias bau minyak wangi yang dijualnya. Sebaliknya, sahabat yang jahat seumpama tukang besi, kalaupun tidak terbakar baju kamu akibat api besi yang diketuk, sekurang-kurangnya kamu mendapat tempias bau hangitnya” (HR. Muslim)". Jangan bersedih itu tanda Allah SWT amat sayang pada kita.

So andai ada kawan sebegini dikalangan kita avoid dari mendekatinya....kita tak mahu tempias bau hangitnya kann....takut mula kita dengar lepas itu kita akan percaya dan mulai tumbuh benih-benih benci orang didalam hati kita juga  sedangkan orang yang kita benci tidak pernah sekalipun melakukan dosa kepada kita.

Terdapat tiga ciri sekiranya ada pada diri seseorang ia mempunyai penyakit hasad dengki.
1. Iaitu menginginkan nikmat yang diperolehi oleh orang lain hilang atau berpindah kepadanya.
 
2. Seseorang yang bersifat dengki tidak ingin melihat orang lain mendapat nikmat atau tidak ingin melihat orang lain menyerupai atau lebih daripadanya dalam sesuatu perkara yang baik. Orang yang bersifat demikian seolah-olah membangkang kepada Allah subhanahu wata‘ala kerana mengurniakan sesuatu nikmat kepada orang lain.
3. Orang yang berperangai seperti itu juga sentiasa dalam keadaan berdukacita dan iri hati kepada orang lain yang akhirnya menimbulkan fitnah dan hasutan yang membawa kepada bencana dan kerosakan.
Di dalam kitab Ihya’ Ulumuddin karangan Imam Al-Ghazali ada disimpulkan tujuh faktor yang menimbulkan perasaan hasad dengki tersebut.

Antara lain :-
1) Perasaan Permusuhan dan Kebencian
2) Merasa Diri Mulia
3) Takabbur
4) Ujub
5) Takut Terlepas Sesuatu Tujuan dan Habuan
6) Ghairah Menjadi Ketua dan Mencari Populariti
7) Busuk Hati.

Comments

Popular Posts