30 July 2009

Marah sang suami

Teringat pepatah melayu "marahkan anak tangan-tangankan, marahkan isteri tinggal-tinggalkan. Marah merupakan ledakan emosi akibat daripada geram, cemburu, dengki dan sesuatu yang berlaku diluar jangkaan.

Acapkali kita dengar rungutan atau marah dipihak suami dek kerana isteri tidak tahu bergaya dan tidak menjaga penampilan diri. Alasan itu juga di gunakan untuk mereka menduakan siisteri.

Ada pula si suami marah isteri lambat menyediakan juadah pagi, tengahari atau malam. Malah ada yang sanggup memaki isteri dikhalyak kerana kelewatan isteri melakukan sesuatu.

Malah ada yang tidak dapat menahan perasaan marah apabila kereta yang dipandu isteri tergesel sesuatu.

Selain itu lain-lain alasan yang membuatkan pihak suami marah lambat membuka pintu rumah, lambat menjawap telepon dan beberapa lagi.

Namun jarang sekali kita dengar suami marahkan isteri kerana tidak menutup aurat, marahkan isteri kerana berhiasa takala diluar rumah semata menjadi tatapan lelaki ajnabi. Jarang juga kita dengar suami marahkan isteri tidak solat dan membayar puasa yang ditinggalkan ditahun lepas.

Kemampuan sesorang suami itu memimpin diri dan ahli keluarganya ke jalan yang benar akan dapat mengelakkan dirinya dari kebinasaan (terjun ke dalam neraka). Jadi, kalau dia dapat mengelakkan dirinya dan ahli keluarganya dari terjun ke neraka, maka itulah bukti cintanya yang sebenar. Allah swt. terlah berfirman yang maksudnya:

"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu pelihara dirimu dan keluargamu dari api neraka, yang mana bahan pembakarnya adalah terdiri dari manusia-manusia yang sombong dan engkar kepada Allah iaitu mereka yang kufur, munafik, musyrikin dan juga daripada batu-batu berhala.."

pida- sentiasa berdoa agar dijauhi diri dan ahli keluarga dari azab api neraka

15 July 2009

Siapa Kawan, Rakan, Teman...

Kawan, rakan dan teman adalah suatu hubungan sosial yang diperlukan oleh setiap insan dalam mewarnai kehidupan sementara di dunia ini. Namun kekadang kita tidak dapat medefinisikan siapakan kawan, rakan atau teman yang berada disekeliling kita.

Ada kawan yang mana kita boleh berkongsi rasa tanpa digodam kembali kita dibelakang. Ada kawan yang makan kawan iaitu yang mempergunakan kita saat sesuatu yang mereka perlukan kemuadianya apabila merasakan tidak ada sesuatu yang diperlukan maka mereka berlalu begitu sahaja. Ada kawan yang menikam kawannya sendiri sebenarnya dia mencari perkara negative kawannya dan disebarkan. Ada kawan hanya berkawan kerana ingin menunjukkan status dirinya.

Sedari kecil teman rapatku dan jua teman sepermainanku adalah anak buahku sendiri, Normah. Muda setahun dariku. Kami banyak berkongsi rasa dalam dunia kanak-kanak dan remaja. Aku merindui zaman itu. Zaman yang penuh dengan keceriaan dan gelak tawa. Bernaung zodiak yang sama mendekatkan kami dalam pelbagai perkara.

Saat remaja menjengah, aku mulai rapat dengan shikin, mak su dan shipah. Antara kami tidak pernah ada pertelingkahan begitu jua dengan teman-teman lain. Aku berpegang kepada keamanan dan agak seram dengan pertengkaran dan pergaduhan. Persahabatan utuh hingga kini.
Perkara yang amat penting dalam persahabatan ialah menghormati antara satu sama lain dan tidak mengunakan teman untuk kepentingan peribadi serta tidak mengodamnya dari belakang.

Zaman kolej, mempunyai beberapa teman, namun hanya sekadar perencah kehidupan dan mungkin jua saat itu masa banyak dihabiskan dengan sidia membuatkan teman baikku hanyalah sidia. Dia (hubby) yang banyak memberi sokongan moral saat suka dan duka hingga kini.

Alam pekerjaan ada beberapa teman kerja yang berbekas di jiwa antaranya Eleena, Liza, Kasma, Aminaton, Kak Gee, Kak Aspa, Kak Ina, Illa (K.Kangsar Princess), Jija anak pak Nam, Eena sitembam yang cute, Kak D, Kak Norul, Sarena dan Shikin Hanim.

Kekadang dalam kita tidak sedar ada teman yang ada perhubungan perasaan dengan kita dan kita seolah terasa teman tersebut dalam masalah atau kesusahan. Teman tersebut amat sukar kita lupakan dalam kehidupan seolahnya seperti saudara sendiri.

14 July 2009

Anak nakal 2

Minggu lepas, semasa mengambil anak di pusat jagaan aku dapati seorang ibu sedang mengadu sesuatu kepada penjaga. Apabila si Nadhira menjengah ke kereta bermulalah simagistrate muda ini membuat aduan. Al Khattab hanya berdiam diri. Humairaa seperti mana kakak bertalu-talu menceritakan kejadian yang berlaku di taska. Aku menarik nafas seketika dan memandang Al Khattab inginkan penjelasan daripadanya.
Al Khattab bagiku nakal tetapi tahap kenakalan yang masih boleh dikawal. Nakal tahap biasa bagi anak-anak sebayanya. Semasa kecil anak pendiam ini lebih akrab dan serasi dengan papanya hingga usianya kini menjangkau 9 tahun. Minat dan hobi papa secara semulajadi menyerap ke dalam diri anak ini. Dia dapat membaca kemana papa akan pergi di hari minggu dan segala persiapan dilakukannya dari awal lagi. Petang minggu secara rutin sekiranya tiada aktiviti lain, dua beranak ini akan beraksi di padang berhampiran kediaman kami. Si kecil As Siddiq pun cuba diserap dengan hobi papa dan abangnya. Di belikan As Sissiq baju ala jersi pasukan kegemaran papanya.

Aktif dan lasak itulah tagline Al Khattab, As Siddiq, Humaira dan Nadhira. Aku toleh semula saat kecilku ingin meneroka perasaan anak-anakku mungkin perasaan ingin mencuba, ingin tahun dengan metabolisma yang tinggi membuatkan diri kelihatan lasak dan aktif. Tidak pernah merasa penat, takut jua letih.

Haa..sesekali terasa tua bila menghadapi keadaan ini.

03 July 2009

Makanan

Saat mulut diserang ulcer, tiba-tiba aku teringatkan makanan takala aku di utara sana. Laksa kilo Nat Sabtu, Kodiang atau Nat Rabu Batu 4, Jalan Sanglang atau Nat Selasa Simpang 4 Perlis. Menelan air liurku seketika. Laksa dijual mengunakan ukuran kilogram, segala sayuran seperti tidak dipotong semasa dibeli.

Saat panas sebegini rindu aku pada cendol pulut Hosba yang selalu aku dan teman-teman jamah sebelum sampai di Sintok. Tengah hari ini jua membuatkan aku terkenangkan mee bandung kedah yang aku rasakan tiada tolok rasanya dimana jua di Kuala Lumpur ini. Begitu jua dengan pasembornya.

Apam Balik yang dijual di Kedah amat istimewa bukan sahaja murah tetapi kita merasa puas apabila merasainya. terasa jagung, kacang memang terasa apam balik yang sebenarnya. Anak-anakku jika pulang ke Kedah, mee hoon sup, laksa, pasembor yang mereka tidak pernah teringin makan di sini akan makan apabila berada di sana. "Ari tu kata tak makan mee hoon sup", tanyaku pada Nadhira. "Mama, bau dia pun dah sedap, dah makan memang sedap ma", terang anakku yang sulung itu.

Paling kurindui pulut durian, erm.....sedapnya

Kentut itu membahagiakan

diambil drp email yang dihantaq hubby

Jarang sekali kita dengar pompuan kentut kuat kuat terutamanya bila tengah keluar dengan lelaki. Mereka sanggup tahan kentut sampai biru biru muka semata mata tak mau kentut depan teman lelaki mereka. Padahal, lelaki sikit pun tak kisah jika pompuan terkentut. Adat la tuh dah nak terkentut. Paling kurang lelaki akan berkata ”Eh! Makan apa kentut busuk dan kuat sangat nih???“ Dan secara otomatik lelaki dan pompuan tadi akan ketawa bersama sama. Ini akan menjadikan hubungan mereka semakin ceria.

Lelaki secara lazimnya terkentut secara tak sengaja. Dan apabila benda ni terjadi, lelaki dengan secara tak malunya akan mengaku depan teman wanitanya bahawa dia terkentut. Dan teman wanita secara spontan akan berkata ”Tak senonoh la…“ sambil mengejek manja teman lelakinya itu. Dan lihatlah betapa harmoninya hubungan mereka.
Jika dahulu pompuan asyik menahan kentut ketika bersama teman lelakinya, namun kini pompuan dengan beraninya memberitahu lelaki bahawa dia nak terkentut. Pendek kata, kentut mintak izin. Tengok…bagaimana kentut mendidik pompuan supaya menjadi begitu tertib. Dan hubungan mereka secara tak langsung akan bertambah baik. Jika dahulu pompuan berkata perbuatan teman lelakinya yang asyik terkentut sesuatu perbuatan yang tak senonoh, namun kini dia semakin mengaguminya dan semakin menghormati…kerana itu adalah trademark teman lelakinya. Mana nak jumpa dah lelaki camtu…

Akhir sekali, jangan sesekali malu jika anda terkentut ketika anda berkunjung ke rumah dan menemui ahli keluarga pasangan anda. Ini kerana jika anda terkentut, ahli keluarga pasangan anda akan gelakkan anda secara beramai ramai. Secara tak langsung, ini akan mengeratkan hubungan anda bersama bakal bakal ahli keluarga anda.

Kesimpulan: Kentut itu membahagiakan… .anda setuju???

Anak Nakal

Makin besar seseorang anak makin berat galasan dibahu. Apatah lagi apabila berhadapan dengan anak yang nakal. Jika diberi rating nakal 10 kedudukan nakal anak-anak aku ratekan 4-7. Ada masa mereka nakal, tidak mendengar cakap dan saat itu membuatkan aku dan suami pening memikirkan formula untuk menjinakkan kenakalan mereka. Masih terngiang cakap-cakap seorang jiran apabila dia memuji kepantasan Nadhira, Al Khattab dan Humaira dalam membaca Al-Quran dan hafazan, dan dalam masa yang sama celah teman lain memang patut bebudak itu pandai mengaji kau tak tahu betapa nakalnya budak2 itu hanya cara itulah menundukan kenakalan tersebut. Aku akui hakikat tersebut. Kanak-kanak normal memang mempunyai imaginasi dan perasaan ingin tahu yang tinggi. Dek kerana itulah mereka melakukan pelbagai ekperimen yang ditaksirkan oleh orang dewasa sebagai nakal or "buas" loghat utara.
Apabila kenakalan anak-anak kuceritakan kepada mak cik ibu saudara suami, beliau cuma tersenyum, "buas depa tuh 50% saja drp buas papa dia", terang mak cik Pah yang juga seorang pendidik kepadaku. Selain itu beberapa saudara yang tinggal di Kuala Ketil turut menceritakan perkara yang sama. "Tak sangka kecik-kecik buas lani jadi orang hang no", kata seorang penduduk kampung kepada suami. Hakikatnya kemana tumpahnya kuah kalau tidak kenasi. Sebagai ibu bapa apa yang harus dilakukan ialah memastikan kenakalan anak-anak tidak merosakkan masa depan mereka dan jua merosakkan akidah mereka. Doa dan panduan keibubapaan daripada mereka yang berpengalaman menjadi panduan untuk membentuk dan mewarnai anak-anak agar mereka menjadi anak-anak yang soleh dan menenangkan hati dan jiwa ibu bapa.

Pida....membayangkan bagaimana abah & mak membesarkan kami 9 orang jua mertua yang berhadapan dengan 6 hero yang nakal.