Anak Nakal

Makin besar seseorang anak makin berat galasan dibahu. Apatah lagi apabila berhadapan dengan anak yang nakal. Jika diberi rating nakal 10 kedudukan nakal anak-anak aku ratekan 4-7. Ada masa mereka nakal, tidak mendengar cakap dan saat itu membuatkan aku dan suami pening memikirkan formula untuk menjinakkan kenakalan mereka. Masih terngiang cakap-cakap seorang jiran apabila dia memuji kepantasan Nadhira, Al Khattab dan Humaira dalam membaca Al-Quran dan hafazan, dan dalam masa yang sama celah teman lain memang patut bebudak itu pandai mengaji kau tak tahu betapa nakalnya budak2 itu hanya cara itulah menundukan kenakalan tersebut. Aku akui hakikat tersebut. Kanak-kanak normal memang mempunyai imaginasi dan perasaan ingin tahu yang tinggi. Dek kerana itulah mereka melakukan pelbagai ekperimen yang ditaksirkan oleh orang dewasa sebagai nakal or "buas" loghat utara.
Apabila kenakalan anak-anak kuceritakan kepada mak cik ibu saudara suami, beliau cuma tersenyum, "buas depa tuh 50% saja drp buas papa dia", terang mak cik Pah yang juga seorang pendidik kepadaku. Selain itu beberapa saudara yang tinggal di Kuala Ketil turut menceritakan perkara yang sama. "Tak sangka kecik-kecik buas lani jadi orang hang no", kata seorang penduduk kampung kepada suami. Hakikatnya kemana tumpahnya kuah kalau tidak kenasi. Sebagai ibu bapa apa yang harus dilakukan ialah memastikan kenakalan anak-anak tidak merosakkan masa depan mereka dan jua merosakkan akidah mereka. Doa dan panduan keibubapaan daripada mereka yang berpengalaman menjadi panduan untuk membentuk dan mewarnai anak-anak agar mereka menjadi anak-anak yang soleh dan menenangkan hati dan jiwa ibu bapa.

Pida....membayangkan bagaimana abah & mak membesarkan kami 9 orang jua mertua yang berhadapan dengan 6 hero yang nakal.

Comments

Popular Posts