Siapa Kawan, Rakan, Teman...

Kawan, rakan dan teman adalah suatu hubungan sosial yang diperlukan oleh setiap insan dalam mewarnai kehidupan sementara di dunia ini. Namun kekadang kita tidak dapat medefinisikan siapakan kawan, rakan atau teman yang berada disekeliling kita.

Ada kawan yang mana kita boleh berkongsi rasa tanpa digodam kembali kita dibelakang. Ada kawan yang makan kawan iaitu yang mempergunakan kita saat sesuatu yang mereka perlukan kemuadianya apabila merasakan tidak ada sesuatu yang diperlukan maka mereka berlalu begitu sahaja. Ada kawan yang menikam kawannya sendiri sebenarnya dia mencari perkara negative kawannya dan disebarkan. Ada kawan hanya berkawan kerana ingin menunjukkan status dirinya.

Sedari kecil teman rapatku dan jua teman sepermainanku adalah anak buahku sendiri, Normah. Muda setahun dariku. Kami banyak berkongsi rasa dalam dunia kanak-kanak dan remaja. Aku merindui zaman itu. Zaman yang penuh dengan keceriaan dan gelak tawa. Bernaung zodiak yang sama mendekatkan kami dalam pelbagai perkara.

Saat remaja menjengah, aku mulai rapat dengan shikin, mak su dan shipah. Antara kami tidak pernah ada pertelingkahan begitu jua dengan teman-teman lain. Aku berpegang kepada keamanan dan agak seram dengan pertengkaran dan pergaduhan. Persahabatan utuh hingga kini.
Perkara yang amat penting dalam persahabatan ialah menghormati antara satu sama lain dan tidak mengunakan teman untuk kepentingan peribadi serta tidak mengodamnya dari belakang.

Zaman kolej, mempunyai beberapa teman, namun hanya sekadar perencah kehidupan dan mungkin jua saat itu masa banyak dihabiskan dengan sidia membuatkan teman baikku hanyalah sidia. Dia (hubby) yang banyak memberi sokongan moral saat suka dan duka hingga kini.

Alam pekerjaan ada beberapa teman kerja yang berbekas di jiwa antaranya Eleena, Liza, Kasma, Aminaton, Kak Gee, Kak Aspa, Kak Ina, Illa (K.Kangsar Princess), Jija anak pak Nam, Eena sitembam yang cute, Kak D, Kak Norul, Sarena dan Shikin Hanim.

Kekadang dalam kita tidak sedar ada teman yang ada perhubungan perasaan dengan kita dan kita seolah terasa teman tersebut dalam masalah atau kesusahan. Teman tersebut amat sukar kita lupakan dalam kehidupan seolahnya seperti saudara sendiri.

Comments

  1. aku mmg tgu jae terbaca name sendiri... bangga sbb aku dlm senarai kwn2 ko jugak... harap hubungan berkekalan... thx... -jija

    ReplyDelete
  2. Gja family ko dh jadi cam ikon pd aku...korang umpama ikan yang berada dilautan...wpun airlaut masin tp isi ikan tak terasa masin...aku kagum

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts