Makanan

Saat mulut diserang ulcer, tiba-tiba aku teringatkan makanan takala aku di utara sana. Laksa kilo Nat Sabtu, Kodiang atau Nat Rabu Batu 4, Jalan Sanglang atau Nat Selasa Simpang 4 Perlis. Menelan air liurku seketika. Laksa dijual mengunakan ukuran kilogram, segala sayuran seperti tidak dipotong semasa dibeli.

Saat panas sebegini rindu aku pada cendol pulut Hosba yang selalu aku dan teman-teman jamah sebelum sampai di Sintok. Tengah hari ini jua membuatkan aku terkenangkan mee bandung kedah yang aku rasakan tiada tolok rasanya dimana jua di Kuala Lumpur ini. Begitu jua dengan pasembornya.

Apam Balik yang dijual di Kedah amat istimewa bukan sahaja murah tetapi kita merasa puas apabila merasainya. terasa jagung, kacang memang terasa apam balik yang sebenarnya. Anak-anakku jika pulang ke Kedah, mee hoon sup, laksa, pasembor yang mereka tidak pernah teringin makan di sini akan makan apabila berada di sana. "Ari tu kata tak makan mee hoon sup", tanyaku pada Nadhira. "Mama, bau dia pun dah sedap, dah makan memang sedap ma", terang anakku yang sulung itu.

Paling kurindui pulut durian, erm.....sedapnya

Comments

Popular Posts