27 August 2013

Husnozon .... Perancangan Allah SWT adalah yang terbaik

Lama tidak memblog.
Idea mengunung namun masa terbatas untuk mengerakkan jejari yang makin kurang tirus ini.

Hidup kita ini dalam perancangan Allah SWT.

Ahad lepas. Menunaikan permintaan anak-anak yang mahu mengadakan open house buat kawan2.

Sabtu baru sibuk mengecat rumah yang kami plan nak mengecat since bulan puasa yang terbengkalai dek macam2 hal. Tak sangka mengecat rumah amat memenatkan. Penat sangat membuatkan malam hari kami masih belum dapat memberi keperluan untuk dimasak esok. rasa hati mahu saja batalkan open house tersebut. Mama dan papa tahap penat yang tidak terhingga.

Pukul 10.00 pagi baru mula memasak.

Tiba-tiba terima call dari anak menakan yang mengatakan mereka telah ada di Puchong. "Kami mai nak tolong", kata anak menakan.

Chu ni tarik nafas lapang sangat. Anak-anak menakan mai dalam masa yang sekejab banyak food dapat dimasak. Mee kuah utara, nasi himpit, rendang, mushroom sup, kuah kacang, sate, salad buah, kek carot.

Alhamdulillah ...open house ni menjadi dek anak menakan chu yang hebat Aa (mastura), Angah, Leah, Baam, Ain dan Fayed. Tak tau chu nak luahkan macam mana...rasa proud dianugerahkan anak2 menakan yang cekap dan hebat macam ni. Aaa you are genius on preparing food. Memang chu tabik spring....chu ni masih lagi terkial2 nak masak itu dan ini...lembek sangat ****ni kena manja sangat dgn hubby***

Kita tak menjangka Allah SWT datangkan pertolongan melalui orang2 sekeliling kita. 

Terima kasih pada anak2 menakan yang datang, Emy yang tak jadi pergi PD dan Zah yang kebetulan Burn cuti hari tu juga pengantin baru, Cik Aan doa chu supaya murah rezeki.

Dan pada adik2 Ipaq kak Na yang mai malam ampun dan maaf ....banyak food dah abis kesian pada adik kak Na, Kinah yang dapat makan nasi impit saja. 

Hidup ini adalah indah dengan segala nikmat dan perancanganNYA.

06 August 2013

Al Khattab mama sentiasa mendoakanmu

Email kepada cik B, bila cik B balik menceritakan anak jiran yg menjadi imam solat terawih. Alhamdulillah syukur kerana dikurniakan jiran2 yg mendidik anak ke arah addin. Namun kata2 papa membuatkan hati siteruna tercalar.



*********************************************************************************
Papa,

Kira abang dah bagus sgt walaupun dia tak duduk hostel tp dia istiqomah solat waktu, risau dia takut berdosa jika tak ada orang azan disurau & kerisauan dia mengenai surau yg kurang diimarahkan amat menyentuh hati mama….hari2 dia doakan untuk kita papa

Tak payah la tengok anak orang lain dan bandingkan anak orang lain dengan anak kita setiap anak lahir dengan fitrahnya tersendiri. Anak yang hebat lahir dari ibu bapa yg hebat.

Kita patut berbangga dgn abang …kita yg didik dia sendiri walaupun dia tak duduk hostel dia mampu jadi ikutan kawan2 yg lain untuk bersolat. Dia dah buat tugas daie.

Semalam dia tanya mama…kalau abang nak ikut berdakwah mama bagi tak…mama kata tentulah mama bagi sbb dakwah ni mmg tuntutan agama

Tugas kita adalah tingkatkan keyakinan anak kita. In Sha Allah satu hari nanti dia akan jadi pendakwah yg hebat. Dia ada aura Saidina Umar Al Khattab dan dia mampu jadi orang yang adil sebagaimana Khalifah Umar Abdul Aziz dan Dia akan jadi pejuang fisabilillah sebagaimana Ibnul Khattab.

**********************************************************************************