Husnozon .... Perancangan Allah SWT adalah yang terbaik
Lama tidak memblog.
Idea mengunung namun masa terbatas untuk mengerakkan jejari yang makin kurang tirus ini.
Hidup kita ini dalam perancangan Allah SWT.
Ahad lepas. Menunaikan permintaan anak-anak yang mahu mengadakan open house buat kawan2.
Sabtu baru sibuk mengecat rumah yang kami plan nak mengecat since bulan puasa yang terbengkalai dek macam2 hal. Tak sangka mengecat rumah amat memenatkan. Penat sangat membuatkan malam hari kami masih belum dapat memberi keperluan untuk dimasak esok. rasa hati mahu saja batalkan open house tersebut. Mama dan papa tahap penat yang tidak terhingga.
Pukul 10.00 pagi baru mula memasak.
Tiba-tiba terima call dari anak menakan yang mengatakan mereka telah ada di Puchong. "Kami mai nak tolong", kata anak menakan.
Chu ni tarik nafas lapang sangat. Anak-anak menakan mai dalam masa yang sekejab banyak food dapat dimasak. Mee kuah utara, nasi himpit, rendang, mushroom sup, kuah kacang, sate, salad buah, kek carot.
Alhamdulillah ...open house ni menjadi dek anak menakan chu yang hebat Aa (mastura), Angah, Leah, Baam, Ain dan Fayed. Tak tau chu nak luahkan macam mana...rasa proud dianugerahkan anak2 menakan yang cekap dan hebat macam ni. Aaa you are genius on preparing food. Memang chu tabik spring....chu ni masih lagi terkial2 nak masak itu dan ini...lembek sangat ****ni kena manja sangat dgn hubby***
Kita tak menjangka Allah SWT datangkan pertolongan melalui orang2 sekeliling kita.
Terima kasih pada anak2 menakan yang datang, Emy yang tak jadi pergi PD dan Zah yang kebetulan Burn cuti hari tu juga pengantin baru, Cik Aan doa chu supaya murah rezeki.
Dan pada adik2 Ipaq kak Na yang mai malam ampun dan maaf ....banyak food dah abis kesian pada adik kak Na, Kinah yang dapat makan nasi impit saja.
Hidup ini adalah indah dengan segala nikmat dan perancanganNYA.
Comments
Post a Comment