Al Khattab mama sentiasa mendoakanmu
Email kepada cik B, bila cik B balik menceritakan anak jiran yg menjadi imam solat terawih. Alhamdulillah syukur kerana dikurniakan jiran2 yg mendidik anak ke arah addin. Namun kata2 papa membuatkan hati siteruna tercalar.
*********************************************************************************
Papa,
Kira abang dah bagus sgt
walaupun dia tak duduk hostel tp dia istiqomah solat waktu, risau dia takut berdosa jika tak ada orang azan disurau & kerisauan dia mengenai surau yg kurang diimarahkan amat menyentuh hati mama….hari2 dia doakan untuk
kita papa
Tak payah la tengok anak orang
lain dan bandingkan anak orang lain dengan anak kita setiap anak lahir dengan fitrahnya tersendiri. Anak yang hebat lahir dari ibu bapa yg hebat.
Kita patut berbangga dgn abang
…kita yg didik dia sendiri walaupun dia tak duduk hostel dia mampu jadi ikutan kawan2
yg lain untuk bersolat. Dia dah buat tugas daie.
Semalam dia tanya mama…kalau
abang nak ikut berdakwah mama bagi tak…mama kata tentulah mama bagi sbb dakwah
ni mmg tuntutan agama
Tugas kita adalah tingkatkan
keyakinan anak kita. In Sha Allah satu hari nanti dia akan jadi pendakwah yg
hebat. Dia ada aura Saidina Umar Al Khattab dan dia mampu jadi orang yang adil sebagaimana Khalifah Umar Abdul Aziz dan Dia akan jadi pejuang fisabilillah sebagaimana Ibnul Khattab.
**********************************************************************************
Comments
Post a Comment