29 August 2010

No Idea

Kepala otak dah blank.....keletihan



Jalan-jalan konon nak sopink.



Hari ni konon nak ke Jalan TAR buat final sopink buat 2 anak teruna & bapa teruna....tp sesampainya di sana semua tak nak pergi ke khemah.."panas mama....so beli jelah baju melayu di pasaraya di Jalan TAR. Masuk satu kedai si kecik sudah buat hal sedangkan masa di SOGO tadi bukan main ceria. Si bapa teruna pula beriya-riya tak nak baju melayu tahun ni.."papa nak pakai jubah"....grrrr



Sudahlah masa nak pergi jalan bukan main sesak terpaksa parking jauh dekat dengan Maju Junction.



Apapun raya berbangga dengan kibaran jalur gemilang yg menghiasi bagunan sepanjang Jalan Raja Laut sempena kemerdekaan yg ke 52.

28 August 2010

Anak..suatu amanah


Anak merupakan suatu amanah yang besar daripada Allah SWT. Kita bukan sahaja bertanggungjawab membesarkannya, memberi makan pakai tetapi kita juga wajib menerapkan Addin (cara hidup Islam ) di dalam diri anak-anak kita.

Ya ..aku menjadi seperti mak suatu ketika dahulu.

Solat 5 waktu adalah tiang agama dan rukun Islam ke 2. Kakak, Abang dan Alang sudah melepasi umur yang mewajibkan mereka menunaikan solat. Hari-hari mulutku tidak berhenti bertazkirah kepada anak-anak ini. Solat itu penting. Solat itu nadi kehidupamn kita. Solat adalah komunikasi kita dengan Allah SWT..pencipta kita.

Selain itu, selepas solat lima waktu, aku mengamalkan doa dari surah al-Furqan-74 yang bermaksud, “ Tuhan kami, Anugerahkanlah kami isteri-isteri dan keturunan kami yang menyenangkan hati, dan jadikan kami imam bagi orang yang bertakwa” dan surah Ibrahim ayat 40 yang bermaksud:

“ Wahai tuhanku, Jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang menegakkan solat. Wahai Tuhanku! Kabulkanlah doa kami.”

Sebagai ibu sebolehnya aku cuba memberi kekuatan Islam dalam diri anak-anak biar dalam diri mereka penuh dengan kekuatan DIN......semoga mereka sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT dan menjadi pejuang Fisabilillah......

DOA UNTUK ANAK SOLEH



SURAH AL-BAQARAH(2) AYAT 128

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَآ أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيم

Our Lord! And make us submissive unto You and of our offspring a nation submissive unto You, and show us our Manasik, and accept our repentance. Truly, You are the One Who accepts repentance, the Most Merciful.

Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.


SURAH ALI-IMRAN AYAT 38


رَبِّ هَبْ لِى مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَآءِ

At that time Zakariyya invoked his Lord, saying: “O my Lord! Grant me from You, a good offspring. You are indeed the All-Hearer of invocation.”

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan”.

SURAH AS-SAAFAT AYAT 100

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ

“My Lord! Grant me (offspring) from the righteous.”

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.

(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)



DOA AGAR ANAK2 MENGERJAKAN SOLAT
SURAH IBRAHIM (14) AYAT 40

رَبِّ اجْعَلْنِى مُقِيمَ الصَّلوةِ وَمِن ذُرِّيَتِى رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَآءِ


“O my Lord! Make me one who performs Salah, and (also) from my offspring, our Lord! And accept my invocation.”

Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

DOA MELEMBUTKAN HATI ANAK2 YG NAKAL
SURAH TAHA AYAT 1-6

Kemahuan diri dan kata hati



Tiba-tiba terasa mahu mengikuti perkembangan fesyen terkini nampak cantik dan ranggi namun kata hati adakah fesyen itu menepati apa yang dimahukan oleh Islam dan diri terkedu. Dan hati mengingatkan akan ayat quran "Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya.” [TMQ Al-Ahzab (33):59"

Saat insan lain berlumba-lumba memperhiaskan diri seolah diri mahu mengikuti ...yaa cantik bila alis kening di lukis bibir dimerahi namun hati menolak dengan sayu...usah diikuti resam jahiliah dan tabaruj...Tabarruj bererti wanita menunjukkan dan merperagakan perhiasan dan kecantikannya untuk menarik perhatian kaum lelaki dan meransang keinginan mereka. Dalil: surah al-Ahzab ayat 33.

Terasa ingin memakai wangian tambahan pula wangian kini banyak yang boleh di bawa solat namun hati memarahi diri ni...dan diingatkan aku akan tazkirah yang pernah aku dengari takala belajar dahulu..."Diharam bagi wanita memakai wangian iaitu ketika keluar rumah, dihadapan lelaki bukan mahram, tujuan memikat lelaki dan ketika ke masjid untuk sembahyang berjemaah. Sebagaimana sabda nabi S.A.W : “Seorang wanita apabila memakai bauan, kemudian keluar melalui di hadapan orang ramai dalam suatu majlis yang ada lelaki bukan mahram denganya, maka wanita tersebut dikira seperti orang yang melakukan zina.”

Dan takala aku diuji...dan Allah SWT maha mengetahui maka ada yang mencelah aku patut menukar penampilan diri dan kata hati janganlah kerana hablulminannas kau menidakkan hukum Allah SWT. Kembalilah diri kepada Hablulminanllah kerna Dia adalah segalanya.

Tuhanku kau ampunilah dosa-dosaku sesungguhnya kau pengampun dosa2 besar

27 August 2010

Kueh Bangkit

Konon nak buat hari ni....: )

Kuih Bangkit Santan



Bahan-Bahan:
4 cawan tepung ubi
2 cawan tepung gandum
4 1/2 cawan gula halus
1/2 sudu serbuk penaik
4 biji telur ayam
1 biji kelapa

Cara menyediakannya:
1.Tepung ubi dan tepung gandum hendaklah digoreng terlebih dahulu. Kemudian ambil 3 cawan santan dari kelapa yang telah diparut.
2. Campurkan tepung ubi, tepung gandum, gula bersama serbuk penaik.
3.Pukul telur hingga kembang dan tuangkannya ke dalam tepung sambil mengguli bersamanya.
4.Tuangkan santan sedikit demi sedikit sambil menggulinya sehingga ianya lembut.
5.Canai dan terapkan mengikut acuan yang disukai.
6.Seterusnya bakar dengan menggunakan api yang sederhana sehingga
7.ianya kelihatan kekuningan. Setelah agak kekuningan, bolehlah diangkat untuk di simpan dalam balang kedap udara.

Selamat Menyambut Nurul Quran

hari ni Nurul Quran. Selangor cuti. Cadangnya nak pergi buat persiapan terakhir sebelum balik raya di Masjid India ttp di dikasi izin kakanda. Jadi lepakla di rumah sambil mengodek-godek resepi tenet mencari idea untuk hidangan berbuka nanti.

Peringatan Nuzul Quran bagi kaum Muslimin amat penting kerana kita memperingati peristiwa besar yang terjadi pada sekitar abad yang lalu. Kita memperingati Nuzul Quran kerana kita berkeyakinan bahawa al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW adalah satu-satunya rahmat yang sebesar-besarnya kepada umat manusia di seluruh alam.

Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad pertama kalinya ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira' pada malam Jumaat bertepatan tanggal 17 Ramadan iaitu tahun ke-41 dari kelahiran baginda atau pada tanggal 6 Ogos 610 M.

Kebanyakan ulama menetapkan bahawa pada hari penghabisan turunnya al-Quran ialah hari Jumaat 9 Zulhijjah tahun 10 Hijrah atau tahun ke-63 dari tarikh kelahiran Nabi.

Pada saat itu Nabi SAW sedang berwukuf di Padang Arafah dalam menyelenggarakan haji yang terkenal dikenali Haji Wada'. Kebanyakan ulama tafsir menetapkan bahawa sesudah hari itu tidak ada lagi al-Quran diturunkan untuk menerangkan hukum dan Nabi pun setelah Haji Wada' selama 18 hari, baginda wafat iaitu pada tanggal 12 Rabiulawal tahun 11 Hijrah.

Ayat yang terakhir menurut pendapat Jumhur adalah surah al-Maidah ayat 3 yang bermaksud:

"Pada hari ini Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku-ucapkan kepadamu nikmat-Ku dan telah Ku-redai Islam itu agama bagimu."

Kalau kita sekarang berbicara tentang Nuzul Quran, sangat wajarlah sebagai hamba Allah SWT secara khusyuk dan rendah hati menghayati suasana malam diturunkannya al-Quran sebagaimana yang tersebut dalam surah al-Qadr ayat 1 hingga 5 yang bermaksud:

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran ini pada malam Lailatulqadar, dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatulqadar? Malam Lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut; Sejahteralah malam yang berkat itu hingga terbit fajar!"

Demikian juga dalam Surah Ad-Dukhan ayat 3 Allah berfirman yang bermaksud: (Sesungguhnya kami telah menurunkan al-Quran pada malam yang tersebut kerana) pada malam yang berkat itu dijelaskan kepada malaikat tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku (tidak berubah atau bertukar).

Meskipun kata-kata 'malam' disebut dalam al-Quran sebanyak 92 kali, namun khusus untuk malam Qadar ini diberikan kehormatan yang amat tinggi. Ia dinamakan 'malam' yang diberi berkat kerana turunnya al-Quran pada malam itu bersama seluruh malaikat di bawah pimpinan malaikat Jibril a.s.

Penghormatan ini berlangsung satu malam suntuk dengan tenang dan aman damai sehingga terbitnya fajar pagi. Sengaja digambarkan oleh Allah SWT dengan kata 'salam' akan ketenangan malam yang semalaman itu sebagai kiasan daripada mesej dan isi yang dibawa oleh kitab suci iaitu perdamaian

Oleh sebab kita mengakui al-Quran dan sunnah sebagai panduan hidup, seharusnya kita berusaha mencipta kebaikan dalam kehidupan ini. Kita harus memperbaiki hubungan persaudaraan sesama Islam, merapatkan hubungan silaturrahim dengan keluarga yang dekat mahupun yang jauh dan mencipta perdamaian di antara pihak-pihak yang bermusuhan. Allah menegaskan dalam firman-Nya yang bermaksud:

"Bertakwalah kamu kepada Allah dan perbaikilah keadaan perhubungan di antara kamu, serta taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, jika betul kamu orang-orang yang beriman."

(Surah al-Anfal: Ayat 1)

Pengabaian sesetengah umat Islam terhadap maksud hadis tersebut meletakkan diri mereka pada hari ini jauh sekali daripada memenuhi ciri-ciri Mukmin yang sejati. Rasulullah SAW menjelaskan bahawa akan datang suatu zaman di mana orang berkumpul di masjid untuk sembahyang tetapi tidak akur dengan tetangganya iaitu memutuskan silaturrahim. Maka ia dinilai oleh Nabi sebagai orang yang melakukan solat tetapi hakikatnya tidak dihitung sebagai orang yang melakukan solat.

Sebagai umat yang satu, kita dapat saksikan bahawa setiap umat Islam mengerjakan ibadat yang sama, iaitu bersembahyang sebanyak lima kali sehari dan mengarahkan kiblat yang satu. Kita tidak akan dapat nilai-nilai kesatuan ini dalam agama lain, walaupun mereka melaksanakan ritual yang sama, tetapi arah mereka tidak bertemu di satu pusat atau tempat.

Bagi umat Islam setiap kali bersembahyang, sama ada sembahyang itu merupakan fardu atau sunat, kiblatnya adalah tetap sama, iaitu Kaabah.

Sewaktu melakukan ibadat haji, di tanah suci Makkah al-Mukarramah umpamanya ia turut membuktikan lingkaran ibadat dalam satu kesatuan.

Setiap umat Islam mengelilingi Kaabah dalam posisi ibadat yang dinamakan tawaf, dan ini dilakukan secara beramai-ramai.

Dalam melaksanakan tawaf itu, setiap umat Islam berpakaian ihram, yang tentunya memberikan makna sebuah kehidupan yang sederhana, pakaian yang tidak berjahit, berwarna putih dan membaca ayat-ayat yang sama, walaupun dari segi fizikalnya umat Islam itu berlainan keturunan tetapi mempunyai niat yang sama, iaitu niat kerana Allah SWT, tawaf tujuh kali, sembahyang sama bilangan rakaatnya mengikut sembahyang fardu yang dilakukan dan seterusnya melakukan segala rukun dan syarat ibadat itu dalam bentuk yang sama.

Inilah hakikat yang cuba disampaikan melalui falsafah kesatuan umat. Ia dijelmakan dalam bentuk amalan, ritual dan perilaku seharian, maka dengan itulah Islam mudah mendapat tempat, kerana amalan yang dipertanggungjawabkan itu adalah mudah dan amat sederhana sekali.

Akhir-akhir ini, falsafah kedinamikan dan kesatuan walaupun masih kekal, terdapat sedikit penyimpangan mula diperlakukan oleh sesetengah pejuang Islam yang bersandarkan keinginan politik. Mereka sanggup menghindarkan diri dari pembentukan jemaah, sebaliknya mengasingkan diri dengan perjuangan tertentu.

Pengakuan seorang khatib jemputan yang memasukkan nama Lim Guan Eng dalam bacaan doa kedua khutbah Jumaat yang disampaikannya sejak dua tahun lalu memberikan gambaran bahawa telah berlaku secara terang-terangan usaha untuk mempersendakan kesucian agama Islam oleh orang Islam sendiri.

Meskipun secara jelas maksud sebenar doa yang disampaikannya itu masih dipertikaikan, ramai umat Islam menganggap ia satu petanda betapa terdesaknya khatib tersebut sehingga sanggup meminggirkan kedudukan Ketua Agama Islam secara rasmi dan sah dari segi peraturan dengan menukarkannya dengan pemimpin bukan Islam yang cuba menggunakan kebijaksanaan pemimpin Islam sebagai topeng politiknya.

Gambaran apa yang berlaku di Pulau Pinang itu nampaknya sudah melampaui tahap politik yang matang, ia memberikan gambaran tahap politik menjadi semakin rendah dan kotor.

Maka tidaklah keterlaluan apabila ada pandangan mengatakan agama telah dikotorkan oleh tuntutan politik yang disengajakan oleh pihak tertentu bagi tujuan mengekalkan kuasa dan membina imej dengan mencampurkan urusan ibadat.

Amatlah diharapkan hasil siasatan Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan oleh polis Pulau Pinang akan menemui satu petunjuk yang jelas dan dapat kita sama-sama membandingkan bagi meletakkan kembali kedudukan Islam sebagai agama yang mementingkan perpaduan, kesejahteraan dan keamanan yang berkekalan.

Dari hakikat ini umat Islam tidak harus menjadikan al-Quran sekadar alat kepentingan untuk memperolehi keuntungan duniawi atau kepentingan politik. Umat Islam perlu kembali menghayati dan mengamalkan isi kandungan al-Quran serta menciptakan tradisi untuk bersaing dalam menerapkan ayat-ayat tersebut dalam realiti kehidupan.

Apa yang berlaku di kalangan umat Islam sendiri hari ini hanya memuliakan atau mentaqdiskan huruf dan lagu-lagu al-Quran sahaja. Mereka membacanya dengan penuh bertajwid , sedangkan makna dan sebahagian ajarannya dilupakan sama sekali.

Dalam hal ini Allah SWT berfirman dalam Surah Muhammad ayat 24 yang bermaksud "Adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran al-Quran)?" Bagaimana al-Quran dapat dijadikan sebagai petunjuk, penjelasan dan pembeza antara yang makruf dan mungkar jika pintu hati kita sentiasa tertutup untuknya.

Bukan dalam soal penghayatan sahaja bahkan manusia hari ini langsung telah hilang pedoman, hilangnya sifat perikemanusiaan sehingga bayi-bayi yang dilahirkan akibat perzinaan dibuang merata-rata tempat. Ingatlah orang yang selama hidupnya tidak mengetahui makna kasih sayang terhadap bayi yang tidak berdosa, tidak akan masuk ke dalam hatinya cahaya keimanan.

Malah yang lahir adalah sifat kebinatangan yang rakus serta tanpa batas. Semuanya itu mencerminkan lunturnya nilai-nilai kemanusiaan yang seharusnya menjadi amalan dan pegangan semua umat Islam.

Menahan nafsu inilah yang perlu kita pertahankan sehingga sampai kepada sepuluh hari terakhir di mana waktu itu ibadah puasa lebih bersifat rabbani.

Dalam fasa ketiga ini kita akan mengalami puncak pengalaman kita dalam keadaan berpuasa iaitu berusaha memperolehi lailatulqadar. Untuk mencapainya, kita harus memulai dari sekarang dengan memahami hal-hal berkaitan amalan berpuasa.

Puasa kemudiannya bukan sahaja menjadi etika individu, tetapi juga menjadi etika sosial dan gerakan moral yang efektif dalam menangani pelbagai masalah sosial seperti kemiskinan, jenayah, rasuah, dan sebagainya.

Bersyukurlah kerana kita telah dipilih-Nya untuk sama-sama 'meraikan' kehadiran Ramadhan yang terkandung rahmat-Nya yang tidak terhitung.

Datuk Aziz Jamaludin Mhd Tahir ialah Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)

26 August 2010

Bagaimana Pergaulan Kita?

Ikhtilat merupakan suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi. Ia merupakan suatu bentuk pergaulan yang ditegah oleh Islam. Sesungguhnya mengambil mudah persoalan ikhtilat boleh membuka

ruang maksiat yang berleluasa dalam masyarakat tanpa kita sedari. Tambahan kemajuan era teknologi sekarang, ikhtilat bukan sahaja melibatkan perjumpaan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi malah dengan kemudahan yang ada seperti Yahoo Messenger, SMS, e-mail, Facebook dan Friendster. Jarak yang jauh didekatkan, masa yang berbeza tidak menjadi masalah begitu juga dengan kos perhubungan. Budaya ini terus menjadi darah daging masyarakat kita terutama remaja-remaja.

Kadang kala perhubungan dimulakan atas dasar kerja tetapi akhirnya melarat kepada perkongsian peribadi bukan perkongsian kepakaran. Maka tenggelamlah konsep 'kerja adalah kerja, peribadi adalah peribadi'. Kononnya hendak memahami dan mewujudkan keserasian dalam bekerja. Seolah-olah kita mencari keredhaan manusia dalam kemurkaan Allah.

Apabila wujud golongan yang menegah dan menunjukkan kaedah muamalat yang selari dengan syariat Islam maka timbullah konsep SYADID. Sememangnya Islam itu mudah dan tidak membebankan tapi tidak bermakna kita layak untuk mempermudah-mudahkan syariat Islam. Adakah salah seorang nisa' dan rijal menjaga maruah dan pergaulannya. Bercakap, berurusan, berjumpa dan berbincang atas keperluan? Adakah salah bagi seorang nisa' terutamanya menegaskan suaranya dan menjaga pandangan demi menjaga maruah dirinya.


Dalam Al-Quran ada menyebut: "Katakanlah kepada lelaki-lelaki dari orang-orang beriman supaya menahan pandangan mereka serta menjaga kehormatan mereka dan katakanlah kepada perempuan-perempuan dari orang-orang yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka." (An-Nur:31)

Apabila rijal dan nisa' berjumpa tidak kira atas apa jua keperluan dan keadaan perlulah berteman bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW: "Tiada akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan syaitan akan menjadi orang yang ketiga."


Ada yang menimbulkan alasan malas menyusahkan rakan untuk menemankan kita. Malas nak tunggu rakan. Malas itu malas ini. Besar sangatkah malas kita berbanding arahan Allah dalam Al-Quran? Tegarkah kita melawan syariatNya. Syariat Islam turut menyarankan kepada kita untuk menundukkan pandangan. Bukan sahaja haram melihat aurat bukan mahram malahan bahagian-bahagian bukan aurat turut dilarang. Sabda Rasulullah SAW: "Wahai Ali janganlah pandangan (yang kedua) menuruti pandangan (yang pertama) kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagimu sedang yang kedua tidak (berdosa)."

Kalau dah bergaul dan bercampur bebas masakan kita mampu menahan dan menjaga pandangan. Usah menegakkan benang yang sememangnya basah. Ana bukanlah nak menghukum tanpa memberikan jalan penyelesaian. Jom kita berkongsi tip-tip berurusan dengan bukan mahram:

1. Elakkan berhubungan dengan lelaki. Kalau ada peluang untuk minta bantuan dari nisa' (bagi nisa') dan rijal (bagi rijal), mintalah tolong mereka. Lainlah benda-benda di luar kudrat kita contohnya apabila nisa' minta bantuan rijal soal baiki laptop, kereta dan perkara-perkara yang tak mampu dilakukan nisa'. Silalah mempergunakan kemahiran dan kepakaran yang ada. Begitu jugalah sebaliknya bagi rijal.

2. Andai terpaksa berhubung dengan bukan mahram gunakanlah perantaraan berbentuk tulisan seperti sms, nota kecil dan sebagainya. Ringkaskan dan padatkan ayat-ayat. Tak perlulah meletakkan ikon senyum yang sememangnya comel. Tak perlu disertakan dengan gelak ketawa seperti huhu, haha, hihi, hikhik. Seolah –olah kanak-kanak tadika mengajar mengeja. Apatah lagi benda-benda lain yang kurang berfaedah.

Andai terdesak sangat untuk bercakap melalui telefon, jagalah suara anda terutama nisa' selari dengan tuntutan Al-Quran: "Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu org yang ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik." Takkanlah nak tunggu Allah menempelak kita dengan balaNya?

3. Tundukkan hati. Sepatutnya apabila kita berurusan dengan bukan mahram kita perlu risaukan kemurkaanNya. Banyak-banyaklah berdoa semoga urusan dipermudahkan dan bebas daripada fitnah. Minta dariNya supaya dipelihara daripada panahan syaitan.

4. Tundukan pandangan. Jangan tertipu dengan matapelajaran kaedah berkomunikasi yang kita belajar "make eye contact with the person you're talking to" melainkan dengan kaum sejenis, “make eye contact” teramatlah disarankan demi membina ukhwah yang kukuh. Berwaspada dengan konsep "dari mata turun ke hati". Tak bermakna tundukkan pandangan sehingga jalan terlanggar tiang.

5. Mempercepatkan urusan. Apabila ada urusan, segerakanlah kerja. Tak perlulah sampai hendak berkongsi hal peribadi, luahan hati, gelak ketawa dan sebagainya yang tidak penting. Berbincanglah di tempat yang sesuai dan segerakan urusan. Jangan lupa peneman anda.

"Lalu apa yang telah aku lakukan selama ini...Ya Rabb...tolong ampuni aku...untuk setiap pandangan yang tak terjaga, lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab... Ya Rabb...Engkau mengawasi kami tiap detik, karena kasih sayangMu kepada kami Engkau perintahkan malaikat silih berganti menemani kami siang dan malam..."

Semoga ia menjadi peringatan bagi kita. Semoga kita dapat mewujudkan biah solehah dalam keredhaanNya. Peringatan untuk diri yang lemah dan banyak kesilapan serta kekurangan dan sahabat-sahabat Islam yang dikasihi.

"Elakkanlah berhubung tanpa urusan yang benar2 penting dengan wanita2 (berlawanan jantina) kerana di situlah letaknya jalan SYAITAN".



Sumber: Laman web sahabat.

Jom Balik Raya

2 minggu lagi umat Islam akan merayakan aidil fitri dan ini bermakna 2 minggu lagi ramadhan akan meninggalkan kita.

Indah ramadhan kali ini. Dan ianya amat bermakna buatku. Ramadhan ini aku lebih tenang berbanding ramadhan lalu. Alhamdulillah.

Tadi terima email dari Mat..mengenai balik raya...membuatkan air mataku menitis aku reply email tersebut sepatutnya papa hantar email ini pada ipar2 papa (isteri2 saudara lelaki hubby) sebab ada antara mereka asal raya sahaja bertapalah dirumah mak bapak sendiri dan lupa mereka yang mertuaku juga mempunyai anak iaitu suami mereka.

Petikan email tersebut,

"Setiap kali menjelang ramadhan, saya tergiang-giang suara ibu yang rasanya baru saja saya dengar walaupun telah berlaku berbelas tahun.

Diantara tazkirah ibu yang amat saya ingat ialah ketika dalam bulan puasa selepas bersahur sementara menunggu waktu solat subuh ibu memanggil kami
(3 orang anak perempuannya dan 2 orang anak lelakinye yg masih bujang“ Total adik beradik 6 seorang dah kawin and duduk with husband)
dan akan bercerita tentang kebesaran Allah dan hukum hakam dalam islam dengan menggunakan bahasa yang amat mudah difahami walaupun ketika itu saya masih lagi bersekolah menengah rendah. Ayah pula sudah meninggal dunia ketika usia saya tiga bulan



Ibu: Apa yang nak ibu cakap nie....dengar baik-baik lebih-lebih lagipada Ateh (anak no. 3) dan Acik. (anak no.5) & (Saya anak bongsu yg ke-6)
Ateh akan mendirikan rumahtangga tak lama lagi.
Apabila hampir penghujung puasa dah tentu kamu suami isteri akan berbantah-bantahan untuk pulang ke kampong siapa pada hari raya pertama.
Betul tak?
.
Ateh & Acik : Betul....
mestilah ghumah ibu dulu.........
.
Ibu : Dengar dulu....
contohnya jika rumah kamu di Paka, rumah ibu di Johor dan rumah mentua kamu di Marang, rumah siapakah yang akan kamu tuju dulu?
.
Ateh & Acik: Ghumah ibulah.....
.
Ibu: Tidak.......
ibu tidak izinkan kamu balik ke sini.........
baliklah ke rumah mentua kamu dan jika mentua dan suami kamu izinkan barulah balik ke rumah ibu........
ibu tak kisah hari raya yang keberapa sekalipun
.
Ateh : Mengangguk.......
(tanda faham ler tue...... dia nie banyak ikut perwatakan ibu....penyabar, bertolak ansur dan mahir dalam menjahit,sulam menyulam, memasak dan juga pandai mengurut....diantara kamiadik-beradik dialah yang paling dalam pengetahuannya dalam islam seperti ibu juga)
.
Acik : Mana boleh macam tu tak aci lahhhhhh......
kena gilir-gilirlahbaru adil
(dia nie memang kaki bangkang pun.....outspoken skit kalau dia tak puas ati)
.
Ibu : Ingatlah......
jika anak-anak perempuan itu sayangkan ibu bapanya dan inginkan kebahagian ibu bapa nya di akhirat nanti...
taatlah pada suami dan mentua ........
.
Acik : Macam kaum h**** lak...
Dah kawin tak bo leh gi rumah emak bapak
.
Ibu : Bukan macam tu......
islam tu indah.......
setiap anak-anak perempuan yang taat pada suami di samping mentua mereka, ibubapanya akan mendapat pahala di atas ketaatannya itu.....
dan seperkara lagi.....
untuk menjaga suami tidak sesusah mananye...
hanya dua perkara kalau kamu nak menundukkan suami kamu mengikut ISLAM......
JAGALAH NAFSUNYA DAN JAGALAH PERUTNYA
InsyaAllah dia tak akan ke mana.....
kalau dia melilau pun dia akan kembali kepada kamu juga...
Pahala kamu ada di dalam rumah kamu tak payah bersusah payah macam kaum lelaki di luar rumah mencari pahala...

Ditakdirkan Allah Ateh bernikah dengan seorang pemuda yang yatim piatu......
jadi setiap tahun beraya bersama ibu manakala Acik pulak berkahwin dengan pemuda yang masih mempunyai ibu- bapa...
Hampir setiap tahun pada hari raya puasa Acik sekeluarga akan beraya di rumah mentua di Melaka cuma pada hari keempat atau selebihnya di rumah ibu (rumah Acik di KL)...

Dengan takdir Allah ketika saya berada di tingkatan 6 rendah, dua hari sebelum hari raya puasa Acik sekeluarga tiba dirumah ibu.
Ibu terkejut tapi saya rasa terkejut campur gembira agaknya ibu pada masa itu.

Selepas pulang dari solat terawih ibu duduk berbual dengan abang ipar...

Ibu:Bila kamu nak bawa isteri kamu pulang ke Melaka?
.
Abang ipar:Kami akan beraya di sini dan raya ke dua nanti baru balik ke Melaka (dia nie memang malu sakan dgn ibu).
.
Ibu : Adakah ini desakan dari isteri kamu?
.
Abang ipar: Tidak bu.......
saya izinkan keluarga saya beraya di sini.
.
Ibu : Bagaimana ibubapa kamu adakah mereka setuju?
.
Abang ipar: Mereka tiada halangan.
(dalam hati saya rasa terkilan..........apalah ibu nie....biarkan jerlah Acik nak beraya disini)
.
Ibu : Izinkan ibu bercakap dalam talipon dengan emak kamu.
(abang ipar bangun dan mendial no. talipon kampungnya dan menyerahkan ganggang talipon pada ibu....lama gak ibu bergayut dengan besannya).
Emak kamu tak ada masalah kamu sekeluarga beraya bersama ibu di sini. (sambil menitis airmata)
Terima kasih kerana membawa anak dan cucu-cucu ibu ke sini.

Apabila habis bulan syawal seperti biasa hanya saya dan ibu saja tinggal dirumah.
Sebagai anak yang bo ngsu dan paling rapat dengan ibu dan masih solo ketika itu, ibu mencurahkan perasaan dan berbangga kerana dapat membimbing anak-anak perempuan nya kearah islam tapi ibu amat kecewa dengan kedua-dua anak-anak lelakinya yang seperti lembu dicucuk hidung menjadi pak turut kepada isteri mereka.


Bayangkanlah menantu perempuan ibu yang sulong tidak pernah bermalam di rumah ibu apatah lagi lepas makan nak tolong basuh pinggan ke atau menolong kerja-kerja rumah yang lain....
(tak boleh cerita panjang.........dah masuk bab mengumpatlak.......).

Semasa saya di tingkat 6 atas ibu kembali ke rahmatullah membawa seribu kekecewaan di atas sikap anak-anak lelakinya. "



Alhamdulillah apabila saya mendirikan rumahtangga......masalah pulang beraya tak mendatangkan masalah pada suami kerana semua jenis cuti kami sekeluarga akan habiskan di rumah mentua saya.
Saya juga salah seorang menantu yang disenangi.
Saya selalu bertanya pada diri saya sendiri......


sempurnakah sudah aku sebagai seorang menantu?

Sempurnakah aku sebagai seorang isteri yang solehah?......

berjayakah aku menjadi ibu sepertimana ibu ku dulu????????

Ya Allah.....
berilah aku petunjuk dan pimpinlah aku ke jalan yang engkau redhai.....
Aminnnnnn "........email the end

Dan untuk ini credit aku berikan pada kakak iparku Kak minah yang aku rasakan sebagaimana kakak sendiri.

24 August 2010

Bahaya Riak

Riak ialah memperlihat atau menyempurnakan ibadat dengan tujuan mendapat pujian serta perhatian orang lain seperti solat dan puasa.

Baginda SAW bersabda yang bermaksud: "Mahukah kalian aku beritahu sesuatu yang lebih aku takutkan daripada Dajal? Kami katakan: Tentu. Baginda bersabda: Syirik yang tersembunyi iaitu apabila seseorang mengerjakan solat lalu dia menyempurnakan solatnya kerana melihat seseorang memandangnya." (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Al-Muhasibi menjelaskan penyebab riak: "Senang dipuji dan takut dicela, tunduk kepada dunia dan tamak kepada perkara dimiliki orang lain."

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya amalan itu tergantung pada niatnya, dan sesungguhnya amalan seseorang dibalas sesuai dengan apa yang dia niatkan." (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Allah berfirman bermaksud: "Padahal mereka tidak disuruh kecuali menyembah Allah dengan memurnikan (ikhlas) ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus." (Surah Al-Bayyinah, ayat 5)

Allah berfirman bermaksud: "Barang siapa berharap akan menemui Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal salih dan jangan mempersekutukan dalam menyembah Tuhannya dengan suatu apa pun." (Surah al-Kahfi, ayat 110)

Menyedari besarnya musibah dibawa sifat riak, Rasulullah SAW mengajar umatnya memohon perlindungan dengan membaca doa: "Ya, Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada perbuatan syirik yang kami ketahui. Kami memohon ampunan kepada-Mu daripada dosa (syirik) yang kami tidak mengetahuinya." (Hadis riwayat Ahmad)

Dosa syirik yang tidak diketahui merujuk riak kerana ia dianggap syirik tersembunyi. Pelakunya menampakkan ibadah itu dikerjakan kerana Allah, sedangkan niat tersembunyinya untuk mendapat perhatian dan pujian manusia.

Perasaan riak dapat disingkirkan dalam jiwa setiap insan jika dia benar-benar memahami keagungan sifat Allah yang Maha Mendengar dan Maha Melihat serta Maha Mengetahui apa yang nampak ataupun tersembunyi.

Firman Allah bermaksud: "Katakanlah, jika kamu menyembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu menampakkannya, pasti Allah mengetahuinya" (Surah Ali-Imran, ayat 29)

Apabila seseorang mengetahui tiada apa yang terdetik di hatinya tersembunyi daripada Allah, dia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengikhlaskan ibadahnya hanya kepada Allah.





KISAH disebalik RIAK

Syidad bin Ausi berkata,Suatu hari saya melihat Rasulullah S.A.W sedang menangis, lalu saya pun bertanya beliau, "Ya Rasulullah, mengapa anda menangis?"

Sabda Rasulullah S.A.W, "Ya Syidad, aku menangis kerana khuatir terhadap umatku akan perbuatan syirik, ketahuilah bahawa mereka itu tidak menyembah berhala tetapi mereka berlaku riak dengan amalan perbuatan mereka."

Rasulullah bersabda lagi, "Para malaikat penjaga akan naik membawa amal perbuatan para hamba dari puasanya, solatnya, dermanya dan sebagainya. Para malaikat itu mempunyai suara seperti suara lebah dan mempunyai sinar matahari dan bersama mereka itu 3,000 malaikat dan mereka membawa ke langit ketujuh."

Malaikat yang diserahi ke langit berkata kepada para malaikat penjaga, "Berdirilah kamu semua dan pukulkanlah amal perbuatan ini ke muka pemiliknya dan semua anggotanya dan tutuplah hatinya, sungguh saya menghalangi sampainya kepada Tuhan saya setiap amal perbuatan yang tidak dikehendaki untuk Tuhan selain daripada Allah (membuat sesuatu amal bukan kerana Allah)."

"Berlaku riak di kalangan ahli fiqh adalah kerana inginkan ketinggian supaya mereka menjadi sebutan. Di kalangan para ulama pula untuk menjadi popular di kota dan di kalangan umum. Allah S.W.T telah memerintahkan agar saya tidak membiarkan amalnya melewati saya akan sampai selain kepada saya."

Malaikat penjaga membawa amal orang-orang soleh dan kemudian dibawa oleh malaikat di langit sehingga terbuka semua aling-aling dan sampai kepada Allah S.W.T. Mereka berhenti di hariban Allah dan memberikan persaksian terhadap amal orang tersebut yang betul-betul soleh dan ikhlas kerana Allah.

Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu semua adalah para malaikat Hafazdah (malaikat penjaga) pada amal-amal perbuatan hamba-Ku, sedang Aku-lah yang mengawasi dan mengetahui hatinya, bahawa sesungguhnya dia menghendaki amal ini bukan untuk-Ku, laknat para malaikat dan laknat segala sesuatu di langit."





BERSIHKAN HATI DARI RIAK
Sabda Rasululllah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang pertama kali diputuskan hukumannya pada hari kiamat kelak ialah seorang lelaki yang mati syahid, dia akan dihadapkan kepada Allah SWT, kemudian Allah SWT mengingatkannya akan nikmat yang pernah dianugerahkan kepadanya sewaktu di dunia dulu, maka dia pun kembali mengingatinya, kemudian Allah Taala bertanya “Apa yang engkau lakukan dengan nikmat yang Aku anugerahkan kepadamu? Ia menjawab “Nikmat itu saya pergunakan untuk berperang kerana membela agamaMu sehingga aku mati syahid. Allah SWT berfirman “Engkau dusta! Engkau telah berperang dengan tujuan supaya disebut sebagai orang yang berani (pahlawan) dan perkara itu telahpun diperkatakan orang sebegitu ke atas mu.” Kemudian dia diheret di atas mukanya dan dicampakkan ke dalam neraka.

Kemudian dihadapkan pula seorang yang alim, dia mengajar ramai manusia dan banyak membaca al-Quran. Allah SWT bertanya “Apakah yang engkau telah lakukan dengan nikmat-ku itu? Ia berkata “Aku belajar ilmu dan mengajarkannya kepada orang lain dan banyak membaca al-Quran demi keredaan-Mu. Allah berfirman “Engkau dusta! Sebenarnya engkau belajar dan mengajarkan ilmu supaya disebut sebagai orang alim, dan engkau membaca Al-Quran supaya mendapat gelaran Qari’ dan semua itu telahpun disebut orang sebegitu kepadamu.” Orang itu kemudian diheret dan dihumban ke dalam neraka.

Kemudian dihadapkan pula orang yang dermawan yang diluaskan rezekinya oleh Allah Taala dengan pelbagai macam harta benda. Kemudian Allah bertanya “Apa yang engkau telah lakukan ke atas nikmatKu? Ia menjawab “Tiada satu jalan pun yang Engkau suruh supaya diberikan derma kepadanya kecuali saya telah dermakan harta saya di sana. Allah SWT berfirman “Engkau dusta! Engkau menderma supaya disebut sebagai orang yang dermawan dan ia telahpun disebut orang begitu kepadamu. Kemudian ia diheret ke neraka.” ~Hadis riwayat Imam Muslim

~Perjuangan itu bukan bermula dengan langkah kita mengatur strategi menjatuhkan pihak lawan,tapi ia juga bermula dengan niat.Perjuangan itu juga bukan hanya untuk memerangi pihak lawan tetapi perjuangan itu pada bertahannya sang pejuang pada pihak lawan.Andai kerap putus asa,usah bicara soal perjuangan..
Berpeganglah pada satu niat,bersandarlah pada satu harapan,bermohonlah pada satu kekuatan,berdirilah pada satu jalan melalui satu ummah.

Hijrah Pada Jihad dan Niat

قال الرسول e : لا هِجْرَةَ بَعْدَ الفَتْحِ وَلكِنْ جِهَادٌ وَنِيَّةٌ – رواه البخاري

Maksudnya: Tiada lagi hijrah selepas pembukaan Kota Mekah tetapi yang ada hijrah pada jihad dan niat



قال الرسول e : المُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ المُسْلِمُوْنَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ وَالمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللهُ عَنْهُ – رواه البخاري وأبو دأود والنسائي

Maksudnya: Seorang muslim ialah orang yang menyelamatkan saudaranya muslim yang lain melalui lidah dan tangannya. Dan seorang yang berhijrah ialah sesiapa yang berhijrah daripada perkara yang ditegah oleh Allah daripadanya


Rasulullah SAW dalam sabda bermaksud: "Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Sharing is caring..
Wallahu a'lam

Sumber : institutalQayyim,ibnu abas,pustakamunirah.

Read more: http://scripters.ning.com/forum/topics/bahaya-riak-dan-menunjuknunjuk#ixzz0xUhacJ72

31 Ogos & 31 Dec : Malam Mengawan...

Iklim sosial negara kita kian teruk dan parah . Nilai maruah dan harga diri telah turun semurah sekeping kad prepaid . Jika seketika dulu dunia dikejutkan oleh tindakan Natalie Dylan dari San Diego USA [ 22 tahun ] melelong daranya dan dibida oleh seorang lelaki Britain dengan harga 2.5 juta pound [ RM 13 juta ] , kemudian Miss Spring [ 17 tahun ] melelong daranya turun pada bidaan serendah RM 1 juta dan Alina Persia [ 18 tahun ] pula menerima bidaan 10 Ribu euro apabila beliau turut melelong daranya . Tetapi anak - anak gadis Malaysia ada yang melelong daranya dengan mee goreng sepinggan dan kad prepaid sekeping . Demikianlah harga maruah yang semakin susut malah hancur dan binasa .

Apabila maruah dan harga diri boleh dilelong dan digadai semurah itu , apalagi nilai yang ada pada manusia seperti itu untuk dipertahankan . Mereka akhirnya menjadi hamba nafsu yang tidak lagi mengenal syurga dan neraka atau dosa dan pahala . Hidup mereka hanya diabadikan kepada perut dan apa yang berada dibawah perut . Rosak nilai , hancur maruah dan binasa tamadun .

Akhir - akhir ini , negara kita semakin menggerunkan . Sungguh menakutkan apabila statistik jenayah rogol , zina dan buang bayi ini semakin berleluasa seperti tidak menunjukkan tempoh tamatnya. Bermula dengan pergaulan bebas , pil ectasy , dadah , arak , pusat pelacuran , filem porno , laman lucah dan sebagainya sehinggalah sekatan ke atas majlis agama , sekolah agama rakyat [ SAR ] , mengurangkan sukatan pengajian Islam di pusat pengajian tinggi , mengambil tindakan ke atas khatib yang tidak bertauliah telah menyuburkan mungkar dan maksiat yang sedang berleluasa ini .

Saya memerhatikan sejak kebelakangan ini untuk tempoh beberapa tahun seperti menunjukkan satu trend bahawa bulan Julai , August dan Sept adalah bulan yang cukup banyak kes buang bayi dilaporkan dan ditemui . Jika bulan julai , august dan september ini bulan menetas ertinya bulan december sebelumnya adalah musim mengawan . Dalam bahasa mudah , jika bulan julai , august dan september ini adalah bulan buang bayi ertinya bulan december sebelumnya adalah bulan berzina . [ sebab tidak mungkin berzina bulan ini , bulan depan buang bayi ]

Bulan December adalah bulan terakhir bagi setiap tahun menurut kalendar masihi . Biasanya di negara kita akan menyambut kedatangan tahun baru detik 12.00 am 1 january dan sambutan itu akan rayakan dengan pesta - pestaan , konsert hiburan , tari menari sedari awal malam sehingga ke awal pagi esoknya . Tentunya pula pesta - pesta itu akan diserikan lagi dengan arak , pil ectasy , pil kuda dan pelbagai bahan khayal untuk membekalkan tenaga kepada melakukan maksiat semaksima mungkin .

Pengalaman saya meronda bersama dengan skuad Dewan Pemuda PAS Pusat dan negeri - negeri jelas menunjukkan bahawa malam sambutan tahun baru inilah menjadi musim mengawan beramai - ramai atau besar - besaran pasangan - pasangan yang tidak mengenal lagi batas dosa dan pahala . Sebahagian besar mereka adalah remaja atau anak - anak yang mengawan semahunya memuaskan nafsu liar mereka . Akhirnya 7 atau 8 atau 9 bulan kemudian tibalah masa menetas . Kini kita boleh saksikan bagaimana pesta menetas pula di dada - dada akhbar yang saya yakin akan berkurang sedikit selepas september nanti .

Mayat seorang bayi perempuan ditemui di tapak pelupusan sampah di Batu 8 Jalan Fook Kim . Sandakan Sabah .

JOHOR BHARU [ 12 Julai 2010 ] Mayat bayi lelaki yang disimpan di dalam sebuah beg plastik di kawasan semak ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan itu . Johor Bharu .

JOHOR BHARU [ 22 Julai 2010 ] seorang bayi perempuan ditinggalkan dalam sebuah beg berhampiran hentian bas dekat Hospital Sultan Ismail sebelum ditemui seorang pekerja kilang wanita yang sedang menunggu bas di tepi jalan pesiaran Mutiara Emas yang mengesyaki sesuatu apabila melihat sebuah beg bergerak - gerak .

KUALA LUMPUR [ 24 Julai 2010] Mayat bayi perempuan baru lahir yang dibungkus dalam beg plastik ditemui bersama longgokan sampah di Flat Sri KelantanBandar Baru Sentul. Mayat yang masih bertali pusat dan diselimuti dengan kain batik itu ditemui dalam tong sampah oleh pengutip barangan lusuh ketika menggeledah tong sampah di flat itu .

NIBONG TEBAL [ 31 Julai 2010 ] Seorang bayi perempuan yang masih hidup ditinggalkan berbalut dengan plastik dan kertas surat khabar di kaki lima sebuah bangunan kedai di taman Cegar Simpang Ampat .

KUALA LUMPUR [ 6 August 2010 ] seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditinggalkan dalam sebuah lubang paip dalam longkang berhampiran sebuah stesen minyak di Klang Gate.
GEORGE TOWN [ 9 August 2010 ] Janin bayi lelaki dipercayai digugurkan ditemui seorang lelaki pemungut tin kosong dalam tong sampah di Pasar Borong Pulau Mutiara Jalan Makloom.
TAMPIN [ 10August 2010 ] Tidak sampai 4 jam selepas dilahirkan , seorang bayi perempuan terpaksa menahan sejuk lapar sambil menangis akibat ditinggalkan dihadapan sebuah rumah di Air Kuning Selatan dekat Gemencheh .

TANAH MERAH [ 12 August 2010 ] Bayi perempuan masih bertali pusat dipercayai dibuang sejak seminggu lalu ditemui seorang murid di dalam lubang kumbahan najis di belakang asrama sebuah kolej di bandar Bukit Bunga .
MELAKA [ 12 August 2010 ] Bayi baru dilahirkan dan masih hidup ditemui dalam tong sampah berdekatan pondok kawalan sebuah kilang plastik di Ayer keroh . Bayi perempuan yang masih bertali pusat itu dimasukkan dalam sebuah beg pakaian berwarna hitam sebelum dibuang ke dalam tong sampah.
KELANTAN , MELAKA DAN KUALA LUMPUR [13 August 2010 ] 3 kes lagi pembuangan bayi telah dilaporkan dalam tempoh 24 jam di kelantan , Melaka dan Kuala Lumpur .

PETALING JAYA [ 15 August 2010 ]- Meskipun kerajaan telah mengumumkan akan bertindak tegas terhadap pesalah kes buang bayi, ia masih gagal memberi kesedaran malah perbuatan itu berlaku lagi. Kali ini, mayat seorang bayi perempuan ditemui dalam sebuah beg sandang yang tersangkut di tebing Sungai Tambun, Kota Damansara di sini hari ini.

Lelaki Budiman Vs Lelaki Primitif


Lelaki Budiman Vs Lelaki Primitif..,,

Siapa lelaki budiman dan siapa pula lelai primitif.

Lelaki Budiman merupakan lelaki yang ada iman didada dan mempunyai keluhuran yang tinggi terhadap wanita terutama kepada ibunya, isterinya, adik perempuannya, anak-anaknya. Lelaki sebegini selalunya kuat pegangan agama dan tidak bertindak membuta. Dia memegang tanggungjawab dengan tulus ikhlas. Sebagaimana Nabi Muhammad SAW, mereka betah membantu isteri melakukan tugasan di rumah. Mereka juga menunjukkan model yang baik kepada ahli rumah. Lelaki budiman mempunyai toleransi dan kesabaran yang tinggi.

Lelaki primitif adalah sebahagian lelaki melayu tipikal yang menganggap dirinya adalah pemimpin dan wanita perlu mendengar kata-katanya juga perlu melakukan kerja untuknya. Lelaki primitif ini sebagaimana si primitif zaman batu hanya menganggap kerja yang mereka lakukan amat berat dan mereka tidak perlu melakukan kerja lain selain rutin harian. Pemarah dan tidak sabar antara ciri lelaki primitif. Mudah tergoda dengan bisikan nafsu serta memandang enteng perasaan wanita yang dekat dengannya.

Sebenarnya ada banyak ciri lelaki budiman & lelaki primitif ini.

Teringat seorang teman dulu bercinta dengan seorang mamat primitif ...konon gentlement siap dengan bunga dan surprise berganda namun ....rupanya jantan primitif bila sudah lama kenal rupanya cemburu buta asyik bagi sedebik bengkak sini sana....bila reda marah dipujuknya pula dibelikan pelbagai hadiah. Aku hanya mampu geleng kepala. Terpulang pada kaulah Milah (bukan nama sebenar) nasihat sudah diberi tapi jika ini yang kau pilih tidak mampu lagi aku bersuara. Namun terkini kuketahui Milah kini kembali single dengan 2 orang anak. Wanita juga yang menjadi mangsa dek perangai jantan primitif ini.

Sekarang ini ramai jantan primitif mulai menunjukkan taring...menjual kata-kata lantas membuncitkan mangsa kemudian yang jadi mangsa wajah kecil yang tidak berdosa dibuang di merata-rata. Ini yang paling memilukan hatiku.....wanita adalah insan lemah namun bila perkara sebegini berlaku maka yang enjadi mangsa adalah wanita begitu juga dengan masalah poligami wanita juga menjadi mangsa dan masyarakat melupai master plan kepada semua masalah ini..."JANTAN PRIMITIF"


Tuhan ampunilah kami jauhilah kami dari musibah akhir zaman ini.

Allah berfirman: Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. [An-Nur 24:30]

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. [An-Nur 24:31]

23 August 2010

Count Down


......3 hari lagi Nurul Quran
......8 hari lagi Hari merdeka
......14 hari lagi our anniversary
......15 hari lagi nak balik kampung
......17 hari lagi nak raya....
......30 hari ke UPSR

Kepingin nak dengar tazkirah hari ini namun tak ada rezeki. Insyaallah lain kali adalah tuh...hu hu hu saja nak sejukkan hati sendiri. Suara penceramah sekali sekala kedengaran drp cerobong speaker Masjid Assalam.

Hari ini hari pertama mat beli kueh di bazir ramadhan (pinjam word my sis yus)...siap dah pesan jangan beli lebih daripada RM 10...sememangnya aku dah masak cuma kueh saja yang tak ada hari ini.

Menu hari ni Kari Ikan Merah, Ayam masak madu, ikan goreng tepung....

Monoloque ft Atilia – Kekanda Adinda


Pagi ini mmg bezz sangat..1st on the way to the opis dapat tgok sunrise soooo nice & aku rasa seolah menerap all mentari energy....

Noon - Terpaksa balik Myra tertinggal uniform dalam keta....kenalah mama balik hantar baju di taska...dalam kereta tetiba dengar lagu ni...so comey lagu ni esp Atilia yang nyanyii....buatkan aku jadi extra happy todayy....9 star to this songggg.....

He he he siap masuk lagu ni kat FB tagkan nama my kakanda ...ha ha ha ha...


Filed under Lagu Terbaru

Oh Kekanda, jangan iri hati, Dinda naik pangkat lagi
Oh Adinda, Kanda mana dengki, malah Kanda support bini

Jadi Dinda mahu mengambil masa
Tapi Kanda mahu segera
Dinda ingin berjaya dalam kerjaya
Tapi Kanda mahu cahaya mata


Dinda belum bersedia
Kanda dah beria ria
Jadi yang mana satu?
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Oh Adinda, tolong jangan lekas curiga, lekas cemburu buta
Oh Kekanda, Dinda perlu berhati-hati, tak rela dikongsi

Kanda kerja overtime, terlebih masa
Itu yang Dinda harus berwaspada
Ini semua demi masa depan keluarga
Dengan Dinda atau sebaliknya?

Kanda kerja malam
Dinda kerja siang
Jadi bila nak bertemu?
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda
Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda
Bagaimana? Bagaimana kita nak selesaikannya?
Apa keputusannya?

Oh Kekanda mari nyawa, kita cuba komunikasi
Oh Adinda mari sayang, kita cuba toleransi

Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan
Kanda polar kutub utara
Dinda kutub selatan
Komunikasi, sikap toleransi, itu yang kita perlu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Walau kita sering dengan cara masing-masing
Kanda yang Perdana
Dinda yang Utama
Kanda segalanya
Dindalah nyawa
Kita tetap bahagia bila bersama sama
Bahagia bersama
Bersama selamanya
Bahagia selama-lamanya

Miss Abah. Mak & pida Sanglang....



Semalam berbuka dengan terubuk bakar ( menu utama)....hari sebelumnya roti jala sebenarnya rindu sangat pada abah & mak & bulan puasa. Sebenarnya menu ni merupakan menu kegemaranku semasa di laman abah di pida sanglang.

Abah adalah seorang yang amat peka dengan makanan. Pelbagai resepi baru akan dicubanya...rindu dengan masakan Mee Hailam abah memang sedap sangat. Mak pula seorang yang amat rajin dan pandai memasak tidaklah seperti anak bongsunya yang asal mahu masak buka tenet cari resepi ataupun calling2 mak atau kakak yang lain bertanyakan resepi.


Ramadhan ini benar membuatkan aku terhimbau kembali kenangan semasa di laman abah. bersama abah & mak berjemaah & bertadarus. Sekarang sudah hampir pertengahan puasa belum sampai 3 juzuk ....lemah betul. Target puasa kali ini at least 15 juzuk ..... hang buat apa???????????....kekhilafan diri

Moga ramadhan aku kali ini lebih baik dari ramadhan lepas....Dan moga aku dapat mendidik anak-anak selari dengan apa yang ditetapkan oleh Islam....dan moga aku dapat pertolongan dariNya.

Luahan anak remaja



Ibu dahulu mungkin agar sukar mengetahui luahan rasa naluri remaja. Apa yang mereka ingin dan mahukan seolah menjadi rahsia peribadi. Kadangkala remaja seolah ingin menjaga hati ibu bapa dengan menutup naluri mereka, rasa marah dan bengang mereka. Namun teknologi hari ini membolehkan golongan ibu-bapa dan penjaga mengetahui melalui cetusan status-status yang dipaparkan oleh anak-anak melalui blog, Facebook, Frenster & beberapa lagi sosial teknologi terkini.

Mungkin bahasa remaja kurang enak di baca oleh minda kita namun kita patut terjemahkan dari sudut positive. Kita pernah melalui zaman mereka. Zaman yang penuh dengan kegembiraan bersama teman-teman. Zaman yang juga penuh ketegangan apabila perbuatan kita dipandang serong oleh keluarga dan pendidik.

Di sebalik luahan hati mereka yang dipaparkan melalui status2 dan tulisan dalam blog sebagai ibu bapa kita secara tidak langsung boleh memberi nasihat melaluinya. Ianya sesuatu yang menarik. Jangan terlalu ingin menjadi ibu namun cubalah menjadi teman baik kepada anak anda sendiri. Ianya satu pengalaman yang indah di mana kita dapat berkongsi keindahan zaman remaja kita dengan anak dara/teruna kita dan dalam masa yang sama kita dapat menerapkan nilai2 murni kehidupan kepada mereka.

I luv this tecnology......buatkan aku close dgn setiap orang.

19 August 2010

Hal-hal yang menyebabkan berlakunya perbuatan zina


Diambil drp http://www.assalafy.org/mahad/?p=483

Islam adalah agama rahmatan lil ‘alamin. Islam menutup rapat-rapat semua perkara yang menjadi punca seorang hamba kepada kejelekan dan kebinasaan. Atas dasar ini, Allah subhanahu wata’ala melarang perbuatan zina, maka Allah subhanahu wata’ala melarang semua perantara yang mengantarkan kepada perbuatan tersebut.

Disebutkan dalam kaedah fiqih:
وَسَائِلُ اْلأُمُورِ كَالْمَقَاصِدِ

Zina adalah perbuatan haram, maka semua perkara yang menjadi penyebab kepada zina juga haram hukumnya. Diantara penyebab kepada zina adalah:

1. Memandang wanita yang tidak halal baginya

Penglihatan adalah nikmat Allah subhanahu wata’ala yang sejatinya disyukuri hamba-hambanya. Allah subhanahu wata’ala berfirman (artinya):
“Dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.” (An-Nahl: 78). Akan tetapi kebanyakan manusia tidak mensyukurinya. Justru digunakan untuk bermaksiat kepada Allah subhanahu wata’ala. Untuk melihat wanita-wanita yang tidak halal baginya. Terlebih di era globalisasi ini dengan segenap kecanggihan teknologi dan informasi, baik dari media cetak maupun elektronik, seperti internet, televisi, handphone, majalah, koran, dan lain sebagainya, yang menyajikan gambar wanita-wanita yang terbuka auratnya. Dengan mudahnya seseorang menikmati gambar-gambar tersebut. Sungguh tak sepantasnya seorang hamba yang beriman kepada Allah subhanahu wata’ala dan Rasul-Nya shallallahu ‘alaihi wasallam melakukan hal itu.

Pandangan adalah sebab menuju perbuatan zina. Atas dasar ini, Allah subhanahu wata’ala memerintahkan kepada para hamba-Nya yang beriman untuk menundukkan pandangannya dari hal-hal yang diharamkan. Allah subhanahu wata’ala berfirman (artinya): “Katakanlah (wahai nabi), kepada laki-laki yang beriman: ‘Hendaklah mereka menahan sebagian pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah subhanahu wata’ala Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan sebagian pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka.” (An-Nur: 30-31)

Allah subhanahu wata’ala memerintahkan orang-orang yang beriman, baik laki-laki maupun perempuan untuk menundukkan pandangannya dan menjaga kemaluannya. Termasuk menjaga kemaluan adalah menjaganya dari: zina, homosex, lesbian, dan agar tidak tersingkap serta terlihat manusia. (Lihat Adhwa’ Al-Bayan, Al-Imam Asy-Syinqithi 6/126)

Al-Imam Ibnu Katsir rahimahullah berkata: “Ini adalah perintah Allah subhanahu wata’ala kepada hamba-hamba-Nya yang beriman agar mereka menundukkan pandangan-pandangan mereka dari apa yang diharamkan. Maka janganlah mereka memandang kecuali kepada apa yang diperbolehkan untuk dipandangnya. Dan agar mereka menjaga pandangannnya dari perkara yang diharamkan. Jika kebetulan pandangannya memandang perkara yang diharamkan tanpa disengaja, maka hendaklah ia segera memalingkan pandangannya. Hal ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al-Imam Muslim dalam Shahihnya dari shahabat Jarir bin Abdullah Al-Bajali radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata: “Aku bertanya kepada baginda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam tentang pandangan secara tiba-tiba, maka beliau memerintahkanku untuk memalingkan pandanganku.” (Lihat Tafsir Ibnu Katsir, 5/399)

Manakala perbuatan zina bermula dari pandangan, Allah subhanahu wata’ala menjadikan perintah menahan pandangan lebih dikedepankan ketimbang menjaga kemaluan. Karena semua kejadian bersumber dari pandangan. Sebagaimana api yang besar bermula dari api yang kecil. Bermula dari pandangan, lalu terbetik di dalam hati, kemudian melangkah, akhirnya terjadilah perbuatan zina. (Lihat Al-Jawab Al- Kafi, hal. 207)

2. Menyentuh wanita yang bukan mahramnya

Menyentuh wanita yang bukan mahram adalah perkara yang di anggap biasa dan lumrah ditengah masarakat kita. Disadari atau tidak, perbuatan tersebut merupakan pintu setan untuk menjerumuskan anak Adam kepada perbuatan fahisyah (keji), seperti zina. Oleh karena itu, Islam melarang yang demikian itu, bahkan mengancamnya dengan ancaman yang keras. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

لأَنْ يَطْعَنَ فيِ رَأْسِ رَجُلٍ بِمِخْيَطٍ مِنْ حَدِيدٍ خَيْرٌ مِنْ أَنْ يَمَسَّ امْرَأَةً لاَ تَحِلُّ لَهُ

“Seorang ditusuk kepalanya dengan jarum dari besi adalah lebih baik ketimbang menyentuh wanita yang tidak halal baginya.” (HR. Ath-Thabarani, no. 16880, 16881)
Dalam hadits ini terdapat ancaman yang keras bagi orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya. Hadits tersebut juga sebagai dalil tentang haramnya berjabat tangan dengan wanita (yang tidak halal baginya). Dan sungguh kebanyakan kaum muslimin di zaman ini terjerumus dalam masalah ini. (Lihat Ash-Shahihah, no. 1/395)

Dalam hadits lain dari shahabat Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

كُتِبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ نَصِيبُهُ مِنْ الزِّنَا مُدْرِكٌ ذَلِكَ لاَ مَحَالَةَ فَالْعَيْنَانِ زِنَاهُمَا النَّظَرُ وَاْلأُذُنَانِ زِنَاهُمَا الاِسْتِمَاعُ وَاللِّسَانُ زِنَاهُ الْكَلاَمُ وَالْيَدُ زِنَاهَا الْبَطْشُ وَالرِّجْلُ زِنَاهَا الْخُطَا وَالْقَلْبُ يَهْوَى وَيَتَمَنَّى وَيُصَدِّقُ ذَلِكَ الْفَرْجُ وَيُكَذِّبُهُ

“Ditetapkan atas anak cucu Adam bagiannya dari zina akan diperoleh hal itu tidak mustahil. Kedua mata zinanya adalah memandang (yang haram). Kedua telinga zinanya adalah mendengarkan (yang haram). Lisan zinanya adalah berbicara (yang haram). Tangan zinanya adalah memegang (yang haram). Kaki zinanya adalah melangkah (kepada yang diharamkan). Sementara hati berkeinginan dan berangan-angan, sedang kemaluan yang membenarkan semua itu atau mendustakannya.” (HR. Muslim no. 2657)

3. Berkhalwat (berduaan) di tempat sepi

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah memperingatkan dalam haditsnya yang agung:

لاَ يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ إِلاَّ كَانَ ثَالِثَهُمَا الشَّيْطَانُ

“Tidaklah seorang lelaki berduaan dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya adalah setan.” (HR. At-Tirmidzi dan Ahmad)

Betapa banyak orang yang mengabaikan bimbingan yang mulia ini, akhirnya terjadilah apa yang terjadi. Kita berlindung kepada-Nya dari perbuatan tersebut.

Ber-khalwat (berduaan) dengan wanita yang bukan mahramnya adalah haram. Tidaklah seorang lelaki berduaan dengan seorang wanita yang bukan mahramnya kecuali ketiganya adalah setan. Apa dugaan anda jika yang ketiganya adalah setan? Dugaan kita keduanya akan dihadapkan kepada fitnah. Termasuk berkhalwat (yang dilarang) adalah berkhalwat dengan sopir. Yakni jika seseorang mempunyai sopir pribadi, sementara dia mempunyai istri atau anak perempuan, tidak boleh baginya membiarkan istri atau anak perempuannya pergi berduaan bersama si sopir, kecuali jika disertai mahramnya. (Lihat Syarah Riyadhus Shalihin Asy-Syaikh Al-’Utsaimin, 6/369)

4. Berpacaran/berpasangan

Berpacaran adalah suatu hal yang lumrah di kalangan muda-mudi sekarang. Padahal, perbuatan tersebut merupakan suatu perangkap setan untuk menjerumuskan anak cucu Adam ke dalam perbuatan zina.

Dalam perbuatan berpacaran itu sendiri sudah mengandung sekian banyak kemaksiatan, seperti memandang, menyentuh, dan berduaan dengan wanita yang bukan mahramnya, yang notabene merupakan zina mata, lisan, hati, pendengaran, tangan, dan kaki.

Itulah diantara hal-hal yang dapat mengantarkan anak cucu Adam kepada perbuatan zina. Barangsiapa menjaganya, selamatlah agamanya, insya Allah. Sebaliknya, barangsiapa lalai dan menuruti hawa nafsunya, kebinasaanlah baginya. Kita berlindung kepada Allah  dari kejelekan diri-diri kita. Amin.

Kerusakan yang disebabkan perbuatan zina

Kerosakan yang ditimbulkan oleh perbuatan zina adalah termasuk kerusakan yang sangat berat. Diantaranya adalah merusak tatanan masyarakat, baik dalam hal nasab (keturunan) maupun penjagaan kehormatan, dan menyebabkan permusuhan diantara sesama manusia.
Al Imam Ahmad rahimahullah berkata: “Aku tidak mengetahui dosa besar apa lagi yang lebih besar setelah membunuh jiwa selain dari pada dosa zina.” Kemudian beliau v menyebutkan ayat ke-68 sampai ayat ke-70 dari surat Al Furqan. (Lihat Al-Jawab Al-Kafi, hal 207)

Nasehat untuk kaum muslimin

Para pembaca yang kami muliakan, sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati seorang hamba, itu semua akan dimintai pertanggungjawaban di hari kiamat kelak. Yang pada hari itu anggota badan seorang hamba; tangan, kaki, dan kulit akan menjadi saksi atas apa yang telah mereka perbuat. Manusia adalah tempat kesalahan dan dosa. Semua anak cucu Adam pernah berbuat kesalahan. Sebaik-baik orang yang berbuat kesalahan adalah yang paling cepat bertaubat.
Tolak ukur kebaikan seorang hamba bukanlah terletak pada pernah atau tidaknya dia berbuat kemaksiatan. Akan tetapi yang menjadi tolak ukur adalah orang yang segera bertaubat manakala berbuat kemaksiatan, serta tidak terus menerus berada dalam kubangan kemaksiatan.
Segeralah bertaubat, wahai hamba-hamba Allah, sebelum ajal menjemputmu! Allah subhanahu wata’ala berfirman (artinya): “Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera. Maka mereka Itulah yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan yang hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, barulah ia mengatakan: “Sesungguhnya saya bertaubat sekarang.” dan tidak pula diterima taubat orang-orang yang mati sedang mereka di dalam kekafiran. bagi orang-orang itu telah Kami sediakan siksa yang pedih.” (An-Nisaa’: 17-18)
Wallahu a’lam bishshowab.

Gejala zina punca kepada kes pembuangan/pembunuhan bayi tidak berdosa



Sebenarnya ini waktu kerja, namun mindaku asyik memikirkan persoalan gejala zina yang menjadi penyebab gejala pembuangan bayi.

Marah....memang marah dengan orang yang melakukan kerja kotor ini. Sudahlah berdosa pada Allah SWT, kepada ibu dan bapa dan kini lagi bertambah dosa.

Sebenarnya aku sudah tidak mampu untuk melihat gambar2 bayi yang tidak berdosa diperlakukan sedemikian rupa. Bahkan aku sendiri tidak sanggup lagi untuk mendengar berita ini yang saban hari makin bercambah. Tidak gentarkan mereka akan hukuman Allah SWT..............Ohhh Ya Allah beginikah peringatan akhir zaman.



Budaya berkinja dan berlibur menyumbang kepada gejala zina ini.

Mengapa perlu pelaku zina ini dilindungi.


Sedangkan dari awal-awal lagi kita umat Islam diingatkan "Dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Israa’: 32) namun mengapa masih kita berkiblatkan barat menyajikan hiburan tahap maksima kepada sang remaja mentah yang masih tidak dapat memikirkan keburukan dan kebaikan.

Paling sedih golongan ibu-bapa yang membiarkan anak-anak berjauhan untuk menuntut ilmu di kolej mahupun universiti dan anak yang telah bekerja kurang mengambil tahu di manakan anak mereka tinggal, apa yang dibuat oleh anak di masa senggang dan mereka rasakan anak mereka telah matang untuk mempunyai pasangan.

Ohh Tuhan ampunilah hambamu ini....amat takut sekali aku dengan gelodak gejala ini.

Puasa & Kurma


Secara fitrahnya manusia memerlukan kepada puasa
“Setiap manusia memerlukan kepada puasa sekalipun dia tidak sakit, kerana toksin-toksin makanan dan ubat berkumpul di dalam tubuh lalu menjadikannya seperti orang yang sakit dan memberatkannya, maka kecergasannya akan berkurang. Apabila seseorang berpuasa, dia akan akan terlepas daripada bebanan toksin-toksin berkenaan dan dia akan merasai kecergasan dan kekuatan yang tidak dialami sebelum itu.” (Dr. Mac Fedan – Ahli Perubatan Antarabangsa)

Daripada kata-kata Dr. Mac Fedan di atas, jelas kepada kita bahawa secara fitrahnya manusia sangat memerlukan suatu jangka masa untuk merehatkan tubuh badan daripada berterusan menerima toksin-toksin makanan dan ubat-ubatan. Ini kerana apabila ubat dan toksin berkumpul di dalam badan manusia akan menyebabkan badan menjadi lemah dan kecergasan seseorang akan berkurang.

Ramadhan yang panas terik
Ramadhan daripada perkataan ‘ramadho’ yang membawa maksud panas yang terik. Di dalam Islam bulan Ramadhan merupakan bulan yang ke-9 di dalam kalendar hijrah. Puasa telah difardhukan kepada seluruh umat Islam semenjak tahun ke-2 hijrah sehingga hari kiamat.

Lazimnya pada bulan ini cuacanya sangat panas. Bersempena dengan nama tersebut, semoga Ramadhan akan membakar dan melebur segala dosa yang telah dilakukan oleh orang yang berpuasa.

Kelebihan bulan Ramadhan:
1. Bulan untuk berpuasa

2. Al-Quran diturunkan
Peristiwa agung ini berlaku pada 17 Ramadhan ketika Nabi Muhamad SAW berusia 40 tahun semasa baginda sedang berkhulwah di Hira’.

3. Bulan kemenangan
Berlakunya kemenangan yang terbesar yang berjaya dicapai oleh umat Islam ialah didalam peperangan Badar al-Kubra. Peristiwa ini berlaku pada 17 Ramadhan, hari Jumaat tahun 2H iaitu tahun pertama disyariatkan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Seperti yang kita sedia maklum Allah SWT telah mengurniakan kemenangan kepada umat Islam walaupun bilangan tentera Islam hanya berjumlah 313 orang berbanding orang kafir seramai 1300 orang.

Satu lagi peristiwa agung berlaku pada bulan Ramadhan ialah berlakunya peristiwa ‘Fathul Makkah’. Ianya berlaku dalam bulan Ramadhan tahun ke 8H.

4. Penuh dengan keberkatan
Bulan Ramadhan merupakan satu bulan yang disebut ‘permulaan adalah rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya dijauhkan daripada api neraka’.

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulallah S.A.W bersabda apabila bulan Ramadhan telah datang maka dibuka lah pintu-pintu syurga ditutuplah pintu-pintu neraka dan diikat lah semua syaitan.

5. Bulan penghapus dosa
Dari Abi Hurairah dari Nabi SAW sabdanya: “Barangsiapa berpuasa Ramadhan dengan beriman dan mengharap keredhaan Allah nescaya akan diampunkan dosa-dosanya pada masa-masa lalu.” (HR Bukhari Muslim)

6. Bulan tarbiyah
Bulan Ramadhan mendidik umat Islam supaya menjadi hamba yang bersabar. Juga mendidik hambaNya kearah melakukan kebaikan serta mendidik hamba menjadi insan yang soleh dengan istiqamah menjaga seluruh anggota daripada melakukan perkara yang tidak disukai oleh Allah SWT.

7. Malam Lailatul qadar
Umat Nabi Muhamad SAW merupakan umat yang sangat istimewa kerana dikurniakan satu malam yang mempunyai pahala melebihi 1000 bulan beribadah.

8. Bulan taqwa
Dengan melakukan amalan yang dianjurkan dilakukan pada bulan puasa secara istiqamah seperti qiamulail, bertadarus al-quran dan solat tarawikh Allah SWT akan mengurniakan taqwa kepada hambaNya.





Kenapa perlu berbuka dengan kurma?

Ketika berbuka puasa Islam menganjurkan umatnya agar berbuka dengan buah tamar dan air. Kurma akan memberikan tenaga dengan cepat kepada badan. Apabila kita menyoroti kisah Maryam ibu Nabi Isa AS, Maryam telah bersandar pada pangkal pokok kurma di saat merasa sakit melahirkan anak. Lalu Allah SWT telah mengutuskan malaikat untuk memberitahu supaya digoncangkan pohon kurma untuk mendapatkan kurma yang masak. Daripada kisah ini dapat kita membuat kesimpulan bahawa kurma boleh membekalkan tenaga kepada Maryam tatkala merasa sakit untuk melahirkan Nabi Isa AS.

Kurma juga bertepatan dengan sunnah Nabi SAW. Kurma merupakan buah yang sangat berkat untuk dimakan. Rasulullah SAW telah mewasiatkan kepada umatnya untuk berbuka dengan kurma pada bulan Ramadhan.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;
“Apabila seseorang dari kalangan kamu berbuka, maka hendaklah dia berbuka dengan tamar. Jika dia tidak ada, maka hendaklah dia berbuka dengan air kerana ia adalah penyuci.”(Diriwayatkan oleh Abu Daud, kitab Puasa, nombor 2355 dan At-Tirmizi, kitab Sedekah, nombor 658)

Dari Anas, sesungguhnya Nabi SAW berbuka puasa dengan beberapa ruthab sebelum solat, kalau tidak ada ruthab, maka dengan beberapa kurma matang, kalau tidak ada, maka dengan meneguk beberapa tegukan air putih. (HR. Abu Daud dan Tirmidzi)

Kurma makanan kesihatan
Jelas disebalik sunnah Nabi SAW mengandungi manfaat yang banyak untuk kesihatan. Itulah sebabnya Rasulullah SAW memilih kurma berbanding makanan lain untuk berbuka puasa. Ini tidak lain dan tidak bukan ialah kerana kurma mempunyai kandungan yang baik untuk kesihatan.

Jika melihat dari sudut sains pula apabila saat untuk berbuka, organ-organ pencernaan mula aktif dan perlu diberikan sesuatu yang lembut. Ini akan menyebabkan organ-organ pencernaan memulakan kerjanya dengan perlahan-perlahan untuk terus mencernakan makanan yang lebih berat. Sebagai contoh di dalam kehidupan seharian, untuk melicinkan pergerakan sesebuah kenderaan ianya perlu dipanaskan terlebih dahulu sebelum bergerak. Ianya juga bertujuan untuk memastikan hayat kenderaan lebih lama.

Begitu juga dengan tubuh badan kita. Kesihatan sangat diperlukan untuk memudahkan melakukan ibadah bukan sahaja di bulan Ramadhan. Seperti kata pepatah arab berbunyi “al-aqlus salim fil jismi ssalim” yang bermaksud: ‘aqal yang sihat lahirnya daripada badan yang sihat’.

Kurma menghilangkan lapar dan dahaga
Keadaan orang yang sedang berpuasa sangat memerlukan makanan yang mempunyai gula yang mudah dicerna dan yang boleh menghilangkan rasa lapar. Nutrisi makanan yang paling cepat dicerna dan sampai ke darah adalah gula khususnya makanan yang mengandungi satu atau dua zat gula (glukosa atau sukrosa). Ini kerana tubuh mampu menyerap dengan mudah dan cepat zat gula hanya dalam beberapa minit. Apatah lagi jika perut sedang kosong, seperti orang yang berpuasa ini.

Jika kita mencari makanan yang boleh menyamai dua kandungan sekaligus (menghilangkan lapar dan dahaga), maka kita tidak akan menjumpai makanan yang lebih baik daripada apa yang disarankan oleh Nabi SAW. Iaitu kurma.

Kandungan gula dalam kurma
Berdasarkan kajian yang dibuat, menyatakan bahawa satu bahagian kurma yang dimakan menyamai 86-87% beratnya mengandungi 20-24% air, 70-75% gula, 2-3% protein. Manakala mengandungi hanya 8.5% serat. Berdasarkan penelitian, juga ditemui bahawa ruthab (kurma segar) mengandungi 65-70% air berdasarkan berat bersihnya, 24-58% zat gula, 1.2-2% protein dan 2.5% serat.


Read more: http://scripters.ning.com/forum/topic/show?id=2386880%3ATopic%3A346705&xgs=1&xg_source=msg_share_topic#ixzz0x0Kz9ydm

17 August 2010

Nasihat Menasihati Ingat mengingati

Demi masa.

Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian,

kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya menaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran

Allah menjadikan manusia sebaik-baik kejadian berbanding dengan kejadian Allah yang lain, namun begitu bukan berarti manusia itu sempurna segala-segalanya, Allah menjadikan manusia dalam keadaan memerlukan di antara satu sama lain. Kehidupan seseorang individu itu tidak akan lengkap, tidak akan bahagia dan tidak akan sempurna tanpa orang lain.

Kebahagian dan keceriaan individu manusia disempurnakan oleh manusia yang lain dan makhluk yang lain. Allah jadikan haiwan, tumbuh-tumbuhan, hidupan laut dan seumpamanya adalah untuk kemudahan manusia, manusia dilantik Allah menjadi khalifah kepada semua makhluk tersebut. Dengan pesanan jadilah penguasa yang adil sesama manusia dan semua makhluk Allah.

Atas sifatnya yang tidak lengkap itu semua peringkat manusia memerlukan nasihat dan berkewajipan memberi nasihat, nasihat menasihati adalah salah satu keperluan penting manusia tanpa nasihat dan menasihati kehidupan manusia akan porak peranda dan musnah ranah.

Orang yang memberi nasihat bukanlah orang yang terbaik di kalangan mereka dan orang menerima nasihat bukan pula yang terhina di kalangan mereka kerana situasi mereka itu nasihat menasihati, semua pihak pernah memberi nasihat dan semua mereka pernah menerima nasihat. Suasana itu lengkap melengkapi untuk kesejahteraan hidup.

Bila kita melihat sesuatu perkara yang tidak baik atau mempunyai unsur maksiat secara tidak langsung kita terdorong untuk menasihati atau mengingati pelakunya. Bukan kerana diri kita baik namun itu adalah amanah Allah SWT. Semua manusia ada khilafnya....sebenarnya rasa amat sedih bila teguran dipandang enteng oleh saudara sendiri. Terkilan. Mungkin benarnya bukan senang menegakkan kebaikan dan kebenaran di dunia akhir zaman ini. Mungkin golongan muda boleh berkata apa halnya mak bapak aku ok je. Nauzubillah.............

10 August 2010

Tabarujj

Ringkasan Petikan dari Dr. Abdul Karim Zaidan.

• Tabarruj bererti wanita menunjukkan dan merperagakan perhiasan dan kecantikannya untuk menarik perhatian kaum lelaki dan meransang keinginan mereka. Dalil: surah al-Ahzab ayat 33.


• Tabarruj jahiliyyah bererti wanita membuka niqabnya hingga mendedahkan muka, kecantikan dan perhiasannya.



• Tabarruj hari ini tidak sesuai diistilahkan dengan tabarruj jahiliyyah kerana wanita sekarang bukan setakat membuka tutupan muka dan memperagakan kecantikannya tetapi lebih dari itu. Tabarruj hari ini dengan memdedahkan separuh tubuh, malah lebih dari itu.



• Istilah yang lebih sesuai ialah istilah yang pernah digunakan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya yang bermaksud ‘separuh telanjang’ (al-kaasiaat al-‘aariyaat).



• Tabarruj yang diharamkan ialah:

 Tabarruj di luar rumah denga berhias bukan untuk suami.
 Mendedahkan muka dengan tujuan meransang keinginan dan syahwat lelaki.
 Bersolek dan berhias belebihan.
 Menggunakan alat-alat solek / make-up.
 Mempercantikkan bibir, alis dan pipi (mempercantikkan raut muka).
 Dan lain-lain.

• Termasuk dalam istilah tabarruj ialah fesyen-fesyen pakaian. Ini kerana pada dasarnya pakaian wanita sama dengan pakaian lelaki iaitu menutup aurat.



• Ciri pakaian syar’ie wanita ialah:

 pakaian mestilah meliputi seluruh tubuh wanita
 pakaian itu mestilah longgar
 tidak nipis
 bukan pakaian yang mempunyai nilai untuk bermegah-megah dengannya
 tidak menyamai pakaian lelaki
 Pakaian yang tidak memenuhi ciri ini dikira sebagai pakaian yang tabarruj.
 Berpakaian kemas, smart dan ceria bukan dikira tabarruj.

• Termasuk dalam istilah tabarruj memakai barang perhiasan diri.



• Perhiasan ialah semua yang dijadikan perhiasan oleh wanita samada pakaian atau sesuatu yang dijadikan perhiasan diri.



• Antara perhiasan yang dibenarkan ialah membersihkan diri dari segala aspek, termasuk membersih sesuatu yang fitrah.



• Jenis perhiasan antaranya:



 Barangan perhiasan yang terdiri dari emas, perak dan permata.
 Pakaian luar dan dalam



• Hukum berhias harus, malah ada kalanya sunat kecuali perhiasan yang telah dinaskan haram. Ia sunat kepada isteri yang suaminya bersamanya, bukan isteri yang suaminya tiada di sampingnya.



• Semua jenis perhiasan ini harus selagi ia tidak termasuk ke dalam istilah tabarruj.



• Termasuk ke dalam istilah tabarruj ialah bersolek dengan merubah sifat semulajadi:



• Mencabut atau dengan apa jua cara untuk menghilangkan bulu muka. Boleh bagi yang berkahwin untuk suami.



• Mencabut dan membentuk alis. Boleh sekiranya alis yang asal hodoh dipandang.



• Memerahkan muka. Boleh bagi yang berkahwin, untuk suami.



• Lain-lain seperti rambut palsu, wangian berlebihan, celak berlebihan, …..



• Secara umum, berhias untuk suami dibolehkan dan tidak dikira sebagai tabarruj.



• Berhias keluar rumah bukan untuk suami adalah tabarruj.



• Bersolek dan berhias wanita hari ini telah melebihi dari maksud tabarruj.


IKHTILAT (PERCAMPURAN / PERGAULAN)

• Maksud pergaulan: bercampur antara wanita dan lelaki ajnabi di satu tempat yang pada kebiasaannya membawa mereka berpandangan, bercakap dan berinteraksi.



• Hukum asal pergaulan wanita dan lelaki ajnabi adalah ditegah.



• Tiada nas yang jelas melarang pergaulan. Tegahan pergaulan ini hanya disimpulkan dari beberapa tegahan lain:

 Tegahan wanita bermusafir sendirian tanpa mahram
 Tegahan berkhulwat antara wanita dengan lelaki ajnabi
 Tidak wajib solat jamaah ke atas wanita
 Tidak wajib solat jumaat ke atas wanita
 Hukum-hukum khusus mengenai wanita dalam ibadat haji
 Tegahan wanita berjalan berseiringan dengan lelaki

• Dari larangan-larangan inilah ulamak menyimpulkan pergaulan wanita dengan lelaki ajnabi ditegah.

 Pergaulan yang dibenarkan atas dasar pengecualian kerana keperluan:
 Pergaulan atas sebab darurat
 Pergaulan untuk tujuan bermuamalah
 Pergaulan untuk tujuan melaksanakan tugas-tugas kehakiman
 Pergaulan menunaikan kesaksian
 Pergaulan atas tugas penguatkuasa undang-undang
 Pergaulan untuk tujuan melayan tetamu di rumah
 Pergaulan untuk tujuan menghormati tetamu dengan makan bersama
 Pergaulan dalam kenderaan awam bagi wanita yang melakukan kerja syar’ie dengan syarat hukum-hukum Islam yang lain dipenuhi
 Pergaulan untuk melakukan kerja-kerja jihad
 Pergaulan untuk tujuan mendengar ceramah dan ilmu
 Pergaulan atas sebab kebiasaan dan teradat yang tidak bercanggah dengan syara’

• Dalam kitab Muwatta’ oleh Imam Malik disebutkan “Wanita (boleh) makan bersama lelaki apabila pada kebiasaan teradat wanita makan bersama-sama lelaki.



• Pergaulan semasa menziarahi keluarga terdekat dan teman handai pada majlis-majlistertentu, maka dalam majlis yang sama dengan syarat memelihara adabsopan keislaman dan hukum-hukum Islam.



• Pergaulan wanita dengan lelaki dalam satu majlis bersama. Ada dua pendapat:

 Pendapat pertama tidak boleh kerana hadis mengenai pengaduan kaum wanita di zaman Rasulullah tentang kelebihan kaum lelaki mendapatkan ilmu, lantas Rasulullah s.a.w memperuntukkan satu masa belajar khusus bagi wanita.
 Pendapat kedua boleh kerana pergaulan untuk tujuan muamalah dibolehkan, maka pergaulan untuk menuntut ilmu tentulah lebih boleh lagi, kerana suasana menuntut ilmu lebih jauh dari fitnah berbanding suasana muamalah.

• Tentang hadis yang dikemukakan di atas, pengkhususan satu majlis untuk kaum wanita bukan kerana larangan pergaulan lelaki dan wanita semasa menuntut ilmu, tetapi kerana tabiat kaum wanita sentiasa banyak terhalang untuk keluar bersama Rasulullah s.a.w. Tidak seperti kaum lelaki yang sentiasa berpeluang untuk berbuat demikian. Oleh itu wanita perlu dikhususkan satu masa bersama Rasulullah s.a.w.



• Namun demikian keharusan ini hendaklah disertai dengan iltizam yang bersungguh-sungguh, hukum, adab dan tata susila Islam:

 Menjaga aurat
 Tidak tabarruj
 Tidak mengangkat suara dengan tinggi
 Serius, tidak bermanja-manja dan melembut-lembutkan suara sewaktu bercakap
 Menundukkan pandangan, bukan mata galak, bukan curi pandang
 Warak, tapi bukan warak-warak kucing


Posted by Abi Ummi Ammu