Tabarujj

Ringkasan Petikan dari Dr. Abdul Karim Zaidan.

• Tabarruj bererti wanita menunjukkan dan merperagakan perhiasan dan kecantikannya untuk menarik perhatian kaum lelaki dan meransang keinginan mereka. Dalil: surah al-Ahzab ayat 33.


• Tabarruj jahiliyyah bererti wanita membuka niqabnya hingga mendedahkan muka, kecantikan dan perhiasannya.



• Tabarruj hari ini tidak sesuai diistilahkan dengan tabarruj jahiliyyah kerana wanita sekarang bukan setakat membuka tutupan muka dan memperagakan kecantikannya tetapi lebih dari itu. Tabarruj hari ini dengan memdedahkan separuh tubuh, malah lebih dari itu.



• Istilah yang lebih sesuai ialah istilah yang pernah digunakan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya yang bermaksud ‘separuh telanjang’ (al-kaasiaat al-‘aariyaat).



• Tabarruj yang diharamkan ialah:

 Tabarruj di luar rumah denga berhias bukan untuk suami.
 Mendedahkan muka dengan tujuan meransang keinginan dan syahwat lelaki.
 Bersolek dan berhias belebihan.
 Menggunakan alat-alat solek / make-up.
 Mempercantikkan bibir, alis dan pipi (mempercantikkan raut muka).
 Dan lain-lain.

• Termasuk dalam istilah tabarruj ialah fesyen-fesyen pakaian. Ini kerana pada dasarnya pakaian wanita sama dengan pakaian lelaki iaitu menutup aurat.



• Ciri pakaian syar’ie wanita ialah:

 pakaian mestilah meliputi seluruh tubuh wanita
 pakaian itu mestilah longgar
 tidak nipis
 bukan pakaian yang mempunyai nilai untuk bermegah-megah dengannya
 tidak menyamai pakaian lelaki
 Pakaian yang tidak memenuhi ciri ini dikira sebagai pakaian yang tabarruj.
 Berpakaian kemas, smart dan ceria bukan dikira tabarruj.

• Termasuk dalam istilah tabarruj memakai barang perhiasan diri.



• Perhiasan ialah semua yang dijadikan perhiasan oleh wanita samada pakaian atau sesuatu yang dijadikan perhiasan diri.



• Antara perhiasan yang dibenarkan ialah membersihkan diri dari segala aspek, termasuk membersih sesuatu yang fitrah.



• Jenis perhiasan antaranya:



 Barangan perhiasan yang terdiri dari emas, perak dan permata.
 Pakaian luar dan dalam



• Hukum berhias harus, malah ada kalanya sunat kecuali perhiasan yang telah dinaskan haram. Ia sunat kepada isteri yang suaminya bersamanya, bukan isteri yang suaminya tiada di sampingnya.



• Semua jenis perhiasan ini harus selagi ia tidak termasuk ke dalam istilah tabarruj.



• Termasuk ke dalam istilah tabarruj ialah bersolek dengan merubah sifat semulajadi:



• Mencabut atau dengan apa jua cara untuk menghilangkan bulu muka. Boleh bagi yang berkahwin untuk suami.



• Mencabut dan membentuk alis. Boleh sekiranya alis yang asal hodoh dipandang.



• Memerahkan muka. Boleh bagi yang berkahwin, untuk suami.



• Lain-lain seperti rambut palsu, wangian berlebihan, celak berlebihan, …..



• Secara umum, berhias untuk suami dibolehkan dan tidak dikira sebagai tabarruj.



• Berhias keluar rumah bukan untuk suami adalah tabarruj.



• Bersolek dan berhias wanita hari ini telah melebihi dari maksud tabarruj.


IKHTILAT (PERCAMPURAN / PERGAULAN)

• Maksud pergaulan: bercampur antara wanita dan lelaki ajnabi di satu tempat yang pada kebiasaannya membawa mereka berpandangan, bercakap dan berinteraksi.



• Hukum asal pergaulan wanita dan lelaki ajnabi adalah ditegah.



• Tiada nas yang jelas melarang pergaulan. Tegahan pergaulan ini hanya disimpulkan dari beberapa tegahan lain:

 Tegahan wanita bermusafir sendirian tanpa mahram
 Tegahan berkhulwat antara wanita dengan lelaki ajnabi
 Tidak wajib solat jamaah ke atas wanita
 Tidak wajib solat jumaat ke atas wanita
 Hukum-hukum khusus mengenai wanita dalam ibadat haji
 Tegahan wanita berjalan berseiringan dengan lelaki

• Dari larangan-larangan inilah ulamak menyimpulkan pergaulan wanita dengan lelaki ajnabi ditegah.

 Pergaulan yang dibenarkan atas dasar pengecualian kerana keperluan:
 Pergaulan atas sebab darurat
 Pergaulan untuk tujuan bermuamalah
 Pergaulan untuk tujuan melaksanakan tugas-tugas kehakiman
 Pergaulan menunaikan kesaksian
 Pergaulan atas tugas penguatkuasa undang-undang
 Pergaulan untuk tujuan melayan tetamu di rumah
 Pergaulan untuk tujuan menghormati tetamu dengan makan bersama
 Pergaulan dalam kenderaan awam bagi wanita yang melakukan kerja syar’ie dengan syarat hukum-hukum Islam yang lain dipenuhi
 Pergaulan untuk melakukan kerja-kerja jihad
 Pergaulan untuk tujuan mendengar ceramah dan ilmu
 Pergaulan atas sebab kebiasaan dan teradat yang tidak bercanggah dengan syara’

• Dalam kitab Muwatta’ oleh Imam Malik disebutkan “Wanita (boleh) makan bersama lelaki apabila pada kebiasaan teradat wanita makan bersama-sama lelaki.



• Pergaulan semasa menziarahi keluarga terdekat dan teman handai pada majlis-majlistertentu, maka dalam majlis yang sama dengan syarat memelihara adabsopan keislaman dan hukum-hukum Islam.



• Pergaulan wanita dengan lelaki dalam satu majlis bersama. Ada dua pendapat:

 Pendapat pertama tidak boleh kerana hadis mengenai pengaduan kaum wanita di zaman Rasulullah tentang kelebihan kaum lelaki mendapatkan ilmu, lantas Rasulullah s.a.w memperuntukkan satu masa belajar khusus bagi wanita.
 Pendapat kedua boleh kerana pergaulan untuk tujuan muamalah dibolehkan, maka pergaulan untuk menuntut ilmu tentulah lebih boleh lagi, kerana suasana menuntut ilmu lebih jauh dari fitnah berbanding suasana muamalah.

• Tentang hadis yang dikemukakan di atas, pengkhususan satu majlis untuk kaum wanita bukan kerana larangan pergaulan lelaki dan wanita semasa menuntut ilmu, tetapi kerana tabiat kaum wanita sentiasa banyak terhalang untuk keluar bersama Rasulullah s.a.w. Tidak seperti kaum lelaki yang sentiasa berpeluang untuk berbuat demikian. Oleh itu wanita perlu dikhususkan satu masa bersama Rasulullah s.a.w.



• Namun demikian keharusan ini hendaklah disertai dengan iltizam yang bersungguh-sungguh, hukum, adab dan tata susila Islam:

 Menjaga aurat
 Tidak tabarruj
 Tidak mengangkat suara dengan tinggi
 Serius, tidak bermanja-manja dan melembut-lembutkan suara sewaktu bercakap
 Menundukkan pandangan, bukan mata galak, bukan curi pandang
 Warak, tapi bukan warak-warak kucing


Posted by Abi Ummi Ammu

Comments

Popular Posts