Showing posts with label orang biasa. Show all posts
Showing posts with label orang biasa. Show all posts

25 August 2015

Damailah wahai jiwa yang sejahtera

Abu Hamzah Anas bin Malik (may God be pleased with him), who was the servant of the Messenger of Allah (peace be upon him) reported that the Prophet (peace be upon him) said:
“None of you truly believes (in Allah and in His religion) until he loves for his brother what he loves for himself” [Bukhari and Muslim] [Hadith 28]
Simple.
Mengapa perlu bergaduh, menyindir, menyakiti sekiranya kita boleh selesaikan sesuatu perkara dengan aman. Keegoan tidak membawa kita kemanapun melainkan hidup menyalahkan orang itu dan orang ini.
Iktibar kisah Qabil dan Habil. Membawa kepada pembunuhan manusia pertama di bumi ini.
Siapa lagi saudara kita selain saudara sedarah daging ----- pastilah saudara seagama. Kenapa? Kerana ada roh iman yang sama dalam qalbu dan jiwa kita. Siapapun mereka andai orang itu muslim, mengucap kalimah syahadah titipkan doa buatnya moga direzekikannya dengan pancaran nur dan keampunan Allah SWT.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya Sesungguhnya Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda: Janganlah kamu berbicara dengan ucapan yang buruk, janganlah kamu sindir menyindir, janganlah kamu memperdengarkan khabar orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian yang lain. Sementara itu, jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara.[Riwayat Bukhari & Muslim].
Mungkin esok atau lusa kita akan dijemput ke alam abadi sana....siapa menduga dan tiada siapa menyangka. Jadi damailah jiwa juga lupuskan segala amarah yang disimpan didalam jiwa.
Agaknya kenapa kita menjeruk rasa? Marah dan dendam berjela-jela. Damailah jiwa. Kerana di sana nanti kita akan dihitung akan perbuatan kita. Damailah jiwa yang sejahtera.




17 April 2013

Orang biasa saja

Ramai bertanya, "Mengapa tidak menulis buku atau novel", dan ada pula yang advice supaya pergi  kursus penulisan skrip. Kata mereka, "kau banyak idea". Mama, "Ha ha ha .....aku menulis bukan kerna nama". Itulah jawapannya. Menulis tanpa nama membuatkan kita bebas untuk menulis apa yang kita fikirkan, dimana dan bila....I'm a mom of 5, mana ada masa beb yang menulis novel 650 muka surat. Ada idea tapi.....masa?

si tecit waleed yang membuatkan masa 24 jadi 12 jam

5.50 am: Pasti buka kelopak mata. macam spring terus bangun, mandi, solat terkejar sana, sini, panaskan air, kejutkan anak-anak bangun, basuh botol susu, jadi cheff buatkan sarapan.

6.40 am: kena hantaq waleed ke rumah ibu.

6.50  am: mama sebagai supir vrooom vrooom hitam jalan hantar Alang Humaira ke sekolah dan seterusnya menghala ke selatan

7.20 am: paling lewat wajib sampai depan sekolah kakak kalau tak muka mempelam muda la anak dara mama ni...pot pet pot pet, "mama tahu tak dah berapa kali nama kakak kena tu", mama, *sengih* "ala baru manusia yang tulis kalau yang tulis tuh malaikat macam mana ....teruk balasannya".

7.30 am: tarik nafas dengar motivasi pagi ikim.fm teruskan perjalanan ke ofis. Tadi sampai offis 7.40 am...labuhkan badan di kerusi terus zupppp hilang 8.28 am buka mata dah cerah, alamak....ermmm.

7.00 pm: selalunya masa dah sampai rumah ada masa awal dan ada masa sampai takala azan maghrib. Ambik Al Waleed di rumah ibu. Taraaaa....tukar uniform be a chef. Buka ice box belek sana sini. Mama jarang plan. Mama akan masak apa yang mama nak masak bila di dapur. Sambil masak jadi CEO kakak, abang, alang and siddiq siap-siap maghrib dah dekat. And masa ni papa pun sampai. Lega sikit

9.00 pm: baru nak dinner, lepas dinner tengok homework anak-anak, lipat baju, buat itu buat ini, Isyak....tau-tau dah 1.00 am patut la nantokkk. 

Keluarga dan anak-anak itu amanah. Mama janji tak akan ambik masa anak-anak. Sebab mama tahu masa bergerak amat pantas sekali dan jika mama gadaikan masa pada hari ini untuk perkara lain di masa depan mama akan menyesal.  Anak-anak perlukan sentuhan dan lisan mama dan papa. Setiap detik dan waktu. Supaya akan sampai waktunya anak-anak mama dan papa meranum menjadi khalifah yang mulia bukan saja di mata manusia malah diangkat darjat di langit sana.

20 February 2013

Hadiah Ulang Tahun Kelahiran

Perlu ke hadiah ulang tahun? Ada keperluan namun biarlah setiap hadiah memberi menaafat dunia dan akhirat iaitu bila mempeolehinya kita semakin dekat dengan Allah SWT dan semakin rindu kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Tak pernah ada dikotak pemikiranku hadiah ataupun penghargaan. Syukur pada Ya Rabb pencipta sekelian alam dan insan yang menghidupkan rohku dikalangan orang mukmin dan dilahirkan aku sebagai anak kepada abah dan mak juga menjadi seorang isteri kepada seorang lelaki yang budiman dan kemudian Dia kurniakan aku amanah dan anugerah cahayamata yang amat indah dimata jua dihati yang tidak pernah aku mimpikan selama ini.

Sebenarnya setiap nafas kita dimuka bumi ini adalah hadiah dariNYA. Setiap derap langkah kita di muka bumi ini adalah pemberianNYA. Setiap kali mulut kita terbuka dan keluarlah lantunan suara jua satu pemberian indah buat anak adam. Setiap kali kita imej terpampang didepan mata ini adalah anugerahNYA. Setiap kali jari2 runcing menekan keyboad jua anugerah dariNYA

"Ar Rahman [3] Dia lah yang telah menciptakan manusia; - [4] Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan." 

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan......

Kita selalu inginkan fatamorgana. Apa yang kita ada dan kita nikmati sukar untuk kita syukur dan sukar untuk kita hargai. Sedangkan Allah SWT memberi dan memberi....kita single Allah SWT berikan kita pasangan malah di value added dengan zuriat yang indah dimata namun kita masih merasa tidak bercukupan...


Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan......

Lantaran itu kita diduga, diuji dengan kesempitan hidup, kesakitan, kesepian, kemerosotan, ketidaksetian dan pelbagai lagi permasaalahan untuk kita mengingati semula Rabb yang mencipta kita. Mengingati kembali kita cuma hamba di dunia ini. Kita perlu kembali kepada Tuan kita iaitu Allah SWT. Kita perlu kembali kepada amanah kita sebagai khalifah dimuka bumi ini sebelum kita keluar dari alam rahim. Sebagai khalifah Allah, yang dimaksudkan dengan wakil Allah, wajiblah manusia menjaga agama dengan melaksanakan dua perkara :
  • Menegakkan Islam : Dengan berdakwah kepada manusia seperti yang dilakukan Rasulullah SAW dan para sahabat RA dan membuktikan kebaikan ajaran Islam dan hukumnya di samping mempertahankan agamanya dari ancaman musuh.
  • Melaksanakan Islam : Dengan mengamalkan perintahNya dan meninggalkan laranganNya, dalam semua urusan termasuk juga urusan kemasyarakatan dan kenegaraan.
Dan bertanggungjawab mendidik, menjauh dan memelihara diri dan keluarga daripada masuk ke dalam neraka. Berusaha mencari ilmu yang membawa kita dan keluarga dekat dengan Allah SWT dan Rasul.

 

30 November 2012

Terapi dalam rumah tangga 3 T

aku copy petikan dari rancangan Usrati radio IKIM dari saudara faiz, sebagai panduan untuk diri sendiri dalam menjalankan urusan sebagai hamba Allah SWT juga Isteri dan Ibu.

Slot Usrati Bersama Ustazah Norhafizah Musa di IKIM.fm
Tajuk: Terapi dalam rumah tangga 3 T

Pengajaran dari Surah Al-Anbiyaa' , kisah nabi yunus di telan ikan dan lafaz tasbih nabi yunos; Lailahailla anta subhanaka inni kuntum minazolimin.

Nilai Tasbih disisi Allah, "Kalaulah tidak kerana tergolong dalam golongan yang banyak bertasbih dalam perut ikan sudah pasti dia terus nabi yunus duduk dalam perut ikan sehingga hari kebangkitan".

Terapi 3 T;
1. Tauhid: Lafaz lailahailla anta
2. Tasbih : Lafaz subhanak
3. Tunduk : Lafaz inni kuntum minazolimin.

1. Tauhid ; mengikhlaskan segala tindakan dan pengorbanan hanya kepada Allah. Paras kebahagiaan seorang hamba bergantung kepada keikhlasannya kepada Allah. S.W.T.Rahsia bagaimana melalui ujian dalam hidup di samping kita berikhtiar. Petolongan dari Allah selama-lamanya diperlukan oleh seorang hamba. Dimana Refleksi dari keikhlasan ini menanggalkan segala penyakit hati yang ada pada setiap individu.

2. Tasbih, Surah Toha ayat 29 -35. nabi Musa A.S ketika diarah Allah untuk berhadapan dengan Firaun, nabi musa meminta bantuan dari Allah dengan tujuan, agar Kami (Nabi Musa dan Nabi Harun) dapat terus memuji dan menyebut namamu Ya Allah. Memahami Konsep tasbih memuji Allah adalah redho dengan segala ketentuan Allah.

3. Tunduk, Hidup penuh dengan Ujian, Maka segala pemasalahan perlu dihadapi dengan mengakui kesilapan diri sendiri dan Meminta pertolongan terlebih dahulu. Memuhasah diri mengakui kesilapan dan kesalahan diri di hadapan Allah.Munajat kepada Allah tundukkan diri, runtuhkan keegoan diri mengakui kesilapan dalam urusan kehidapan.

Lazimillah untuk mencari kemuliaan daripada Allah mengulang lafaz tasbih nabi yunos. Agar kedudukan diri lebih dekat disisi Allah.

Wallahu'alam