Hadiah Ulang Tahun Kelahiran

Perlu ke hadiah ulang tahun? Ada keperluan namun biarlah setiap hadiah memberi menaafat dunia dan akhirat iaitu bila mempeolehinya kita semakin dekat dengan Allah SWT dan semakin rindu kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Tak pernah ada dikotak pemikiranku hadiah ataupun penghargaan. Syukur pada Ya Rabb pencipta sekelian alam dan insan yang menghidupkan rohku dikalangan orang mukmin dan dilahirkan aku sebagai anak kepada abah dan mak juga menjadi seorang isteri kepada seorang lelaki yang budiman dan kemudian Dia kurniakan aku amanah dan anugerah cahayamata yang amat indah dimata jua dihati yang tidak pernah aku mimpikan selama ini.

Sebenarnya setiap nafas kita dimuka bumi ini adalah hadiah dariNYA. Setiap derap langkah kita di muka bumi ini adalah pemberianNYA. Setiap kali mulut kita terbuka dan keluarlah lantunan suara jua satu pemberian indah buat anak adam. Setiap kali kita imej terpampang didepan mata ini adalah anugerahNYA. Setiap kali jari2 runcing menekan keyboad jua anugerah dariNYA

"Ar Rahman [3] Dia lah yang telah menciptakan manusia; - [4] Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan." 

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan......

Kita selalu inginkan fatamorgana. Apa yang kita ada dan kita nikmati sukar untuk kita syukur dan sukar untuk kita hargai. Sedangkan Allah SWT memberi dan memberi....kita single Allah SWT berikan kita pasangan malah di value added dengan zuriat yang indah dimata namun kita masih merasa tidak bercukupan...


Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan......

Lantaran itu kita diduga, diuji dengan kesempitan hidup, kesakitan, kesepian, kemerosotan, ketidaksetian dan pelbagai lagi permasaalahan untuk kita mengingati semula Rabb yang mencipta kita. Mengingati kembali kita cuma hamba di dunia ini. Kita perlu kembali kepada Tuan kita iaitu Allah SWT. Kita perlu kembali kepada amanah kita sebagai khalifah dimuka bumi ini sebelum kita keluar dari alam rahim. Sebagai khalifah Allah, yang dimaksudkan dengan wakil Allah, wajiblah manusia menjaga agama dengan melaksanakan dua perkara :
  • Menegakkan Islam : Dengan berdakwah kepada manusia seperti yang dilakukan Rasulullah SAW dan para sahabat RA dan membuktikan kebaikan ajaran Islam dan hukumnya di samping mempertahankan agamanya dari ancaman musuh.
  • Melaksanakan Islam : Dengan mengamalkan perintahNya dan meninggalkan laranganNya, dalam semua urusan termasuk juga urusan kemasyarakatan dan kenegaraan.
Dan bertanggungjawab mendidik, menjauh dan memelihara diri dan keluarga daripada masuk ke dalam neraka. Berusaha mencari ilmu yang membawa kita dan keluarga dekat dengan Allah SWT dan Rasul.

 

Comments

  1. I all the time useԁ to reaԁ рaгagraph in
    neωs paρers but noω as I am a usеr οf web thus fгom
    nоw I am using nеt foг cοntent, thanks tо ωeb.



    Feel fгee to vіsit my ωeb blog - http://www.anangaya.com/anangaya_forum/profile.php?mode=viewprofile&u=158704

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts