Landed Home

Installment pinjaman rumah yang kami buat di penghujung 1999 dah settle pada hujung 2011. Alhamdulillah semua berjalan ikut perancangan walaupun kena "pekim" (berjimat dan tak bermewah) macam orang lain.

Lani mata mula dok membelek landed home for sale. Rasanya kalau nak beli nak beli yang dah siap dibina ada survey juga area Putra Bistari di Putra Height sejuk mata tengok kawasan perumahan di sana.

Cyber pun ada jual ready single storey house 20X70 4 room and 2 bath room. Cuma tempat tu tak establish lagi banyak tempat under construction...muka orang yang nak sponsor pon mcm tak berminat saja. "area ni tak dak masjid ka", tanya anak teruna mama. Belum lagi kut kalau nak solat jumaat depa pi solat kat surau MMU atau solau Bomba Cyber.

Kota Warisan pun dok tengok jugak. Harga rumah dia masih di tahap ok lagi cuma banyak double storey....kena naik tangga turun tangga. Puan...lani susah la nak cari yang single balik Kedah la kalau nak yang single he he he.....

Puchong Utama, Puchong, Taman Tasik Prima, Puchong Indah ....antara lokasi pilihan. kenapa? Dekat dengan adik beradik (Uda & Ateh) satu lagi dekat dengan Cyber opis mama.


Comments

Popular Posts