Bukan senang nak mendidik anak-anak

Sebagaimana aku email to cik B, sebagai PA kena awal2 bagi tau Mr CEO appointment dia dgn urusan anak-anak supaya tidak ada hal lain dicampur aduk.



Kakak ada seminar PMR esok & ahad from 8.00 am to 5.00 pm

Abang koko from 9.00 am to 11am

Alang tusyen from 8.00 am to 12.30 pm

Siddiq tusyen from 8.00 am to 10.00 am

Ni lah rutin sabtu kami, cuma kakak saja ada extra sikit this week tu yang membuatkan mileage kelam kelibut. Sampai dirumah lepas zohor baru nak melepas lelah terpaksa ke Bangsar untuk ambik kakak nampak letih cik B.

Tak apa kita berletih sedikit demi ilmu untuk anak2 hasilnya kita juga yang rasa. Selalu berpesan pada anak-anak papa dan mama tak kisah kemana kem yang korang nak pi dan buku apa yang korang nak beli tapi mama tak suka korang bazirkan masa dengan benda2 laqo. Hidup kita bukan untuk hari ini saja dan hidup kita didunia ni bukan nak berseronok saja.....walaupun anak2 mungkin kurang faham kata2 papa dan mama ni namun mama pasti mereka akan memahaminya juga. Aku dan suami berasal dari kampung dan cara mendidik anak2 lebih kepada bersederhana dan kami cuba sedaya mengelakkan mereka dari budaya yang boleh melaqokan mereka.

Bukan mudah mahu membesarkan anak2, sebagai ibu bapa kita perlukan ilmu dalam mendidik anak2 terutama anak2 remaja. Sebagaimana yang dikatakan oleh Ustazah Norhafizah, "Jika kita lihat anak2 yang melakukan kesalahan bukan anak-anak yang perlu bertaubat kepada Allah SWT, ibu bapa lebih-lebih lagi. Jika kita lihat isteri melakukan kesilapan bukan sahaja isteri yang perlu bertaubat kepada Allah SWT, suami lebih-lebih lagi.Mungkin kesilapan dan kesalahan yang mereka lakukan ada bahagian untuk kita." Setiap apa yang kesilapan anak2 maka perlulah kita muhasabah diri buang ego yang merasakan kita sempurna kerana hanya dengan bertafakur kepadaNYA dan bertaubat atas kesilapan dan kekhilafan yang kita lakukan tanpa sedar lantaran kafarahnya terkena kepada anak2. Andai mereka melakukan kesilapan tegurlah secara berhemah bukan mengeluarkan perkataan yang membenihkan rasa negative dihati mereka terhadap kita.


Di bawah ini disenaraikan cara-cara memberi hukuman sebagai pendidikan kepada anak, diulangi, sebagai pendidikan kepada anak. Teknik menghukum anak ini sebagaimana yang disarankan oleh Ustaz Mohd Zawawi Yusoh dari Universiti Islam Antarabangsa.
1. Pandangan mata yang sinis - Pandangan mata ibu bapa yang memancarkan rasa cinta dan kasih sayang dapat menanam rasa cinta dalam diri seseorang anak. Begitu juga pandangan mata yang sinis dapat menimbulkan peringatan pada si anak dan boleh membuat anak terdiam. 

2. Keluarkan suara dari tenggorok (mendengus) sebagai tanda tidak bersetuju dan peringatan kepada anak terhadap apa yang telah dan akan dilakukannya. 

3. Puji orang lain depan dia, tetapi dengan syarat untuk memberi rasa sangsi saja kepada si anak dan mendorong si anak untuk menjadi sebagus yang dipuji.

4. Buat-buat macam tak pedulikan si anak. Ini merupakan keterbalikan daripada sikap memberi perhatian yang dapat menanam rasa cinta pada diri anak. Contohnya, jika anak melakukan kesalahan dan hendak diberi hukuman, apabila si anak mengajak berbicara, maka palingkanlah wajah (konon-konon jual mahal la...) sehingga si anak menyedari kesilapannya. Dalam hal ini hendaklah dijelaskan kesalahannya dengan cepat dan tidak membiarkannya terus sebab peranan kita ialah mendidik bukan menyeksa.

5. Tidak bagi duit, tak mengajaknya berekreasi atau tidak memberikan sesuatu yang dia suka seperti basikal, bermain video game, menonton TV, berkunjung ke rumah teman, saudara atau seumpamanya.

6. Putuskan hubungan dengan anak tapi tidak lebih tiga hari dengan niat untuk menghukumnya, hubungan harus kembali seperti biasa jika anak telah mengakui kesalahannya atau menyesali perbuatannya. 

7. Beri ancaman dengan syarat ancaman tersebut tidak terlalu berat. Ancaman tersebut juga tidak boleh dilaksanakan sekiranya belum melewati tempoh yang diberikan untuk si anak mengakui dan memperbaiki kesalahannya.

8. Memulas telinga. Sebagaimana yang pernah dilakukan Rasulullah S.A.W seperti yang diriwayatkan oleh Imam Nawawi dari Abdullah bin Basr al-Mazni r.a, dia berkata : Aku telah diutuskan oleh ibu ku dengan membawa beberapa biji anggur untuk disampaikan kepada baginda, ketika aku menemui Rasulullah S.A.W, baginda memulas telinga ku sambil berkata "Wahai penipu!"

9. Memukul sebagai alternatif terakhir. Oleh itu tidak dibenarkan memukul kecuali telah dilakukan semua cara-cara mendidik dan menghukum lainnya. Memukul anak dapat dilakukan jika cara-cara yang lain tidak lagi berfungsi dan si anak telah mencapai umur, sebab anak yang belum mumaiyyiz tidak dapat membezakan yang benar atau yang salah serta tidak menyedari kesalahannya. Jika dilakukan juga dikhuatiri anak menerima impak negatif seperti tekanan jiwa/batin, terbiasa untuk memukul, rasa takut, kencing malam dan penyakit kejiwaan lainnya.

Demikian juga dilarang memukul anak di bawah umur 10 tahun, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W: Maksudnya: "Perintahlah anakmu menunaikan solat pada usia tujuh tahun, dan pukullah mereka kerana tidak melakukannya pada usia sepuluh tahun."

Comments

Popular Posts