Review awal 2013
Dah nak masuk 2 bulan kita berada di tahun 2013, bermakna nak masuk 2 bulan Al Khattab di Maahad. Alhamdulillah, perkembangannya amat baik. Walaupun mama dan papa kena berkejar sana dan sini namun hasilnya Al Khattab kian matang melalui zaman menengahnya. Dia ada teman rapat Al Fateh namanya, sahabatnya ini datang dari utara tanahair. Nama Al Fateh itu sendiri membuatkan aku sejuk hati. Dia selalu mengingatkan Al Khattab tentang kerja2 sekolah dan perihal di sekolah, “Sahabat yang baik umpama penjual minyak wangi,
biarpun kamu tidak membeli minyak wanginya, sekurang-kurangnya kamu
mendapat tempias bau minyak wangi yang dijualnya. Sebaliknya, sahabat
yang jahat seumpama tukang besi, kalaupun tidak terbakar baju kamu
akibat api besi yang diketuk, sekurang-kurangnya kamu mendapat tempias
bau hangitnya” (HR. Muslim)
"Mengapa mama hantaq abang pi maahad", tanya alang Myra. "satu, abang tu mmg minat pasal hafazan dan dia ada impian menjadi pendakwah, jadi di sanalah tempatnya, no 2 kalau abang di maahad mama tak risau pasal solatnya terutama solat jumaat....mama tak nak anak2 mama tinggal tinggalkan solat". terangku pada Alang.
Papa kerja di KL dan pada hari jumaat al khattab perlu mencari kawan2 untuk ke masjid ada ketikanya dia ponteng jumaat. Keadaan ini membuatkan hari aku & cik B resah. "Apa akan jadi pada anak2 kita bila depa remaja kalau teruih mcm ni", keluh aku pada cik B tahun lepas.
Aku mencari dan mencari...Alhamdulillah bertemu tempat yang bersesuaian. Walaupun terpaksa membayar itu adalah jalan keluar kepada masalah kami.

Banyak perkara yang kami risaukan, kadangkala bila mereka meminta sesuatu aku beberapa kali memikirkannya supaya setiap apa yang mereka minta tidak melalaikan mereka....pernah suatu ketika dulu kakak meminta ipot sebagai ganjaran hadiah dia dapat tempat pertama dalam kelas. Aku delay dan delay...kakak tanya kenapa mama tak beli lagi ipot tu dah lama kan, "mama takut ipot tu melalaikan kakak tanpa ipot pun kakak dah ralit jarang nak meneras (ulang kaji bacaan al quran dan talaqi) ini pulak kalau ada, jenuh mama nak menjawap dengan Allah SWT nanti. Kepada anak2 aku & cik B explain kenapa mama tak beli gadget itu dan ini dengan jelas supaya mereka tidak terasa seperti kami tidak menghargai mereka.
Aku bukannya sempurna dan ada ketika lemah sangat...aku amat takut dan risau kalau ada pelbagai gadget berteknologi ianya lebih melemahkan diri aku yg sedia ada lemah ini untuk dekat dengan Allah dan Rasul.
kakak dan adik |
uniform hijau.....dia suka kaler hijau |
Semalam semasa lalu di sebuah taman perumahan....tetiba, "erm entah bila la kak kita nak dapat rumah besaq macam ni", "mama, cikgu kakak kata kita jangan selalu berada ditempat mewah sebab kemewahan akan buatkan kita lupa diri tapi kita kena selalu berada dikalangan orang bawahan & miskin sbb ianya akan buatkan kita bersyukur", kata2 yang keluar dari mulut anak sulung membuatkan mama ni tersenyum. "You rite kak, thanks ingatkan mama yang selalu alpa ni".....
Kakak dengan PMRNYA pada Oct nanti. Anak ini amat constant dalam mencapat matlamat 8A's itu. Di bilik seperti semasa UPSR tertambal pelbagai kata2 peransang diri. Kakak adalah contoh kepada adik2 yang lain dan kakak amat rapat dengan semua adik2nya termasuk baby Waleed.
Alang selepas menjadi juara merentas desa dipilih memasuki acara olahraya. Setiap hari dengan pakaian sukan ke sekolah. "Alang nak jadi olahragawati sekolah mama", nekad si kurus ini. Alang ada aura seperti kakak dan mempunyai keistimewaan personal. Alang ni pandai ambil hati, peramah juga kaki bodek he he he.
Tahun ini tahun pertama As Siddiq di Tadika Pasti. Yang pasti dia amat suka sbb ramai kawan dan banyak belajar doa ustazah2 pun consider ok. Ada kala ketika bermain terdengar dia baca al fatihah dan beberapa surah lain....alhamdulillah. Terangilah hati2 zuriatku ya Allah Mudahkanlah mereka dalam menuntut Ilmu dan dekatkanlah mereka dengan mu ya Rabb
Comments
Post a Comment