Happy Bufday to you
Menyambut bufday...aku tak pernah buat. Kekok rasanya dan aku sendiri tidak suka. Aku lebih suka ditarikh ini dengan mengingati abah dan mak. Cukup bagi ku dengan apa kurniaan Allah SWT kini....segalanya membahagiakan, semuanya menenangkan. Tidak ada RM atau USD yang mempu menggantikan kurniaan Allah SWT ini.
Abah dan mak tidak pernah membudayakan aku dengan sambutan ini. Ada dan tidak ada kek bufday tidak mengoyahkan diri yang bernama aku. Namun aku suka mengejutkan insan2 terdekat denganku dengan sambutan ini. Senyuman dipamer diwajah mereka membuatkan jiwaku tenang dan seronok sgt.
5.45 am....hepi bufday mama, kata2 keluar dari insan yang aku kenal since sekolah lagi. Cik B atau incik double HH. Diikuti oleh anak2.
Cerita dari mulut mak, katanya, "adik lahir masa bulan penuh", bulan tengah naik di bulan Muhharam. Aku lahir pada 15 muharram. Sebab tu aku suka pada bulan mengambang penuh.Aku hadir ke dunia hanya sebagai hamba bukannya tuan. Ada amanah yang perlu kita laksanakan sebagai hamba.
Kita lahir ke dunia yang fana ini sebagai hamba Allah SWT. Manusia adalah hamba, hamba kepada Allah Maha Penciptanya, kerana setiap yang dicipta itu pada hakikatnya adalah hamba kepada yang menciptanya. Sebagai hakikatnya hamba maka ia tidak mempunyai apa-apa di atas dirinya, atas tenaganya dan juga atas apa yang dihasilkannya. Hidup dan matinya, sembahyang dan nusuknya, nyawa dan hartanya, anak dan isterinya adalah hak kepunyaan Allah, yang sewajibnya diperlakukan untuk Allah dan kerana Allah.Hidup manusia adalah pengabdian kepada Allah. Menepati hakikat ini, maka sudah pastilah manusia tunduk patuh, taat setia, mengikut Allah Maha Penciptanya.
Allah berfirman,
Dan tiadalah orang yang lebih baik agamanya daripada orang yang menyerahkan dirinya kepada Allah (dengan ikhlas) Al – Nisa 125
Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menjadikan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar Tauhid (Mengesakan Allah) dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukanNya dengan sesuatu yang lain. Al – An’am 79
Comments
Post a Comment