Mengumpat tu Cash on delivery


Pesan mak, "jangan mengata kat orang walaupun apa yang terjadi padanya tak ada orang nak benda tidak baik terjadi kat dirinya dan keluarganya....bila kita kata atau kutuk ingat Allah pasti akan bayaq atas kata2 kita itu". Kata2 mak ni ketika aku masih kecil takala tu ada sesuatu yang berlaku dalam keluargaku, kakak berpisah dengan suaminya di saat rumahtangga baru dibina...tahun 70an gelaran Miss J merupakan sesuatu yang jelek. Kami satu keluarga dilempar dengan pelbagai tuduhan, saat itu aku masih kecil dan tidak dapat merasa bagaimana abah dan mak menghadapi saat ini.

Pergi segenap ceruk kampung ada saja kata-sinis orang kampung kepada mak. Mak seorang yang amat penyabar.

"Jangan mengata dan mengumpat orang", pesan mak tersemat dalam diri.

Beberapa tahun kemudian ramai anak perempuan di kg dapat title Miss J sebagaimana yang pernah kakak dapat. Allah Swt itu maha adil kepada hambanya. Jika kita melihat orang lain menghadapi masalah rumahtangga, bercerai atau ditinggalkan suami jangan sesekali membuat kesimpulan .... "memang patut dia kena cerai tengoklah perangainya, patutlah dia mcm tu" antara ayat yang pernah kedengaran.

Siapa kita yang mahu judge kehidupan orang lain, malaikatkah kita ni?.... kita langsung tidak tahu menahu akan kehidupan orang yang kita umpat itu. Ada teman menelefonku beberapa tahun lepas, dengan nada yang sebak menceritakan dirinya diumpat jiran kerana gelaran Miss J, malah ada jiran yang menyerangnya dan pelbagai spekulasi mengenainya disebarkan....sedih aku mendengarnya sehinggakan teman yang aku amat senang sekali bersamanya itu telah mengurangkan aktiviti di surau kediamannya. Kisah sedih teman ini menjadi pedoman diri jangan sesekali kita menganiya teman lain melalui lidah .....ianya amat sakit dan pedih.

Kehidupan kita umpama roda jika kita di atas, senang dan bahagia jangan terlalu sinis pada yang dibawah yang merana, derita, ditinggalkan kerana yang dibawah tidak pernah mahu sentiasa berada dibawah. Setiap apa yang Allah SWT datangkan adalah ujian kepada penerimanya dan orang disekitarnya.....STOP berhenti mengumpat, berhentilah menganalisi orang lain, berhentilah melihat kebathilan orang....jadilah insan yang cerdik. Ingatlah mengumpat itu COD (cash on Delivery) sekali kita umpat orang benda yang kita umpat akan datang kepada kita.....


"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani." (Al-Hujuraat 49:12)

Comments

  1. Hello would you mind stating which blog platform you're working with? I'm planning
    to start my own blog soon but I'm having a tough time choosing between BlogEngine/Wordpress/B2evolution and Drupal. The reason I ask is because your layout seems different then most blogs and I'm looking for something unique.
    P.S Apologies for getting off-topic but I had to ask!



    Also visit my homepage ... Payday Loans Online

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts