Pinjaman Allah SWT yang indah



Pagi tadi jam di dinding 6.15 am kelihatan kelibat As Siddiq menuju ke bilik air. Itulah rutin pagian anak kecil yg bakal mencecah 6 tahun pada Julai ini. Tidak seperti abangnya takala umur sebegini jenuh aku dan hubby mahu mengejutkannya untuk ke tadika malah disusuli pula dengan raungan musik tangisan yang kadang kala menguji kesabaran kami.

"Alhamdulillah, Allah SWT bagi mama anak yang baik, pandai, rajin dan ensem.....", kataku padanya. "mama siddiq ni Allah punya ka", tanya As Siddiq.

"Siddiq ni Allah punya Allah pinjamkan kepada mama nanti mama kena pulangkan balik pada Allah sebaik Allah bagi kat mama", terangku padanya.

Semasa menghantar adiknya Al Waleed ke rumah ibu Odah dia pun turut serta siap berbasikal. Tersenyum ibu Odah melihat kelibatnya... "OO..As Siddiq dah pandai naik basikal tak dak roda no", tegur Ibu Odah bila melihat As Siddiq. As Siddiq tersenyum bangga. Hujung tahun ini genaplah 6 tahun As Siddiq bersama Ibu Odah. Agak serasi dia dengan jiran yang berasal dari utara Perak ini. Aku pun serasi menghantar anak ke sini. Displin dan didikan Ibu Odah membuatkan perwatakan As Siddiq berbeza sedikit dengan kakaknya Malisha, Humairaa dan abangnya Al Khattab yang banyak aku tinggalkan dengan maid dari seberang. As Siddiq banyak berdikari dan perbendaharaan bahasanya yang kuat membodek kadang kala membuatkan aku dan cik B tersenyum. 

Anak Ibu Odah yang ke 3 pada umurnya sebaya As Siddiq telah mampu menghafaz surah Yassin. Terkejut cik B bila melihat Nafiz membaca yassin di surau suatu ketika dulu. Semua ini datang dari rumah andai isi rumah istiqomah dalam sesuatu hal maka ahli-ahlinya akan arif dalam hal itu.

Comments

Popular Posts