Banjir di IOI Puchong

Hubby sampai rumah, "mama depan IOI jem gilaa....bah". "Ya ka, tadi mama pi ambik abang tgok ayaq sungai Kelang tak la naik sampai darat takkan la ku", aku macam tak percaya.

Selesai solat, Cik B on TV9, "mama mai tgok dashyat sungguh, mujuq papa dan lepas", aku, anak2 dan anak2 jiran menerpa ke TV.
ni la the reason kenapa incik double HH tak mau parking disini dia kata better kat roof

Kata jiran dah jadi macam Venice

Ni baru bah...imigine kalau kiamat seram kan...fikirkan anak kat rumah
 Masa laporan pertama mengatakan banjir berpunca dari limpahan air sungai kelang membuatkan aku pelik.....my Geografi is A++, kenyataan yg ujud la tu, yelah mmg tak logik punya kenyataan sedangkan drp gambar nyata2 limpahan air dari sebelah bukit Puchong Jaya dan pada hari yang sama aku mmg drive bersebelahan sungai kelang mana ada air sungai naik atas tebing.

Semua yang berlaku ada sebab musabab...pembangunan dan perbandaran yang tidak terurus membuatkan terjadinya kejadian ini.

Saluran Air Bawah Tanah Gagal Berfungsi Punca Banjir Kilat Di Puchong 
 
KUALA LUMPUR: Satu daripada tiga saluran air bawah tanah Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) yang gagal berfungsi dikenal pasti punca berlakunya banjir kilat di kawasan berhampiran IOI Mall, Puchong dekat sini, petang Isnin.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Datuk Asmawi Kasbi berkata kegagalan saluran itu berfungsi dengan baik menyebabkannya tidak dapat menampung kuantiti air yang meningkat selepas hujan lebat pada 12.45 tengah hari, Isnin.

"Mengikut laporan Jabatan Kaji Cuaca, hujan itu dikategorikan sebagai hujan lebat iaitu 68 milimeter. Oleh itu air naik dengan cepat menyebabkan saluran tersebut gagal berfungsi dengan baik," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Beliau juga berkata faktor lain yang menyebabkan banjir tersebut ialah kedudukan di kawasan IOI Mall adalah rendah berbanding Bandar Puteri Puchong yang terletak di sebelah kawasan itu.
"Disebabkan tempat itu rendah maka air yang bertakung tidak dapat mengalir dengan baik menuju ke sungai Klang" katanya.

Asmawi berkata pihaknya telah meminta Malaysian Resources Corporation Bhd's (MRCB) iaitu kontraktor membina laluan Transit Aliran Ringan (LRT) di kawasan itu untuk memperbesarkan longkang sedia ada bagi mengelakkan kejadian seperti itu berulang.

"Longkang itu akan siap dalam masa sebulan setengah bermula hari ini," katanya.
Sementara itu, Pengurus Jabatan Komunikasi LITRAK, Shah Rizal Mohamed Fawzi ketika dihubungi Bernama berkata punca berlakunya banjir kilat yang seteruk itu adalah disebabkan longkang yang gagal berfungsi lalu menyebabkan limpahan.

"Longkang itu diselenggara dengan baik, tetapi hujan air yang terlalu banyak menyebabkan limpahan air. Kejadian seperti itu pernah berlaku pada tahun 2006 dan ini adalah kali kedua," katanya.
Asmawi berkata esok LITRAK, Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) dan LDP akan membuat penyelidikan terperinci mengenai punca sebenar kejadian banjir kilat itu.

"Kita akan dapat keputusan daripada penyelidikan tersebut dalam masa dua minggu," katanya.
Dalam Kejadian kira-kira 6 petang itu sebanyak 140 buah kenderaan dilaporkan 'terperangkap' di pakir berhampiran IOI Mall dan keadaan lalu lintas dilaporkan sesak teruk di beberapa jalan utama di sekitar Puchong ekoran banjir kilat antaranya di kawasan LDP. - BERNAMA



Comments

Popular Posts