Hilangkan tanda2 Akhir zaman dari diri ...Hadis 1: Takwa dan perpaduan asas keselamatan di akhir zaman

Pagi tadi semasa bersiap2 mahu ke opis terdengar pesan Ustaz Don, jangan kita menjadi tanda2 akhir zaman sebenarnya kata2nya ditumpukan kepada orang2 yang mencuba produk merampingkan badan, sebelum badan ramping orangnya molek menutup aurat sebaliknya selepas ramping. Walaupun kita tak cuba sebarang produk kecantikkan namun wajib sangat kita pastikan apa saja kita pakai tidak menjebakkan kita dan keluarga ke dalam sangkar neraka. 

anak kecil ...amanah besar buat ayah ibu mencorakkannya
Kata Ustaz Don lagi kita kena selalu kena dengaq apa Rasululullah SAW pesan. Misalnya kekalahan dalam perang Uhud juga memberi iktibar kepada kita agar tidak terpedaya dengan hal-hal keduniaan. Tatkala umat Islam mendapat kemenangan dengan mengalahkan tentera kafir Quraisy di perang Uhud, sebilangan pemanah yang berkedudukan di atas bukit Uhud terlalai dengan perintah Rasulullah S.A.W kerana ingin merampas harta ghanimah musuh sehinggakan meninggalkan posisi mereka. Kesilapan ini telah diambil kesempatan oleh tentera musuh untuk menyerang kaum muslimin dari belakang yang telah menyebabkan kekalahan teruk. Mulai sekarang tetapkan dalam diri kita dengan pesanan Rasululullah SAW lengkapkan diri kita dan zuriat dengan akhlak rasul. Jaga hati, lidah, perilaku, tulisan kita supaya berada dalam zon Allah SWT. Kata Ustaz Don lagi jangan bagi Rasul kita malu dengan akhlak kita, perlakuan kita. 

Sebagaimana wasiat baginda Rasulullah dibawah supaya kita sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Ketaqwaan kita tulus hanya kepada Allah SWT dan rasul bukan kerna perkara lain dan dalam pada itu hendaklah kita mengajak yang lain kembalik kepada Allah dan rasul dan berpalinglah daripada perkara lain. berpalinglah daripada kebencian yang meluap-luap kerna kebencian akan mendatangkan kebencian yang makin banyak, berpalinglah daripada mengejar dunia yang makin berlari meninggalkan kita.

Namun bila diteliti, jangan kita menjadi tanda2 akhir zaman sebenarnya amat besar. Perkara yang pertama seperti yang dinyatakan dalam 40 hadis tentang peristiwa akhir zaman.

HADIS 1: TAKWA DAN PERPADUAN ASAS KESELAMATAN DI AKHIR ZAMAN
 
Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan,
kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat." (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
 
Keterangan:

Hadis diatas mengandungi pesanan-pesanan yang sangat berharga daripada Rasulullah saw. bagi umatnya, terutama bila mereka berhadapan dengan zaman yang penuh dengan kacau bilau dan perselisihan iaitu seperti zaman yang sedang kita hadapi sekarang ini. Oleh itu sesiapa yang mahu selamat maka hendaklah ia mengikuti tunjuk ajar yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. dalam hadis, iaitu:
 
1) Hendaklah ia menlazimi takwa kepada Allah dalam keadaan apa jua dengan mengerjakan segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya. 

2) Mentaati perintah pihak yang menguruskan hal ehwal kaum muslimin walaupun seandainya mereka terdiri daripada golongan hamba, selama mereka berpegang dengan Al Quran dan sunnah Nabi saw. dan sunnah-sunnah khulafa Ar Rasyidin, kerana patuh kepada penguasa yang mempunyai sifat-sifat ini bererti patuh kepada Al Quran dan Hadis Nabi saw.

3) Berpegang teguh kepada sunnah Nabi saw. dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Abu Bakar, Omar, Osman dan Ali r.a.) yang mana mereka telah mendapat petunjuk daripada Allah Taala, iaitulah berpegang kepada fahaman dan amalan ahli sunnah waljamaah yang mana hanya penganut fahaman ini sahaja yang mendapat jaminan selamat daripada api neraka dan yang bertuah mendapatkan syurga pada hari
kiamat nanti.

4) Menjauhi perkara-perkara bid'ah dholalah, iaitu apa jua fahaman dan amalan yang ditambah kepada agama Islam yang sempurna ini, pada hal tidak ada dalil atau asal dan contoh dari agama. Sekiranya ada asal atau dalil, maka tidaklah perkara-perkara yang baru itu dikatakan bid'ah menurut pengertian syarak (bukan bid'ah dholalah) tetapi hanya dinamakan bid'ah menurut pengertian loghat atau bahasa sahaja (iaitu bid'ah hasanah).

Comments

Popular Posts