Sabarlah duhai hati yang berkeluh kesah....

wajah bersih yg tggu kita meronakan akhlaknya
Walaupun esok akan bercuti panjang namun minggu ini terlalu melelahkan. Banyak perkara yang membuatkan energy ditahap minimun. Setiap kali aku menerima email komplen dari tenants yang sepatutnya ditujukan kepada department lain dadaku sesak. Jika difikirkan senang, forward sahaja kepada pihak berkenaan. Namun ianya tidak semudah seperti yang disangka. Digari oleh tenants atau customer merupakan suatu tanggungjawap yang berat. Di dalam mengejar pelbagai due date, saat air dari langit melimpah ruah ke bumi aku terima email tersebut. 

Aku menarik nafas............sabarlah duhai hati. Dari dulu cib B adalah pendengar setia keluh kesah bffnya ini.

Masih teringat pesan cik B. Kerja elok-elok itu adalah amanah. Make sure pi kerja buat kerja jangan dok mengulaq, jangan itu dan ini ingat apa yang kita dapat anak2 akan menerima kesannya. Selain berpesan soal makan minum ini adalah pesanan yg kerap keluar dari mulutnya. Make sure apa yang kita dapat tu berkat ...kata cik B.

Sebagai insan kita sendiri kurang pasti apakah yang kita perolehi bulanan berkat atau tidak. Namun ada kesan dari keberkatan rezeki sebagaimana yang telah diceritakan oleh orang terdahulu. Tanda keberkatan antaranya:-
 
* Hati semakin dekat dengan Allah dan Jiwa Tenang
Tanda-tanda yang pertama bahawa rezeki itu berkat ialah hati semakin dekat dengan Allah. Kita bukan sahaja menjaga solat lima waktu sebaliknya ditambah dengan amalan-amalan sunat. Mulut juga sentiasa berzikir dan suka pula membaca dan menelaah al-Quran.

* Pemurah
Kita mudah untuk memberi sedekah dan menunaikan zakat.

* Jauh daripada kejahatan manusia dan bala
Kalau kita datang lambat, malas, kerja tidak bersungguh-sungguh, hasil kerja tidak berkualiti dan sebagainya, majikan akan menegur, menasihati dan mungkin mengambil tindakan. Namun, gaji penuh tetap diberikan. Majikan tidak pernah mengaudit gaji kita. Misalnya, katalah gaji kita ialah RM1500 sebulan. Disebabkan kita malas maka majikan bayar RM1200 sahaja. Sebabnya, RM300 ringgit itu dipotong atas sikap malas kita itu. Sebaliknya, apabila kita malas, majikan tidak pernah memotong gaji bulanan kita. Namun, kita lupa bahawa Allah menjalankan auditnya. Maka Allah tarik sebahagian rezeki itu dengan pelbagai ujian dan masalah dalam hidup yang datang bertimpa-timpa seolah-olah kita memang bernasib malang. Bulan ini telefon bimbit hilang, bulan depan kereta pula dipecah orang. Kalau begitulah keadaannya maka eloklah kita audit gaji yang diterima setiap bulan sebab bimbang kalau-kalau itulah punca kepada segala masalah tersebut.

* Keluarga harmoni dan anak-anak cemerlang

* Sentiasa merasa cukup dan syukur





Comments

Popular Posts