Anak-anak kita Generasi Y


Aku jarang sekali berkongsi saat suka duka mengenai anak-anak melainkan kepada orang2 yang aku benar2 percayai dan aku rasai tulus mulus hati budinya. Setiap anak lahir dengan rezeki mereka dan anugerah istimewa yang kita para ibu bapa tidak pernah mengetahuinya.

Sebagaimana anak2 lain diluar sana anak2 kami tidak mempunyai IQ yang genius. Boleh mengingati dan memahami sekaligus apa yang di ajar. Kami juga melalui fasa-fasa anak lambat berjalan, lambat bercakap, slow, lambat membaca dan pelbagai kelemahan. Namun aku dan cik B tidak pernah putus asa dalam mendidik anak2. Dek kerana itulah kami melepaskan kos yang tertentu demi proses pembaikan diri anak-anak dari segi agama, emosi, jati diri, sosial dan akademik. Kos yang kadang kala orang lain rasakan terlalu mahal terpaksa kami keluarkan demi amanah dari Allah SWT ini. Ada masa tertentu aku dah suami agak tegas dengan anak-anak apabila ia membabitkan akidah.Mendidik anak2 zaman generasi Y ini tidak seperti menanam padi huma, atau membuka tanah dusin dibelantara. Jika menjadi bertuahlah ibu bapa ttp jika tidak menjadi anak-anaklah disalahkan pula. Mendidik anak2 generasi Y memerlukan ilmu keibu-bapaan dan tidak boleh hanya mengharapkan pihak sekolah saja memberi didikan formal. Anak-anak generasi Y perlu bimbingan halus dan suci dari tangan orang yang melahirkannya dan dipanduan oleh al-Quran dan Sunnah supaya mereka teguh dan kuat bila berada di luar sana. Dan kita para ibu-bapa tidak boleh leka dengan nafsu syahwat yang mana ianya bukan saja menenggelamkan diri kita tetapi jua anak-anak kita akan turut sama. Dan sentiasa ingat akan perjanjian kita sebagai hamba di bumi ini.


Anak2 adalah anugerah yang indah 
yang perlu kita gilap kecerdasan mereka, 
yang perlu kita latih percakapan mereka
yang perlu kita ransang minda mereka
yang perlu kita yakinkan diri mereka
yang perlu kita semai kasih sayang dalam diri mereka
yang perlu kita olah keunikan diri mereka  


Kita ini bukanlah siapa-siapa. 
Kita hanya orang biasa saja. 
Kita ini tidak ada apa-apa. 
Kita hanya makhluk cuma


Kekadang aku tampilkan kebaikan dan cemerlangnya anak2 untuk timbulkan semangat juang mereka kerana aku tahu jiwa mereka perlu dihidupkan dengan ransangan agar mereka berhati waja diluar sana. Biar hati mereka menyala-yala di medan tempur mereka. Biar mereka tahu mereka ada mama dan papa yang sentiasa menyanjung dan menyantun mereka.

Comments

  1. YE..setiap anak berbeza
    harap saya tidak membuatkan anak2 stress

    ReplyDelete
  2. betoi tu Irfa apa dalam fikiran kita tidak sama apa yg anak2 mahukan...guide line dan sokongan padu dari kita ibu bapa amat perlu untuk mereka berjaya di masa depan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts